29 January, 2008

Bila Abdullah Ahmad Badawi Mula Menipu!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:17 am by Ketua Perusuh

Sebenarnya saya memang berasa malas untuk mengulas isu ini namun ramai rakan-rakan perniagaan saya yang bertanya kepada saya akan isu ini. Isunya ialah “Pernahkah Abdullah Ahmad Badawi Menipu”.

Bila saya mendengar soalan tersebut, saya tidak dapat menahan diri daripada ketawa dengan besarnya. Bukannya apa, Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Nabi dan maksum dari segala kejelekan. Kalau dah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga Pemimpin utama Barisan Nasional, tentunya tidak dapat tidak Abdullah Ahmad Badawi akan menipu. Biasanya kalau orang sebesar (pangkatnya) ini menipu, tipuan yang dilakukan biasanya akan mendapat liputan yang meluas.

Berbalik kepada isu menipu ini, semalam ternyata Abdullah Ahmad Badawi menipu kakitangan awam dan rakyat seluruhnya dengan menyatakan bahawa Malaysia berada ditangga ke 6 terbaik didunia sedangkan mengikut maklumat yang boleh dilayari dilaman web IMD, Malaysia sebenarnya berada pada tangga ke 22 mengikut turutan.

Ini menunjukkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi memang biasa menipu dalam setiap ucapan atau komentar yang beliau berikan. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak mendapat akses kepada Internet berasa bangga dengan pengumuman yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Oleh itu kalau perkara ini pun Abdullah Ahmad Badawi boleh menipu, bagaimana dengan janji-janjinya untuk berlaku adil, telus dan cekap dalam pentadbiran negara. Yang pastinya “Kalau dah dasar penipu, sampai mati pun akan tetap menipu”. Kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co, zaman sekarang agak susah sedikit kalau mencuba untuk menipu. Orang ramai mudah untuk mendapatkan maklumat melalui Internet.

Kesimpulannya adalah penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi tersebut mungkin dirancang oleh pemuka-pemuka di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pastinya mereka juga tidak menyangka bahawa rakyat akan membuat carian di Internet dan sebagainya.

Kepada Abdullah Ahmad Badawi, teruskanlah menipu untuk kesenangan dunia anda.

Bila Barisan Nasional Menjadi Gangster!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:20 am by Ketua Perusuh

Pernahkan anda digertak, diugut ataupun diberikan amaran oleh pembuli masa anda bersekolah dahulu. Jika anda pernah bersekolah di sekolah berasrama, tentunya anda pernah mengalaminya. Persoalannya kenapa disekolah berasrama mahupun sekolah harian, kita dengan mudah boleh bertemu dengan pembuli ataupun gangster.

Ada satu peribahasa Melayu yang berbunyi “Kecil-kecil tidak mahu mati, sudah besar menyusahkan orang lain pula”. Pernahkan anda mendengarnya dan tahukah anda maksud disebaliknya. Jika anda tahu, peribahasa ini memanglah sesuai jika dikenakan (dilabelkan) kepada mana-mana pembuli atau gangster.

Kalau dalam cerita kartun (Doraemon), watak pembuli ataupun gangster biasanya dilakonkan oleh Giant dan balachi kepada pembuli ini dilakonkan oleh Sunio. Dalam filem Tamil pula biasanya watak pembuli kita boleh lihat dipaparkan dari kumpulan orang-orang kaya dan berharta. Malah banyak juga cerita Tamil yang memaparkan ahli politik mereka yang korup dan pembuli. Pembuli dalam cerita Tamil biasanya akan menggunakan polis (yang dibeli dengan wang ringgit) serta peguam atau hakim.

Itu semua dalam cerita wayang atau drama yang boleh kita semua tonton dikaca televisyen atau layar perak. Tapi jangan terkejut jika watak-watak yang sama juga anda boleh saksikan di Malaysia dewasa ini. Kalau dalam cerita Tamil, watak pembuli atau gangster dibawa oleh ahli politik atau hartawan, serta dibantu oleh polis, peguam dan hakim, begitu juga yang boleh kita dapati dengan memerhatikan beberapa insiden yang berlaku di Malaysia.

Tidak cukup dengan ugutan supaya tidak memilih (mengundi pembangkang) didalam pilihanraya umum ke-12 yang akan datang, Barisan Nasional berani pula memperalatkan pihak polis untuk mematahkan mana-mana perhimpunan rakyat (yang dibenarkan oleh undang-undang) dengan alasan yang dangkal. Malah untuk memastikan bahawa rakyat berjaya ditakutkan, Barisan Nasional berani pula mempergunakan para hakim dan majistret untuk mengeluarkan arahan melarang perhimpunan awam dengan alasan yang dangkal. Malah terdapat beberapa peguam di Malaysia yang dikenalpasti memang melacurkan diri mereka khusus kepada Barisan Nasional.

Nampak gayanya di Malaysia kini budaya gangsterisme sedang meningkat naik sejajar dengan suasana. Malah Kementerian Pelajaran Tinggi juga menggunakan khidmat pelajar pembuli (gangster) yang memang ramai di dalam IPTA untuk mengugut dan membuli pelajar-pelajar lain yang tidak bersedia menyokong (melacurkan diri mereka) kepada Barisan Nasional.

Ada peribahasa yang berbunyi “Bapa Borek Anak Rintik” maka begitulah yang berlaku kepada Barisan Nasional. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Najib Razak bilamana Abdullah Ahmad Badawi dengan terang-terangan mengugut dan memberi amaran bahawa rakyat akan menjadi mangsa sekiranya memilih untuk tidak menyokong Barisan Nasional. Setelah Abdullah Ahmad Badawi memulakan bicara, maka ramai balachi termasuk Khairy Jamaluddin (pembuli besar) yang kini telah mula menunjukkan taring mereka untuk mengugut, mengertak dan membuli rakyat.

Oleh yang demikian kepada semua rakyat Malaysia ingin saya menegaskan disini bahawa janganlah anda menjadi pengecut dan sanggup diperalatkan oleh Barisan Nasional. Cukuplah sekadar pihak polis, majistret, hakim dan beberapa peguam diperalatkan oleh Barisan Nasional.

JANGAN JADI MANGSA BULI DAN JANGAN JADI PENGECUT.

%d bloggers like this: