28 February, 2008

Siapa Yang Untung, Synergy Drive? Felda? Peneroka?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:09 pm by Ketua Perusuh

Dalam tempoh kempen untuk pilihanraya umum ke-12 kali ini, kita dapat lihat beberapa insentif telah dijanjikan kepada semua peneroka Felda. Nilai insentif yang dijanjikan ini menjangkau nilai ratusan juta ringgit. Malah boleh dikatakan rupa-rupanya memang banyak lagi wang yang boleh disalurkan kepada semua peneroka Felda yang rata-ratanya berbangsa Melayu (kebanyakannya berada di paras kemiskinan).

Ramai peneroka Felda yang berhutang dengan Felda melalui kedai-kedai yang dibangunkan didalam Felda (kedai runcit) dan sebagainya. Malah ada yang berhutang setelah potongan pendapatan dari hasil kutipan buah kelapa sawit tidak dapat menampung kos sara hidup serta kos pembayaran balik pelbagai caj dari Felda.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda hanya membayar kepada peneroka sekitar harga RM650 bagi satu metrik tan buah kelapa sawit yang belum diproses. Mengikut perkadaran biasa nilai ini boleh dikatakan amat rendah dan peneroka terpaksa menerima kadar ini kerana mereka wajib menjualkannya kepada Felda. Pengurusan Felda pula kadang kala memotong lagi kadar tersebut jika sekiranya terdapat buah muda ataupun sampah termasuk sekali dalam setiap “load” yang dihantar.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah nilai CPO (Crude Palm Oil) atau lebih dikenali sebagai MSM (Minyak Sawit Mentah) adalah amat tinggi dipasaran dunia. Ini kerana permintaan Minya Sawit Mentah yang begitu mantap dipasaran dunia. Malaysia menguasai 30% daripada jumlah pengeluaran MSM ini dipasaran dunia dan disaingi dengan dekat oleh Indonesia. Pada awal Januari 2007, harga CPO/MSM ini berada pada sekitar RM1900 dan kini ianya melonjak kepada paras RM4500 (Februari 2008). Sila rujuk pada laman web www.PalmOil.com

Ini menyebabkan beberapa senario berlaku seperti yang akan saya faktakan dibawah ini;

1. Harga Minyak Masak (Kelapa Sawit) Bertapis adalah pada nilai RM2600 satu metrik tan (terkawal) dan Harga Minyak Sawit Mentah (pada masa tesebut) adalah berada pada nilai RM3450. Secara rasionalnya semestinya para pengeluar minyak sawit lebih suka menjual yang mentah kerana ianya bernilai lebih tinggi daripada yang telah diproses. Ini secara langsung menyebabkan berlakunya kekurangan minyak masak (kelapa sawit) dipasaran pada awal Januari 2008. Kekurangan tersebut bukanlah disebabkan oleh kegiatan penyeludupan seperti yang dihebohkan oleh media massa (TV1, TV2, TV3, TV7, TV9 dan akhbar harian tempatan).

2. Harga Minyak Sawit Mentah ini menyebabkan industri biodiesel amat tergugat dimana kos untuk mengeluarkan biodiesel berasaskan MSM menjadi teramat tinggi malah melebihi dari harga untuk mengeluarkan bahan bakar dari ekstrak petroleum.

3. Walaupun Malaysia menguasai 30% pasaran Minyak Sawit Mentah di dunia dan Indonesia berada dibelakang Malaysia dari segi peratusan, namun sebenarnya pengeluar di Indonesia tersebut adalah berada dibawah tangan (kuasa) Malaysia. Melalui beberapa sayap pelaburan Malaysia di Indonesia (Guthrie, Sime Darby, Tabung Haji Plantation dan lain-lain lagi) maka sebenarnya Malaysia menguasai hampir 60% hasil pengeluaran Indonesia. Ini bermakna pada asasnya Malaysia menguasai lebih dari 30% pasaran MSM dunia. Ianya secara otomatisnya menyebabkan Malaysia boleh mengawal “Supply” dan “Demand” serta harga pasaran MSM dunia.

Disebalik semua ini ada satu gagasan besar yang mengawal semua pasaran MSM di dunia yang kini ramai pihak di Malaysia baru sedar akan kuasanya. Ianya adalah Synergy Drive. Dengan penggabungan beberapa konglomerat GLC dalam bidang perladangan dibawah satu kuasa (Synergy Drive) maka pasaran MSM dunia menjadi gawat sekitar bulan Mei 2007 dimana harga MSM dunia berada pada paras RM2400 satu metrik tan. Harga ini berlaku bilamana “rumours” berlaku pada pasaran yang Synergy Drive telah mendapat lampu hijau untuk memulakan penggabungan. Disebabkan ini harga minyak MSM menjadi terlampau tinggi.

Namun harga bagi para peneroka masih lagi ditakuk lama dan tidak banyak berubah walaupun harga CPO/MSM menjadi terlampau tinggi.

Oleh itu siapakah yang untung disini sebenarnya? Adakah Peneroka yang akan mendapat laba yang besar atau Felda pula yang mendapat manfaatnya? Yang pasti Synergy Drivelah yang mendapat laba yang terlalu besar. Oleh itu siapakah disebalik Synergu Drive. Tentu anda ingat bahawa adik Najib Razak yang menjadi kuasa disebalik Synergy Drive.

Namun jangan pula anda terkejut jika saya katakan bahawa Synergy Drive bakal dialihkan kepada satu proksi yang lain yang dikawal secara terus melalui satu proksi di Hong Kong dan Australia yang akhirnya jika kita rajin menyiasatnya pasti kita akan dapat jumpa “link” yang diperlukan di Singapura. Apa yang kita perlukan kini adalah seorang lagi akauntan yang rajin dan bersih serta amanah seperti Al-Marhum Saudara Jalil Ibrahim (akauntan Bumiputera Malaysia Finance @ BMF) yang mati terbunuh ketika menyiasat kes wang lesap melibatkan kumpulan Carrian di Hong Kong pada sekitar tahun 80’an dahulu.

Kisah siapa disebalik siapa ini akan saya dedahkan diepisod akan datang namun yang utama ketika ini adalah kenapa peneroka Felda tidak mendapat laba yang besar sedangkan harga CPO/MSM adalah amat tinggi sekarang ini. Sepatutnya bukan ratusan juta yang Felda wajar beri kepada semua peneroka namun nilainya mesti lebih dari bilion RM.

Jangan biarkan semua wang yang sepatutnya peneroka Felda dapat hilang ditelan oleh “Malaon” dalam pentadbiran Felda dan Kerajaan Malaysia. Para peneroka patut tegas dalam perkara ini dan menuntut keadilan dalam hak mereka. Lagi lama peneroka Felda digula-gulakan, lagi banyak “Malaon” ini mengaut keuntungan dan seterusnya “Malaon” ini sanggup pula menjualkan kepentingan kepada Singapura (melalui Proksinya Khairy Jamaluddin).

26 February, 2008

Bodoh Lagi Membodohkan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:28 am by Ketua Perusuh

Kadang-kadang bila membaca akhbar harian kita terasa diperbodohkan terutama bila tiba musim pilihanraya. Terlalu banyak cakap-cakap yang boleh diklasifikasikan sebagai bodoh mahupun bangang. Kalau yang bercakap itu budak-budak sekolah rendah, mungkin kita semua boleh abaikan tetapi kalau yang bercakap itu Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop maka tersirna kebodohan beliau.

Nor Mohamed Yakcop memberi amaran, cadangan DAP supaya setiap keluarga bergaji kurang RM6,000 sebulan diberikan bonus RM6,000 setahun, boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan rendah menderita. Katanya, cadangan manifesto DAP itu jika diteruskan boleh menyebabkan inflasi yang tidak menentu serta kadar pengangguran yang teruk berbanding tahap inflasi 3.3 peratus sekarang. Menurutnya, golongan yang teruk menerima kesan negatif nanti ialah petani, peladang, pekerja industri dan pihak yang terlibat dalam sektor pengangkutan termasuk pemandu lori.

Kita semua tahu bahawa jika Kerajaan Malaysia memperuntukkan sebahagian nilai bantuan kewangan tahunan (boleh diklasifikasikan sebagai bonus awam) kepada rakyat yang berpendapatan rendah, maka secara otomatisnya ianya akan membentuk satu kecairan dalam pasaran terutamanya terhadap ekonomi setempat.

Dengan adanya “bonus awam tahunan” ini maka bolehlah sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah menggunakannya untuk keperluan tahunan mereka termasuklah makan-minum, pakaian, persekolahan, kesihatan dan sebagainya. Ini secara lansung akan mengakibatkan rancaknya urusniaga setempat seperti kedai runcit, pasar basah dan kering ataupun pasaraya kecil.

Ianya sama sekali tidak akan menyebabkan inflasi kepada ekonomi Malaysia akan tetapi ianya akan merancakkan lagi ekonomi Malaysia. Oleh yang demikian cadangan DAP tersebut memang ada rasionalnya.

Persoalannya sekarang ini, adakah Nor Mohamed Yakcop pernah belajar ekonomi ataupun tidak? Mungkinkah beliau mendapatkan sijil, diploma atau ijazah hanya secara pembelian? Bukankah beliau adalah bekas Timbalan Gabenor “Monetary” Bank Negara Malaysia.

Nampak gayanya cakap-cakap semasa pilihanraya Nor Mohamed Yakcop menunjukkan dirinya bodoh lagi cuba membodohkan orang lain. Bagaimana kita ingin mempercayai seorang yang tidak tahu asas ekonomi seperti beliau untuk terus menjadi Menteri Kewangan Kedua sekiranya menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini.

Sepatutnya orang yang bodoh lagi membodohkan ini perlu kita semua tolak. Asas ekonomi pun nampaknya kosong. Patutlah Bank Negara Malaysia pernah kecundang sebanyak RM30 bilion dalam permainan FOREX (Dagangan Matawang Asing – “Foreign Exchange”) sekitar tahun 1993 dahulu. Semuanya gara-gara seorang kakitangannya (Nor Mohamed Yakcop) yang tidak pandai mengenai kewangan dan ekonomi.

Saya sebenarnya malu bila mendengar bicara yang dituturkan oleh Nor Mohamed Yakcop kerana ianya secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita (rakyat Malaysia) tidak pandai memilih calon untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua. Sudahlah Abdullah Ahmad Badawi dahulu gagal dalam jurusan ekonomi di Universiti sehingga memaksa beliau menukar jurusan kepada jurusan agama, Nor Mohamed Yakcop pula nampaknya sama seperti Abdullah Ahmad Badawi (kosong dalam bidang ekonomi)

Terbukti bahawa ekonomi Malaysia (Kementerian Kewangan) dikendalikan oleh dua orang badut yang sama bodoh lagi membodohkan. Abdullah Ahmad Badawi yang gagal dalam jurusan ekonomi dan Nor Mohamed Yakcop yang juga gagal mencerna ilmu ekonomi.

Habislah Malaysia kalau berterusan begini. Ekonomi Malaysia pastinya akan jatuh menjunam.

Banyaknya Duit Mereka?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:49 am by Ketua Perusuh

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Malah tentulah semua ini berpunca dari satu perkara sahaja iaitu RASUAH (Tumbuk Rusuk). Tidak ada seorang ahli korporat pun yang bodoh melabur (membiayai sesuatu projek @ iklan promosi) jika tiada habuan kepada mereka. Dan tentu habuannya kali ini bernilai berpuluh-puluh kali ganda.

Seperkara lagi, Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia (Pimpinan Barisan Nasional) tidak akan menaikkan harga minyak jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Tetapi bolehkah anda dan saya percaya mengenai kata-kata ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi pun boleh menipu, maka tentulah Najib Tun Razak pun boleh sahaja menipu. Apalah yang perlu kita hairankan jika Najib Tun Razak menipu sedangkan sememangnya beliau amat kerap menipu.

Kata-kata Najib Tun Razak mengenai tiada kenaikan harga minyak selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini dilihat seperti kata-kata beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak mengenai Altantuya Shaaribuu. Malah boleh dikatakan ianya cuma penyedap bicara sewaktu pilihanraya sahaja. Yang pastinya kita semua sudah menjangkakan akan kenaikan harga bahan bakar tersebut dilakukan seawal April 2008. Mana tidaknya, harga pasaran semasa bagi minyak mentah adalah melebihi USD$100 setong.

Bagi yang memang pasti akan mengundi Barisan Nasional, anda tidak berhak sama sekali merungut mengenai kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan kerana anda memang berhajat membenarkan Barisan Nasional menaikkan kadar harga minyak (bahan bakar). Jadi anda memang tidak berhak langsung.

Siapakah yang untung jika berlaku kenaikan harga minyak dipasaran? Tentunya yang akan untung adalah ahli korporat yang rapat dengan pimpinan Barisan Nasional kerana mereka telah banyak melabur untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Tentunya para pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP) akan mendapat untung yang lebih besar kerana menikmati harga gas (bahan bakar) yang disubsidi lebih tinggi dari yang didapati oleh orang awam. Siapakah pemunya IPP ini? Tentunya anda boleh tahu jika anda membuat sedikit carian pada pangkalan data awam dan Internet.

Sebelum saya terlupa izinkan saya mengingatkan anda semua bahawa jika Khairy Jamaluddin menang dalam pilihanraya umum ke-12 ini, maka sudah pasti Khairy Jamaluddin akan menjawat jawatan sama ada Menteri Pelajaran ataupun Menteri Belia Dan Sukan. Umum mengetahui bahawa Khairy Jamaluddin amat suka akan sukan, namun jika beliau mahu melebarkan sayapnya di ambang kuasa, tentunya beliau amat suka menjadi Menteri Pelajaran.

Jangan terkejut jika Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Pelajaran yang akan membawa masuk beberapa idea, pandangan dan “silibus” dari Singapura. Malah seperti dijangkakan segala kos untuk Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau khabarnya dibiayai oleh Temasek Group melalui beberapa proksi mereka. Setakat RM100 ribu bukanlah satu nilai yang besar kepada Khairy Jamaluddin dan dijangkakan penduduk (pengundi) di Parlimen Rembau akan ditaburkan dengan wang yang tidak terkira dalam pilihanraya kali ini.

Akhir kata, terlalu banyak wang yang ditaburkan oleh Barisan Nasional di dalam pilihanraya kali ini dan dari mana mereka memperolehi wang yang teramat banyak ini. Cuba anda siasat. “Let Follow The Money Trail”

22 February, 2008

Modal Insan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:45 pm by Ketua Perusuh

Bukan main gah lagi Barisan Nasional mencanangkan agenda pembangunan modal insan setiap kali mengadakan ceramah, rapat umum mahupun siaraya terbuka dan tertutup. Semenjak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, inilah satu mantra (isim) yang selalu berada dibibirnya setiap kali berbicara.

Malah boleh dikatakan para pengikut Abdullah Ahmad Badawi (di dalam Barisan Nasional) senantiasa berusaha untuk menunjukkan modal insan. Namun apakah sebenarnya modal insan yang dicanangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi tersebut mampu membentuk para pemimpin Barisan Nasional yang muluk sahsiahnya. Terdapat ramai pemimpin Barisan Nasional yang kecoh mencanangkan konsep modal insan namun diri mereka terpalit dengan onar, buruk sahsiah dan tingkah laku.

Sebagai contoh, dikala Abdullah Ahmad Badawi menaja konsep Modal Insan, kita dapat lihat dan dengar beberapa pemimpin Barisan Nasional yang terlibat dengan gejala rasuah, ugut, maksiat dan salah guna kuasa. Malah Abdullah Ahmad Badawi sendiri juga tidak terlepas daripada gagal menerapkan modal insan kepada dirinya sendiri.

Antara contoh-contoh utama kegagalan modal insan yang diwarwarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi terlihat daripada senarai dibawah ini. Semua ini adalah contoh kurangnya sahsiah pada pemimpin yang sedang kecoh mempromosikan konsep modal insan;

1. Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua Putera UMNO dan Mat Rempit) telah ditangkap kerana terlibat dengan gejala maksiat di Hotel Holiday Villa Subang, namun dengan kerjasama pihak polis beliau dapat meloloskan diri daripada ditahan. Beliau juga telah ditangkap khalwat namun dapat menyelesaikannya dengan berkahwin dengan pasangan khalwatnya supaya isu khalwat tersebut dapat disaring dan dibersihkan. Terlibat dengan isu kes pembelian sijil/diploma/ijazah palsu daripada intitusi maya yang tidak dikenalpasti dan tidak diakreditasikan, malah mencanangkan bahawa beliau mendapat sijil/diploma/ijazah tersebut atas kapasitinya sebagai pelajar (walhal tidak pernah menjejakkan kaki kemana-mana IPTA/IPTS).

2. Chua Soi Lek (Bekas Menteri Kesihatan) yang terbukti rendah sahsiahnya sehingga terpaksa mengaku bahawa beliau telah melakukan seks tanpa nikah dengan pembantu peribadinya itupun setelah kecoh DVD lucahnya tersebar diserata pelusuk Malaysia. Malah beliau tidak segan silu pula bertegas untuk melakukan “road tour” diseluruh Malaysia demi untuk menerangkan mengenai kekecohan dan salah laku yang beliau buat kepada masyarakat umum kononnya sebagai usaha untuk membersihkan imej beliau. Dengan bantuan pihak polis, beliau berjaya mengkesampingkan (divert) isu tersebut sehinggakan beliau tidak ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah sedangkan pihak lain (pembeli, penerima dan penonton DVD) pula yang menerima padah sehingga ditangkap, disiasat dan dihukum di Mahkamah.

3. Adnan Mansor (Menteri Pelancongan) yang terkenal sebagai orang yang menyamar sebagai orang bergelar (Tengku) sedangkan keturunannya tiada sangkut paut dengan mana-mana kerabat diraja. Malah salahsilah beliau telah berjaya dikaburkan bertujuan untuk mendapatkan status Tengku. Beliau juga terlibat sebagai satu watak utama dalam isu Video VK Linggam dimana beliau disahkan menjadi perantara antara VK Linggam dengan pimpinan atasan Barisan Nasional. Beliau juga terlibat dalam skandal syarikat judi dan beberapa kes rasuah, salah guna kuasa dan penipuan termasuklah yang berkaitan dengan isu penerbitan video yang kononnya diterbitkan untuk Kementerian Pelancongan. Dalam banyak kes, beliau berjaya mendapatkan kerjasama pihak polis dalam menyelesaikan isu-isu ini sehinggakan beliau tidak ditangkap, disiasat ataupun disabitkan dengan mana-mana kes.

4. Dr Rahman Ismail (Bekas MP Gombak) yang terkenal kerana isu gambar berdua-duaan dengan isteri orang disebuah bilik hotel. Namun walaupun beliau telah terbukti melakukan maksiat (khalwat) namun dengan kerjasama baik pihak polis maka beliau tidak ditahan, disoal siasat dan dikenakan apa-apa hukuman. Malah boleh pula mencanangkan bahawa moral beliau memang tinggi sehingga sanggup menabur wang sebagai bantuan kepada sebuah sekolah kononnya untuk membantu meninggikan syiar Islam.

Sebenarnya terlalu banyak contoh modal insan yang terlalu kotor, rosak dan busuk dalam kepimpinan Barisan Nasional yang kalau saya tuliskan dalam blog ini mungkin akan mengambil ruang yang terlalu besar. Ramai lagi pemimpin Barisan Nasional yang terpalit dengan gejala maksiat, rasuah, ugut dan lain-lain yang seterusnya mencacatkan konsep modal insan yang dicanangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh yang demikian, kepada mereka-mereka didalam Barisan Nasional, saya ingin nasihatkan supaya janganlah menggunakan idea modal insan ini kerana anda sebenarnya memang tiada modal insan malah amat kurang sahsiah diri. Tidak payahlah anda semua berlakon dalam isu Modal Insan ini kerana 99 peratus anda (Ahli Barisan Nasional) sendiri memang kurang sahsiah diri termasuklah Pirdaus Ismail, Mashitah Ibrahim. dan Amran Kasimin.

Maaf kerana tidak mengenengahkan mana-mana pangkat gelaran yang dikurniakan oleh YM Sultan atau YDP Agong kerana pada saya anda sebenarnya tidak layak membawa gelaran tersebut (yang anda dapat dengan cara yang tidak sewajarnya) selagi mana sahsiah diri anda adalah kosong (nil).

Next page

%d bloggers like this: