14 December, 2013

Makin Kusut Segalanya

Posted in Barisan Nasional, Bloggers-United, Malaysia, Malaysia Baru, Pakatan Rakyat, Reformasi, UMNO at 5:20 pm by Ketua Perusuh

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.

Pertama sekali kita dapat lihat ucapan dan ulasan yang dibuat oleh Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung UMNO 2013 yang baru selesai ini seakan tergantung dan membuka banyak peluang kepada pihak lain untuk memperkecilkan Ahmad Zahid Hamidi dan juga JAKIM.

Apa yang kita perhatikan, Ahmad Zahid Hamidi ini agak lancang mulutnya memberikan hujah yang tidak berlapik yang mana akhirnya akan menjadi peluru kembali kepadanya dan kepada UMNO. Cuba kita lihat apa yang diperkatakan oleh Ahmad Zahid Hamidi pada ketika Ops Daulat berada dikemuncaknya awal tahun ini.

Sehingga ke hari ini, bulan Disember 2013 tiada satu bukti pun yang telah dibawa dan dijelaskan kepada masyarakat berkait dengan tuduhan ada pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat menjadi dalang dalam insiden di Kg Tanduo.

Pada pandangan saya, apa sahaja yang Ahmad Zahid Hamidi perkatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu ini hanyalah sekadar iklan promosi dan lobi bagi menampakkan Ahmad Zahid Hamidi boleh dan layak menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal Kementerian Dalam Negeri. Tidak lebih dari itu. Ianya sekadar untuk menaikkan sokongan undi bagi beliau pada Perhimpunan Agung UMNO.

Apa yang pasti, walaupun tindakan untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia amatlah diperlukan, tetapi tidaklah sampai melabelkan orang itu sesat dan orang ini sesat. Janganlah kerana politik, kita mudah mentakfirkan sesama Muslim. Dalam kes “Amanat Hadi Awang”, pada pandangan saya kita wajar membaca keseluruhan “amanat” tersebut dari mula sampai akhir dan mentafsirkannya secara mendalam “bab iman dan aqidah” ini.

Bagi kes Syiah, saya tidak mahu melabelkan mereka sesat mahupun tidak kerana selagi mana seseorang itu berpegang kepada kalimah “Syahadah”, selagi itulah dia tetap Islam. Bagi kes yang diperkatakan oleh Ahmad Zahid Hamidi, saya nasihatkan beliau agar memberikan bukti dan fakta yang lengkap kepada semua agar ianya tidak sekadar menjadi fitnah semata-mata.

Sekian,

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: