28 May, 2008

Glenn Defense Marine?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , at 12:46 am by Ketua Perusuh

Pada April 2005, Tuan MGG Pillai pernah mengeluarkan satu laporan lengkap mengenai sebuah kapal pengiring yang berstatus “meragukan” yang dilihat berlabuh diluar Pelabuhan Utara Klang. Kapal tersebut diberi nama “Glenn Braveheart” yang dimiliki oleh Glenn Defense Marine Asia (GDMA) yang mana telah didaftarkan di Panama dan mempunyai ibupejabat korporat di GLENN DEFENSE MARINE (ASIA) PTE LTD. 15D, Pandan Road, Singapore, 609266.

“Glenn Braveheart” telah didapati berlabuh di Pelabuhan Klang sejak Julai 2004. Kapal pengiring ini didapati lengkap dengan unit bersenjata (otomatik) dan pelancar roket serta mempunyai unit khas anti pengganas. Ianya berada diperairan Malaysia tanpa dipantau oleh Cawangan Khas (SB) ataupun Unit Risikan Tentera. Malah Kementerian Pertahanan dan Polis nampaknya tidak bersungguh-sungguh untuk membuat pemantauan walaupun ianya telah didedahkan oleh orang awam.

Polis Marin mempunyai kawasan pemantauan yang dibenarkan pada sekitar jarak 12 batu nautika manakala TLDM pula mempunyai kawasan pemantauan sebesar 188 batu nautika. Namun apa yang menyedihkan tiada pemantauan atau siasatan dilakukan kepada kapal “Glenn Braveheart” yang mana telah berlabuh sekian lama dan akhirnya dibenarkan bergerak keluar dari Pelabuhan Klang tanpa apa-apa tindakan selanjutnya dari pihak yang berkaitan.

Apa yang dimusykilkan ialah bagaimana keselamatan dan kedaulatan negara ini dapat dipertahankan jika perkara sekecil ini tidak mampu diambil tindakan oleh pihak berkaitan di Malaysia hanya kerana sikap berlembut Kerajaan Malaysia. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak asing dengan baiknya demi untuk membuat pemantauan teknikal dan taktikal terhadap pengurusan pelabuhan dan juga pemantauan Selat Melaka.

Syarikat Glenn Defense Marine yang berpengkalan di Singapura pastinya telah (akan) menjadi mata dan telinga Unit Risikan Singapura yang dibantu oleh MOSSAD Israel. Mengikut kelaziman, mana-mana kapal asing yang berstatus “bersenjata” yang ingin melalui perairan Malaysia di Selat Melaka perlu mendapat keizinan serta dipantau oleh Angkatan Tentera Malaysia (Kementerian Pertahanan), namun bagi kes “Glenn Braveheart” nampaknya ianya terlepas dari apa-apa pemantauan.

Malah pegawai dari Biro Siasatan Negara (BSN) tidak pula membuat apa-apa tindakan susulan mengenai perkara ini dan ianya terus senyap daripada lipatan sejarah. Kita tidak mahu sikap berlembut yang diamalkan oleh Pentadbiran Malaysia akhirnya akan memakan diri dimasa akan datang. Perlulah ada tindakan tegas yang wajar diambil oleh Kerajaan Malaysia mengenai isu ini.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia perlulah diberikan satu kuasa untuk membuat siasatan dan pemantauan khusus bagi mana-mana kapal “bersenjata” yang menggunakan perairan Malaysia tidak kira di Selat Melaka, Selat Johor mahupun di Laut China Selatan.

Walaupun kes ini telah lama berlaku, namun perlulah juga diadakan satu inkuiri atau siasatan menyeluruh mengenainya demi untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan Malaysia terjamin selama-lamanya. Malah dengan sikap (bongkak dan tiada semangat kejiranan) yang ditunjukkan oleh pihak Singapura maka amat perlu kiranya mana-mana kapal, pesawat serta lain-lainnya yang datang dari Singapura (milik Singapura) perlulah diawasi, dipantau serta disiasat demi untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

11 Comments »

  1. Sejak dari zaman dulu Tentera laut penting kerana sempadan laut terlalu banyak berbanding sempadan darat.

    Sudahlah penyeludupan Disel bersubsidi juga dilakukan di laut,

    kalau ada tentera laut yang kuat, pasti ia juga dapat dikurangkan.

  2. Aku rakyat Selangor! said,

    Sebab itu tidak lh menghairan kan pendatang tanpa izin bebas keluar masuk,walau pun negara kita dikelilingi lautan tapi perlukah ini dijadikan alasan.Sebab itu penguat kuasaan adalah penting.Harap kerajaan bertindak tegas bkn saja dgn penceroboh tetapi terhadap pihak yg di beri tanggung jawap…….

  3. sao said,

    Tuan,

    Kita baru sekarang memikirkan perkara ini, malah jarang kita berbincang tentang perang.

    Sedangkan, perang itu boleh menjadi realiti sekiranya kita tidak pernah memikirkan dengan rasional.

    Mudahan mudahan askar kita tidak perlu berperang, tetapi sekiranya perlu, adakah kita telah sempurna?.

  4. aku orang selangor said,

    tuan perusuh,

    saya berasa lega kerana tuan sekarang ini telah mulai ‘sayang’ malaysia – negara kita yang tercinta. artikel2 tuan yang baru2 ini nampaknya telah menbangkitkan isu2 kedaulatan negara – dari kes batu tak hitam (batu putih lah), kes agen2 risikan luar negara dan kes kapal glenn di atas. bagus, bagus, dan bagus sekali. saya kira tuan akan bersedia ke hadapan apabila perlu kita berjuang tangan apabila negara kita diserang oleh musuh kita – terutamanya, negara jiran di selatan tanah air.

    tapi jangan kita lupa, ya tuan perusuh, musuh2 kita yang berada di sekeliling kita ataupun di dalam selimut atau gebar yang kita pakai setiap malam tu. sisepet dan sihitam yang sekarang ini sedang berbisik ke telinga2 pemimpin melayu ‘pembangkang’ terutamanya di selangor – mereka nak ‘babi’ kita bagi ‘babi’, mereka nak haramkan ‘islam hadhari’ dri hassan ali dah ikut telunjuk mereka, dan tak lama lagi mereka nak daulatkan agama2 mereka sejajar dengan agama islam sebagai agama rasmi negara, dr hassan akan turuti kehendak ini.

    tuan perusuh,
    nak tau siapa perisik mossad terbunggul di malaysia?
    cari dalam utube – siapa yang menaja pkr atau lebih tepatnya dsai!

    tak kuasa aku nak beritau ‘address’nya, carilah sendiri. kan kalian mahir guna laman web dan internet .. kalau boleh cari gambar ida nerina mesti lu boleh cari laman tersebut.

  5. Aku rakyat Selangor! said,

    Sebenarnya kita mmg sayang kan negara kita sejak dari mula kita mengenali negara yg indah dan kaya dgn segala sumber alam,adat sebagai seorang bangsa melayu yg beragama islam,adat yg diikuti dari nenek moyang kita,sebab itu setiap negeri2 bahasa loghat nya berbeza namun kita sejak dari dulu lagi mengamalkan satu ugama iaitu ugama islam.Islam menjadi pegangan hidup kerana ia termaktub hukum haram,pahala dan balasan2 yg dijanjikan sekiranya kita engkar melakukan atau meninggalkan.Saya bkn lah pensyarah atau penceramah juga bknlah seorang bloggers tetapi saya adalh insan biasa yg beragama islam yg juga tak lari dari melakukan kesilapan,kini usia telah menjankau 43 thn namun ta faham apakah itu HADHARI? Mestikah ada islam hadhari atau selepas ini ada pula islam harihari,tak tahu itu adalah cogan kata atau jenis islam yg akan menambah hukum2 baru!Seperkara lagi terdapat juga kometar dari Mufti negeri Perlis mengatakan patut digugurkan nama hadhari tu! Celaru bertambah celaru! Apa yg saya blh lakukan hanyalah tunggu dan lihat namun nampak gaya JAIS hendak meneruskan juga walau pun kerajaan negeri telah mengarah kan agar ia dihentikan.Apa yg saya tahu, ketua agama adalah Sultan dinegeri ini, jadi lagi bertambah celaru.Tak sekata,itu lah rasa nya kalau kita tak berpegang kan kepada agama yg satu,agama sama seperti polisi, kerana nak jaga hati PM kita ,JAIS akan terus kan.Bebalik pasal ejen yahudi, Anwar dikata kan ejen yahudi tapi rakyat blm lagi menilai,kalau takat tgk kat U tube, ia blm lagi terbukti! Apa nak dibimbangkan kita ada PAS,tetapi UMNO telah 50 thn memerintah kita telah melalui zaman kegemilangan dan kemerosotan nya! Adakah kerana Anwar ejen yahudi maka org yahudi menolong berbilion-billion duit untuk pastikan anwar menjadi pemerintah!Atau Anwar menerima nasihat dan mempelajari sistem pemerintahan yahudi!Yahudi menakluki tanah2 membuat penempatan baru kapada kaum yahudi juga tetapi di sini byk tanah2 bangsa melayu terjual atau diambil oleh kerajaan dan menjual kanya pula kepada bangsa asing.Buka mata, lihat sampai mana pembangunan di Mont Kiara di bangunkan,begitu pesat,siapa kebanyakan yg menetap disana,bila rakyat asing membeli rumah dia juga pasti ada pembantu rumah sama ada dari indonesia atau filipina,sa makin byk pembangunan mewah semakin bertambah lah org asing ke negara kita ini.So tafsir kan lah!

  6. aku orang selangor said,

    ‘aku rakyat selangor’ dah mengaku dia sayangkan negara dan menganuti dengan setianya ugama islam. alhamdulillah …. bertambah lagi seorang yang telah insaf dan sedar diri selain dari ‘perusuh’. baguih benor ….

    kalau sayangkan negara jagalah maruah dan martabat melayu – kita bersatu hati menjaga kepentingan melayu – dan bukan – menjaga hati rakan parti kita yang sepet matanya dan hitam warnanya. mereka lebih dahsyat dari yahudi bak kata ‘aku rakyat selangor’. betul tu …. saya setuju bebenor.

    kalau sayangkan agama islam jagalah lidah, perkataan, akhlak dan perbuatan kita. kita akan diadili di kemudian hari bak kata ‘aku rakyat selangor’. hentikan amalan mengata, mengumpat dan menghina sesama islam. kalau saudara islam kita tak betul, tegurlah dengan baik bukan dengan penghinaan dan kejian. seru mereka balik ke jalan allah – kita dapat pahala, insyaallah.

    saya pun kurang percaya, pkr atau dsai, agen yahudi tetapi paparan video itu menjemput kita untuk berfikir dengan mendalam implikasinya. kita perlu bertanya – ongkos dari mana yang digunakan sewaktu pre-pru dan post-pru. jutaan rm ditawarkan kepada mp bn sabah dan sarawak. majlis2 jemputan pro-yahudi yang dihadiri sama ada di usa, german ataupun singapura, siapa penajanya?! kita perlu fikirkan … soal kita nak terima atau tak terima, itu soal lain.

    ‘aku rakyat selangor’ – bila subsidi air nak jalan, tol nak hapus, minyak nak turun, barangan nak murah dan elaun2 pengajian tinggi dan suri rumah nak dilaksanakan? orang selangor tunggu ni ……

  7. Aku rakyat Selangor! said,

    Maaf ‘orang selangor’ bkn saya baru nak mengaku saya sayang kan Negara! Sila faham kan komentar saya,adakah anda dari wakil akhbar yg memutar belit kan kenyataan?

  8. Aku rakyat Selangor! said,

    Bkn senang untuk memahami pemikiran sdr ‘org selangor’.perlukah saya sendiri menceritakan pekara2 dan pengalaman yg telah saya lalui,menempoh segala ranjau duri untuk memajukan diri dari seorang peniaga elit sekitar 1989 hingga 1997? Ketika tamat sekolah saya berkeja disingapura ,juga saya dilahir kan disana ketika singapura masih lagi didalam peta Malaysia.Bila singapura dan semenanjung berpisah saya menetap di JB dan dibesarkan di sana,sekolah rendah saya larkin,SDJ skolah menengah dan Saint Joseph sekolah terakhir,bola, sukan saya dan pernah bersama-sama satu pasukan sekolah bersama dollah salleh.Membantu menyara keluarga sebagai penjual sayur di pasar Kg melayu dan mengambil upah menurun kan buah kelapa ketika musim cuti. sekolah.Asal dari org miskin dan ramai adik beradik.Walau pun miskin saya masih blh lagi belajar di sekolah agama sehingga darjah 6. Namun allah maha adil walau pun 2 org abg saya meninggal kerana dadah terdapat 2 adik yg juga blh membangga kan keluarga,ibu adalh akar umbi dan aktif sebagai salah seorang ketua cawangan UMNO dan saya adalah ahli biasa dikawasan yg sama.Di sekolah rendah darjah 6 guru kelas saya bernama Mrs chan,darjah 5 Cikgu Mariam,selain itu guru2 sperti Miss annie,Latifah penyelia Mr anthony dan di sekolah menengah guru besar saya adalh Harbajan Singh penyelia Mr kumar,guru kelas tingkatan 1 saya adalah Mahagishu,dan guru2 yg mengajar seingat saya Miss Nabhan,Uztaz Mansor,Stephan,noraini byk yg tak dapat saya ingat.Di sekolah ugama tentu sekali yg mengajar adalah guru2 islam.Disekolah ramai kawan2 saya tak kira india atau cina blh bermain bersama-sama hingga lah sekarang ini di pejabat, kami masih berkerja sama.tiada ada apa pun perasaan perkauman tiada apa pun terdengar mereka membenci bangsa melayu malahan terdapat 2 org memeluk agama kita.Dan mereka2 ini datang ke ibu kota untuk mencari rezeki,ada yg datang dari sabah,ipoh,serawak,penang,kedah,johor n.sembilan.Meraka juga ada yg senang seperti kita dan ada juga yg susah seperti kita.Yg bangsa india juga ceria disini.So org yg seperti saya mmg telah didik sejak dari kecil lagi seperti ini diajar oleh guru2 yg saya sebut tadi agar menghormati setiap org,tetapi sekarang anda ‘org selangor’ lain pula fikirannya? Meraka juga sedar tiada guna untuk bergaduh atau berperang.Kita imbas sejarah tingkatan 2 yg mana menyebut kapitan2 dtg ke tanah melayu,ketika itu melayu adalah tuan di negara kita.Meraka bkn ada byk wang ketika itu,tetapi mereka berkerja keras mengumpul wang,tekun sehinggalah keanak cucu, blh membeli tanah2 dan blh membuat tempat permainan di atas genting highland.Persolaan nya saya maksudkan sejak dari dulu lagi mengapa ini harus terjadi,perlukah anda salah kan saya PKR,PAS,DAP atau org2 melayu yg berfikiran seperti saya? Apakah cadangan sdr agar kembali ke pangkal jalan sedangkan kita mengahrapkan kerajaan yg baru ini mentadbir,tak mengapa kita lihat 3 atau 4 thn lagi,kerana kita blm melihat lagi apa yg akan trjadi,yg ada dulu kita dah tahu cara pemerintahan nya.Saya juga bkn lah seorang sahja dari kalangan ahli UMNO yg menyokong Tan Sri Khalid,saya juga adalh salah seorang dari ahli UMNO yg selalu diklentong oleh ole UMNO juga,so kalau saya tidak menyebelahi PKR ‘memberi undi saja’ pada siapa pula saya nak beri kerana ditempat saya wakil nya adalah dari Parti Sosialis tetapi mengunakan logo PKR.Begitu juga dgn kebanyakan org cina dan india,mengapa samy kalah? Mengapa pula di Muar PAS blh menang dikawasan cina?Mengapa Mahatdir keluar dari UMNO?Janji dari PKR untuk memenagi PRU yg lps kita letak tepi kerana ia baru saja 3 bln.Apa yg mereka blh buat dlm masa itu.Kiranya anda baru berkeja, anda blm lagi disahkan dari jawatan.Saya rasa kiranya PKR tidak berjanji mereka blh menang juga,kerana rakyat sudah bijak.Tapi walau bagai mana pun saya tetap hormati dgn komentar sdr ‘org selangor’,saya tidak pernah menghampakan pengemis yg datang kerumah saya untuk mengemis,tidak menghampakan sebangsa saya yg menjual apa saja kerumah bahkan diberi segelas air dan di pelawa untuk makan,saya tidak kelauar dari umno sebab saya positif,yg baik pasti dapt baik! maaf kiranya menyinggong mana2 pihak!

  9. azmi said,

    Malaysia selalu terlepas pandang, itu dan ini. Entah kenapa dan mengapa?

  10. abe MIE said,

    salam..

    tunggu lah Najib jadi PM. Apa akan jadi kat singapura… Pak Lah takut sebab nanti Iskandariahnya jadi batu putih-berputih mata.

    pkrpasdap.blogspot.com

  11. anti rusuhan said,

    ZAMAN MAHATHIR – BUAT MACAM2 DEVELOPMENT NAK LAWAN
    SINGAPORE CTH BUAT F1,TANJUNG PELEPAS,WESPORT,JAMBATAN BENGKOK..

    ZAMAN PAKLAH – BAGI SINGAPORE LAGI MAJU CTH WPI,BATAL JAMBATAN BENGKOK(NI YANG DEN PALING MARAH),NAK JUAL PASIR,SHARE PANTAI JUAL KAT TEMASIK,KALAH PULAU BATU PUTIH….ETC

    CUMA KITA MENANG BOLA JE NGAN SINGAPORE PIALA PESTABOLA MERDEKA.

    SINGAPORE MEMANG SIKAP PARANOID NGAN MALAYSIA N NEGARA KELILING..SBB DIKELILINGI OLEH NEGARA ISLAM..MAKA MEREKA LENGKAPKAN SEGALA KELENGKAPAN MILITARY MELIBIHI KEPERLUAN SEBENAR MEREKA.
    RUMAH APRTMENT DI SEKITAR WOODLAND DILENGKAPI DGN BOMB SHELTER …IAITU SATU RUANG DLM RUMAH SETEBAL 20″ ..KALU APRTMENT KENA BOMB ..BANGUNAN RUNTUH TAPI STUKTUR TU BLEH TAHAN N ORG DLM TU SELAMAT…TAK CAYA PEGI LAH TGK…

    KESIMPULAN..NASIB BAIK MASA LEE KUAN YEW MEMRINTAH VS MAHATHIR…
    KALU LEE KUAN YEW VS ABDULLAH …..ABISSSS….

    ITULAH PANDANGAN SAYA ….FEEL FREE UTK DIKOMEN…TQ


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: