16 December, 2013

Pamerkan Perjanjian Konsesi Tol Terlebih Dahulu

Posted in Bajet, Barisan Nasional, Bloggers-United, Malaysia, Malaysia Baru, Pakatan Rakyat, PEMANDU, Reformasi at 2:29 pm by Ketua Perusuh

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Pada pandangan saya sebelum pihak Kerajaan Malaysia membenarkan pihak pemegang konsesi tol lebuhraya di Malaysia menaikkan kadar tol, adalah wajar sebaiknya dipamerkan perjanjian konsesi tol terlebih dahulu.

Ini kerana ianya akan membolehkan semua pihak membuat semakan “check and balance” yang lebih telus bagi memastikan para pengguna lebuhraya dan rakyat Malaysia tidak dibebankan dengan kadar tol yang tidak masuk akal. Malah saya berasa cukup pelik bila melihat seakan satu “trend” dimana apabila setiap kali Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihanraya Umum, makan tidak sampai setahun mesti akan berlaku beberapa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Sebagai contoh, selepas PRU13 yang baru melabuhkan tirainya tidak sampai setahun, telah terdapat beberapa kenaikan yang agak drastik dilakukan sehingga menyebabkan rakyat terbeban. Malah kos sara hidup rakyat semakin hari semakin meningkat. Harga hartanah di Malaysia sudah menjadi tidak masuk akal. Bayangkan bagi tanah bekas litar lumba motorsikal dan kereta di Shah Alam pada satu masa dahulu, harga hartanah yang dijual oleh Syarikat Lebar Daun tidak ada yang kurang dari RM500 ribu.

Adakah kemenangan pada Pilihanraya Umum menjadi satu tiket kepada Kerajaan Malaysia untuk membebankan rakyat sebagai membalas dendam kerana tidak mahu mengundi Barisan Nasional. Adakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia sebenarnya telah diperas ugut oleh para kapitalis yang selalunya menyediakan dana kepada Barisan Nasional pada setiap kali Pilihanraya.

Jika Kerajaan Malaysia tidak mampu untuk mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam negara ini, saya cadangkan adalah lebih baik Kerajaan Malaysia yang sedia ada yang dikuasai Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet supaya meletak sahaja jawatan mereka dan berikan kepada sesiapa yang lebih layak dan berani berdepan dengan para kapitalis.

Setakat ini apa yang dapat lihat, para penasihat kepada Kerajaan Malaysia terutama sekali para pemikir (think tank) yang ada nampaknya tidak berupaya memberikan nasihat dan pemikiran yang terbaik kepada Kerajaan. Adalah wajar sekiranya para penasihat dan para pemikir ini turun dari kerusi empuk mereka dan menyelami perit getir masyarakat dan rakyat marhaen Malaysia yang semakin hari semakin ditindas oleh Kerajaan mereka sendiri.

Kepada PEMANDU, cara melelong dan melupuskan aset sebagai satu usaha untuk mendapatkan dana modal yang cair adalah tindakan paling bodoh yang pernah dibuat. Tidak adakah cara lain yang mampu dibuat. Bagaimana pula dengan ketirisan dalam pemerolehan Kerajaan Malaysia. Saya melihat jika ketirisan dalam pemerolehan Kerajaan Malaysia ini dapat ditangani dengan tuntas, maka ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan dana sedia ada Kerajaan Malaysia.

Jika cara pengurusan aset yang diamalkan oleh PEMANDU ini dikekalkan, lambat laun bukan sahaja Malaysia boleh jadi bangkrap tetapi tiada satu aset lagi yang tinggal milik Malaysia. Semuanya telah dijual.

Apa kata jika PEMANDU melelong sahaja Rosmah Mansor pada pembida yang tertinggi. Mungkin dengan ini sedikit sebanyak dapat menampung CAPEX dan OPEX Kerajaan Malaysia.

Ikhlas dari saya,

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: