11 February, 2009

Daulat Dan Tulah?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:14 am by Ketua Perusuh

Daulat adalah satu perkataan yang menggambarkan kuasa sesorang Raja atau Sultan di alam Melayu. Ianya lebih kepada satu kepercayaan bahawa seorang Raja atau Sultan mempunyai semacam satu kuasa yang membezakannya dari rakyat jelata. Tulah pula bermaksud bahawa bencana yang berlaku kepada rakyat biasa yang mengingkari perintah dan arahan Raja atau Sultan.

Mungkin pada satu masa dahulu, rakyat jelata di Nusantara (Alam Melayu) amat menyakini adanya Daulat dan Tulah ini maka dinasabkan oleh ramai orang bahawa ianya benar-benar boleh terjadi. Namun dalam keadaan sekarang, susah untuk kita mempercayai adanya Daulat dan Tulah ini jika ditaksir secara saintifik.

Berkait rapat dengan senario yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan, banyak pihak (terutamanya golongan tua) yang telah cuba memomokkan bahawa adalah menjadi satu malapetaka sekiranya Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah murka dan seterusnya mengeluarkan titah me”nulah” semua rakyat yang tidak setuju dengan titah beliau tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Malah ramai juga yang khabarnya terpengaruh bahawa akan adanya “tulah” yang boleh membawa bencana bagi sesiapa yang menderhaka kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Begitu takutnya golongan tua akan bahana “tulah” ini sehinggakan sanggup mereka membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh Daulat dan Tulah ini.

Bagi yang bukan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan, mereka mungkin ingat bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mempunyai Daulat yang besar dan tinggi, namun bagi rakyat Negeri Perak mereka sememangnya tahu bahawa kejadian di Beting Beras Basah pada pertabalan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dahulu membuktikan bahawa Tuanku Sultan mempunyai Daulat yang teramat kurang berbanding dengan semasa pertabalan Sultan Idris Shah suatu masa dahulu.

Silalah mengkaji susur galur Keluarga Diraja Perak serta salasilah yang berkaitan dengannya untuk memahami “daulat” Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Mana mungkin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan mengenakan “tulah” (sekiranya masih ada) kepada rakyat kerana semua perancangan agar Barisan Nasional mengambilalih pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sememangnya diaturkan oleh pihak istana dari awal seperti mana yang pernah saya dedahkan dahulu. Sejak mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, Sultan Azlan tidak mahu mengiktirafnya malah hanya menyuruh Raja Nazrin sahaja yang berurusan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah memang tidak bersetuju dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak pihak di Negeri Perak Darul Ridzuan menyedari perkara ini, namun untuk tidak mengecilkan hati Tuanku Sultan, maka ianya tidak diperkatakan secara meluas. Jika Sultan Azlan mahu juga mengenakan “Tulah” buat anak Negeri Perak yang “kononnya” menderhaka kepadanya, maka apa lagi yang Sultan Azlan mahu tunggu, silakanlah membuat titah “Tulah” ini agar dapat dibersihkan negeri dari para penderhaka. Itu pun jika beliau masih ada “daulat”.

Sultan Adil Sultan Disembah, Sultan Zalim Sultan Disanggah.

17 Comments »

  1. umarmukhtar said,

    tuan,
    salam.

    kalau raja/sultan macam khalifah umar (yang Lim GE nak contohi) tu boleh lah kita cerita pasal daulat/tulah, boleh lah kita sembang tentang derhaka. kalau raja/sultan macam sekarang ni…….?

    wasallam.

  2. matpencen said,

    Daulat tuanku

    Dalam kubur kita semuanya kaku
    dah tak boleh cakap merapu
    Titah apa pun dah tak laku

    Tiada Tuanku, hanya Yaa Tuhanku..
    Tiada amalan yang ku persembahkan padaMu
    Di dunia, aku khianat padaMu

    Kalau Tuanku raja yang adil
    sungguh bertuah rakyat yang kerdil
    Ini tak, rakyat marhaen banyak di bedil

    Mungkar dan Nangkir tak pilih bulu
    Tak pilih antara papa dan yang duit raja beribu
    Kena lulus ujian dahulu
    Baru tau, lidah mu kelu

    walaupun PR kau bagi rebah
    Ingatlah selalu ini pepatah
    raja adil,raja di sembah
    raja zalim, raja di sanggah

    kau tunggulah ular dan cacing tanah.
    bila kau di usung ke bawah
    jasad mu habis di mamah

    kalau kau sedar, bertaubatlah
    rakyat boleh memaafkan mu lahh.
    Kita semua manusia biasalah
    Ambilah wuduk, siapkan sejadah
    Solatlah dan mohon makfirah

    Allah itu Maha Pemurah.
    Muga ini menjadi tazkirah

    Daulat Tuanku

    Patik doakan Tuanku berada dalam sihat wal afiat dan diberikan petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Mohon ampunkan bahasa patik yang tidak sempurna ini.

  3. alahai said,

    umar …umar satu nama yang mulia dalam islam – seorang khalifah. tetapi umar yang menulis komen ini belajar mengeni sayyidina umar dari lim guan eng yang menjadi tok gurunya. itu sebabnya semangat kemelayuannya hilang dan sekarang ini menjerit derhaka bersama bangsa kafirun lain!

    mat…adalah ringkasan dari nama muhammad ataupun ahmad. lagi satu nama yang mulia dalam islam – malahan menjadi nama junjugan nabi kita (selawat ke atasnya). tetapi mat ini dan pencen, jadi matpencen, dan mungkin anak cucunya dah bergelar matrempit. cukuplah tu …duduk diam-diamlah, makanlah duit pencen tu dan pastikan duit pencen tu benar-benar halal!

    kome berdua jangan marah ya…..hambo ghoyak sikik ajo!

  4. Daun kering said,

    waaa…. sekarang baru kita tau raja mana yang kentut busuk..
    eh… apa cerita masa tabal raja azlan… mesti ramai yang tak tau..
    bagitau laa..

    p/s : nasib baik aku bukan orang perak..

  5. Sultun Budu said,

    Takkan sultan sama dengan tuhan, ada power….. Orang yang bangang je yang percaya benda ni….. Sultan klu berak pun tahinya lg busuk dr aku…. hehehehe….. Dlm UMNO derhaka kat Sultan x blh, tp mengingkari perintah Allah boleh……
    Hikmah disebalik kejadian di Perak adalah:-
    Baru rakyat tahu sepandai mana atau setulus mana seseorang Sultan yng disanjung rakyat selama ni…… baru sikit…..

  6. Cucu Panglima Gente said,

    Salam Tuan,

    Banyak lagi yang tak disinggahnya…….
    Itu baru Beting Beras Basah……..
    Mohom bagaimana pulak ? Tak berani nak singgah !

    Power lagi Sang Kelembai…………

    Banyak sangat makan telur ayam……..
    Tercangak-bangak………

    Udah jadi negara polis pulakdah………

  7. mank said,

    salam..
    TAUBATLAH KALAU KAMU ORG ISLAM
    TULAH/DAULAT ADALAH KEPERCAYAAN SYIRIK
    TIDAK DIAMPUNKAN TUHAN
    ITULAH KAMU TAK MENDAPAT RAHMAT.

  8. panji2 hitam said,

    Bagi mereka yang agak kurang faham dan tidak mengetahui bahawasanya “DAULAT & TULAH” baginda Sultan Azlan Shah masih lagi releven dan tidak pernah pupus dari kehidupan Baginda….Malah Raja Nazrin pada ketika ini sudah mewarisi dan mempunyai Daulat nya tersendiri….Bagi mereka anak Perak kenyataan ini sama sekali tidak di sangkal…Bagi yang mengetahui kami bukan takut pada Daulat ini, tetapi menghormati Kedudukan Baginda sebagai pemerintah Negeri Perak…

    Bagi mereka yang mencaci dan mencemuh Sultan Perak tempoh hari …Tulah nya sudah mula menunjukkan kesannya….Sudah ada yang sakit dan menghadapi berbagai masalah kerana tindakkan mereka….Tunggu dan lihat akan ada di antara mereka nanti yang merayau dan meracau bagi orang hilang akal berkeliaran selagi kaki mereka berpijak di tanah negeri Perak ini…
    Baginda Sultan tidak perlu berkata apa-apa hanya dengan kemurkaan baginda Tulah akan mula merasapi mereka yang ingkar!!!

    • azam said,

      syirik tu ….kalu percaya pada tulah cm tu…

    • kenji said,

      nazrin juga sedang sakit dalaman sekarang ni..kerana tulahnya dari waris2 yang sebenarnya waris,yang berdarah kerabat,bukan berdarah kebanyakkan..

  9. Raja Kapur said,

    Apa yang Mank kata tu memang betul 100%
    Cuba pikir kenapa penjajah yang lawan sultan/ raja takde pun kena tulah?? Depa tak takut pun dengan tulah… Tu tandanya sesaja nak bagi orang melayu takut kat sultan/ raja. Secara tak langsung kita jadi takut sesama manusia lebih dari takut pada Allah (syirik). Kalau pun ada ‘tulah’ pada Sultan/ Raja tu mungkin syihir yang dikenakan oleh mereka. Ingat!!! Tiada yang lebih berkuasa melainkan ALLAH…

  10. rizalmacho said,

    pala bapak shirik, tulah ni, dia berkait rapat dengan iman raja tu sendiri…..lagi kuat maka kuat lagi tulah dan daulat raja, cam keramat wali la mangkuk semua, takkan korang kata percaya keramat wali pun shirik?

  11. rizalmacho said,

    pala bapak kowrunk shirik, semua shirik, bodoh orang melayu ni, pasal tu sampai mati masuk kubur dengar macam2 berasap kubur la, mati jasad binasa la macam2, Allah pun tak pernah redha lagi mau citer pasal orang len shirik……bergantung pada CARA kau letak keberadaan TULAH dan DAULAT macam manalah…..tu ja…..kalau KERAMAT WALI pun, letak dengan kaedah pemujaan melampau jadi asbab utk SHIRIK, bahkan ad umat sangat sanjung MUKJIZAT NABI lagi, tetap shirik macam NASORO……….tapi INGKAR terus tu tanda KAPIR BESAR……….sudah la, matilah kalian kebanyakan dalam MELAYU dan jangan salahkan orang lain kalau terGELINCIR KALAM korang mulut TERKUNCI NAK MENGUCAP esok………….

  12. rizalmacho said,

    mangkok bedol, semua rasa pandai………kalau camtu KORANG je JADI TUHAN senang!!! Takyah ad Allah dah………cakap cam korang TUHAN

  13. rizalmacho said,

    sapa nak tau aq gitau tapi kalau rasa nak keras kepala, teruskan dengan segala hormat, dan pergi berguru sampai tenang cari sapa leh ajar betul2, jangan masuk dalam kubur diikuti laknat Allah atas mengecap sewenang-wenang orang lain sebagai kafir atau shirik sudah……

    gini, Daulat atau Tulah istilahnya, suatu bentuk kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepada para pemerintah, dan telah ujud sejak awal zaman……

    1. Daulat berbentuk mukjizat kepada Raja atau Sultan yang ditabal Allah sebagai Nabi dan Rasul-Zaman Bani Israel – Nabi Sulaiman AS dan Daud AS merupakan antara raja2 paling berdaulat dalam sejarah dengan karunia berbentuk mukjizat Allah…tapi tiada masalah jika nak diistilah dengan Daulat dan Tulah, mulut mereka masin seolah diredhai Allah segala pertuturan mereka. Kata maka jadi dengan mudah. Doa mereka juga makbul.

    2.Daulat berbentuk keramat – zaman khalifah umar RA dan para auliya2 tabiin dan ahli2 saufi yang haq bertalakki As Sunnah. Saidina Umar Al Khattab RA pernah menulis surat kepada sungai nil yang kering untuk mengalir kerana Allah SWT maka dengan izin Allah mengalir kembali. Juga dapat berbicara dengan orang yang jauh ketika umat Muslim berperang di Iraq. Lain2 contoh adalah pemerintah2 khalifah uthmaniyah dan para Wali Songo yang kalangan mereka ad pemerintah Tanah Jawa. Juga dalam bahasa diistilah daulat dan tulah jika dinasab pada kesultanan dan raja.

    3.Daulat berbentuk shihir-Zaman Babylon – Tulah atau Daulat dengan kaedah Syihir. Inilah Daulah yang diberi Tuhan dengan tiada keredhaanNya, melalui Iblis dan Syaithan sama ada melalui pemujaan dsb. Contoh macam Raja Nimrod @ Namrud laknatullah alaihi. Diberi kepada raja Firaun juga. Ia pernah dapat mengarahkan sungai Nil berhenti mengalir dan perkataannya menjadi. Lalu mereka ini mengangkat diri mereka sebagai Tuhan.Inilah bentuk daulat yang kalian cela2 dan patut ditujukan perkataan shirik tersebut…..

  14. keris anak lembing said,

    ???????????????

  15. aiffa rozita said,

    salam…bab daulat dan tulah kepada sultan-sultan perak ini semakin kurang dan terhakis adalah disebabkan banyak melanggar adat dan agama…sewaktu pertabalan mereka hampir separuh sultan-sultan yang lepas sehinggalah sultan Azlan tidak sempurna pertabalan nya ini kerana adat dan istiadat negeri perak kalau nak tahu sultan itu berdaulat serta bergahara dan percakapan atau titah nya masin dengan izin Allah…pertabalannya harus sempurna…berserta ada pengatauan ilmu agama pasti sultan-sultan itu berdaulat dan ada gaharanya dan masin titah serta kata-katanya…ini yang saya tahu waris-waris yang ada di masa kini semua kurang berdaulat cuma ada sedikit sahaja itu pun kerana bantuan dari pawang-pawang diraja dan dan pembesar nya adalah Tok Nara yang bisik telinga sultan sewaktu pertabalan ini kerana beliau sahaja yang tahu nasab sultan dan Jin islam penjaga kebesaran Negeri Perak kerana mereka adalah nasab keturunan muntah lembu yang asal cerita sejarah perak yang ada di masa kini…ini kerana sultan-sultan yang kurang berdaulat dan bergahara menumpang nasab mereka ini untuk kapit sultan-sultan menunjukkan kepada rakyat bahawa sultan itu masih berdaulat dan bergahara…malas nak cerita panjang rahsia-rahsia mereka ini cukup lah setakat ini…kalau nak jelas dan pasti cerita ini kita sama-sama lihat pertabalan sultan perak nanti tapi lihat sampai tamat istiadat nya pasti ada kekurangannya tidak mengikut adat asal dan tidak sempurna perjalanan nya…sebab waris-waris yang ada dimasa kini kurang berdaulat dan bergahara…aamiin…???.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: