3 April, 2013

PRU13 : Siapa Menang Siapa Kalah

Posted in BERSIH, Bloggers-United, Malaysia Baru, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Reformasi tagged , , , , , , , at 5:03 am by Ketua Perusuh

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat menunaikan janji untuk menerbitkan kajian saya berkenaan dengan pola pengundianbagi Pilihanraya Umum Ke 13 seperti yang saya janjikan hampir setahun setengah yang lalu.

Ini adalah disebabkan oleh keterujaan saya menubuhkan dan mengendalikan satu organisasi diperingkat pusat yang berkait rapat dengan keselamatan dan kelansungan negara Malaysia yang tercinta ini. Tugasan yang telah diberikan kepada saya amatlah berat dimana saya agihkan sebahagian kepada kakitangan organisasi ini yang seramai 30 orang kesemuanya.

Oleh yang demikian, harapan saya adalah anda semua para pembaca blog ini dapat memaafkan saya atas kekhilafan yang tidak wajar saya buat.

Berbalik kepada isu berkaitan PRU13 ini, setelah pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) sebentar tadi maka saya berpendapat bahawa adalah amat bersesuaian jika kita membuat analisa siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kalah pada PRU13 ini.

Saya akan cuba meluangkan sedikit masa saya sempena dengan musim pilihanraya ini dalam memberikan pandangan saya mengenai perjalanan pilihanraya umum dan seterusnya cuba untuk mengkaji dimana kelemahan dan kekuatan kedua-dua aliran politik iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Saya akan cuba memberikan ulasan seadil yang boleh dengan tidak cuba memihak kepada sesiapa pun dalam usaha untuk memastikan bahawa perjalanan pilihanraya umum ke 13 kali ini berjalan dengan lancar dan teratus mengikut lunas-lunas undang-undang dan demokrasi.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah Taala, saya akan cuma membuat kemaskini secara berkala dan harian diblog ini seperti mana dahulu. Harap maklum.

Sekian, Terima Kasih,

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS)

23 Comments »

  1. sha said,

    kalau dilihat gelombangnya bn akan kalah…melainkan ada parti bertading secara kotor..@ undi berhantu….

    • kita terbalikkan aje,bukan bn kalah tapi pakatan yang tersungkor….tiada parti yg bertanding cara kotor termasok pr, mana ada lagi undi hantu sekarang ,jgnlah cari sebab bila kalah nanti ,yg penting janji janji kepada rakyat dapat kah pr tunaikan..itu yg penting

      • kkma said,

        cuba saudara semak daftar pemilih spr…AB RAPAR BIN AWANG 490715065137,490715065233,490715065161.

    • akuaju said,

      pru 12 mmg nampak gelombang pr dimana-mana saja..ttp segala cakap-cakap yang dijanji semasa berkempen tak tertunai..malah cakap mula berdolah-dalik, berbelit-belit kami pengundi ni rasa bengang bila tanya..bila jumpa..cakap je yayayaya…..pru 13 ada hati lak nk menang ..tgk gelombang mana tu..,..kat pulau perhentian ke.

  2. sa said,

    Bermimpi la PR nak menang

  3. pemerhati bebas said,

    PR menang sorak .. kg tergadai boleeh laaaa…….PR kalah, kata BN ada pengundi hantu……jk PR menang apa creta…kolot pemikiran …mcm x matang dlm pertandingan.

    • Rahman said,

      memang menang sorak kampung tergadai kerajaan bn dah bagi banyak ic kat orang asing jadi rakyat malaysia dah bukan kampung tergadai negara pun tergadai….. apa punya mangkuk sampai tak tau apa macam katak bawah belanga besi bengong

      • faizalj said,

        Ye ke bro..

  4. dno said,

    Kerajaan menepati janji dgn rakyat,tapi di sebalik nya orang kerajaan yang diamanah tu yg selalu buat kecoh,kerajaan pusat dah bagi dia orang lah selalu buat tak lulus kan banyak sangat terjadi di kpg2 kecil,masa isi borang pas tu antar,pas dtg pulak surat,isi kandongan permohonan tuan tak lulus mcm tu lah yg banyak belaku,yg patut di bantu tak lulus,yg kemampuan tu lulus,yg mcm tu lah timbul perasaan rakyat tak puas hati,berubah lah hati dan benci.kita tak boleh simpan dan biar orang mcm ini duduk lama dlm perjabat tu.mcm pilih kasih orang kata.bab cerita menang ni insya allah yg baik tu akan menang.

  5. asd said,

    bn akan menang sebab pandai menipu

    • Aku said,

      Keroni ramai.. Asyik tgk tv3 suku mmg beku otak..

  6. Mr.D said,

    Pada pendapat saya BN mungkin akan menang besar.BN sudah banyak tolong rakyat Malaysia,kita sepatutnya bersyukur…………

    • Sedih Melihat Keadaan said,

      tolong rakyat dengan cara bagaimana tu??dengan memberikan brim pakai duit rakyat??begitu ke Mr D.

      • Aku said,

        Pakai diuit rakyat kene la tolong rakyat derr.. Nk bersyukur tu kat Allah.. Allah yg bg rezeki kat kite bukan pak jib ko… Dia guna duit rakyat.. Mmg kene bg keutamaan la kat rakyat dol

      • Aku said,

        Like bro

  7. faizalj said,

    Mak aku ibu tunggal..PR bagi mesin jahit dengan astro (yang channel
    leh tgk tv1 tv2 je dan beberapa lagi free channel), terima kasih..Tapi yang lain2 terkandung dlm manifesto PRU12 utk ibu tunggal tu mana?

    BN lak bagi mak aku BRIM, anak2 mcm kami dapat BRiM,PKB, Baucar Buku, depan rumah dah 2-3 kali tar, projek pembaikan jalan kampung terus menerus.Inisiatif Jalur Lebar(aku siap dpt pakai Unifi lagi kt umah), senang dapat kerja(ekonomi bagus), banyak lagi lah dalam tempoh masa 5 tahun ni.

    PM pun dah janji isu nenek aku (bekas Penoraka Felda Sg Buaya) akan diselesaikan sekiranya menang PRU13 (siap bg pendahuluan meringankan beban RM50 ribu lagi).

    Aku, anak selangor duduk bawah PR selama 5 tahun ni..em aku rasa enjoy air percuma RM10 je lah kot. Aku tgk kerajaan negeri cukup cekap. Contohnya cepat je surat cukai/surat saman parking sampai. Kalo lambat, cepat jugak surat mahkamah sampai, Memang cekap. Time BN dulu tunggak lama-lama sikit pun dia rileks je. Siap boleh wat rayuan dan dapat diskaun lagi. (Maklumlah duk kampung, fulus kecik).

    Dekat penempatan aku ni banyak tanah2 rizab dapat kt Cina. Kenapa? Time BN dulu, masing2 dapat sama rata. Ni skang asyik Cina je..

    TIme BN kuat dulu, perumahan aku sering meriah, Tiap2 bulan ada peruntukan untuk aktiviti-aktiviti kampung (sukaneka,ceramah agama,gotong royong,khidmat pergigian percuma-mcm roadshow lah dll). Time PR, hmph…ape ade.Tak abes2 buat ceramah nak hentam BN. BN buat bende baik pun dihentamnye. Tak fair langsung. PR je lah yg mulia. Drpd wat bende yg bukan2 tu, ape lah salahnya support aktiviti rakyat yang lebih fun sikit.Kuarkan peruntukan.

    Time BN dulu, kampung aku aman damai harmoni. Penduduk bermuafakat. Lepak minum pn satu kedai kopi. Lepas kes anwar ibrahim, kedai kopi ada 2. Yang belah PR ni kalo sembang politik, perang mulut dgn belah BN, sampai angkat parang. Mane tak bepecah nye orang kampung kalo dh cenggitu perangai. Taksub macam menurun…Ape ntah ada ngan Anwar Ibrahim tu sampai semua orang BN dibuat musuh..

    PRU13 ni kali pertama aku mengundi. Orang mude..Kalo tanya aku..paham2 lah ape aku undi PRU13 ni…

    • Ahmad said,

      Kalau boleh esok pagi turun mengundi, jutaan rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menurunkan x pilihan masing2. Semua pengundi sudah lama menilai semua isu-isu, semua pihak tidak perlu berbahas lagi, penilaian terbaik dan sahih terkandung dalam X X X masing2. Lagi lama lagi kuat berombak..sehingga mungkin satu Tsunami… Pengundi & Pengiraan biarlah BETUL (bukan HANTU) BERSIH dari sebarang penipuan. Debaran penentuan masa depan Malaysia untuk rakyatnya yang cintakan keamanan & kemakmuran. Pilihlah wakil yang berwibawa.tanpa SEBARANG REKOD yang meragukan… Ya Allah tolonglah Rakyat Malaysia..kurniakanlah kami NUR HIJRAH Rasullah S.A.W.. Amin.

    • Aku said,

      Mak aku ibu tunggal.. Sejak pemerintahan bn mak aku dh tak dpt ape2 bantuan dh.. Bagus mat said..

      Isu air selangor.. 10tahun lepas aku duk cheras selangor .. Weekend pon x de air jugakk.. Skang x de air bukan main lagi bising sane sini.. Puihhh…

  8. Malvin said,

    Who win or lose don’t care.but I hope 2mrow no school.

    • AZLASALLE said,

      You are right ! But only Selangor and Penang cuti 2morrow.
      Saw o n the news….

      • faizalj said,

        Present government is clever.

        When market open trade on Monday 6 May 2013 (since no holiday announced), Bursa Malaysia jumped high to 1800+ point (the highest in our trading history). Looks like most of foreign investors eager for BN to keep ruling. It shows also investors were holding fund before the election, and poured it in once BN win and form a government.

        That is how i understand the co-relation between Foreign Direct Investment (FDI) and Barisan Nasional winning the PRU13.

        It’s sad for failure to conquer Selangor and Penang this time. Those 2 states contributed among the largest money in terms of tax. Imagine how the government can reinvest the money back, and in return generate more revenue back towards our country economy.

        But let’s just be fair, Pakatan Rakyat mangement of economy is also good. It’s just the value of money, in which of (whether BN or PR) can contributed much toward the value of money back to Malaysia.

        faizalj

  9. Aku said,

    Barang naik x pe.. Rakyat malaysia suka branded item.. X kesah pon.. Kite kerja.. Now dengar2 khabar dr org kuat barisan nasional kata duit royalti minyak rakyat trg (duit ehsan) dah x de.. Hidup bn..

    • ahmad prof said,

      Tak kisah sangat siapa dah istihar menang kerana kedua pihak terus bertungkus lumus mencari dan mempertahan kebenaran demi menegakkan keadilan, itu wajib kerana tak semua rakyat mahu bersekongkol dengan penipuan, jika ada. Itu kerja orang politik. Jangan menegakkan benang yang basah. Malangnya politik Malaysia banyak masa terbuang, sebaliknya semua yang telah di pilih wajib duduk selantai, letak kertas kerja semua untuk dikerjakan demi rakyat..agenda utama.. bersihkan amalan kerja tanpa rasuah, tanpa penyelewengan, terima gaji dan elaun yang telah ditetapkan, hentikan sambil menyelam minum air..tumpukan kepada pengurangan harga kos hidup, cepat siapkan pengangkutan awam yang eficient seluruh negara, operasi tangkap dan hantar balik jutaan pendatang haram, gantikan dengan rakyat tempatan, dan banyak lagi kerja2 untuk rakyat yang perlu diutamakan…


Leave a comment