29 August, 2007

Parti Buruh Kebangsaan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:03 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali kita semua sedia maklum bahawa disana-sini ada sahaja menteri dan ahli parlimen yang membangkitkan bantahan dan bangkangan mereka terhadap tindakan yang diambil oleh MTUC dan badan-badan kesatuan sekerja tempatan.

Malah telah ada kedengaran cakap-cakap yang melabelkan gerakan kesatuan sekerja sama seperti gerakan parti pembangkang, malah ada yang sanggup untuk menuduh bahawa kesatuan sekerja di Malaysia telah dikuasai oleh pembangkang.

Inilah cakap-cakap yang kedengaran dari mulut-mulut manusia yang “lupa dunia” dan “berhidung tinggi”. Mentang-mentanglah mereka kini diulit kemewahan dan kesenangan, dengan kekuasaan yang ada pada mereka hasil dari usaha bodek, ampu dan rasuah. Malah menteri-menteri dan ahli parlimen ini seakan lupa bahawa golongan pekerjalah yang telah menaikkan dan memajukan ekonomi dan kuasa pelbagai industri di Malaysia.

Malah kekayaan dan keuntungan yang menteri-menteri dan ahli parlimen ini memang datangnya dari hasil titik peluh dan keringan para pekerja bawahan. Andai mereka (menteri dan ahli parlimen) ini tidak berada ditampuk kuasa, tentunya mereka juga berada sebaris dengan golongan pekerja. Dan mungkin ada mereka-mereka ini yang merempat dan kebulur tiada makanan dan tempat tinggal seandainya diizinkan Allah kehidupan mereka diubah.

Tapi mereka-mereka ini sememangnya tidak mahu sedar akan kegelisahan dan kepayahan hidup golongan pekerja bawahan termasuklah kakitangan awam dan swasta. Malah ada kakitangan swasta yang mendapat gaji RM260 sebulan sedangkan golongan ini tinggal dibandar-bandar besar.

Ayah saya pernah memegang peranan besar dalam Kesatuan Sekerja pada satu masa dahulu, malah boleh dikatakan mengerakkan beberapa kesatuan sekerja di tanah air tercinta ini. Tujuan penubuhan dan pergerakan kesatuan sekerja adalah untuk memberikan satu perlindungan dan keselamatan kepada ahli-ahli mereka dalam bentuk kestabilan pekerjaan dan tangga gaji.

Pernah ayah saya menegaskan kepada saya bahawa beliau amat bersetuju sekiranya semua warga pekerja di Malaysia menubuhkan satu pergerakan politik (partai) yang menjurus kepada memberi dan mengekalkan kepentingan pada ahli-ahli kesatuan sekerja. Malah beliau mencadangkan penubuhan kembali Parti Buruh untuk tujuan ini.

Malaysia pernah menyaksikan ujudnya Parti Buruh pada awal sebelum pembentukan Malaysia. Malah jika tidak diganggu gugat oleh Penjajah British dan Parti Perikatan, tentunya Parti Buruh menjadi satu parti yang berjaya dan kuat.

Kini setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, saya merasakan bahawa adalah perlu satu gerakan untuk menubuhkan Parti Buruh dibuat dengan segara demi untuk menjamin kepentingan dan hak-hak pekerja. Dengan ujudnya Parti Buruh, tentu ianya akan dapat bergerak seganding dengan mana-mana parti yang lain untuk menjuarai agenda para pekerja.

Parti Buruh sewajarnya akan menjadi satu parti “multi-racial” yang dapat merapatkan jurang politik pemisahan kaum seperti yang diamalkan dalam Barisan Nasional. Dengan ujudnya Parti Buruh Kebangsaan, tentunya menteri-menteri dan ahli parlimen yang bangang ini akan dapat tersedar dari lamunan mereka. Mereka-mereka ini mengelamun disiang hari adalah kerana terpengaruh dengan aksi yang ditonjolkan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang diserang penyakit tidur (African Trypanosomiasis) yang dibawa oleh lalat “tsetse” sepertimana yang banyak terdapat di benua Afrika.

Kepada menteri-menteri dan ahli parlimen yang bangang ini ingin saya tegaskan bahawasanya setiap ucapan dan kata-kata yang anda lemparkan semakin lama semakin menunjukkan tahap keilmuan dan kecerdikan anda yang rendah. Malah setiap kali anda membuka mulut memberi pandangan dan bantahan anda di Parlimen, ianya seumpama seekor lembu sedang membuka mulut. (Bukankah binatang lembu terkenal dengan sikap bangangnya).

Sudah tiba masanya untuk semua warga Malaysia (terutamanya golongan pekerja) yang merasakan bahawa tahap keilmuan mereka lebih tinggi dari menteri-menteri dan ahli parlimen ini untuk mengambil tindakan menubuhkan Parti Buruh dan seterusnya menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke lembah kehinaan dan kehancuran atas sebab ditadbir oleh Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) yang lembab dan boleh diklasifikasikan sebagai bangang (beserta dengan menteri-menteri dan ahli parlimen yang sama bangangnya).

Akhir kata, semoga sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 50 Malaysia menjadi titik tolak untuk menyelamatkan Malaysia dari kekuasaan kumpulan bangang dan lanun ini.

“Bebas Merdeka Tanah Airku, Bebas Merdeka Pemikiranku”

19 August, 2007

Penggabungan Mega Ala Synergy Drive?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:15 am by Ketua Perusuh

Synergy Drive kini semakin hampir menjadi satu gergasi perladangan negara. Synergy Drive adalah satu gabungan tiga syarikat perladangan utama negara iaitu Guthrie Berhad, Sime Darby Berhad dan Golden Hope Berhad. Satu usaha besar yang dijangkakan akan memberikan pulangan maksima kepada pemegang saham dan semua yang terlibat.

Persoalannya disini ialah jika Sime Darby Berhad tergabung dalam Synergy Drive, ini memungkinkan semua aset dan projek-projek yang sedang dan akan diusahakannya tergabung bersama dalam Synergy Drive. Secara otomatisnya, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) juga akan terletak dibawah kuasa Synergy Drive.

Synergy Drive pastinya akan mempunyai beberapa aset serta projek bertaraf mega yang sekaligus boleh membahayakan seluruh operasinya jika Synergy Drive gagal dalam urusan pentadbiran. Hasil penggabungan ini akan memberikan juga satu kuasa penuh kepada Synergy Drive untuk mentadbir dan menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Apa yang ditakuti akan berlaku terhadap ekonomi Malaysia mungkin akan terjadi jika Synergy Drive berhasil juga untuk mengawalselia beberapa koridor ekonomi dibeberapa kawasan yang akan diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Jika ini berlaku, ianya akan menyebabkan Synergy Drive akan menguasai sekurang-kurangnya 40% tanah dalam Malaysia.

Penggabungan ini juga secara otomatisnya akan memudahkan pemindahan pegangan saham yang dimiliki oleh Synergy Drive kepada beberapa pihak ketiga (yang menjadi proksi kepada Temasek Group). Ianya akan membuatkan Singapura (melalui Temasik Group) memiliki tanah tersebut mengikut nilai saham yang dimiliki olehnya dan seterusnya membesarkan wilayah negara tersebut.

Beberapa pergerakan dalam dunia korporat dan ekonomi telah, sedang dan akan dijanakan secara senyap oleh beberapa proksi yang dilantik oleh Temasek Group dalam usaha mereka memiliki pegangan saham dalam Synergy Drive.

Apa yang pasti usaha mereka ini (proksi Temasek Group) mendapat keizinan dan perlepasan khas dari Menteri Kewangan Malaysia dan semestinya akan mendapat lampu hijau dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Persoalannya disini, adakah kita ingin membiarkan harta negara terlepas kepada tangan orang lain dengan sewenang-wenangnya. Adakah kita tidak mahu sedar bahawa beberapa aset sedia ada telah dimiliki oleh Temasek Group melalui proksi mereka seperti dalam kes Pelabuhan Utara (Westport), Maxis dan sebagainya.

Kepada pemegang saham utama (majoriti) dan kecil (minoriti) dalam Golden Hope Berhad dan Sime Darby Berhad, tindakan anda membenarkan penggabungan ini tidak akan dimaafkan oleh semua warga Malaysia sekiranya pada akhirnya Synergy Drive terjual kepada entiti asing. Jangan biarkan wang ringgit mengelabui pandangan rasional anda.

8 August, 2007

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 5:57 am by Ketua Perusuh

Malaysia mengamalkan sistem Raja Beperlembagaan. Ini menyebabkan kekuasaan Raja (Sultan) dikekang dan dikawal oleh sistem yang dibangunkan oleh penjajah dahulukala. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kuasa mutlak diberikan kembali kepada DYTM Raja-Raja Melayu malah mungkin ramai yang akan menentang kuasa Raja-Raja Melayu.

Orang yang paling takut jika DYTM Raja-Raja diberikan kuasa adalah orang-orang yang dekat dengan koridor kekuasaan seperti Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Boleh dikatakan ianya melibatkan ramai orang terutamanya dari pihak Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden UMNO).

Malah kalau boleh mereka ini akan menyekat kuasa DYTM Raja-Raja dalam mentadbir urusan yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat-Adat Melayu. Mereka (Perdana Menteri Malaysia) dan yang seangkatan dengannya seringkali dilihat menyalahgunakan kuasa mereka dalam perkara ini sedangkan mengikut perlembagaan hanya DYTM Raja-Raja Melayu sahaja yang berkuasa dalam menentukan hala tuju dan urusan berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Cuba kita lihat akan kes perundangan Lina Joy yang menggunakan laluan perundangan sivil sedangkan kes asalnya sepatutnya dibawah kuasa dan urusan DYTM Raja-Raja Melayu. Memang pada satu masa dahulu ramai dikalangan DYTM Raja-Raja Melayu mudah dikuasai oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi untuk memastikan status quo yang masih mereka miliki. Namun jika DYTM Raja-Raja Melayu masih lagi kekal membatukan diri malah tidak mahu bersuara dalam melindungi kepentingan rakyat jelata, mungkin satu masa nanti DYTM Raja-Raja Melayu hanya tinggal sebagai lambang dalam buku sejarah sahaja.

DYTM Tuanku Raja-Raja Melayu perlu menggunakan kuasa mereka untuk menyekat salahguna kuasa, rasuah dan penyakit-penyakit hiliran para Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Malah tindakan yang dilakukan oleh DYTM Sultan Selangor Darul Ehsan (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dalam membatalkan dan menggantung darjah kebesaran kepada beberapa orang yang terlibat dengan jenayah dan salahguna kuasa perlu dilihat sebagai satu contoh mulia yang pastinya boleh diikut oleh mana-mana Sultan dan Raja-Raja negeri lain.

Kini terdapat gesaan diperingkat rakyat jelata (marhaen) agar Sultan dan Raja-Raja Melayu membuat satu pergerakan membenteras gejala sosial yang terdapat dalam kebanyakan kes yang melibatkan orang-orang yang berada dikoridor kuasa. Malah tindakan mereka-mereka ini (penjenayah) perlu dibenteras seberapa cepat yang boleh sebelum ianya merebak dan membusuk.

Hamba rakyat amat berharap agar DYTM Tuanku-Tuanku dapat memberikan satu contoh teladan yang baik demi masa depan negara yang bersih, telus dan amanah. Kuasa yang masih ada ditangan DYTM Tuanku-Tuanku perlulah digunakan dengan sebaik mungkin. Hamba rakyat amat berharap DYTM Tuanku-Tuanku dapat mengambil tindakan segera dengan melucutkan malah membuang daerah (negeri) mana-mana pihak yang menggunakan status (Dato’) mereka untuk melakukan salahguna kuasa, rasuah dan jenayah.

Hamba rakyat amat berbesar hati sekiranya DYTM Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu dapat bersidang dan menetapkan satu ketetapan dalam menangani permasalahan ini dengan segera. Hamba rakyat melihat bahawa kuasa dan sikap Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya (termasuk ramai Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) kini semakin menjolok mata dan besar kepala.

Kepada DYTM Raja Nazrin Shah, hamba rakyat berharap agar Tuanku dapat menunjukkan satu model pemimpin yang berjiwa rakyat, bersih, telus dan amanah yang sepatutnya mana-mana pemimpin di Negeri Perak Darul Ridzuan perlu ikut dan contohi. Hamba sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan merafakkan sembah agar DYTM Sultan Azlan Muhibbudin Shah dapat melakukan sesuatu kepada beberapa pimpinan utama di Negeri Perak yang dikenalpasti melakukan salahguna kuasa, rasuah dan jenayah.

Kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, hamba rakyat amat berbesar hati sekiranya DYMM Tuanku dapat memanggil mengadap Abdullah Ahmad Badawi untuk diperingatkan akan tugas yang sepatutnya beliau lakukan. Jika Abdullah Ahmad Badawi masih besar kepala, maka DYMM Tuanku berhak untuk berbuat sesuatu. DYMM Tuanku juga hamba rakyat harapkan agar dapat memanggil mengadap mana-mana penjawat awam yang dikenalpasti melakukan salah laku dan sebagainya untuk diberi peringatan ataupun diambil tindakan.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,

1 August, 2007

Abdullah Ahmad Badawi

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:40 am by Ketua Perusuh

Kali ini izinkan saya menulis seringkas-ringkasnya mengikut turutan. Saya tidak mahu mencoretkan nukilan yang panjang berjela cuma sekadar ingin mengemukakan pandangan secara soal jawab dan “listing” (dengan izin).

Soalan: Sifat sebenar Abdullah Ahmad Badawi?
Jawapan: Lemah jati diri, lalai, leka, lembab dalam tindak tanduk, gagal memahami senario semasa, tidak faham konsep ekonomi, mudah dibeli, mudah dikuasai oleh orang yang terdekat dengannya, tidak Islamik, kurang daya kepimpinan, mudah beremosi, pengecut dan banyak lagi.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sesuai sebagai Perdana Menteri Malaysia?
Jawapan: Tidak sesuai sama sekali atas sebab tidak berkemampuan untuk memimpin melainkan dipimpin. Setakat ini didalam senarai Majlis Tertinggi UMNO belum terdapat individu yang layak memimpin negara?

Soalan: Adakah Ketua Perusuh boleh menggantikan tempat Abdullah Ahmad Badawi?
Jawapan: Tidak, saya tidak berminat dengan politik.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sesuai sebagai Menteri Kewangan?
Jawapan: Tidak sesuai sama sekali atas sebab kurang memahami konsep dan pengurusan kewangan serta ekonomi. Malah amat lemah dengan angka dan tidak berminat mempelajari ilmu berkaitan kewangan. Ini menyebabkan Kementerian Kewangan lebih banyak dikawalselia oleh orang-orang di Tingkat 4 yang kebanyakannya masih mentah dalam bidang kewangan dan ekonomi.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi boleh menjadi Perdana Menteri lebih dari dua penggal?
Jawapan: Selagi mana masih ada ramai rakyat Malaysia yang boleh digula-gulakan serta ditipu dalam setiap pilihanraya, maka selagi itu Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi Perdana Menteri.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sedar akan permasalahan rakyat dan perkara-perkara yang berlaku didalam negara?
Jawapan: Setakat ini belum lagi kelihatan Abdullah Ahmad Badawi sedar atau disedarkan. Malah banyak perkara yang penting didalam negara diabaikannya tanpa sebab munasabah.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi seorang yang berpandangan jauh?
Jawapan: Tidak tepat sama sekali. Malah banyak tindakannya lebih kepada emosi dan tidak berpandangan jauh. Seperti contoh projek WPI dan NCER yang pastinya akan menyebabkan orang melayu terpinggir dan dipinggirkan secara senyap dan terancang.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi cuba membenteras rasuah dan salah guna kuasa?
Jawapan: Dewasa ini dalam pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, rasuah dan salah guna kuasa amat meluas terjadi malah banyak kes yang sedang dan telah ditutup begitu sahaja.

Soalan: Apakah hukuman yang sesuai buat Abdullah Ahmad Badawi sekiranya NCER dan WPI dijual kepada entiti asing?
Jawapan: Hukuman kepada pembelot hanyalah dengan ditembak mati oleh skuad penembak. Itupun ianya mesti mendapat keizinan daripada DYMM YDP Agong.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang lebih Islamik?
Jawapan: Islamik? Setakat ini belum dapat dikenalpasti. Iman tidak boleh diwarisi dari ibubapa, begitulah juga yang terjadi pada Abdullah Ahmad Badawi. Anak, menantu dan dua isterinya juga tidak menutup aurat. Jika yang dipimpinnya masih tidak terpimpin bagaimana Abdullah Ahmad Badawi boleh menjadi pemimpin yang lebih Islamik? Tidak keterlaluan sekirannya saya melabelkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang sekular yang bertopengkan Islam.

Soalan: Berjayakah Malaysia menganjurkan program Cuti-Cuti Malaysia dan Visit Malaysia Year 2007?
Jawapan: Tidak mungkin berjaya kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri pun sibuk bercuti keluar negara seperti ke Australia setiap kali dan ini secara otomatisnya seumpama menganjurkan program Cuti-Cuti Australia.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sedang memimpin negara?
Jawapan: Tidak sama sekali. Ini adalah kerana Abdullah Ahmad Badawi cuma boneka kepada menantunya (Khairy Jamaludin).

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi akan insaf dan sedar?
Jawapan: Hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh membukakan hatinya. Atau mungkin Abdullah Ahmad Badawi sengaja tidak mahu insaf dan sedar.

Soalan: Perlukah Abdullah Ahmad Badawi dinilai dibawah “Key Performance Index (KPI)”?
Jawapan: Ya, memang perlu. Malah semua anggota kabinet yang dilantik olehnya termasuklah menteri-menteri besar dan exco yang dilantik dibawah Kerajaan Barisan Nasional perlu dinilai secara telus oleh badan bebas dari luar negara. Kita boleh juga menjemput Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Agensi Kelayakan Malaysia (AKM) membuat penilaian.

Soalan: Siapakah Abdullah Ahmad Badawi?
Jawapan: Bapa Pengkhianat Negara.

Salam Kemerdekaan Kelima Puluh Tahun (50) Malaysia

%d bloggers like this: