13 March, 2008

Jangan Besar Kepala!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:52 am by Ketua Perusuh

Peringatan ini ditujukan kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP (atau lebih dimesra digelar Barisan Rakyat) disegenap peringkat.

Anda telah mendapat undi kepercayaan dari segenap lapisan masyarakat Bangsa Malaysia (tanpa mengira kaum) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini samaada dengan undi yang bertambah mahupun dengan kadar undi yang sama seperti pilihanraya yang sebelumnya. Oleh itu sebenarnya kemenangan yang anda perolehi adalah hasil usaha undi dari semua Bangsa Malaysia dan tidak sewajarnya anda melakukan perkara-perkara seperti yang disebutkan dibawah ini.

1. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana anda memang popular.
2. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana penyokong anda sahaja yang mengundi anda.
3. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana janji-janji kosong yang anda taburkan semasa berkempen.
4. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana prinsip yang anda dokongi.
5. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana kaum anda menyokong penuh perjuangan anda.
6. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan anda mengubah sesuka hati segala undang-undang negeri @ negara dan membelakangi Paduka Sultan dan Raja-Raja Melayu.
7. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan semua tindakan anda mendapat sokongan Bangsa Malaysia tanpa “check and balance”.

Namun anda sewajarnya mengambilkira semua pandangan rakyat (Bangsa Malaysia) yang telah meletakkan anda ditempat anda sekarang ini. Oleh itu anda amat wajar berhati-hati mengeluarkan pandangan anda (walaupun parti anda memerlukan anda berbuat demikian) kerana jika tidak pastinya anda dan parti anda akan tersungkur pada PRU13 akan datang.

Bangsa Malaysia kini telah matang dan tidak membezakan kaum dan pegangan agama. Oleh yang demikian jika sekiranya anda masih lagi berpegang dengan cara pemikiran lama, anda dan parti yang anda dokongi wajar ditolak oleh semua Bangsa Malaysia. Anda perlu ingat bahawa dalam kemenangan anda ada undi dari kaum-kaum yang lain (Melayu, Cina, India dan lain-lain).

Ingat, anda cuma ada masa 4 tahun atau lebih sahaja untuk membuktikan bahawa anda masih relevan dalam politik Malaysia.

Akhir kata, kami (Bangsa Malaysia) boleh menaikkan anda ditempat anda berada sekarang dan kami (Bangsa Malaysia) juga boleh menurunkan anda dari tempat anda berada sekarang.

“WE CAN HIRE AND WE CAN FIRE”

18 Comments »

  1. mabuk kuasa said,

    Ibarat main api, semasa kecil ia adalah kawan, tetapi apabila ia menjadi besar tak terlawan. Sama sekata dengan ibarat nasi sudah menjadi bubur.

    4 tahun atau kurang dari itu, banyak benda rosak terjadi, ibrat gadis baik dah kena rogol, hidup jadi perempuan pun tidak akan balik selaput daranya. Mengapa diperas ugut kepada yang menang. Apakah senjata itu releven untuk mereka?

    4 tahun lagi pun belum pasti kita akan hidup, malahan dalam 4 tahun itu, kita sendiri belum tentu aman, yang kungkin kita akan kena phobia, kena histria, kena truma, siapakah yang tahu akan nasib sedih yang menimpa.

    Apakah kita akan memanggil balik UMNO atau BN balik untuk memerintah? Setelah kita ludah dengan sumpah rakyat! Bolehkah BN @ UMNO mendapat balik kerajaan yang terlepas itu. Mudah kah? Rakyat akan percayakah? mudahkah? Bull shet…

    Mengugut adalah mudah, memberi amaran adalah mudah, tetapi luka dan darah yang mengalir kerana ugutan itu, tidak akan terbayar walaupun dunia ini terbalik 7 kali.

    Apakah UMNO dan BN wujud lagi masa itu, apakah pemimpin BN @ UMNO yang tersingkir itu akan kembali. Malang… ia tak mungkin terjadi kerana apabila mereka sudah kalah, mereka akan berbalah sesama sendiri, dan mereka tidak akan damai, kerana kekutan damai itu terdapat pada daulat pemimpin, tetapi pimimpin yang berdaulat sudah terlepas.

    Apa yang kita semua buat, ialah sediakan kubur masing-masing menunggu bila-bila masa akan kita mati, anak-anak kita akan meskin, tiada biasiswa, tiada pelajaran, tidak tempat cari makan, tiada tempat tinggal, dan jangan mengharap orang-orang melayu berada di pekan atau banar lagi, kerana orang melayu akan balik kampong.

    Mereka tiada sawah atau kebun untuk mencari makan, tiada laut untuk terjun ke laut mencari ikan, semua taka ada, yang tinggal ialah lubang kubur seperti juga mereka di bosnia dan melayu singapore.

  2. peniga cina said,

    Apa nak buat…

    Kita orang sudah pilih DAP, dia punya sukalah nak bikin apa dengan ini negeri, sultan kah, PAS kah, Umno Kah, PKR kah, rakyat kah, atau Lu sendiri kah. Kasi canlah!

    Cuma saya sedikit takut, itu orang melayu. Dia orang tak boleh beli barang. Dia jatuh meskin, dan saya miaga pun susahlah. Ha… itu memang saya takut sangat kalau DAP buat hal.

    DAP sudah jadi kerajaan, dia senang cakaplah, tapi saya miaga tak dapat duit, apa macam? Tapi saya ingat rakyat jangan bising-bisinglah. Nanti rakyat lain tahu, dan saya susah mau miaga.

    Barisan Rakyat jangan kacau BN la, nanti dia kasi ini negeri dharurat, semua orang kena tangkap, minaga kingkuplah.

    Saya harap Barisan Rakyat jangan bakar ini emosi DAP lah, nanti dia tiup api kat orang orang cina, banyak gengstar timbak sana timbak sini, matilah semua orang. Tinggal sama hidup ini dunia?

    Orang india lagi jangan sebutlah, dia sudah ada hindraf. Malahan kerajaan british dan United Nation pun sudah sokong. Apa lagi mahu gadoh-gadoh… Pak Lah pun itu United Nation… takut ini negeri kena takrif apathert dan perkauman.

    Barisan Rakyat sendiri duduk diam-diamlah. Tutup sahaja blog!

  3. abalong said,

    Saya cukup tertarik dgn perkembangan terbarudi neg. Perak. Hati memang cukup berdebar2 utk melihat apa yg bakal terjadi kpd negeri ku yg kasihi.
    Memang bnyk polemik@khabar2 angin mengatakan itu dan ini.
    Tetapi saya lebih suka bertenang dan memberikan pndpt @ ulasan berdasarkan kpd maklumat dan fakta yg sahih dan betul.
    Memang rasa marah n tercabar bila mendengar berita DAP boikot keputusan tuanku. Tetapi, saya cuba fikir kembali, dari mana aku dpt berita ni? Ianya dtg dr laman berita “musuh”, yg sudah tentu tidak akan memaparkan perkara2 positif berkaitan Barisan Rakyat (PAS,PKR dan DAP). Saya cuba cari dr beberapa maklumat dan saya berpendapat bhw ini semua adalah gembar-gembur yg disebarkan oleh “musuh”. Hakikatnya bukan sedemikian rupa. Dan saya harap sahabat2 yg lain dpt mencari jwapan dgn hati yg tenang dan fikiran yg terbuka.
    Saya yakin, barisan kepimpinan rakyat yang kita berikan wala’ dan kepercayaan ialah mereka yang berkaliber dan sudah tentu boleh menangani perkara ini dgn bijak. Cuma jgn kita terburu2 membuat kenyataan.
    Saya merasa malu sekiranya saya memberi pendpt @ ulasan dengan membelakangi akal fikiran yg Allah telah kurniakan.
    Sekarang ialah masa utk kita sama2 buktikan, kemenangan yg telah diraih oleh barisan rakyat, medan utk kita buktikan segala apa yg kita perjuangkan selama ini.
    Dari Rakyat utk Rakyat.

  4. Saya tetap percaya apa yang ditulis oleh ketua perusuh mendapat sumber yang benar, dan kiranya abglong tak percaya, kerana mungkin bukan disebabkan berita itu tidak benar tetapi terkedu kenapakah terjadi demikian

    Apabila semua orang marah, sultan dimainkan, Lim Kit Siang mula tersedak, bahawa sultan ada power menghalang sesiapa masuk negeri macam P.Ramlee yang diharamkan masuk negeri perak.

    Malahan Lim Kit Siang merah bulat apabila cakapnya sudah diterima isyarat ke Putrajya, Dan Lim Kit Siang tak terkata bila Ketua Perusuh buat ulasan “Jangan Besar Kepala”, wau! Hampir panas.

    Tup-tup jam 11.pagi ini dia buat ayat minta maaf. Hati busuknya tetapi hati busuknya dah kena baca dah. Jenerasi baru akan sedar sikit demi sedikit, akan menginsafi ketelanjuran.

    DAP Mohon Maaf Atas Kenyataannya Mengenai Lantikan MB Perak

    *******
    KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

    “Kenyataan tiga perenggan saya pada jam 7 malam tadi bahawa mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat DAP pada 9 Mac tidak memberi kelulusan bagi seorang Menteri Besar PAS mengetuai kerajaan campuran negeri Perak bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak yang saya sentiasa beri sanjungan tertinggi, dan saya memohon maaf jika menyebabkan tersinggung perasaan,” kata penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kenyataan semalam dibuat berdasarkan kedudukan DAP pada ketika itu.

    “Terdapat rundingan dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu beberapa jam selepas kenyataan tersebut.

    “Kenyataan mengenai kedudukan terbaru akan dibuat,” kata beliau.

    ******

    Last-last Lim Kit Siang tak berani kata apa dah… Tapi hati perutnya akan buat juga. Busuk ikan boleh dilihat dari kepalanya…. MCA kata

  5. CICAK said,

    kepada peniaga cina….lu jangan ingat lu punya samseng saja maaa…lu jgn cabar sama sultan melayu kerana di belakang sultan beribu-ribu askar melayu yang sanggup mati…..demi raja dan negara…..lu jgn tak tau di malaysia ada 25 Batalion Rejimen askar melayu Diraja

  6. anti parti politik penipun said,

    Saya setuju dengan kau cicak dan membatalkan Majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak adalah satu keputusan yang tepat dan inilah padahnya bermain api.

    Istana Kinta dalam kenyataannya jam 5.oo petang ini memaklumkan bahawa penangguhan itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menunjukkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

    Rasanya DAP walaupun telah meohon maaf, telah menipu dan membelakangkan sultan. Kini terpulanglah kepada PAS yang semacam kena tipu itu untuk membentuk kerajaan campuran dengan UMNO, bukan dengan BN.

    Ayuh! bilakah masanya lagi? Atau menunggu keadaan perisytiharan darurat…

  7. waksoto said,

    Saya sangat kesal dengan tindakan kerjaan negeri P. Pinang yang memansuhkan DEB (jika betul) secara terburu-buru. Ini boleh menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi di kalangan masyarakat Melayu.

    *Walau apa pun yg berlaku dalam pentadbiran BA, saya tidak menyesal memberi pengajaran kepada UMNO/BN dlm PRU12.

    *Dalam PRU13 nanti, kita akan lihat nanti barisan mana pula yg wajar disokong.

  8. cam said,

    Perkataan “anda tidak sewajarnya” patut ditukar ke “anda salah”. Biar keras sikit bahasa tu.
    Lepas tu, bukan sekadar LIM KIT SIANG patut minta maaf, adalah wajar semua DAP Central Executive Committee patut minta maaf. Kalau dah kurang ajar, tak payah pekida, org melayu biasa (drebar teksi) pun boleh tolong ajar.
    Tunggulah kebangkitan RB (Rakyat Biasa, bukan barisan rakyat) PRU13, haa.. nak tahu sial ke tak sial no. 13, kalau BR (barisan Rakyat) dan BN eksyen lagi (org kampung punye cakap).
    Kalau Pak Lah tak turun, RB akan naik tolong turunkan!!

  9. max said,

    Bagus; ini yang kita mintak dari BN tapi tak dapat selama ini.

    Perkara penting yang BA harus ingat untuk 4 tahun ini. You are voted by us. Mungkin terasa “pressure” tetapi lama lama akan ok juga.

    Untuk BN, jangan fikir rakyat tersilap dengan pemilihan ini, We know what we are doing; you better get down to listen to us. You are living on our tax money and country’s wealth; not your grandfather’s money.

    Please buck up or you will be down with just 1/3rd

  10. deven2020 said,

    Dear All

    Cool down. Take it easy and let’s move from the fundamental that we have erected in 2008 Election. As Lim Kit Siang have apologized and PKR have agreed to participate in legislative process of PRK, we shall look forward for the sun to rise again. As for DAP, this is a good lesson for putting state position above malaysian people. I believe they have learned. So guys cool down and let’s monitored both of them. BN & BR.

    I believe all Malaysian loves peace and thus, please adhere to what we have decided in the election 2008. We, off course don’t want another 1969 to resurface and destroy all hard work that we have put in. This will definately give advantage to BN. Hope we can build a better Malaysia…… Also, i hope to hear more positive and constructive comments here rather than destructive elements. Remember, we won’t make a wise decision when we are angry…..so…cool down guys

  11. m'siakusyurgaku said,

    cina mana boleh tukar perangai punya .. ada udang disebalik batu saje ..let the chinese DAP prove that they are ikhlas & jujur . menolong orang melayu & india dahulu .. kat penang cina dah kaya-raya , tinggal very little much of chinese below average level tapi masih gagah lagi.. after the economy is open, the chinese will easily sapu all tenders & kontrak dan become more kaya . la ni with NEP itself they can become very rich bayangkan NEP dimansuh , what will happen ?

    NEP abolishment is good . but countries wealth must be distributed well . have system & rules for that .

    Bagilah satu menteri besar pada India ..why sangsi sangat pada kebolehan mereka , can’t you live well under Indian’s adminsitration . They also have done their part well in PRU 12 …… Tengoklah , Bruas , Gangga Negara are located at Perak .

    Can you ask LGE to give Prof.Ramasamy MB post at Penang . Pasti LSK mengamok lagi.. Bangsa Malaysia konon

  12. Gorafun said,

    Do not put the blame on DAP Central Executive Committee. You must be fully responsible for what you say as the all powerful Chairmen of DAP. Non of the members of the DAP Central Executive Committee dare to oppose you. You rule your party an iron claw.

  13. Anak Jati Perak said,

    Apa yang LKS dah buat ni takkan dapat diterima oleh semua orang Melayu di Malaysia, bukan setakat di negeri Perak shaja. Engko boleh buat kurang ajar pada mana mana MB, tapi jgn sesekali buat kurang ajar pada Sultan dan Pemangku Sultan. Tiada pernyataan maaf yg dapat memaafkan perbuatan kurang ajar kamu ni LKS!

  14. Panglima Awang said,

    Hari ni Guan Eng jumpa 21 NGO Islam.

    Apapun, boleh tak pihak yang betul2 arif menjelaskan fatwa tentang kafir zimmi dan kafir harbi dlm konteks pakatan longgar atu kemas dengan mereka di M’sia?

  15. Perak Cina said,

    Lim Kit Siang should resign honorably to void Malay sentiment from reaching boiling point. I am a malaysian from chinese ethnic group are fully aware about the “biadap kepada Sultan” thing in the Malay community. If LKS is really care about the creation of “Bangsa Malaysia”, he should resign ,otherwise he is just a selfish, power crazy politician same as BN. In this case, Anwar and Hadi must help to calm the situation. Please hope both gentlemen can help us.

  16. senyum said,

    heheh..org umno sudah ada yg nyamar jadi apek cina nampak.
    mahu bangkitkan sentime perkauman nampaknya..heheh
    org umno sudah provoke PAS join BN combined dengan UMNO nampak..heheh

    sekilas ikan di air sudah kutahu bau UMNO nya walau slang apek cina..heheh

  17. rizal said,

    salam

    menurut maklumat yang diterima oleh sumber-sumber yang dipercayai, nampaknya terdapat segenlitir YB-YB di Selangor dari kalangan BR mula menunjukkan taring masing (menuntut itu dan ini)…Kalau bukan YB-YB ini yang menuntut bermacam-macam benda, anak-anak buah mereka pula yang berperangai “besar kepala”

    nasihat saya, tolonglah jalankan tanggung jawab anda dahulu…

  18. Budiman07 said,

    Jangan main-main loo sama orang Melayu..jangan bakar sentimen perkauman terhadap orang Melayu. Orang Melayu kalau hilang sabar nanti dia mengamuk macam tebas lalang..satu tak tinggal maaa.. So hidup berbaik-baik sudahlah..lu punya nasib lu makan..wa punya nasib wa makan..apa salah makan sama-sama. Mana ada DAP punya kerajaan. DAP jadi exco ada la..kerajaan masih ditadbir orang Melayu Maaa.. kecuali di Pulau Pinang. Sebab PP sama je antara DAP dengan GERAKAN… orang Melayu tetap tidak akan dibantu. Bezanya dulu masa gerakan memerintah..itu orang UMNO tak de bising-bising maaa.. sekarang bila DAP memerintah..baru bising maa..itu jadi mangsa peniaga nasi kandar kena boikot..kesian maaa… itu orang mahu berniaga.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: