21 July, 2008

Durian Runtuh?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:31 am by Ketua Perusuh

Baru-baru ini (minggu lepas) pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah mengusulkan satu pendekatan untuk melegakan kegawatan kos bahan bakar minyak yang melingkungi para pengusaha teksi dan kereta sewa seluruh negara.

Setelah hampir dua bulan kerajaan menaikkan harga minyak dari RM1.92 kepada RM2.70, baru kini Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tersedar dari tidur yang teramat lena dan menyedari bahawa tindakan mereka pada awalnya sememangnya menjerat kehidupan semua orang termasuklah pengusaha teksi dan kereta sewa.

Kini dengan pendekatan baru iaitu dengan memberikan semacam pengecualian (levi) yang mana membolehkan para pengusaha teksi dan kereta sewa membeli minyak petrol pada harga RM1.92 seliter sebanyak 720 liter sebulan. Dengan kata lain, insentif ini pastinya akan dapat melegakan kegawatan para pengusaha teksi dan kereta sewa ini.

Persoalannya sekarang ini ialah adakah para pengusaha teksi dan kereta sewa ini akan memanfaatkan insentif ini dan seterusnya boleh memberikan perkhidmatan lebih cemerlang dan efektif atau ianya hanyalah satu batu loncatan bagi beberapa pihak (tonto) yang akan mengaut keuntungan dari insentif ini.

Bayangkan jika anda lihat semua stesen minyak akan dipenuhi oleh teksi dan kereta sewa yang akan mengisi tangki minyak mereka dengan sepenuh-penuhnya (mengikut kuota yang ditetapkan iaitu 720 liter sebulan) pada harga RM1.92 dan kemudiannya berbondong-bondong pula pergi ke stesen pengumpulan haram (tonto) dan menjualkannya pada harga dibawah sedikit harga pasaran iaitu RM2.50 seliter.

Tentunya para pengusaha teksi dan kereta sewa ini akan mengaut untung segera secara tunai dan pihak ketiga (tonto) ini pula mengaut keuntungan atas angin secara haram sekitar RM0.20 seliter. Pada pandangan saya, tentu ramai para tonto yang sedang berkira-kira untuk mengaut keuntungan segera atas transaksi haram ini.

Bagaimana pula penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib akan dijalankan sedangkan pada masa yang sama kakitangan pihak tersebut tidak bertambah walaupun seorang. Tidakkah ini akan menyebabkan berlakunya ketirisan dan akhirnya akan menyebabkan insentif ini tidak mencapat sasaran yang dikehendaki.

Pada pandangan saya, tindakan terburu-buru Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mengusulkan pendekatan ini hanyalah akan mengundang padah yang lebih besar. Tidakkah ada kumpulan pemikir yang boleh memberikan pandangan terbaik mereka dalam menangani permasalahan ini. Nampak gayanya bekas rakan saya di ISIS (Nordin Kardi) juga tidak mampu untuk memberikan pandangan terbaik beliau walaupun disuatu ketika dahulu beliau mempunyai pelbagai idea kritis.

Selagi mana pimpinan Kerajaan Malaysia sedia ada gagal untuk membaca kesan dari setiap tindakan mereka, maka selagi itulah ianya akan menjerumuskan ekonomi Malaysia kearah yang lebih parah. Buat Saudara Nordin Kardi, janganlah hanya jaga periuk nasi anda yang sememangnya sudah besar itu, fikir-fikirkan juga periuk nasi para petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga dan semua rakyat Malaysia.

Janganlah nanti anda (Saudara Nordin Kardi) diklasifikasikan sebagai “Professor Kangkung“.

Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS
ketuaperusuh.wordpress.com

Advertisements

17 July, 2008

Dua Situasi Berbeza

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:39 am by Ketua Perusuh

Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dikatakan kelakar dari segi pentadbiran perundangan dan keselamatan. Kita boleh lihat bahawasanya undang-undang di Malaysia biasanya dikendalikan mengikut persepsi sebelah pihak sahaja (biasanya milik kepada pihak berkuasa sahaja).

Mari kita kaji dua situasi perundangan yang berbeza ini.

Pertama, bagi kes pertuduhan “liwat” Anwar Ibrahim (defendan) dengan Saiful Bukhari Azlan (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim (defendan) telah diminta keterangannya dan kemudiannya ditahan @ direman oleh pihak Polis. Ini adalah situasi biasa dimana defendan biasanya akan ditahan reman bagi memenuhi kehendak siasatan. Situasi ini tidaklah pelik dan ianya selari dengan keperluan undang-undang.

Kedua, bagi kes pertuduhan “persekongkolan untuk membunuh” melibatkan tiga (3) defendan iaitu, Rosmah Mansor, Aziz Buyong dan Norhayati Hassan dengan Raja Petra Kamarudin (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Raja Petra Kamarudin (plaintif) pula yang diambil keterangan malah seterusnya ditahan reman oleh pihak Polis. Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia.

Ini semua menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa (tangan ajaib) yang mungkin terlibat dalam mencaturkan urusan perundangan dan keselamatan negara. Apa yang pastinya, kita boleh lihat bahawa akan terdapat penahanan dan pendakwaan terpilih dilakukan oleh pihak Polis.

Sewajarnya pihak PDRM mengendalikan kedua-dua kes ini dengan profesional namun dari pengalaman yang lampau kita boleh lihat bahawa ianya tidak akan berlaku. Pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) wajar membuat satu siasatan terbuka untuk memastikan tiada unsur-unsur rasuah dalam kedua-dua kes yang dinyatakan diatas.

Yang pasti, sistem perundangan, siasatan dan kehakiman Malaysia sedang dan telah mengalami kemerosotan yang melampau sehinggakan menjadi satu bahan lelucon diperingkat tempatan dan antarabangsa. Selagi mana perkara ini berlaku di Malaysia, saya pasti para pelabur asing akan menjauhkan diri mereka dari melabur di Malaysia kerana pastinya mereka tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.

Kini anda dan saya boleh lihat betapa banyak pelabur asing telahpun memindahkan operasi mereka ke negara lain terutamanya Thailand, Vietnam, China dan Taiwan.

16 July, 2008

Menteri Kegelapan Malaysia

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:14 am by Ketua Perusuh

Nampak gayanya Malaysia kini bukan sebenarnya memiliki seorang Menteri Penerangan (salah satu tugasnya adalah memberikan penerangan mengenai dasar-dasar Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi). Akan tetapi rupa-rupanya Malaysia memiliki seorang Menteri Kegelapan.

Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak mengulas dengan lebih lanjut akan episod debat anjuran AgendaDaily.Com yang telah berlangsung semalam. Apa yang boleh saya perkatakan cuma Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Chik nampaknya lebih mengarut dan lari dari topik perdebatan.

Malah soalan dari moderator berkenaan dengan isu relif yang berkaitan dengan pengangkutan awam nampaknya dijawab dengan jawapan bahawa harga beras di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding di Thailand. Begitu jauh terpesong dari soalan asal. Apa agaknya yang bermain difikiran Shabery Chik sehinggakan beliau begitu yakin dengan jawapan yang diberikan. Malah para penyokongnya nampak lebih bertepok sorak kegembiraan atas jawapan yang Shabery Chik berikan.

Kalau inilah contoh yang ada dalam kabinet Kerajaan Malaysia, memang wajar Dr Mahathir Mohamad mengklasifikasikan kabinet Abdullah Ahmad Badawi sebagai “Half Pass Six” (dengan izin).

Sewajarnya sebagai Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Chik bersedia dengan fakta-fakta lengkap sebagai mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, namun nampaknya beliau datang berdebat secara lenggang kangkung. Yang pasti tidak ada apa yang boleh dibanggakan dalam hujah-hujah beliau melainkan hanyalah keberanian beliau berdebat dengan Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) berbanding dengan anggota kabinet Barisan Nasional yang lain yang nampaknya lebih penakut.

Walau apa pun sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya berbangga kerana memiliki seorang Menteri Kegelapan dan bukannya Menteri Penerangan seperti negara lain. Itulah Malaysia.

Para penyokong Kerajaan didalam dewan debat juga telah berjaya memperlihatkan sifat pendek akal dan “bengap” dalam segi ekonomi. Saya telah ketawa besar beberapa kali bilamana penyokong Kerajaan (Menteri Penerangan) bersorak kegembiraan atas jawapan yang diberikan oleh Ahmad Shabery Chik. Adakah mereka ini semuanya tidak dapat berfikir secara profesional dan rasional itu saya tidak pasti. Mungkin mereka juga semuanya berada didalam kegelapan.

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada Ahmad Shabery Chik (Menteri Kegelapan Malaysia) atas jawatan beliau.

…… buat malu orang kampung sahaja …..

2 July, 2008

Ekonomi Semakin Parah?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:28 pm by Ketua Perusuh

Satu demi satu syarikat asing yang telah lama bertapak dan beroperasi di Malaysia (memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan) nampaknya terpaksa menarik diri (tutup operasi) dari Malaysia. Semenjak 2004 banyak syarikat besar terutamanya yang berkaitan dengan industri elektrik dan elektronik serta teknologi menutup operasi mereka (tanpa sebab atau berpindah ke negara lain). Semuanya ini berpunca dari sikap kerajaan Malaysia yang tidak berjaya menunjukkan satu sokongan yang kukuh untuk memacu segmen perindustrian.

Sikap Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mahu bertindak dengan agresif untuk memacu ekonomi negara menjadi satu daripada punca utama yang menyebabkan banyak syarikat ini menarik diri dari Malaysia. Malah beberapa insentif yang selama ini diperolehi oleh syarikat ini khabarnya telah dikurangkan ataupun ditarik balik.

Usaha-usaha untuk menggiatkan perindustrian tidak mendapat tempat utama dalam agenda pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi malah Abdullah Ahmad Badawi juga tiada pelan khusus dan teratur demi untuk memacu usaha ini. Penasihat-penasihat Abdullah Ahmad Badawi terutamanya di Tingkat Empat, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya nampaknya telah ketandusan idea.

Golongan industri memandang sikap acuh tidak acuh Abdullah Ahmad Badawi & Co sebagai satu sikap yang paling “bangang” seorang Perdana Menteri sebuah negara lakukan. Malah tindak-tanduk tidak professional Abdullah Ahmad Badawi (termasuklah sikap suka tidur) telah menjadi satu bahan lelucon diperingkat komuniti perniagaan antarabangsa.

Hari ini sebuah syarikat elektronik yang telah beroperasi lebih 19 tahun di Malaysia telah menutup operasinya di Seberang Prai, Pulau Pinang dan dijangkakan lebih dari 1000 orang pekerja akan menganggur. Syarikat Nikko Eletronik Berhad (anak syarikat Nikko Group International) khabarnya tidak lagi mampu bersaing dan beroperasi di Malaysia kerana insentif industri yang tidak kompetitif serta harga bahan bakar dan elektrik yang terlalu tinggi.

Jika Abdullah Ahmad Badawi masih berterusan lena dalam tidur disiang hari, maka tidak mustahil lebih banyak lagi syarikat (industri) yang terpaksa gulung tikar atau pun berpindah ke negara lain. Saya tidak nafikan bahawa cabang pertanian boleh memacu ekonomi, namun kita masih lagi perlu mengekalkan daya saing dan nilai kompetitif segmen industri demi untuk ekonomi dan iklim pelaburan negara yang mantap dan stabil.

Mulai 1 Julai 2008, tariff harga elektrik telah dinaikkan kepada 18 % dan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan satu lagi gelombang kenaikan harga barangan akan berlaku di Malaysia. Para pekilang terpaksa memasukkan nilai ini kedalam kos operasi mereka termasuklah kos bahan bakar diesel dan gas. Secara otomatiknya maka harga produk akhir pastinya akan melambung lebih dari 120 % daripada harga asal jika pihak pekilang ingin mendapatkan untung.

Ini secara tidak langsung akan menekan banyak industri pembuatan dan elektronik yang mana secara langsung akan mengakibatkan industri ini menjadi semakin parah, di mana akhirnya terpaksa ditutup ataupun dipindahkan lokasi ke negara lain seperti China, Vietnam dan Kemboja.

Inilah satu kesan hasil daripada melantik seorang yang bertahap “bangang yang tidak boleh diajar” dalam bidang ekonomi seperti Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

%d bloggers like this: