13 March, 2008

Kenapa Bangang Sangat?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:55 am by Ketua Perusuh

Maaflah jika kata-kata yang akan saya utarakan disini menyakitkan hati banyak pihak. Namun sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, terpaksalah saya sebut juga perkara ini.

Setelah beberapa kali saya tegaskan bahawa semua yang menang dalam Pilihanraya Umum Ke-12 wajar menerima hakikat bahawa undi yang mereka dapat kali ini datangnya dari semua komposisi masyarakat Malaysia (lebih dikenali sebagai Bangsa Malaysia). Namun masih ada kedengaran sikap-sikap dan kata-kata bertaraf “bangang” yang dihamburkan oleh ramai pimpinan (yang menang dalam PRU12) Barisan Rakyat.

Sikap dan kata-kata yang bertaraf “bangang” ini tidak sewajarnya dicetuskan oleh pimpinan Barisan Rakyat (terutamanya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Syed Husin Ali dan Hj Abdul Hadi Awang) sama ada secara terus kepada mana-mana wartawan arus perdana mahupun melalui laman web.

Nampak gayanya kepimpinan ini masih tidak matang dalam membuat keputusan malah tidak mengkaji sedalam-dalamnya kesan dari keputusan yang mereka ambil tersebut. Apa yang pasti “Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”.

Kini terserlah sikap sebenar (kematangan) dan kepimpinan Barisan Rakyat dan Barisan Nasional akan menggunakan segala peluang yang ada untuk membuat satu petisyen rakyat yang akhirnya boleh diadakan satu pilihanraya baru mengikut perlembangaan Malaysia sedia ada.

Kenapa bangang sangat sehingga tidak dapat mengawal emosi. Mungkinkah semua ini kesan dari keseronokan berjaya menyingkirkan Barisan Nasional dari empat (4) negeri dan satu (1) Wilayah Persekutuan pada PRU12?

Saya (kami) Bangsa Malaysia tidak akan memberikan peluang sekali lagi kepada mana-mana pimpinan yang bangang dalam menangani kemelut ini. Jika ini berlaku, kita tidak perlu tunggu sehingga empat tahun lagi. Waktu ini pun kita boleh membuat penukarannya.

Berbalik kepada persoalan yang saya kemukakan.

KENAPA BANGANG SANGAT?

Jangan Besar Kepala!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:52 am by Ketua Perusuh

Peringatan ini ditujukan kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP (atau lebih dimesra digelar Barisan Rakyat) disegenap peringkat.

Anda telah mendapat undi kepercayaan dari segenap lapisan masyarakat Bangsa Malaysia (tanpa mengira kaum) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini samaada dengan undi yang bertambah mahupun dengan kadar undi yang sama seperti pilihanraya yang sebelumnya. Oleh itu sebenarnya kemenangan yang anda perolehi adalah hasil usaha undi dari semua Bangsa Malaysia dan tidak sewajarnya anda melakukan perkara-perkara seperti yang disebutkan dibawah ini.

1. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana anda memang popular.
2. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana penyokong anda sahaja yang mengundi anda.
3. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana janji-janji kosong yang anda taburkan semasa berkempen.
4. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana prinsip yang anda dokongi.
5. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana kaum anda menyokong penuh perjuangan anda.
6. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan anda mengubah sesuka hati segala undang-undang negeri @ negara dan membelakangi Paduka Sultan dan Raja-Raja Melayu.
7. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan semua tindakan anda mendapat sokongan Bangsa Malaysia tanpa “check and balance”.

Namun anda sewajarnya mengambilkira semua pandangan rakyat (Bangsa Malaysia) yang telah meletakkan anda ditempat anda sekarang ini. Oleh itu anda amat wajar berhati-hati mengeluarkan pandangan anda (walaupun parti anda memerlukan anda berbuat demikian) kerana jika tidak pastinya anda dan parti anda akan tersungkur pada PRU13 akan datang.

Bangsa Malaysia kini telah matang dan tidak membezakan kaum dan pegangan agama. Oleh yang demikian jika sekiranya anda masih lagi berpegang dengan cara pemikiran lama, anda dan parti yang anda dokongi wajar ditolak oleh semua Bangsa Malaysia. Anda perlu ingat bahawa dalam kemenangan anda ada undi dari kaum-kaum yang lain (Melayu, Cina, India dan lain-lain).

Ingat, anda cuma ada masa 4 tahun atau lebih sahaja untuk membuktikan bahawa anda masih relevan dalam politik Malaysia.

Akhir kata, kami (Bangsa Malaysia) boleh menaikkan anda ditempat anda berada sekarang dan kami (Bangsa Malaysia) juga boleh menurunkan anda dari tempat anda berada sekarang.

“WE CAN HIRE AND WE CAN FIRE”