24 April, 2013

Benarkah Seperti Ini?

Posted in BERSIH, Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Reformasi tagged , , , at 3:54 am by Ketua Perusuh

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Maaf sekali lagi kerana lama tidak kemaskinikan laman blog ini. Keterujaan saya untuk menulis terbatas akibat dari kerja yang tidak berkesudahan. Kali ini saya ingin bawa perhatian anda semua tentang maklumat yang saya baca di sebuah laman blog yang “quote” nama saya.

Laman blog tersebut ada memaparkan satu graf maklumat berkaitan ratio sentimen pengundi yang katanya hasil dari kajiselidik yang dilakukan oleh anggota agensi berkaitan di lapangan. Saya tidak pasti tentang agensi ini sebab setahu saya terlalu banyak agensi sebegini yang ada didalam negara Malaysia ini.

Image

Saya berpandangan maklumat yang disalurkan oleh blogger tersebut ada kemungkinan yang baik atas sebab penggunaan pengiklanan secara media atas talian secara besar-besaran yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’ Seri Najib Razak.

Setakat hari ini, saya belum lagi mendapat maklumbalas dari rakan-rakan saya yang masih berada didalam ISIS. Mungkin mereka juga sependapat dengan carta yang dipamerkan oleh blogger tersebut.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS)

3 April, 2013

PRU13 : Siapa Menang Siapa Kalah

Posted in BERSIH, Bloggers-United, Malaysia Baru, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Reformasi tagged , , , , , , , at 5:03 am by Ketua Perusuh

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat menunaikan janji untuk menerbitkan kajian saya berkenaan dengan pola pengundianbagi Pilihanraya Umum Ke 13 seperti yang saya janjikan hampir setahun setengah yang lalu.

Ini adalah disebabkan oleh keterujaan saya menubuhkan dan mengendalikan satu organisasi diperingkat pusat yang berkait rapat dengan keselamatan dan kelansungan negara Malaysia yang tercinta ini. Tugasan yang telah diberikan kepada saya amatlah berat dimana saya agihkan sebahagian kepada kakitangan organisasi ini yang seramai 30 orang kesemuanya.

Oleh yang demikian, harapan saya adalah anda semua para pembaca blog ini dapat memaafkan saya atas kekhilafan yang tidak wajar saya buat.

Berbalik kepada isu berkaitan PRU13 ini, setelah pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) sebentar tadi maka saya berpendapat bahawa adalah amat bersesuaian jika kita membuat analisa siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kalah pada PRU13 ini.

Saya akan cuba meluangkan sedikit masa saya sempena dengan musim pilihanraya ini dalam memberikan pandangan saya mengenai perjalanan pilihanraya umum dan seterusnya cuba untuk mengkaji dimana kelemahan dan kekuatan kedua-dua aliran politik iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Saya akan cuba memberikan ulasan seadil yang boleh dengan tidak cuba memihak kepada sesiapa pun dalam usaha untuk memastikan bahawa perjalanan pilihanraya umum ke 13 kali ini berjalan dengan lancar dan teratus mengikut lunas-lunas undang-undang dan demokrasi.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah Taala, saya akan cuma membuat kemaskini secara berkala dan harian diblog ini seperti mana dahulu. Harap maklum.

Sekian, Terima Kasih,

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS)

%d bloggers like this: