15 January, 2008

Jual, Jangan Tak Jual!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:49 am by Ketua Perusuh

Malaysia Airline System (MAS) telah mengalami beberapa kerugian dalam perniagaannya. Malah nilai kerugiannya mencecah ratusan juta ringgit. Namun sebagai jalan singkat untuk menunjukkan sedikit keuntungan dalam penyata kewangan tahunan syarikat tersebut (MAS), pihak pengurusan telah mengambil satu jalan singkat untuk mengatasi kemelut kewangan tersebut. Jalan singkat ini kita boleh lihat dengan penjualan aset hartanah utama MAS yang berada didalam kawasan segitiga emas (Jalan Sultan Ismail) Kuala Lumpur.

Dengan penjualan aset utama ini (ibu pejabat MAS) maka penyata kewangan MAS dapat menunjukkan sedikit peningkatan dari segi keuntungan. Memanglan ianya sesuatu yang menguntungkan namun dari segi masa panjang ianya tidak berbaloi. Perusahan Otomobil Nasional (PROTON) pula pernah mencadangkan untuk menjual aset hartanah yang mereka miliki semata-mata untuk mendapatkan sedikit keuntungan agar penyata kewangan mereka juga menunjukkan aliran positif. Namun setakat ini ianya belum berlaku lagi atas desakan beberapa pihak yang prihatin.

Kini satu lagi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sedang berusaha untuk menyakinkan Kerajaan Malaysia agar membenarkan mereka menjual saham syarikat tersebut kepada pihak asing. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini mungkin tidak mempunyai aset hartanah yang besar sehinggakan mereka boleh menjualkannya agar membolehkan unjuran pendapatan mereka menunjukkan aliran positif, namun begitu nilai saham syarikat ini amatlah tidak wajar dijadikan pilihan kedua mereka untuk mendapatkan keuntungan.

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dimaksudkan ini adalah Bursa Malaysia. Bursa Malaysia adalah satu bursa yang tidak bergerak secara “independent” kerana Bursa Malaysia selalunya mengikut arah aliran pasaran serantau terutamanya Hang Seng dan STI.

Namun begitu tindakan yang mungkin diambil oleh Bursa Malaysia dengan menjual sahamnya kepada pihak asing amatlah tidak patriotik dan boleh menyebabkan Bursa Malaysia terdedah dengan spekulatif dan mainan pasaran oleh pihak asing. Setakat ini belum pernah kita mendengar mana-mana Bursa saham negara serantau yang dijual kepentingan sahamnya kepada pihak ketiga atas dasar keselamatan.

Episod kejatuhan dan manipulatif saham yang berlaku pada 1985 dan 1997 perlulah diambil iktibar oleh semua pihak. Kesan yang timbul dari dua insiden ini hampir-hampir melumpuhkan institusi kewangan dan perniagaan tempatan. Jika pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan membenarkan penjualan saham Bursa Malaysia kepada pihak ketiga, kemungkinan besar negara kita akan mengalami beberapa kesan spekulatif terhadap pasaran yang sekaligus mungkin akan meranapkan ekonomi negara.

Beberapa sumber dalaman memberitahu bahawa terdapat beberapa pihak yang menjadi proksi negara tertentu sedang bersedia membida pembelian saham Bursa Malaysia pada satu nilai yang agak besar. Dan usaha ini khabarnya dimainkan oleh beberapa pihak tertentu didalam Malaysia yang ingin mengaut keuntungan segera.

Sebagai satu negara yang bebas dan berdaulat, amatlah tidak wajar sekiranya Bursa Malaysia (BSKL) dijual kepentingan sahamnya kepada pihak asing. Dan jika ianya berlaku maka kita pastinya tidak akan dapat mengawal kesan langsung daripada mana-mana spekulatif pasaran yang berniat untuk menjajah negara ini (Malaysia) dengan menggunakan kuasa modal.

Abdullah Ahmad Badawi sememangnya bukan seorang yang mahir dalam selok belok perniagaan dan pentadbiran, namun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, maka sewajarnya beliau tidak membenarkan penjualan saham Bursa Malaysia kepada pihak asing. Akan tetapi kita (warga Malaysia) akan amat musykil sekiranya Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu langsung atas perkara ini.

Dan jika Abdullah Ahmad Badawi membenarkan penjualan saham Bursa Malaysia ini, maka wajarlah kita melabelkan beliau sebagai satu pengkhianat negara (dimana hukuman paling wajar untuk pengkhianat negara adalah dihukum tembak sampai mati).

Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berpakat untuk tidak membenarkan penjualan saham Bursa Malaysia kepada pihak asing ataupun pihak tempatan yang menjadi proksi kepada pihak asing. Biarlah Bursa Malaysia bergerak sebagai satu entiti tempatan selamanya demi untuk menyelamatkannya daripada kesan spekulatif kuasa asing pada bila-bila masa.

6 Comments »

  1. shahneel said,

    Saya bukanlah seorang yang pandai ekonomi akan tetapi masih dapat memahami tulisan saudara dengan baik. Sekiranya benar bagai dikata,maka tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi negara kita akan hilang segala-segalanya. Saya hairan mengapa MAS masih gagal mencatat keuntungan,di mana silapnya. Adakah pengurusannya? atau strategi pemasarannya? atau ada kelemahan lain? Mungkin juga MAS sudah tidak ada daya saing lagi. Sangat sedih memikirkan perkara sebegini terjadi kepada negara kita. 😦

  2. sebol said,

    Paklah sememangnya tidak tahu menahu.

    Dulu saya pun tak faham, kenapa ada kaunter “bursa Malaysia” dalam Bursa Malaysia?

  3. papai_olive said,

    Keputusan ditangan anda. Perlu diajar pengkhianat2 ini. Xmustahil akan berlaku seperti diluar negara bilamana suara rakyat tidak didengar maka pilihanjalanraya dilakukan. Akan muncul2 puak2 yg akan membuat keputusan ditangan sendiri bilamana mereka telah betol2 terdesak dgn tekanan hidup dan kesan kebobrokan pemerintah yg korup. Dijohor baru2 ini telah nampak satu peristiwa. Xmustahil akan berlaku lagi.

  4. panglima sdk said,

    INI FAKTA!

    KAWASAN DUN KETUA MENTERI SABAH.SG SIBUGA
    KG TINUSA (BATU 7, SANDAKAN)
    DIBUKA PADA TAHUN 1989
    SAMPAI SEKARANG JALAN MASIH GRAVEL WALAU SUDAH 2 MUSIN UMNO MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN
    PENGUNDI SEKITAR 3000 ORG..SEMUA MENYOKONG UMNO(DULU)..TAPI KESIAN
    WAHAI UMNO..TOLONG LA BUAT JALAN BERTAR..BUKAN JAUH SEKITAR 2KM SJ..YG DPT PROJEK KLU BUAT JALAN TU ORG UMNO JG..RAKYAT DAPAT FAEDAH KEMUDAHAN ASAS, ORG UMNO MAKIN KAYA SO WIN-WIN LA.

    SKRG SEMUA RAKYAT YG ADA KAT KG TU MARAH..DAN MENGALU2KAN KEDATANGAN PARTI BARU YG BOLEH DIHARAP.. YANG PELIK NYA ITU KAWASAN KETUA MENTERI SABAH…CAKAP LEBIH BUAT PEMBANGUNAN UTK SABAH..TAPI RAKYAT YANG MENGUNDI SAMPAI JADI KETUA MENTERI SKRG LANGSUNG TAK PANDANG…ALAHAI UMNO

  5. Dohwie said,

    Budu kan org Sibuga! Cuba fikirlah menteri yg korang sokong tu sebenarnya berasal dari mana ? Apa yg dia sudah buat dgn Sibuga ? Kahwin anak dia pakai siapa punya resource ? Tapi tak apa, nanti GE sokong sj menteri kesayangan org2 Sibuga itu…

  6. panglima sdk said,

    mimang budu org sibuga tu…tapi kasian jg…sebenarnya durg tu dikasi budu..apa mau undi org luar..pasal anaknya kawin pakai resource siapa..itu nda plak aku tau..
    besar jg dia bagi masa pilihanraya dulu..rm200 satu org…tapi lepas tu mgkn ada sudah rm200j yg dia dpt..haahahaha..bududududud


Leave a comment