28 May, 2008

Glenn Defense Marine?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , at 12:46 am by Ketua Perusuh

Pada April 2005, Tuan MGG Pillai pernah mengeluarkan satu laporan lengkap mengenai sebuah kapal pengiring yang berstatus “meragukan” yang dilihat berlabuh diluar Pelabuhan Utara Klang. Kapal tersebut diberi nama “Glenn Braveheart” yang dimiliki oleh Glenn Defense Marine Asia (GDMA) yang mana telah didaftarkan di Panama dan mempunyai ibupejabat korporat di GLENN DEFENSE MARINE (ASIA) PTE LTD. 15D, Pandan Road, Singapore, 609266.

“Glenn Braveheart” telah didapati berlabuh di Pelabuhan Klang sejak Julai 2004. Kapal pengiring ini didapati lengkap dengan unit bersenjata (otomatik) dan pelancar roket serta mempunyai unit khas anti pengganas. Ianya berada diperairan Malaysia tanpa dipantau oleh Cawangan Khas (SB) ataupun Unit Risikan Tentera. Malah Kementerian Pertahanan dan Polis nampaknya tidak bersungguh-sungguh untuk membuat pemantauan walaupun ianya telah didedahkan oleh orang awam.

Polis Marin mempunyai kawasan pemantauan yang dibenarkan pada sekitar jarak 12 batu nautika manakala TLDM pula mempunyai kawasan pemantauan sebesar 188 batu nautika. Namun apa yang menyedihkan tiada pemantauan atau siasatan dilakukan kepada kapal “Glenn Braveheart” yang mana telah berlabuh sekian lama dan akhirnya dibenarkan bergerak keluar dari Pelabuhan Klang tanpa apa-apa tindakan selanjutnya dari pihak yang berkaitan.

Apa yang dimusykilkan ialah bagaimana keselamatan dan kedaulatan negara ini dapat dipertahankan jika perkara sekecil ini tidak mampu diambil tindakan oleh pihak berkaitan di Malaysia hanya kerana sikap berlembut Kerajaan Malaysia. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak asing dengan baiknya demi untuk membuat pemantauan teknikal dan taktikal terhadap pengurusan pelabuhan dan juga pemantauan Selat Melaka.

Syarikat Glenn Defense Marine yang berpengkalan di Singapura pastinya telah (akan) menjadi mata dan telinga Unit Risikan Singapura yang dibantu oleh MOSSAD Israel. Mengikut kelaziman, mana-mana kapal asing yang berstatus “bersenjata” yang ingin melalui perairan Malaysia di Selat Melaka perlu mendapat keizinan serta dipantau oleh Angkatan Tentera Malaysia (Kementerian Pertahanan), namun bagi kes “Glenn Braveheart” nampaknya ianya terlepas dari apa-apa pemantauan.

Malah pegawai dari Biro Siasatan Negara (BSN) tidak pula membuat apa-apa tindakan susulan mengenai perkara ini dan ianya terus senyap daripada lipatan sejarah. Kita tidak mahu sikap berlembut yang diamalkan oleh Pentadbiran Malaysia akhirnya akan memakan diri dimasa akan datang. Perlulah ada tindakan tegas yang wajar diambil oleh Kerajaan Malaysia mengenai isu ini.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia perlulah diberikan satu kuasa untuk membuat siasatan dan pemantauan khusus bagi mana-mana kapal “bersenjata” yang menggunakan perairan Malaysia tidak kira di Selat Melaka, Selat Johor mahupun di Laut China Selatan.

Walaupun kes ini telah lama berlaku, namun perlulah juga diadakan satu inkuiri atau siasatan menyeluruh mengenainya demi untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan Malaysia terjamin selama-lamanya. Malah dengan sikap (bongkak dan tiada semangat kejiranan) yang ditunjukkan oleh pihak Singapura maka amat perlu kiranya mana-mana kapal, pesawat serta lain-lainnya yang datang dari Singapura (milik Singapura) perlulah diawasi, dipantau serta disiasat demi untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

27 May, 2008

Operasi Risikan Antarabangsa? (Episod 3)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:15 am by Ketua Perusuh

Dalam mana-mana operasi risikan, perkara yang paling diutamakan adalah;

1. Pengumpulan Maklumat (intelligence)
2. Pengagihan kawasan pemantauan (recon area)
3. Penyusupan (intrusion)

Ketiga-tiga elemen diatas memang telah lama digunakan oleh pemuka-pemuka (agen asing) terutamanya dari pihak agensi risikan dan keselamatan Singapura (dengan bantuan MOSSAD Israel) yang diketahui telah dioperasikan sejak dari tahun 1985 lagi.

Bagi ketiga-tiga elemen ini, ianya amat mudah dilakukan. Apa yang diperlukan adalah sebilangan orang @ aset (pemuda/pemudi) yang telah ditanamkan dengan semangat patriotik sesuatu negara. Mereka ini perlulah mempunyai kepakaran dan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pentadbiran, perniagaan, komputer dan kejuruteraan.

Dengan mudahnya pihak yang berkepentingan boleh menyediakan “aset” ini dan kemudiannya diarahkan untuk memasuki beberapa organisasi yang penting seperti syarikat telekomunikasi, perbankan, agensi kerajaan dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda memahami operasi risikan ini, kita boleh ambil contoh sebuah negara yang bersempadan dengan Malaysia yang telah lama membuat risikan didalam Malaysia. Negara ini adalah negara Singapura.

Pada tahun 1975, telah wujud satu arahan didalam Kerajaan Singapura untuk mengetahui segala maklumat yang penting mengenai Malaysia supaya mereka boleh bersedia “selangkah awal” berbanding Malaysia. Dengan ujudnya beberapa kepentingan yang perlu bagi Singapura, maka mereka telah menyediakan beberapa pelan untuk melakukan operasi risikan terhadap Malaysia.

Beberapa aset (mole) telah dikenalpasti oleh pihak Singapura lalu mereka menyediakan satu pelan tindakan yang cukup teratur dengan meletakkan beberapa aset utama mereka dibeberapa syarikat utama termasuklah didalam GLC di Malaysia pada awal tahun 1980’an.

Aset-aset utama ini kemudiannya telah melatih beberapa lagi aset tambahan yang kemudiannya diserapkan didalam beberapa agensi Kerajaan. Kebanyakan aset-aset tambahan ini belum lagi diaktifkan sepenuhnya melainkan cuma membuat pengumpulan maklumat dan skop pemantauan.

Walaupun pihak agensi keselamatan tempatan (Malaysian Special Branch) dan Biro Siasatan Negara (BSN) telah berusaha sedaya upaya mereka untuk mengenalpasti dan menahan aset-aset Singapura yang berada didalam pelbagai organisasi didalam Malaysia, namun ianya masih jauh lagi daripada selesai. Malah terdapat pula beberapa halangan dari beberapa pihak yang berkepentingan di Malaysia yang selalu menggagalkan usaha SB dan BSN.

Apa yang pasti, aset-aset asing ini berkemampuan untuk melakukan serangan pemula (PreEmptive Strike) dengan cara memusnahkan kemampuan dalaman negara seperti perkhidmatan utiliti (air/elektrik/telefon), perbankan serta keselamatan. Ini telah pernah dibuktikan dalam beberapa insiden peperangan yang telah berlaku seperti didalam Perang Enam Hari (Israel dan Mesir), Perang Dunia Kedua (Jepun dan British di Malaya) dan sebagainya.

Teknik yang sama juga boleh berlaku di Malaysia jika berlakukan perperangan diantara kedua negara (Singapura dan Malaysia). Setakat kajian yang telah pernah dibuat oleh pihak ketiga, kemampuan Malaysia untuk bertahan daripada serangan Singapura (jika berlakunya perperangan) hanyalah selama 3 hari sahaja. Namun ianya boleh menjadi lebih lama jika Malaysia mampu menggerakkan semua unit sedia ada untuk melakukan serangan balas secara gerila.

Adalah lebih baik sekiranya Malaysia juga telah berjaya melaksanakan ketiga-tiga elemen diatas didalam beberapa negara yang dikenalpasti mampu (sedia) untuk bertelagah dengan Malaysia. Kepentingan meletakkan aset-aset utama dan tambahan didalam mana-mana negara yang boleh mengancam Malaysia adalah paling utama dan perlu dilakukan dengan pantas dan bersepadu.

Semua agensi risikan dan keselamatan tempatan perlulah siap siaga dan melakukan apa yang patut untuk memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terjamin. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang selalu dikunjungi dan dijadikan lokasi pertemuan serta pertukaran maklumat kebanyakan agensi risikan antarabangsa terutamanya MOSSAD, AMAN, ASIO, NSA, CIA, FSB, MI6, MSS, DGSE, IB, BIN, SID, ISD, NIA, GRU dan SVR.

Oleh yang demikian satu pemantauan menyeluruh perlulah senantiasa dilakukan untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan Malaysia menjadi keutamaan. Malaysia pula menyediakan pelan tindakan dan juga menyediakan aset-aset yang boleh diserapkan dan diaturgerak dengan cepat dan tepat. Jabatan Risikan Persekutuan (FID) perlu memanfaatkan aset-aset muda yang patrioktik kepada Malaysia dengan segera.

25 May, 2008

Bila Kedaulatan Tergadai

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , , at 3:09 am by Ketua Perusuh

Susah sebenarnya hendak menggambarkan perasaan saya bilamana pertikaian mengenai Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akhirnya menyebabkan Singapura mendapat laba. Walaupun mengikut fakta sejarah dan lokasi, Singapura tidak berhak sama sekali untuk memperolehi Pulau Batu Puteh. Namun atas kelemahan dan kekhilafan yang ditonjolkan oleh barisan para peguam yang mewakili Malaysia di ICJ, maka akhirnya yang untung hanyalah Singapura.

Isu ini mungkin nampak tidak akan menimbulkan apa-apa masalah dimasa akan datang, namun sebenarnya inilah satu daripada “Precedence Case” yang pastinya akan digunakan oleh Singapura bilamana mereka akan cuba untuk mendapatkan beberapa lagi kawasan yang strategik seperti mana yang ditonjolkan oleh laman blog ini.

Apa yang pasti dimasa akan datang Singapura pastinya akan mencabar Malaysia sekali lagi di ICJ mengenai hak-hak kedaulatan bagi beberapa kawasan termasuklah satu kawasan yang dijangkakan akan juga tergadai kepada Singapura iaitu WPI.

Janganlah kita semua terkejut bilamana hak-hak mengawal ruang udara dan perairan Selat Melaka dan Selat Johor nantinya akan dicabar di ICJ oleh Singapura kerana sememangnya sejak dari dahulu lagi telah ada semacam perjanjian mulut oleh beberapa pihak di Semenanjung Tanah Melayu yang memberikan kuasa mentadbir Selat Melaka dan Selat Johor kepada Kompeni Inggeris.

Malah Singapura juga pastinya akan mencabar hak-hak Malaysia dalam usaha mereka mendapatkan kawasan lebih luas untuk latihan Tentera Udara Singapura. Dan kawasan yang mungkin akan dicabar oleh mereka ini boleh melangkaui sehingga ke Rompin/Tg Gemuk/Mersing di sebelah Timur dan Muar/Batu Pahat/Naning disebelah Barat.

Jika ini berlaku maka benarlah satu peribahasa Melayu lama iaitu “Seperti Belanda Mintak Tanah”

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan bahawa perlulah kiranya Malaysia membentuk satu jawatankuasa kedaulatan negara untuk mengambil tindakan tegas demi menyelamatkan kedaulatan negara daripada tergadai.

Pandangan peribadi saya ialah perlunya tindakan agresif diambil terhadap apa-apa pencerobohan kedaulatan negara (laut/darat/udara) jika ianya dilakukan oleh pihak Singapura dimana tindakan proaktof seperti menembak mana-mana pesawat tentera udara/laut mereka yang masuk menceroboh wilayah Malaysia dimasa akan datang.

Ini penting demi untuk memastikan bahawa jika kita membenarkan pencerobohan ini dilakukan oleh Singapura, maka satu hari nanti kawasan yang diceroboh (udara/laut) pastinya akan dibawa kehadapan ICJ untuk Singapura mendapatkan hak keatasnya.

Kes Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akan dijadikan kes contoh (precedence case) bagi Singapura dimasa akan datang. Jika Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional tidak mahu mengambil tindakan, pastinya kita rakyat Malaysia perlu menukar pimpinan negara kepada pihak yang lebih prihatin.

22 May, 2008

Bila Ezam Masuk UMNO?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 7:31 am by Ketua Perusuh

Tidak cukup dengan kekalutan yang dijanakan oleh Mahathir Mohamad beberapa hari yang lalu, kini beberapa petunjuk nampaknya semakin jelas mengenai aliran politik Ezam Mohd Nor. Satu ketika dahulu Ezam Mohd Nor adalah setiausaha politik Anwar Ibrahim dan masing-masing berada dibawah paksi parti UMNO.

Lompatan pertama Ezam dari UMNO terus kepada KeADILan dan seterusnya kepada PKR. Namun beliau tidak betah didalam PKR kerana beberapa sebab yang hanya beliau dan Allah S.W.T yang tahu. Kini khabarnya Ezam Mohd Nor akan kembali kedalam parti UMNO.

Saya pernah rapat dengan beliau (walaupun tidak sama aliran politik) dan berpeluang beberapa kali bertukar-tukar pandangan dengan beliau. Malah pernah satu ketika didalam sebuah majlis jamuan hari raya Aidilfiri di Shah Alam, saya pernah melontarkan pandangan saya terhadap dirinya.

Saya mengatakan sebegini dikhalayak ramai ketika dimeja jamuan “Ezam, Aku rasa aku tak boleh lah nak percaya dengan apa tindakan engkau. Arah aliran politik engkau pun aku nampak tak konsisten. Banyak sangat yang kecelaruannya.”

Seingat saya merah padam muka Ezam mendengarkan bicara saya seperti itu. Malah IR Khalid Samad dan Dr Wan Azizah agak terkejut dengan kata-kata yang saya lontarkan. Ezam tidak membalas apa-apa jawapan pun ketika itu. Kalau tidak silap saya beliau terus beredar ke meja yang lain.

Saya juga pernah berpeluang berbicara secara peribadi dengan Lokman Nor Adam mengenai isu beliau berbalah dengan Ezam Mohd Nor satu ketika dahulu. Dari situ saya dapat lihat siapa sebenarnya Ezam Mohd Nor. Maka isu Ezam Mohd Nor ingin kembali kepada UMNO tidak mengejutkan saya sama sekali.

Ezam Mohd Nor seperti juga seorang kenalan saya (Roslan Kassim) memang seorang yang pada prinsipnya tidak konsisten dalam perjuangan. Apa yang saya boleh katakan mereka berdua ini hanyalah menanti peluang yang baik dan menguntungkan dari pelbagai segi. Mereka nampaknya lebih mementingkan tembolok dari aspirasi rakyat marhaen.

Kalau itulah jalan yang dipilih oleh Ezam Mohd Nor, maka rasanya itulah penamat bagi Ezam Mohd Nor pergi dalam percaturan politiknya. Beliau pastinya akan terus tenggelam dan tidak akan kemana-mana. Kita boleh tunggu dan lihat. Yang pastinya jika itulah tindakan beliau (masuk UMNO) maka makin ramai yang akan meludah beliau bila ketemu dijalanan.

Apa pun ini hanyalah pandangan saya. Ezam Mohd Nor sendiri berhak untuk tidak bersetuju dengan pandangan saya begitu juga dengan orang lain.

Next page