29 October, 2007

Hentam Keromo?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:14 am by Ketua Perusuh

Bahasa Melayu memang mempunyai banyak kosa kata dan peribahasa yang sesuai dengan pelbagai keadaan dalam kehidupan kita sehari-harian. Pada dasarnya Bahasa Melayu adalah satu “lingua franca” yang digunakan hampir diseluruh nusantara dan Asia Pasifik. Malah perkataan “IKAN” yang merujuk kepada ikan itu sendiri juga digunakan oleh banyak bangsa di sekitar nusantara dan Asia Pasifik.

Kali ini saya ingin menggunakan satu perkataan iaitu “Hentam Keromo”. Hentam Keromo adalah satu tindakan (perbuatan) yang biasanya dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa membuat kajian menyeluruh ataupun tanpa kajiselidik. Biasanya “Hentam Keromo” berlaku apabila sesuatu tindakan tersebut boleh mendatangkan keuntungan segera (tanpa memikirkan kesan sampingan) kepada pihak yang melakukannya.

Kementerian Pelajaran (diubah dari nama lama iaitu Kementerian Pendidikan) yang diketuai oleh Hishamuddin Tun Hussein adalah satu daripada beberapa Kementerian didalam Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan sikap (perlakuan) “Hentam Keromo”. Ini kerana beberapa tindakan yang dijanakan (dilakukan) oleh mereka biasanya tidak didahului dengan kajian menyeluruh melainkan mengikut idea (nafsu) para pegawai atasan termasuklah Menteri Pelajaran (dahulunya Menteri Pendidikan).

Kita boleh ambil satu contoh yang paling ketara (yang pincang) berlaku dalam Kementerian Pelajaran iaitu keperluan untuk menjadikan Bahasa Inggeris (English) sebagai bahasa perantaraan (bahasa pengajaran) dalam subjek Sains dan Matematik. Tujuan kononnya Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik adalah untuk memudahkan serta memahirkan para pelajar dalam penguasaan subjek tersebut. Kononnya juga ini membolehkan para pelajar mudah menguasai Bahasa Inggeris dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan bangsa lain.

Pada dasarnya ramai tenaga pengajar (guru dan pendidik) tidak bersetuju sama sekali kedua-dua subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana tindakan tersebut secara “otomatis”nya akan menyebabkan para pelajar yang berada diluar bandar keciciran kerana kurangnya penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Sedangkan kadar nisbah pelajar luar bandar berbanding pelajar di bandar adalah pada sekitar 8:2.

Rakan kepada isteri saya kini sedang mengajar Matematik disebuah sekolah luar bandar di Pantai Timur Malaysia. Selalunya rakan isteri saya ini merungut bilamana para pelajar (yang rata-rata anak nelayan) tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana kurangnya pengetahuan mereka dalam Bahasa Inggeris. Malah para pelajar ini juga mendapat markah yang amat rendah dalam Subjek Bahasa Inggeris. Bagaimana pula mereka ini akan dapat menguasai subjek Sains dan Matematik yang diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sedangkan pada masa yang sama mereka masih lagi merangkak-rangkak dalam Bahasa Inggeris.

Rata-rata pelajar sekolah rendah di luar bandar (terutamanya Melayu) amat kurang penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Bukan sahaja Bahasa Inggeris, namun mereka juga amat kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu (terutamanya pelajar di Kelantan dan Terengganu yang kuat menggunakan bahasa loghat dalam pertuturan seharian). Ini secara tidak langsung akan mengganggu gugat pembelajaran para pelajar ini yang secara umumnya akan membantutkan usaha percambahan ilmu kepada mereka.

Tindakan “Hentam Keromo” yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran biasanya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan kajian yang menyeluruh. Terlalu banyak kes (contoh) yang boleh dikaji pada tindakan “Hentam Keromo” yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran.

Kini Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya dilaksanakan tahun depan, ditangguhkan (yang kononnya atas arahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi).

Saya lihat tindakan penangguhan ini lebih bersifat politik kerana Abdullah Ahmad Badawi amat gusar sekiranya isu ini dimainkan (dicanangkan) oleh semua parti pembangkang. Ini bermakna tindakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik pada awalnya tidak tepat (lebih bersifat “hentam keromo”).

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa sikap Kementerian Pelajaran yang sewenang-wenangnya berbuat “hentam keromo” atas dasar pendidikan negara sememangnya secara langsung akan membantutkan usaha pendidikan diperingkat rendah dan menengah yang melibatkan majoriti penduduk luar bandar. Oleh itu jangan jadikan “akal pendek” para Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai atasan Kementerian Pelajaran menjadi pemangkin yang akhirnya akan meranapkan institusi pendidikan negara.

Tolong…. sekali lagi saya ulangi Tolong jangan jadikan sikap bodoh anda penyebab para pelajar di Malaysia ini menjadi sebodoh anda. Jika anda bodoh atau bangang, jangan sabitkan (libatkan) para pelajar di seluruh Malaysia. Biarlah anda bodoh atau bangang sendirian.

Advertisements

25 October, 2007

Cakap Berdegar-degar, Ekor Bergelumang Tahi?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:31 am by Ketua Perusuh

Kepada semua pengunjung setia blog ini, saya ingin memohon maaf kerana telah lama saya tidak membuat kemaskini pada blog ini. Kekangan masa (urusan perniagaan dan peribadi) telah menyebabkan ianya berlaku. Maaf sekali lagi.

Dimasa kecil dahulu, saya selalu mendengar kedua ibubapa saya menggunakan peribahasa yang menjadi tajuk bicara kali ini. Peribahasa berbunyi “Cakap berdegar-degar, Ekor bergelumang Tahi” selalunya dikaitkan kepada mana-mana pihak yang selalunya bercakap besar (berlakon baik) sedangkan dimasa yang sama dialah yang paling buruk sikap dan perangainya. Malah selalunya pihak yang bercakap besar (tunjuk pandai) inilah yang sebenarnya menjadi dalang perkara yang dibangkitkan olehnya.

Dulu kita dikejutkan dengan sikap “Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi” yang dilakukan oleh Mohd Said ADUN yang menganjurkan agar Kastam bertegas dalam tindakan penguatkuasaan sedangkan pada masa yang sama dia (Mohd Said) sendiri terlibat dengan isu penyeludupan balak di Melaka.

Kini semalam saya dikejutkan dengan satu lakonan lelucon didalam dewan parlimen yang mulia oleh dua orang ahli parlimen (Bera dan Larut). Lelucon mereka seperti biasa menampakkan kebodohan mereka secara jelas. Mungkin mereka beranggapan bahawa tindakan mereka kononnya dapat menunjukkan kepada umum bahawa mereka amat perihatin atas apa yang pastinya akan berlaku pada mana-mana koridor ekonomi.

Ahli Parlimen Bera dan Larut menegaskan bahawa beliau berasa gusar bilamana TV3 (setelah sekian lama para bloggers mendedahkan perkara ini) mendedahkan didalam Buletin Utama bahawa berlakunya penjualan tanah-tanah milik bumiputera secara meluas dan tidak terkawal di dalam kawasan WPI.

Nampaknya Ahli Parlimen Bera dan Larut hanya akan tersedar apabila TV3 menyiarkan laporan tersebut sedangkan para bloggers (termasuk saya) telah lama menyedari akan timbulnya perkara ini. Adakah mereka ini hanya mendapat maklumat dari TV sahaja atas sebab mereka ini sebenarnya malas membaca (buta IT). Sedangkan pada masa yang sama merekalah (Ahli Parlimen BN) yang kuat mencanangkan kebaikan dan keperluan WPI untuk pembangunan negara. Mungkinkah tindakan mereka ini disebabkan pemilik tanah tidak mahu menjualkan kepada mereka pada nilai yang rendah atau mereka berasa cemburu bilamana mereka tidak dapat satu saham pun dalam WPI (atau mana-mana koridor).

Yang pastinya merekalah sebenarnya yang telah bersama-sama bersekongkol dengan Abdullah Ahmad Badawi & Co untuk menjual negara ini dalam senyap. Sepatutnya mereka sedar sejak dari mula isu WPI dibangkitkan dan bukannya sekarang bilamana nasi sudah menjadi bubur. Lambat laun, pihak asing terutamanya Singapura akan dapat menguasai Malaysia sepertimana yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew yang kononnya Singapura perlu bergabung dibawah Malaysia sedangkan sebenarnya Malaysialah yang akan digabungkan dengan Singapura. Satu masa nanti mungkin tidak akan ujud lagi negara Malaysia (yang ada cuma Singapura sahaja) kerana Malaysia telah dijual kepada Singapura oleh para pemimpin BN dan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

WPI seperti yang telah saya jelaskan beberapa kali adalah satu tindakan untuk memudahkan pihak asing (terutamanya Singapura) untuk menguasai dan memiliki tanah yang amat diperlukan oleh mereka. Ini secara langsung akan menyebabkan kemungkinan pihak Singapura akan pada satu masa nanti memohon kepada Mahkamah Antarabangsa agar mengesahkan perluasan negara Singapura yang secara otomatisnya akan melibatkan WPI.

Kini perkara yang sama juga telah, sedang dan akan berlaku di NCER, ECER dan RECODA. Kita tungu dan lihat penjualan tanah milik bumiputera secara besar-besaran terutamanya tanah rizab melayu yang akan dilakukan oleh makhluk-makhluk durjana yang disokong (malah di”endorse”kan) oleh ramai ADUN dan Ahli Parlimen BN.

Kepada para pemimpin BN, tolong kaji dan fikir puas-puas sebelum anda membuka mulut anda kerana setiap kali anda melontarkan pandangan, ianya secara tidak langsung akan menunjukkan tahap pemikiran (intelektual) anda yang rendah (boleh diklasifikasikan sebagai bangang, tolol atau bodoh).

Kepada semua pembaca, anda boleh lihat tahap pimikiran yang rendah pada ramai pemimpin BN (termasuklah Khairy Jamaluddin) terutamanya kepada badut Parlimen seperti Nazri Aziz. Mereka ini suka sangat “cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi”.

%d bloggers like this: