25 May, 2008

Bila Kedaulatan Tergadai

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , , at 3:09 am by Ketua Perusuh

Susah sebenarnya hendak menggambarkan perasaan saya bilamana pertikaian mengenai Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akhirnya menyebabkan Singapura mendapat laba. Walaupun mengikut fakta sejarah dan lokasi, Singapura tidak berhak sama sekali untuk memperolehi Pulau Batu Puteh. Namun atas kelemahan dan kekhilafan yang ditonjolkan oleh barisan para peguam yang mewakili Malaysia di ICJ, maka akhirnya yang untung hanyalah Singapura.

Isu ini mungkin nampak tidak akan menimbulkan apa-apa masalah dimasa akan datang, namun sebenarnya inilah satu daripada “Precedence Case” yang pastinya akan digunakan oleh Singapura bilamana mereka akan cuba untuk mendapatkan beberapa lagi kawasan yang strategik seperti mana yang ditonjolkan oleh laman blog ini.

Apa yang pasti dimasa akan datang Singapura pastinya akan mencabar Malaysia sekali lagi di ICJ mengenai hak-hak kedaulatan bagi beberapa kawasan termasuklah satu kawasan yang dijangkakan akan juga tergadai kepada Singapura iaitu WPI.

Janganlah kita semua terkejut bilamana hak-hak mengawal ruang udara dan perairan Selat Melaka dan Selat Johor nantinya akan dicabar di ICJ oleh Singapura kerana sememangnya sejak dari dahulu lagi telah ada semacam perjanjian mulut oleh beberapa pihak di Semenanjung Tanah Melayu yang memberikan kuasa mentadbir Selat Melaka dan Selat Johor kepada Kompeni Inggeris.

Malah Singapura juga pastinya akan mencabar hak-hak Malaysia dalam usaha mereka mendapatkan kawasan lebih luas untuk latihan Tentera Udara Singapura. Dan kawasan yang mungkin akan dicabar oleh mereka ini boleh melangkaui sehingga ke Rompin/Tg Gemuk/Mersing di sebelah Timur dan Muar/Batu Pahat/Naning disebelah Barat.

Jika ini berlaku maka benarlah satu peribahasa Melayu lama iaitu “Seperti Belanda Mintak Tanah”

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan bahawa perlulah kiranya Malaysia membentuk satu jawatankuasa kedaulatan negara untuk mengambil tindakan tegas demi menyelamatkan kedaulatan negara daripada tergadai.

Pandangan peribadi saya ialah perlunya tindakan agresif diambil terhadap apa-apa pencerobohan kedaulatan negara (laut/darat/udara) jika ianya dilakukan oleh pihak Singapura dimana tindakan proaktof seperti menembak mana-mana pesawat tentera udara/laut mereka yang masuk menceroboh wilayah Malaysia dimasa akan datang.

Ini penting demi untuk memastikan bahawa jika kita membenarkan pencerobohan ini dilakukan oleh Singapura, maka satu hari nanti kawasan yang diceroboh (udara/laut) pastinya akan dibawa kehadapan ICJ untuk Singapura mendapatkan hak keatasnya.

Kes Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akan dijadikan kes contoh (precedence case) bagi Singapura dimasa akan datang. Jika Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional tidak mahu mengambil tindakan, pastinya kita rakyat Malaysia perlu menukar pimpinan negara kepada pihak yang lebih prihatin.

21 Comments »

  1. Kalau ikut iCJ, nampak gayanya siapa yang kawal dia yang dapat.

    Tapi kita tak kawal sangat.

    Kita patut dari bawa tldm keliling pulau batu putih, sebagai tanda serious kita nak mengawal pulau itu.

    Pulau Pisang pun, kalau ikut gaya TLDM dihalang, nampak gaya akan tergadai.

  2. azmi said,

    Nampak gayanya, tak lama lagi segala harta kekayaan kita (Malaysia) hilang oleh kuasa asing, sedikit demi sedikit mereka ambil..

  3. sao said,

    semua orang bercakap seperti bijak pandai sahaja, buat lah apa yang patut kalau pandai sangat.

  4. Aku rakyat Selangor! said,

    Sdr Sao, ini adalah pandangan dan pendapat masing2,kalau mereka yg beri komen ni pandai dah tentu mereka2 ini lah yg akan duduk dim meja ICJ! Apa maksud anda ‘buatlah apa yg patut kalau pandai sangat! Terus terang anda adalah orang yg berfikiran negatif,tak matang, kata2 anda seperti anda lah org yg terpandai, ego sama seperti kebanyakan pemimpin2 UMNO yg ada.SEjarah dan lokasi kedudukan sudah memadai untuk kita katakan bahwa ia blh menjadi milik kita kiranya peguam2 dapat memberikan keyakinan kepada para hakim.Namun para pemimpin kita sering alpa dalam pekara ini bkn sahja Singapura satu ketika dulu sebahgian dari Malaysia,tanah2,rumah2 dan byk aset2 yg telah dimiliki oleh rakyat singapura di johor bahru.Pemimpin UMNO juga lah yg alpa dan membiarkan segala tanah hak org melayu terhakis.Tak lupa juga kiranya di kenangkan kembali oleh seorang menteri besar 24 thn yg lalu yg ia berkata,’Nageri Johor akan rugi selagi hari Jumaat dijadikan cuti hujung minggu kerana kita berjiran dgn Singapura.’Malah Mahatdir juga ada berkata ‘kita akan senang kerana berjiran dgn negara kaya’.Nah ini lah apa yg negara kita dapat,mmg betul, yg kaya kebanyakan kroni2 UMNO.Buat sdr Sao ini bkn tulisan cakap2 pandai,ini adalah pandangan dan kata2 menteri2 besar dan bekas perdana menteri ini dipetik dari Berita Hairan yg satu ketika dulu akhbar yg no 1 dipercayai oleh rakyat malaysia! Terpulang kepada anda,salam sejahtera!

  5. PA said,

    Batu Putih memang kes naya. Pulau Pisang apa langkah-langkah konkrit pencegahan kita? Ataupun saja tak nak ambil iktibar?

    Kalau Batu dan pulau (yelah spt pulau Singapura, Pulau Pinang, la ni Pulau Putih) kita sikit punya seriau, Tanah Besar apatah lagi. Justeru kaji semulalah…Perlu sangat kah Iskandar tu? Siapa di belakang Iskandar?

    Takkan nak tunggu “lesap” kedaulatan jadi Bapak Singapore, jam tu nyesal tak sudah, baru nak kasi beres?

  6. Aku rakyat Selangor! said,

    Kerana nafsu serta kebendaan pemimpin2 ni mana dia ada terfikir jauh,bangang maaf kata,kita nak salah kan siapa kalau pekara sepenting ni pun tak blh nak perlihara,nak salah salah kan pembangkang ke? Terlalu lembut,terlalu mengikut kemahuan seberang tambak mmg patut pun kalau kita perhatikan semua nya yg kerajaan pegang kebanyakan nya mana ada untung,Tol,Perwaja,Proton,MAS dan byk lagi syrikat2 dibawah kerajaan2 negeri yg tidak dapat maju kehadapan,kalau masih berniaga pun syrikat tu byk masaalah!Kalau untung pun masa tu tak beringat! Bagaimana pula dgn perjanjian air? Tu lah sikap,acoh tak acoh tak ingat akan generasi akan datang.Nanti kalau nak sama kan antara perjanjian China dgn Hong Kong tentu ada yg kata ‘alaa kau tu pandai sangat ke……

  7. kuLAAN said,

    sebab tak pandai jaga la,jadi lagu nie

  8. saoandco said,

    salam sejahtera saudara saudara semua dan saudara nak selangor;

    Sememangnya kita memberi pendapat, tetapi jikalau seberapa banyak pendapat pun, Batu Putih sudah pun jatuh ketangan Singapura.

    Apa guna pendapat pendapat itu?.

    Mari kita renungkan, adalah baik sekiranya semua bijak pandai duduk dan berbincang, dan adakan suatu kuasa yang boleh membina dengan pendapat pendapat anda itu untuk memberi kemajuan dan kejayaan kepada kita kaum Melayu.

    Perkara yang kecil seperti memberi kerja kepada para professional Melayu di merata tempat seperti firma firma kerajaan, swasta, dan lain lain tempat yang dimonopoli oleh kaum lain pun tidak terdaya walaupun banyak pendapat telah diberikan, ini kan pula perkara perkara yang amat sulit.

    Kecewaan didalam hall hall yang kecil merumuskan bahawa bijak pandai kita terlalu payah untuk memberi pendapat yang boleh memajukan jiwa, bangsa dan kehidupan kaum melayu seperti saya.

    Maaf, jikalau anda tidak merenung akan betapa banyaknya professional melayu yang telah digagalkan oleh oleh sistem yang telah digubah oleh bijak pandai kita.

    Sama sama kita fikir fikirkan. Saya telah kecewa.

    Sekian.

    Terima kasih.

  9. isyak said,

    Inilah salah kita sendiri tidak mempunyai sistem record keeping maklumat sejarah yang betul. Singapura menang kerana mempunyai bukti kukuh surat dari johor itu. Apa yang malaysia ada? Nak kata ada apa2 kat atas batuputih pun semua milik singapure, kita yang ada sikap tak endah nak buat macam mana. Salah pemimpin2 kita dari dulu lagi semenjak 50-an dan semenjak pemerintahan Tun M zaman 80-an

  10. phillix said,

    ah, sinilah ‘tidapa attitude’ kita menenggelamkan masa depan kita. hitamputih yang sahkan semuanya. yep, saya setuju dengan isyak. saya harap ini akan menjadi pengajaran bagi pemimpin-pemimpin kita yang akan datang. jangan sesekali leka dalam hal-hal yang mungkin remeh hari ini, kerana mrk mungkin menjadi punca perobohan negara kita suatu hari nanti.

  11. kulatlapok said,

    Bukan sahaja sugul, pahit bagaikan hempedu, Malah seperti kaca terhempas di batu. Hati dan moral rakyat Malaysia hancur diperkotak katikkan oleh negara jiran yang kononnya hanya menjaga rumah api tetapi merampas terus hak kita yang diakui sejarah pemilikannya.

    Apa yang kita dapat hanyalah dua biji pulau yang untuk nelayan berlindungpun tak mampu. Dua buah pulau itu kalau dikalangan nelayan dianggap sebagai ‘batu terapung’, nampak bila air laut separas tetapi terus hilang bila air pasang.

    Itulah yang menjadi kebangaan Menteri Luar kita dapat ‘Win-Win’. Rasa nak tergeli sungguh ketiak aku. Seluruh rakyat Malaysia dengan rasa bangga dan rela hati memberi hak kebenaran Menteri Luar untuk membuat rumah peranginan untuk keluarganya serta suku sakatnya secara percuma sehingga beberapa keturunan pun tak mengapa.

    ps*Kita sebenarnya yang berputih mata melihat pulau batu putih.

  12. Aku rakyat Selangor! said,

    Tepat sekali,kekadang sejak menjak ni nak tidur pun susah,berbagai-bagai pekara yg tak disangka terjadi,satu demi satu kita mengalami kejutan.Sepatutnya wajib sangat BN ni selayaknya kalah dalam PRU yg lepas.Ketara sgt kelemahan mereka,mereka ni juara kat dalam negara je,bijak cakap di dewan parlimen atau dewan rakyat.Menjerit la penuh perasaan konon tentang ketuanan,tunjuk kan lah sikap tegas bodoh nya tu di parlimen konon2 pandai mentadbir,konon2 blh menengelamkan isu yg dibawa oleh pembangkang,konon2 nak jadi juara UMNO cabuk,lihat semalam sikap YB Mersing nak menunjukan kebijak sanaan nya tu,beliau rasa dah cukup bangga bila blh buat kelakar, yg ketawa YB2 BN je,sebab dah berpuluh tahun di Parlimen mereka jadikan tempat buat lawak,dan bila dah ramai pembangkang dijadikan pula mcm suana kat Petaling Street.Semua masih lagi nak tunjuk bijak dan belang.Sejak dari dulu yg mereka tahu buat ‘proposal’.Pendatang ramai dikatakan masih tak serius,jenayah dikatakan pun masih rendah,harga melambung dia kata sikit je tak menjejas kan rakyat pun,beras tak byk kat pasaran dia kata ‘buktikan’,gula tak da dia salah kan penyeludup di sempadan Thai,royalti minyak ditukar kan wang ehsan,ni pembangkang menang dia kata rakyat kurang bijak!Ni lah kalau difikirkan negara kita ni mmg tak blh tidur sebab fikir kan apa akan terjadi dgn generasi kita yg akan datang.Maaf kiranya tidak sependapat dgn anda.

  13. melayu jati said,

    tuan dan tuan-tuan pengomentar,

    “mudah berbicara, mudah berbahasa, mudah bercakap, mudah mengumpat dan mudah melatah”.

    cuba renungi – apa akan jadi pada kita?

    pulau singa dulu “milik” kita sewaktu gagasan malaysia – lepas main golf ia terpisah. kini pulau batu putih jatuh ke tangan orang-orang singa. apa yang ada kat pulau tu – cuma batu batan – yang di atasnya didirikan rumah api dan alat pemancar telekominikasi milikan singapura.

    pasal apa jadi begini? tuan-tuan kata kerana para pemimpin negara yang “bangang”, menteri luar yang kurang celik, politikus yang rakus kebendaan dan kemewahan dan macam-macam lagi. tapi, pada saya, tuan-tuan, saya dan rakyat malaysia yang bangang, bengap dan bodoh. semua sekali – terutamanya orang-orang macam tuan-tuan.

    tuan azmi berkata dan saya petik “Nampak gayanya, tak lama lagi segala harta kekayaan kita (Malaysia) hilang oleh kuasa asing, sedikit demi sedikit mereka ambil..” – ada betulnya. tapi yang paling kita takut bukan kuasa asing yang akan mengambil kuasa tapi kuasa “dalam selimut” yang bermata sepet dan berwarna hitam. simata sepet boleh beli apa saja dengan wang ringgitnya, sihitam pula boleh rampas melalui demo dan rusuhan. telah terbukti sikap dan sifat “kebiadaban” mereka. kita, melayu, hidup untuk hari ini sahaja dan tak pandang masa depan. itu sebabnya kita ‘gadaikan’ maruah melayu – undi sisepet dan sihitam – yang dalam tahanan pun kita perjuangkan. keadilan konon? kita melayu tak mengenang jasa – hantar anak ke sekolah kerajaan tapi kita kutuk menterinya, kita mintak rumah murah, mintak itu mintak ini tapi sanjung dan pangkah sisepet dan sihitam.

    pulau pinang tergadai dan akan jadi pulau singa kedua di mana kita melayu disisihkan, perak dan selangor tercemar – mb melayu tetapi dibelakangnya dikotak-katikkan oleh sisepet dan sihitam. itu sebabnya kita perjuangkan “babi” tapi lupa pada janji manifestonya – free air, minyak turun, barangan murah, elaun pengajian tinggi, elaun surirumah dan entah apa-apa lagi. tak kuasa aku nak sebut. semuanya janji kosong.

    kalau tuan-tuan bijak pandai – buatlah keputusan yang bijak pandai jugak. antar anak ke sekolah swasta kerana tuan mesti takut anak tuan didakyah oleh pemerintah dan kerajaan – apa nak tunggu di sekolah “free” lagi! kalau tuan-tuan bijak pandai – jangan kerja dengan kerajaan, berhentilah, kerana gaji kita tu kerajaan yang bayar, biar gaji tu halal. kalau tuan-tuan jadi kontraktor, macam si perusuh ni, buatlah kerja dengan pihak swasta, jangan merayu kerja-kerja kerajaan kerana tuan-tuan benci kerajaan, pemimpin dan agensi-agensinya! biar hasilnya berkat.

    pernah saya lihat video di utube – dari mana dan macam mana “pihak asing” membeli dan mendana DSAI – untuk menjatuhkan kerajaan kita. bukan calang-calang orang, hartawan keturunan yahudi, pemimpin keturunan yahudi, agensi-agensi berkepentingan yahudi – yang semuanya bermotifkan nak jajah serta takluk negara-negara dan orang-orang islam. carilah video ni …… banyak episodnya. yang buta mata dan buta hati tuan-tuanlah.

    cakap lagi, bicara lagi, bisik lagi, menjerit lagi dan merushlah tuan-tuan. hilang suara, hilang kuasa, hilang tanah tempat berpijak dan berteduh baru tuan-tuan sedar. hilang bukan kepada kuasa sing tetapi hilang kepada sisepet dan sihitam yang terselimut dalam gebar kita.

    maaf ye yeooop !

  14. kuchalana said,

    cukup sedih dgn berita ini.. terasa xbermaruahnya bangsa dgn kekalahan ini…

    rasanya dari sudut ketenteraan, singapura boleh membangunkan kawasan yg dimenangi sebagai based strategik dalam menangkis sebarang ancaman dari based kem di kuantan.. dan pantai timur..

  15. Aku rakyat Selangor! said,

    Tak pe yeeoop, ini pendapat je,tapi nak tanya la, bagaimana pula si sepet ni blh miliki tanah2,aset2 dan segala perniaagan sedangkan negara ni pemerintah nya org Melayu sejak dari dulu lagi dan yg ada pasar malam kat Kg Baru tu apa pula rancangan nya ye?

  16. aku orang selangor said,

    salam semua …
    mohon untuk menyampuk sikit.

    tu lah ‘aku rakyat selangor’ memang yang dipaparkan itu pendapat yang berteraskan kebebasan bersuara. freedom of speech and freedom of expression.

    untuk tolong menjawab persoalan yang menghantui ‘aku anak selangor’ tentang aset dan perniagaan yang dimilikki oleh bukan melayu sedangkan kerajaan pemerintah adalah melayu – ia juga berkisar kepada persekitaran ‘kebebasan’ tadi. negara ini demokrasi dan sudah tentu pasarannya juga bebas – bebas berjual beli, bebas berpindah aset. pokoknya siapa yang punya ongkos boleh beli apa-apa saja. oleh kerana sisepet ni banyak wang, dia boleh milikki apa saja, bukan setakat material tetapi, maaf cakap, ‘jiwa dan roh’ kita pun boleh dibeli. itu sebabnya ramai lagi melayu ‘makan gaji’ dengan mereka..termasuklah wanita melayu di kelab malam dan disko serta pusat hiburan lain. semua mahu ongkos, pak!

    melayu mudah kelabu mata bila nampak duit – tak kiralah ahli politik, para akademik mahupun rakyat jelata. lihat sahaja keliling kita – dapat projek atau kontrak, banyak yang kerja mudah dengan dapatkan komisyen 5 – 10% keuntungan ( ali baba la … tak caya tanya si perusuh). dapat kedai atau gerai pun macam tu juga – ali babakan ataupun kutip sewa lebih mudah dari jalankan perniagaan sendiri. dapat tanah dijual dan digadai, apa lagi dapat kawasan balak, lupa dirilah si melayu – melayap dengan mercedes, rumah baru dan isteri baru juga … yang pakai botox pulak tu. semua cara mudah dapat wang tanpa kerja – dapat untung komisyen cukuplah.

    kini selangor mula tergadai, perak pun sama, kedah masih agak ok, dan pulau pinang – bak kata ‘melayu jati’ akan jadi singapura ke2. salah siapa?
    salah melayu lah – termasuklah ‘aku anak selangor’ sendiri. sepatutnya semua melayu tak kira dari bn, umno, pas, pkr, dap dan yang tak berparti bersatu hati dan berganding bahu mempertahankan ‘hak-hak melayu’ yang kini sering dibangkitkan oleh bukan melayu – sisepet dan sihitam. dulu mereka tak berani, kenapa?

    dulu melayu masih berjiwa melayu, bersatu dan berpegang tangan berjuang, tapi, kini melayu sudah pandai berontak, berkelahi dan bercakaran satu sama lain. melayu lebih rela ‘ jaga hati’ sisepet dan sihitam yang menjadi rakan dalam partinya. melayu yang lebih mempertahankan perjuangan ‘bela babi’ dan sekarang ini melayu yang mengharamkan ‘islam hadhari’. kan gitu ‘aku anak selangor’!

    lagi satu yang ‘aku anak selangor’ bangkitkan ialah apa akn jadi dengan peniaga pasar malam di kg baru. ini lagi syok, melayu kg baru tak mahu bangun – tanah nak dibangunkan oleh kerajaan atau swasta tak mahu – nak bangunkan sendiri tapi tak punya ongkos. tu sebabnya banyak kedai sisepet mula bangun di kg baru – melayu yang bagi sewa tanah dan premis mereka. pasar malam? siapa yang berniaga di situ? bukan melayu – tapi yang serupa dengan melayu – dari seberang pak! lihat sekeliling pasar malam di selangor, siapa yang menguasainya .. pendatang dari seberang pak! yang cakapnya ‘merono mereneh’.

    oh ‘aku anak selangor’ – buatlah ibadah dengan menyatukan melayu selangor kerana saya khuatir selangor akan mengikuti jejak langkah pulau pinang tak lama lagi. sisepet dan sihitam sebenarnya yang menolak dan berbisik di belakang melayu yang mentadbir selangor masa kini. sisepet dan sihitam yang akan menjadi’raja’ selangor suatu hari nanti. tak mungkin? tunggulah wahai ‘aku anak selangor’ !!!!

  17. Aku rakyat Selangor! said,

    Sdr aku org Selangor,terima kasih diatas komentar anda,saya juga berbangga dapt membaca pandangan saudara.Kita blh kata apa saja yg kita inginkan,benar atau tidak allahualam! Yg penting blh tak anda hurai kan lagi sejak dari seblm kita merdeka lagi?

  18. anti rusuhan said,

    SEPERTI BELANDA MINTAK TANAH KE SEPERTI BELANDA DAPAT TANAH….MANA SATU YANG BETUL NI ….KITA KALAH TAK SBB CUKUP FAKTA …MEMANG TAK SEPATUTNYA KITA KALAH…MUJUR MIDLE ROCK DAPAT KAT KITA ….KALU TAK ABIH DITAMBAK NYA KAWASAN TU …N BUAT BASE TENTERA LAUT….PASTU PERSEMPADANAN LAUT JADI LAGI BESAR…ABIS NELAYAN KITA NAK CARIK MAKAN SUSAH…..YANG PALING BODOH ADALH RTM SIAR BERITA ….OOO BATU PUTIH KALAH TAPI KITA SEBENAR MENANG ….WIN-WIN KEPALA ABAH KAU…

    SEBENAR NYA PROJEK KE PASAR MALAM KE RUANG PERNIAGAAN KE…SUMA YANG JADI ALI BABA SBB ” MALAS” N NAK DUIT SHORT CUT TAPI TAK MAU BUAT KEJE..CAMTU KES AP ….DAH MEMANG SIFAT SEMULAJADI…MELAYU KUAT ANGAN ANGAN …TGK CITE P RAMLEE N KAJI SIFAT MELAYU….BANYAK BULEH DEPLAJARI…AKU PUN CAKAP JE LEBIH ..TAPI AT LEAST KITA KENA ADA KESEDARAN LAH..

  19. Penduduk Batu Putih said,

    Aku dah jadi rakyat singapore le ni….yaa hooo. hooo yah yah.

  20. Exactingly said,

    Somehow i missed the point. Probably lost in translation🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Exactingly

  21. Man Ulu Tiram said,

    Pada pendapat aku, yang menyebabkan melayu susah dan hampir merempat di tanah air sendiri ini adalah pemimpin melayu sendiri selain daripada sikap `tidak apa` individu yang keterlaluan.

    Cuba renungkan.!

    Di Kota Tinggi, Johor –> tentang pemilikan tanah, rata-rata semua bangsa asing punya. Setiap satunya mereka dapat lebih luas. Ingat ! Ada tanah merupakan satu daripada 5 rukun bernegara. Ada tanah adalah negara. Mujur tanah Felda banyak di sini, itu pun dah banyak tergadai!

    Sebenarnya, saya perhatikan, kaki tangan kerajaan yang diamanahkan menjaga tanah-tanah ini kebanyakannya tidak amanah, jujur dan hanya mementingkan laba jangka pendek sahaja.

    Saya pernah ke ke Pejabat Tadbir Tanah Daerah (PTD) Kota Tinggi. Salah seorang Pegawai Petempatan (SO) yang saya kenali cepat-cepat mengatakan bahawa saya boleh `cek` mana-mana komputer bahawa dia tiada tmempunai anah di Kota Tinggi.Pembohong, saya sepejabat dengan dengan rakannya yang tanah rakan saya sebenarnya bersebelahan dengan tanah pegawai tadi. Pegawai tsb takut kita ni minta tolong dengannya untuk menyelesaikan masalah tanah. Maklumlah melayu. Jika dengan sisepet tu, main matalah dia. Jika tidak tak kanlah pernah kena tangkap BPR di Kluang.

    Memang orang Melayu ni bila mohon tanah sentiasa kata` saya orang susah, tolonglah saya` Tapi warga asing cakap` Lu jangan susah punya! Kita olang boleh kasi lu sinang` Jadi mereka inilah yang jadi pilihan orang pejabat tanah. Orang atas apa tau, sainn aje.

    Pernah sewaktu saya ke PTD waktu makan tgh hari. Pejabat hampir kosong, ada dua orang sahaja pegawai sedang duduk-duduk santai baca akhbar. Saya nak masuk ,tak berani . Di pintu sebelah luar tertulis DILARANG MASUK`. `Tunggu jam dua nanti` kata pegawai tsb. 5 minit lepas itu seorang cina gemuk, bersinglit, seluar pendek dan berselipar lagi, selamba menolak pintu tsbt lalu masuk ke pejabat tadi . Dia pergi membelek-belek susunan kertas, fail dari meja ke meja pegawai-pegawai yang kosong ( pergi makan) Barang kali memanau pegawai PTD tu buat kerja atau tidak. Pegawai 2 orang tadi selamba sahaja tidak menghalang atau menegur! Dah kenall dan pasti dah terhutang budi. Pasti!!. Yang kita melayu melarat ni memandang sesama sendiri di luar kaunter ( dlm 8 orang) menunggu jam dua nanti baru boleh berurusan..

    Di jalan air terjun dan sekitar desa makmur, temenin, bt 4 tanah-tanah cina (kurnia) luas-luas >= 4 ekar. . Tanah Melayu dahlah kecil, nak dipecah-pecah lagi kata biar ramai dapat. 1 atau 2 ekar. Malah ada cina yang dapat tanah hingga jadi mini estet. Mana-mana melayu yang jiwa kental terus teroka, buat kebun. Waktu berbuah berhasil, masa itulah orang PTD dan PTG Johor datang macam samseng menebang, meroboh pondok dan memusnahkan tanaman. Melayu tolong melayu. itulah caranya. Kalau cina, dari dalam hutan, keluar berlori-lori bawa sayuran buah-buah, lalu depan hidung orang PTG atau Pejabat tanah, happppppahh! Tak dipedulinya.

    Perkara-perkara di atas itulah yang menyebabkan antara lainnya faktor orang melayu marah. itu baru satu contoh, . beribu lagi contoh bagaimana orang melayu melukut di tepi gantang. drp pemilikan permit, lesen, pelajaran, sekolah bahasa, guna bahasa inggeris dalam sains matematik.. ahhh.. macam-macam lah.

    Istighfarr..

    Siapa-mengkhianat siapa? Orang melayu . di pejabat tanah tulah pengkhianat melayu melayu . Semua pegawai drp peon sampai ketua PTD melayu. Tapi orang melayu nak dapat tanah sangat sukar. hapir mustahil dapat. Kalau dapat pun `kroni-kronilah`. Dah ada tanah, beri lagi, lagi dan lagi. Inilah jiwa pengkhianat.

    Kesimpulannya, sesama melayu bukan main ikut peraturan, liat, kedekut, muka masamm. Tapi dengan cina, muka manis, senyum boleh main mata. Tunggulah nanti `balasannya`. Susah sangat nak dapat tanah, nanti dah jadi macam perak nu, hah! putih mata. semua boleh terus mudah di beri kpd warga asing. Masa tu menyesal. Dulu masa berkuasa kedekut sangat nak bagi tanah . Hah, kau. Bila kuasa dah tak ada putih mata . tanah yang kita kedekut nak bagi melayu tu, cina pulak yang dapat, 999 tahn lagi. Padan muka, sama-sama padan kecewa betul aku tentang perangaai orang melayu, pegawai melayu, politik pemerintah melayu ni. BERPURA-PURA, HIPOKRAT. Cakap perkauman jangan. Tapi bila sesama melayu , kata pulak hidup melayu! Tapi bila melayu minta tanah, tak bagi, bagi kpd cina yang kononnya dibenci. Urusan dengan melayu yang susah-susah tu, tapi bila dengan cina….. eh.. mudah pulak!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: