17 December, 2013

Jangan Bodohkan Rakyat

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Malaysia Baru, PEMANDU, Reformasi at 1:31 am by Ketua Perusuh

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.

Saya amat hairan dengan sikap dan perangai para Menteri di Malaysia mutakhir ini. Setiap satu kenyataan yang keluar dari mulut mereka seumpama ucapan orang yang tidak berakal. Ucapan yang boleh dikatakan agak bodoh yang seakan ingin memperbodohkan orang lain, walhalnya diri pengucap itu sendiri sebenarnya yang bodoh dan bebal.

Maaf atas perkataan kasar yang saya tuliskan ini.

Telah banyak kali para Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan yang bebal terutama sekali bila membuat justifikasi atas kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Malah apabila ditanya oleh wartawan secara baik, ada Menteri yang melenting macam orang yang kerasukan hantu mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya di depan khalayak awam.

Memalukan.

Inilah yang menggusarkan saya bila mana kredibiliti dan keupayaan Menteri di Malaysia kini dipertikaikan. Malah ada ramai rakyat yang mempertikaikan tahap akademik para Menteri dan Timbalan Menteri yang katanya mempunyai pelbagai kelulusan dalam peringkat Sarjana mahupun Doktor Falsafah.

Saya berpendapat susah sampai masanya satu ujian IQ dan kompetensi dijalankan sebelum seseorang itu dilantik menjawat satu jawatan awam peringkat tertinggi termasuklah juga jawatan yang berkaitan politik seperti Menteri dan Timbalan Menteri. Kita tidak mahu orang gila dan bodoh dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Malah kita juga tidak mahu orang gila menjadi Ketua Setiausaha mana-mana Kementerian mahupun Agensi Kerajaan.

Perkara yang sama juga berlaku dimana kita juga tidak mahu orang gila menjadi guru dan pensyarah di semua pusat pendidikan kita tidak kira ianya milik awam mahupun swasta.

Tolong jangan bodohkan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: