13 March, 2008

Kenapa Bangang Sangat?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:55 am by Ketua Perusuh

Maaflah jika kata-kata yang akan saya utarakan disini menyakitkan hati banyak pihak. Namun sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, terpaksalah saya sebut juga perkara ini.

Setelah beberapa kali saya tegaskan bahawa semua yang menang dalam Pilihanraya Umum Ke-12 wajar menerima hakikat bahawa undi yang mereka dapat kali ini datangnya dari semua komposisi masyarakat Malaysia (lebih dikenali sebagai Bangsa Malaysia). Namun masih ada kedengaran sikap-sikap dan kata-kata bertaraf “bangang” yang dihamburkan oleh ramai pimpinan (yang menang dalam PRU12) Barisan Rakyat.

Sikap dan kata-kata yang bertaraf “bangang” ini tidak sewajarnya dicetuskan oleh pimpinan Barisan Rakyat (terutamanya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Syed Husin Ali dan Hj Abdul Hadi Awang) sama ada secara terus kepada mana-mana wartawan arus perdana mahupun melalui laman web.

Nampak gayanya kepimpinan ini masih tidak matang dalam membuat keputusan malah tidak mengkaji sedalam-dalamnya kesan dari keputusan yang mereka ambil tersebut. Apa yang pasti “Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”.

Kini terserlah sikap sebenar (kematangan) dan kepimpinan Barisan Rakyat dan Barisan Nasional akan menggunakan segala peluang yang ada untuk membuat satu petisyen rakyat yang akhirnya boleh diadakan satu pilihanraya baru mengikut perlembangaan Malaysia sedia ada.

Kenapa bangang sangat sehingga tidak dapat mengawal emosi. Mungkinkah semua ini kesan dari keseronokan berjaya menyingkirkan Barisan Nasional dari empat (4) negeri dan satu (1) Wilayah Persekutuan pada PRU12?

Saya (kami) Bangsa Malaysia tidak akan memberikan peluang sekali lagi kepada mana-mana pimpinan yang bangang dalam menangani kemelut ini. Jika ini berlaku, kita tidak perlu tunggu sehingga empat tahun lagi. Waktu ini pun kita boleh membuat penukarannya.

Berbalik kepada persoalan yang saya kemukakan.

KENAPA BANGANG SANGAT?

60 Comments »

  1. mokhtar said,

    mmg banggang
    aku setuju sangat kalau ade pru semula untuk perak
    biar rakyat membuat keputusan semula
    kelihatan bangang2 tu semua gila kuasa
    baik pas menarik diri dari join gabungan br di perak tu
    gabungan br perak boleh merosakkan pas jika diteruskan
    ayuh pas kita berdiri di kaki sendiri
    biar 100 tahun lagi kita baru menang
    asal kita tak di cap sebagai gila kuasa dan harta
    sesungguhnya jawatan itu suatu amanah dari allah
    di sini dah nampak yb pkr sama sahaja dengan s46 dahulu
    mereka gila kuasa dan jika tiada jawatan bila2 sahaja akan boleh dibeli oleh bn
    sebelum pilihanraya pun kita dah nampak calon2 pkr ramai yang mata duitan apabila ramai yang dibeli
    kalau asal dari bn sikap dan sifat bn tetap tak kan boleh dihilangkan
    itulah masalah kalau perjuangan bersandarkan duniawi
    mengapa penasihat pkr dsai mendiamkan diri dengan kemelut ini
    akhirnya yang tinggal pas sahaja jujur dalam perjuangan

  2. tasbieh said,

    aku setuju degnan pendapat mokhtar.. hampa geng pimpinan atas tu..buat la keputusan elok2..awat seronok sangat ka menang sampai tak mau nak pakat2 elok.. kalo beginilah.. mungkin ada rakyat yg bakal mengatakan ‘ AKU MENYESAL BAGI UNDI PADA PEMBANGKANG (PAS-PKR-DAP)… harap sedia maklum noo..

  3. lili said,

    siapakah ketuaperusuh ini? misteri………..
    “semoga Islam akan terus mekar dimuka bumi ciptaan Allah ini w/pun musuh2nya tak pernah berputus asa menghapuskannya..amin.

  4. Stabilizer said,

    Anda memerlukan kesabaran. ini proses peralihan kuasa. Mereka selaku pemimpin bertanggungjawab memberi respon. Lagi pun baru seminggu.Cuba bersabar dan mengucap..memang secara psikologinya anda terlalu mengharapkan kesempurnaan…. Insyallah segalanya akan selamat..beri mereka 40 hari…jadikan Kelantan panduan !

  5. afham said,

    emosi luar kawal kot..

  6. Bersabarlah said,

    Akan terbukti

    Dulu selepas jepun menyerah kalah, cuma tiga hari, puak-puak yang seronok menang (belum menang sangat pun) balas dendam sana, balas dendam sini, konon nak hantam puak yang sokong jepun.

    Lepas tu 1969. Tunjuk perasaan sana, tunjuk perasaan sini. Mencabar Melayu.

    Kali ini di Perak….pula.

    Aku sokong ketua perusuh…

  7. Mungkin ada orang cucuk bagi maklumat salah kepada org PKR yg mengatakan DAP sapu 8 kerusi exco.

  8. Din Yusoff said,

    mungkin dia orang ni terkejut beruk kerana menang tak disangka, maka jadilah perangai beruk yang berebut pisang dan kacang. lain kali aku tak akan pangkah kumpulan beruk ni lagi. frust aku dek perangai dia orang ni. PKR, PAS , DAP. dah tamak dan besar kepala

  9. perempuan cantik said,

    Benda serius, ada yang kata maklumat salah. Masakan PKR sebodoh itu, ada cucuk mencucuk pula. Benda ini undang-undang, dan hidup mati negeri. Bukannya kisah umpat mengumpat kalangan perempuan, yang mengutip kutu di kepala.

    DAP belum-belum dah suruh sultan ketepikan undang-undang tubuh negeri supaya melantik DAP jadi MB. Masakan kenyataan bertulis DAP kepada akhbar itu satu kerja cucuk mencucuk.

    Realiti, maka realitilah bukan mimpi atau harapan lagi.

    Ini dah berlaku dan ada gambar, keluar dari mulut mereka sendiri, tak ada tapis-tapis, dan tidak ada editi-edit dah.

    Mula-mula Lim Guan Eng buka mulut
    Lepas tu PM kasi warning
    Lepas tu Lim Guan Eng tuduh Media Putar-putar

    Mula-mula mereka pakat di Perak
    Lepas tu Lim Kit Siang tak setuju
    Lepas tu rakyat terkedu
    Lepas tu Lim Kit Siang minta maaf
    Lepas tu sultan batalkan majlis
    Lepas tu Lim Guan Eng tuduh DAP Perak melampau

    Apa hal ni. Tak percaya kah….
    Dah mampus baru percaya…. Lu sudah jadi mayat. Apa bikin?

  10. Takut gadoh said,

    Baru sahaja ada kuasa sudah macam-macam.

    dulu sangat benci orang niaga – konon barang naik

    nanti kalau orang tak boleh niaga, negeri bengkrap apa macam? Pulau Pinang boleh hidup dengan DAP kah.

    Tadi orang BN pulau Pinang sudah kasi tahu kuala lumpur, supaya batalkan projek.

    Apa macam mau miaga. tutup kedai kah?

  11. sm said,

    Macam-macam ada,

    Tak sampai seminggu p/raya selesai, dah jadi macam budak-budak berebutkan kerusi, rasa-rasanyalah, dlm 4 ke 5 thn akan dtg nanti, PR ke 13 pulak, BeeEnd & media-media kronik tu akan ulang tayang balik tak, semua peristiwa yg sedang berlaku ni?

    Diorang boleh kata, nak tubuhkan kerjaan negeri pun dah berebut, macam mana nah tubuhkan kerajaan pusat pulak?

    Fikir-fikirkan lah.

  12. Din Yusoff said,

    nak tubuh kerajaan pusat? hancok. mempamirkan sikap bangang yang terang-terangan. kalau dah masa PR boleh pakat, kenapa bila dah menang tak boleh nak berpakat. bodoh sombong!!!!!

  13. Haron ktn said,

    Salam.Biar gaduh dulu bro.. kalau dah dilantik baru nak pertikaikan itu baru betul-betul bangang. Jangan jadi yes Datuk, betul datuk lepas balik office kata celaka, tipulah….. Biar mereka jadi diri mereka bukan yang manis mulut tapi hati macam bangkai. Bila kita tegas, orang tak akan pijak kepala kita bro… Kita tunggu dan lihat.. Orang baru semangat baru dan belum ada kepentingan peribadi lagi.. Yang sokong BN tu, ramai yang ada kepentingan peribadi, walaupun yang disokong tu dah disahkan musang. Ada chop mohor lagi.

  14. Din Yusoff said,

    betul juga kata saudara Harun ktn, tapi nak gaduh pun janganlah sampai buat press statement.. perkara macam tu sepatutnya gaduhlah dalam kelambu. jangan bagi pengundi tahu, mereka akan frust.

  15. putri husain said,

    AKU TETAP KATA BA MASIH JAUH LAGI UNTUK BERJAYA MENAWAN MALAYSIA …SEBAB KEPIMPINAN BODOH-BODOH SEMUA YANG CERDIK AKU…SAJA. WARG WARG WARG JOM KITA GELAKKAN BA….BARU KENA TEST SKIT KAT SULTAN MULA MENGGELUPUR TAK TENTU PASAL…….TAK PASAL-PASAL AKU KENA STANDBY….BODOHNYA KORANG NI…..MEMANG AKU MENYESAL PANGKAH KEADILAN MENYESAL SUNGGUH2…PRU KE 13 AKU NAK PANGKAH SAMY VELLU PLAK SENANG….JADI APA2 NOT MY FAULT KATANYA

  16. aku pun said,

    Bukan kau saja kena stanby.

    Patutnya kita dah senang tidur, sebab lepas undi. Ini kena pula.

    Memang sial la dia orang ni.

    Kepada rakan-rakan dalam askar, polis, bomba, dan agensi lain, sabarlah ye… untuk negara. apa nak buat.

  17. waksoto said,

    Sabar tuan2…

    Ini dinamakan proses penyesuaian dan pembetulan..
    Beri mereka masa ..

    Kalian jangan gopoh dan cepat menghukum ..

    Biar berbalah dahulu .. jangan nanti timbul perbalahan dikemudian hari .. itu lebih parah ..

    Masing2 ada tanggungjawap kpd parti dan komuniti yg diwakili ..

    Beri mereka masa .. seminggu .. dua minggu .. kita tunggu …

    Bersabar ..

  18. waksoto said,

    Satu lagi kpd komponen BA ..

    Pakat lah betul2 ..

    Dah ada kata putus yg jitu baru keluar statement ..

    Supaya nampak kebijaksanaan ..

    Harap kesilapan ini tidak akan berulang ..

  19. amierwan said,

    rileks bro

    ape2 hal kita siasat dulu berita yang sampai pada kita betul ke tak

    jangan cepat jump to conclusion

    aku rasa tenang bila Selangor bawah Barisan Rakyat ni

    kita sama2 tunggu perubahan daripada diorang

    pimpinan ni biasalah diorang buat silap

    kita rileks la jangan emo sangat

    btul kata bro sebelum ni..bagi diorang masa

    ape2 hal aku sokong ketua perusuh

    tapi diorang bukan BANGANG la cuma BELUM CERDIK

    mungkin baru 1st time rasa macam ni

    so we must maintain our support (we are BLOGGERS!)

    dan mintak semua pemimpin Barisan Rakyat BACA BLOG2 ALTERNATIF ni

    supaya diorang terbuka sket pemikiran dan matang

    baru bole buat keputusan dengan bijak sebelum bagi press statement

    aku harap semua kita rileks jangan gado2

    bagi sokongan penuh pada pimpinan BARISAN RAKYAT

    TUAN GURU NIK AZIZ, UST AZIZAN, IR. NIZAR, LIM GUAN ENG, TAN SRI KHALID semua orang baik2

    tengok muka pun kita tau DIORANG ORANG BAIK2

    so, we must continue our support to all of them, ALLRIGHT!

  20. edi4003 said,

    suatu yang misteri di perak, kite dicucuk oleh media BN ke. tapi sblum PR kite dh jauhkan diri dari media BN, tetapi sekarang kite seolah2 lupa kejahatan media BN ni. sama2 la kite berdoa agar gabungan BA di perak menjadi.
    kalau tak kite pakat2 tak g gundi PRU-13. bosan dah. rakyat marhen ni tetap miskin, yang kaya tetap kaya dan bertambah kaya.
    kebongkakan UMNO terserlah, tetapi kebangangan BA terpapar jua. Keadilan, DAP hanyalah impikan kuasa, kebajikan rakyat ditolak ketepi.

    menyamai ciri BN. sedih sungguh

    regards

    pegundi PAS di bukit tunggal

  21. Kaki Kutuk said,

    Menyampah, itulah yang aku boleh tulis

    Tidak menghormati sultan satu hal

    Prasangka konon kaum pengundi itu dari kaumnya sahaja satu hal

    Nak bolot 8 kerusi exco (mungkin tak benar) satu hal

    Salahkan media satu hal – Konon BN kontrol satu hal

    Menyalah – semua orang salah banyak-banyak hal

    Diri sendiri kelam kelibut tak tentu pasal – seribu hal

    Yang hal aku marah sebab nak pinggirkan orang yang support secara diam-diam ni. Apa hal?

  22. shaziq said,

    Rasanya dlm keadaan begini, DSAI amat diperlukan….mana DSAI… tolong la selesaikan kemelut ini…kita baru ini memulakan satu dimensi baru dalam politik malaysia…jgn dihancurkan….kalau hancur kali ini…susah untuk kita bentuk semula….kepada pemimpin yang terlibat….satu minta saya, tolong jangan jadi bangang…..

  23. Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya
    Ini semua kerja org gila nya

    tunggu kejatuhan ANDA semua dlm PRU13 nanti

  24. JangannPeras Ugut said,

    Jangan ugut mereka wahai tuan-tuan dan puan-puan

    Ugutan tunggu PRU13 sudah melampau

    Kita sendiri belum tentu hidup, mereka pun belum tentu selamat. Entah-entah dua tiga hari dah tumbang, atau berubah. Siapa sangka? Banyak kemungkinan boleh berlaku. Contohnya PKR masuk BN, atau PAS masuk UMNO, atau DAP masuk BN.

    Macam Gerakan masuk BN tahun 1969.

    Jangan ugut, ok?

  25. lili said,

    Din Yusoff said,

    13 March, 2008 at 12:59 pm

    nak tubuh kerajaan pusat? hancok. mempamirkan sikap bangang yang terang-terangan. kalau dah masa PR boleh pakat, kenapa bila dah menang tak boleh nak berpakat. bodoh sombong!!!!!

    Note: Din Yusoff? nama Yusoff dah bagus nama nabi. Tapi bahasa macam yahudi. cakap org beruk diri sendiri lebih teruk dari beruk.

  26. Penunggu Buah Gugur said,

    Apa le bende…

    Aku ingat perasaan ni adalah sama dengan perasaan orang yang mengundi mereka. Jika tidak, masakan aku punya undi satu orang boleh memberi kemenangan.

    Aku mengundi kerana mengharapkan.

    1- aku dah kena buang kerja sebab kilang tutup

    2- harga barang naik melampau

    3- Minyak kereta melambong

    4- BA janji kalau menang di selangor dapat percuma air paip sebanyak 20m sebulan

    5- Dapat bantuan RM75.00 suri rumah tangga yang tak kerja

    6- DAP janji nak bagi RM6000 kepada satu keluarga.

    dan banyak lagi yang aku simpan surat-surat kempen itu.

    Aku tunggu lah ni. Tapi entahlah di Perak. Apa yang mereka janji. Tapi aku di Selangor akan jadi senang.

    Jadi engkau orang janganlah kerohkan keadaan. Biarlah kau yang di perak kau kacau, tapi di selangor. Biarkan hidup.

  27. mazlannordin said,

    Dalam situasi sekarang, yg mungkin mendapat untung ialah BN. Konsep pecah dan perintah adalah trademark mereka. Mana tidaknya, Umno utk Melayu, MCA/Gerakan untuk Cina, MIC/PPP utk kaum India. Ini adalah warisan dari penjajahan British dahulu. Sekian lama kita percaya pada formula ini untuk menjaga ketuanan Melayu. Namun, terbukti formula itu tidak berkesan, kerana Melayu terbukti tidak mendapat pembelaan, hatta dgn DEB/NEP sekalipun. Yang untung adalah UmnoPutra dan kroni mereka.

    Perpecahan di kalangan pembangkang akan di manfaatkan oleh BN sebaik-baiknya. Kita bloggers dan pembacanya, perlu faham ini. “Not everybody is perfect”. Kita tunggu dan lihat sejauh mana pertikaian ini. Kita jangan terlalu emosional, kerana kemenangan ini pun tidak disangka-sangka. Contohi PAS yg berkarakter dan professional dlm semua tindak-tanduk mereka.

    Media BN akan memainkan isu-isu berbangkit semaksima mungkin. Adakah kita lupa, yg bloggers adalah saluran alternatif dan bukan membuta-tuli percaya pada saluran yang satu. Kenyataan pembangkang boleh diputar-belitkan oleh “rumor mongers” dan spinners di Media PRIMA dan lain-lain media dikuasai BN.

    Perjalanan masih jauh, bukan selepas mengundi, kerja kira selesai. Semua pihak harus bekerjasama untuk membangunkan bangsa Malaysia. Mereka dulu pembangkang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Sekarang mereka dapat menguasai kerajaan empat negeri. Dengan bantuan siapa? Bantuan kita rakyat yg tidak puas hati dengan kepimpinan BN selama 50tahun. Tidak bolehkah kita tunggu seminggu dua atau mungkin 100hari lagi bagi pemimpin pembangkang ini menyesuaikan diri dan mengatur barisan rakyat ini?

    Barisan Nasional yg memerintah selama 50tahun itupun, ada masalah utk melantik Menteri Besar beberapa negeri, tidak bolehkah kita bertolak ansur dengan pemimpin yg kita naikkan ini?

  28. Jangan Melampau said,

    Saya minta semua jangan buat kecoh…

    Mereka yang mabuk kuasa tengah bengang, tapi komen-komen blog lebih dahsyat lagi… memanaskan perasaan.

    Penulis blog pun sana-sini bermain-main api. Sedangkan tulisan itu bukan dibaca DAP-PKR-PAS pun. tetapi yang bacanya orang–orang yang macam kita sahaja. Kita dibakar perasaan macam dituang-tuang minyak lakunya.

    Dalam satu blog disiarkan surat muhriz, dia buat surat semacam bapanya tulis surat layang di zaman Tunku Abdul Rahman, minta PM berundur.

    Ingat! PM tidak boleh dicerca dan dipaksa. Mana-mana PM pun tidak boleh dibuat begitu. Lihat apakah yang jadi di Pakistan, Thailand dan lain-lain. Kalau suruh undur pun biarlah terhormat. Mereka ada mesyuarat UMNO. Kenapa paksa-paksa.

    Kalau dah huru-hara siapakah yang susah. Semua orang susah tau. Janganlah kau orang keras kepala.

    Dikejar tak dapat, dikendong keciciran. Gila, kerja gila…..

  29. pejai said,

    Kuala Lumpur, 14 Mac – Timbalan Presiden KeADILan Dr. Syed Husin hari ini mengesahkan bahawa muafakat telah dicapai berkenaan pembentukkan kerajaan negeri Perak.

    Hasil muafakat tersebut adalah Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS akan menjadi Menteri Besar, Ngeh Koo Ham dari DAP akan menjadi Timbalan Menteri Besar Pertama dan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedua akan diperuntukkan kepada KeADILan.

    Untuk kerusi Exco pula, 6 kerusi akan diperuntukkan untuk DAP, 3 untuk KeADILan dan 1 untuk Pas. Selain itu, satu daripada dua senator yang akan dilantik oleh Perak ke Dewan Negara akan dipilih oleh KeADILan.

  30. paritBuntar said,

    cuba bawak bertenang…bagilah dorang masa..dorang baru bertatih, mesti ada kejap2 jatuh, kejap2 berdiri, kejap2 bjalan..jatuh lagi..

    terlalu singkat nk menghentam mereka begitu.

    terkini, perkara ini dikatakan telah pun selesai.

  31. Pendakwa said,

    Ikutlah cara Nabi Muhammad ketika menang dalam pembukaan negeri mekah.

    Nabi tak balas dendam.

    Tak bolehkah DAP jangan ceting, PKR disia-siakan. kononnya DAP tak ada kerjasama dengan PAS.

    Masakan PAS tak ada kerjasama, dia orang boleh menang. Celupar sungguh mulut orang baru menang ni.

    Nak tahu siapakah PAS, buatlah kerja gila!

  32. Penghibur said,

    Ini ada satu berita hiburan di peringkat nasional, khususnya untuk mereka yang sukakan Pulau Pinang

    Konon nak sedapkan semua orang, termasuk BN yang kalah supaya puas hati, termassuk PAS yang terpinggri dari kerajaan Pulau Pinang, agar semua menang-menang atau win-win.

    DAP mebuat kejutan! Dia gabongkan diri dengan BN pusat, sebab didesak oleh peniaga-peniaga cina yang susah hati tak dapat miaga bagus, kalau kerajaan negeri bersengkita dengan kerajaan pusat.

    Ini pernah dibuat oleh parti Gerakan tahun 1969

    aku- penghibur pencari penyedap

  33. Din Yusoff said,

    Aku cukup suka komen si lili ni, kau tahu tak nama abdullah tu apa maknanya. sepatutnya dia tak tipu rakyat, tak raba pempuan, tak peluk pempuan, tak ada pilih kasih, amanah dan jujur langsung tak ada. tapi nama dia nama bapa nabi. yang aku maksudkan apa ada pada nama. yang kau kata aku lebih beruk dari beruk tu, mungkin betul mungkin tidak sebab aku tak pernah berebut kuasa, tak pernah berebutkan pangkat dan rebut pisang jauh sekali. kalau kau kata khairy tu beruk lojik juga sebab dia suka rebut harta. so sifat berebut ni adalah sifat beruk kann!!!!

  34. Din Yusoff said,

    PKR ni pun dah kira besar kepala juga. kenapa exco nak sampai tiga. dah lah timbalan menteri besar II PKR juga. PAS hanya dapat satu exco dan satu menteri besar sedangnya kerusi DUN yang PKR menang hanya lebih satu saja daripada yang PAS menang. aku cukup fedup ngan syed hussin ni, dia tu kononnya bijak tapi belum sahih hujung pangkalnya dah buat press statement. agaknya manusia ni kalau dah terlampau cerdik akan kembali jadi bodoh pulak yek!!!! entahlah.

  35. jeyem said,

    nampak sangat “gila kuasa”… bangang betul orang2 nie… kalu camni minta PRU 13 diadakan lebih cepat sikit. Hujung tahun nie tengah2 dok berebut belum selesai lagi, kita minta parlimen & dun semua dibubarkan. Then, jom kita pakat2 ubah balik, baru padan muka “beruk2 tu” (suka berebut & tak reti pakat tu beruk aja) yang tak sedar diri…ok.

  36. musuh said,

    Dorg tak bangang..ada la strategi..media putar belit..bn/umno/mca provoke..berita hari2 provoke..insyallah dengan pertolongan Allah swt kita akan menang lagi!

  37. ThinkAgain said,

    Hmmmm….. saya doakan agar diorang semua pemimpin dari BA ni sedar. Awak sekarang dah jadi KERAJAAN bukan lagi PEMBANGKANG dan jauh sekali, bukan juga KERA.

    Sedarlah…. anda semua sekarang kerajaan bukan pembangkang. Ini tidak, asyik nak baaaaanggkang je! apa-apa sikit bangkang! sikit-sikit bangkang! Cuba ingat balik, U all sekarang adalah kerajaan yang memerintah. Bekerjasamalah sikit untuk kepentingan rakyat, mandat yang dah diberi ni janganlah disalahgunakan. Kalau rakyat melihat penari diatas pentas tarian tu tak boleh nak syncronize, ikut muzik elok-elok…. nanti mereka semua bosan. Kalau bosan nanti mereka terjemahkan kebosanan mereka dalam bentuk undi. Ha, baru menyesal. Sekarang dah bunyi dah ada suara-suara yang menyesal membuat perubahan baru ni.

    Walaubagaimanapun, kita sama-samalh doakan agar kerajaan alternatif ini dapat dibentuk dengan baik demi untuk kebaikan semua juga. Buat apa nak gaduh-gaduh, ketepikan kepentingan peribadi, utamakan kepentingan rakyat. Gunakan peluang ini sebaiknya. Kita boleh, malaysia boleh!

  38. ThinkAgain said,

    Biarlah BA menjadi permulaan kepada BA – IK, BA – GUS,
    dan bukannya BA – NGANG!

    ps – kadang-kadang tu BENGANG juga tengok yang BANGANG-BANGANG nih!

  39. wakman said,

    Assalamualaikum…

    Biar gaduh dulu, jangan bergaduh lepas tubuh kerajaan negeri. Tengok perangai umno dulu kini dan selamanya di Perlis dan Terengganu lagi teruk, nampak…nampak…nampak BN he he he kelakar rebut kuasa….Hidup Barisan Rakyat sebab kita boleh bermuafakat dan bermuasarah…

  40. Perempuan cantik said,

    Diharap kerjasama itu KERJASAMA JUGA tapi jangan gadaikan kepentingan bangsa, macam umno buat “TOLAK ANSUR’ last-last tolak. Singapore pun dijual. Yang penting prinsip mesti ada. Macam keadilan, kerana DAP nak bolot 8 exco di Perak, dia terpaksa tegas. La ni pengganti UMNO ialah PAS, bukan PKR.

    PAS kena ingat betul-betul isyarat ni!

  41. Saya terhibur sekarang, dan juga ingin hiburan ini dikongsi bersama kepada semua orang, kerana saya menanti sekian lama gerakan bersih ini dilakukan oleh pemuda yang bersumpah dalam tahun 1969, tetapi mereka kini telah berumur belaka, yang mungkin orang ramai dah tahu siapakah mereka dan ada yang langsung tak tahu.

    Bangsa perlu dipacu dengan betul, dan rakyat jangan bimbang kekalahan BN, sebab dalam barisan pembangkang yang menjadi kerajaan sana dibelakangnya ada PAS, walaupun PAS tidak tahu, tapi tujuan penubuhan parti PAS adalah jelas, dan pemimpin PAS sudah ramai yang kelulusann Ph D. masakan PAS akan khianat.

    Dalan kerajaan yang BN kalah sekarang, orang itu perlu dibersihkan, merekalah yang selama ini mengkhianati bangsa. Orang khianat bangsa ini boleh dilihat dengan jelas, terutama apabila mereka bercakap di depan kamera TV, dan membuat press statment, golongan muda juga ada yang menjadi pekhianat, mungkin terikut pengkhianat lama itu.

    Kita mahu kembalikan malaysia ke tangan tuannya, sekurang-kurannya macam Brunei. Macam Indonesia, Macam Thailand, Macam Mynmar. Semua orang boleh hidup aman dan damai tetapi besatu hati, bersuara pun atas nama satu bangsa, bukan kaum-kaum.

    Jangan takutkan DAP, sebab DAP memang disokong cina, tetapi dia tak boleh buat apa jika tidak dibantu PKR dan PAS. Jangan bimbang.

    Sekarang yang sukarnya MCA dan MIC tak hendak keluar BN. ini yang menjadi tunggul. Harap-harap Dato’ Sri Anwar Ibrahim boleh memujuk mereka dan bagi tahu dalam 6 bulan boleh tubuh kerajaan pusat. Pujuk mereka cepat-cepat. Jantan taku dia tak ikut. Orang cina dan india memang terkenal pengkhianat dan kaki belot. Dia orang datang ke tanah melayu dulu pun bukan cari makan sangat pun, tapi lari dan belot tak mahu jadi kasta, dan tak mahu menjadi bangsa cina asli di negeri cina, dia kononnya nak jadi barat, walaupun ke tanah melayu cuma.. Lihatlah mereka yang kaya, kemana dia orang pergi, ke Australia, sebab nak jadin barat. Itulah pembelot.

    Apabila UMNO bersih dan tidak menyakiti orang melayu sendiri, seperti Idris Jusoh di Trengganu, seperti Shahidan Kasim di Perlis, Seperti khir Toyo di Selangor, seperti Adnan di Pahang, maka Umno akan perjuang untuk yang sebenar, macam di Johor, macam di negeri sembilan, macam di melaka.

    Kerajaan perlu membangkitkan isu-isu supaya rakyat pengkhianat bangsa ini keluar parti. kalau isu babi tak menjadi, isu barang naik dan tak dapat bonos nampaknya menjadi.

    Jangan bimbang semua, bangsa melayu.
    Kita ada PAS, Kita ada Anwar Ibrahim di pihak pembangkang, tahulah mereka macam mana nak pandu.

    Jangan bimbang dan sedih lagi BN kalah itu, bukan kalah teruk sangat pun, undi melayu masih kuat. Kerajaan pusat belum tumbang pun.

    Sudah-sudah… jangan takutkan DAP lagi. Tidurlah dengan tenang, dan gembiralah dengan keputusan PRU 12 baru-baru ini.

    Berhiburlah, jangan bimbang-bimbang. jangan kuatir. Kita tak akan mati dibumi sendiri.

  42. BAGONG said,

    to penyokong pak lah….kita akan mati dibumi sendiri…ke ko yang nak mati kat bumi org lain …huhuhauhau….
    Memang DAP tak leh menang tanpa PKR dan PAS…tapi jgn sampai org kita ni terlalu nak menang sampai sanggup mengenepikan kepentingan bangsa melayu…..wahai org melayu sekelian …kamu ingat ada ke bangsa lain yang akan akan mempertahankan hak melayu….aku turut memangkah pembangkang kerana undi protes dan bukan nya sokong sangat pembangkang mahupun kerajaan yang korup….satu soalan je pada BR ..ada tak buat pakatan sosial/kontrak sosial sesama sendiri ….dlm menjaga kepentingan melayu…
    kepada mereka2 yang sibuk selalu mengatakan sekarang nak hak politik bersama “malaysian” bukan ikut races…time pru sibuk pasal malaysian …tapi masa sambut merdeka ada ke “kaum kaum ini “mengibarkan jalur gemilang tanda bangga jadi rakyat malaysia….
    kepada DAP perak ….hafal rukun negara tak…kalau tak hafal jagn sibuk nak memerintah……baru menang sikit dah menunjuk ur true color of DAP darkside..hahah….
    to all malays remember this word ” jgn menang sorak ,kampung tergadai ”
    marilah majukan ekonomi melayu dgn membeli dikedai melayu…

  43. Bagong kena relazs, ok?

    Yang menjatuhkan BN sekarang bukan pembangkang kuat, tau? Tapi orang UMNO yang tak puas hati. Macam kelantan 1990. Bukankah semangat 46. Macam PAS(BN) tahun 1978, bukankah tengku Razali.

    Orang UMNO banyak tak puas hati. Dan ramai orang TUN DR Mahathir ambil kesempatan, tambah tuang minyak. Awak pun undi sebab undi protes, sebab dengar guruh di langit. Awak adalah manusia yang pipis lada sedangkan burung masih terbang. Awak adalah manusia yang buang air apabila mendengar guruh di langit.

    So, siapakah menang sorak, kampong tergadai. Itulah kerja orang yang undi protes. Tak sedar?

    Sekarang kasi can apa Pak Lah nak buat. Tunggu dan lihat…. tak payah tunggu PRU-13. Tak payah. Kita doakan semoga kita nanti tidak bercakap lagi pasal kaum, tapi pasal bangsa, bangsa malaysia.

    Aku nak tanya Bagong?
    1- Siapakah KSN? Kamu sukakah dia?
    2- Kenapa tidak bagi bonus kepada kakitangan awam?
    3- Siapakah Idris Jusuh? Pembela melayu kah? Ingat tak Tun Mahathir rampas wang pteronas Trengganu semasa PAS memerintah? Ingatkah?
    4- Siapakaha yang hapuskan BM dalam mata pelajaran Mathematik dan sains? Adakah Kelulusan Bahasa English lebih baik kerana itu? Jawab bagong, jawab?
    5- Siapakah yang lepaskan Hindraf, tapi di trengganu buat fitnah lagi. Siakapakh, wahai bagong?
    6- Kamu adakah UMNO totokya bagong, atau si bodoh, tak tahu strateji?

    Ah… aku terus marah, perasaan aku dibakar oleh bagong, tak sampai hati aku nak tulis lagi. Kerana kebodohan bagong … ini ! ! !

  44. lili said,

    korang berdua ni (Bagong & Penyokong Pak Lah) sama jer, dua2 bodoh…kau ingat pengundi2 BA tu sumer undi sebb protes semata ke? org bukan bodoh macam korang pangkah melulu. org tengok perjuangan sesebuah parti tu utk memangkah. idup ni bukan atas dunia yg fana nie jer (fana tu ‘sementara’ kalau korang tak paham maksudnyer) tah esok or lusa masuk kubur, kau nak jawab per ngan Tuhan? suka ati korang lar kan sebb kubur masing2.

    cakap org bodoh..masing2 pun bodoh sebb tak habis2 nak bergaduh pasal melayu yg dah dirosakkn oleh kerajaan BN.

  45. wakman said,

    Maksud: Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” *1

    Hadith menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa

  46. wakman said,

    Kata al-Qurtubi: “Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, islah dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini.Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain”

  47. wakman said,

    amaran Nabi s.a.w. kepada kita semua, bahawa akan muncul sebelum kiamat golongan manusia yang lekeh dan tidak berkelayakan tetapi bercakap dalam urusan umat yang membabit kepentingan umum dan ramai. Natijahnya, tentulah terjadinya porak peranda pemikiran manusia, gawatlah kefahaman mereka dan hancur binaan ilmu yang sebenar. Apa tidaknya, apabila yang lekeh menjadi pemimpin lalu bercakap dalam urusan umat, yang jahil berlagak `alim, yang menghafal sepatah dua ayat berlagak ulamak. Yang bukan ulama mengakui ulamak, yang hanya ada sepatah dua ilmu agama ditabalkan menjadi ulamak. Inilah saat kehancuran. Justeru itu, al-Imam Ibn Rajab al-Hambali dalam Jami’ al-`Ulum wa al-Hikam ketika menghuraikan hadith tersebut menyatakan: “Maksud tanda kiamat yang disebut di dalam hadith ini merujuk kepada persoalan “apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya” sepertimana yang disebut oleh Nabi s.a.w. kepada orang bertanya baginda mengenai kiamat, maka kata baginda, “apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”.

    Golongan al-Ruwaibidoh muncul di kalangan masyarakat, mereka sebenarnya lekeh, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Samada melalui pentas kepimpinan masyarakat, ataupun dalam gelanggang ilmu. Inilah dua peluang besar untuk seseorang muncul dan dapat bercakap, berbicara, memberikan pandangan mengenai urusan awam dan persoalan-persoalan besar. Kadang-kala menerusi ucapan yang diperdengarkan, ataupun tulisan yang dibaca. Bukannya kesalahan itu kerana mereka memberi pandangan, tetapi kesalahannya kerana ketidaklayakan mereka, bekalan yang tidak cukup, berbicara mengenai sesuatu yang bukan bidang mereka. Sebab itu, al-Imam al-Sayuti dalam Syarah Sunan Ibn Majah menyatakan: “Al-Ruwaibidoh adalah orang yang lemah yang cuba mencampuri perkara-perkara besar dan berusaha untuk memperolehinya”.

    Inilah yang sedang kita saksikan di pentas dunia kita. Apabila urusan politik umat cuba diuruskan oleh mereka yang tidak mendalami ilmu al-siyasah al-syar`iyyah, lalu memberikan pandangan yang bukan-bukan mengenai politik Islami maka kefahaman umat bawahan menjadi kelam kabut. Umpamanya lihat lagak sebahagian orang-orang politik di negara ini. Yang jahil tentang ilmu mustalah al-hadith, tidak pernah mempelajari ilmu sanad, tidak mengetahui apa itu ilmu al-Rijal, apa itu ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, yang menjadi asas pengetahuan dan kajian dalam hadith nabawi, berani bercakap tentang hadith dan mencabarnya.

  48. Sukatikaulah said,

    `akan datang suatu zaman lidah ulama` nya seperti orang ajam dan hatinya bagaikan serigala`

  49. daya said,

    Islam selamanya benar dan selamanya sesuai utk apa jua keadaan serta zaman.kemanisannya Allah dah berikan bermula di timur(kelantan) kini di utara(kedah).Bsyukurlah dahulu apa yg dah diberikanNYA.Sesungguhnya Allah x akan mberi bebanan(amanah) kpd hambaNYA andai seseorg itu tak mampu memikulnya.wallahualam.

  50. BAGONG said,

    salam penyokong paklah…
    ..uishh..bersemangat …org melayu cam ko ni memang bagus …sedar masalah melayu…soalan soalan ko tu budak tadika pun boleh jawab….
    aku ni org umno ke apa ke ko pedulik apa…yang aku perjuangkan melayu dan islam …ko jgn menyalak je pandai….ko ada buat apa2 tak utk memajukan ekonomi melayu…sedap je cakap org bodoh …takpelah sebab ko ni tgh emosinal aku maafkan ko …..lagi pun kita sama sama islam kan..
    nanti susah lak ko nak carik aku kat padang mashar mintak maaf ….
    papehal pun ekonomi melayu /islam maju maka kuatlah bangsa kita…
    p/s – melayu mengkhianat melayu memang wujud dari zaman tamadun melayu melaka lagi….bak kata ketua perusuh yang zalim disangggah yang adil disanjung……salam

  51. Fair said,

    kadang2 kena juga berlakun untuk mempersedapkan rasa … insya-Alah .. happ ending

  52. perantau said,

    aaaah….aku x kira semua tu….korang punye pasai la…bangang ko ape ko….aku x puah ati balik ngundi ari tu x leh claim duit minyak….diorang tahu bn akan kalah, pakat2 wat lari duit awal-awal…yang ni memang lebih pada bangang….

  53. johnlabu said,

    bagi la peluang…dulu masa paklah baru naik…setahun memerintah pun rakyat kasi can kat dia…tahun honeymoon konon…ini baru nak memerintah korang dah kecoh!sabau sikit boleh???

  54. melayu x bangang said,

    menyesal aku undi pembangkang ari tu…..pemimpin BR bangang2 rupanya!

  55. mohd saleh said,

    Sape yang bangang beb!!!!!! kalau korang angkat islam letak atas kepala korang yang lain2 akan ikut seperti bangsa, warisan ape benda lg yang korang perjuangkan…DEB nk kena tarik lu orang gelabah, demo sanasini konon perjuang melayu tp melayu haprak penderhaka sultan, gua ibaratkan bangangfans ni mcm berukpenderhakasultan, tembak mati je….DEB CTH: kontraktor melayu umno n Kontraktor melayu pas korang rasa2 sape yang dapat!!!! DEB adil ekkk nah sekarang main cabut undi….baru adil esok cabut korang sembahyang hajat malam bukan dok kt dangdut berkepit dgn gro pasal confirm dapat perolehan kerja bangang!!!!…ekonomi dh kalah dgn cina yang tinggal pada kita sultan tp itu jugak korang kurang ajor…bagitau aku la bangang ape yang tingggal kt melayu………

  56. melayu x bangang said,

    PAS dan PKR bangang bg DAP memerintah. DAP tu asalnya dari PAP singapore. Dia nak malaysia jadi mcm singapore. sana melayu dah x dak kuasa. Cina berkuasa…padan muka. Bila dah DAP perintah pusat nanti (PRU 13, 14 ke @ 15 ke) baru tau sapa DAP sebenarnya. Habis raja2 diguling…jadilah Republik Rakyat Malaysia.

  57. melayu x bangang said,

    Sah perak DAP yg perintah…6 kerusi exco. Yg lain2 boneka saja.

  58. Kursiahjohar said,

    Apa apa pun, saya setuju dengan saudara. Kelihatan nya BR macam sudah sedikit hilang hala tuju. Mungkin mereka terlebih ghairah kerana memenangi negeri negeri yang umum sudah tahu. Minta minta jangan lah selalu ada “slip of a toungue”. Insyaallah Malaysia akan makmur dan sejahtera.

  59. aiman said,

    melayu pandai niaga…
    melayu jual pantai holding kat singapore dan telekom kat singapore…
    melayu pandai gandai….
    melayu gadai WPI & Batu Putih…
    melayu pandai mengembara…
    jual dadah serata dunia…
    melayu kenyang selalu..
    pacat melayu keyang yang kebulurnya rakyat….peduli apa sang pacat…

  60. daniel loh kuo liang said,

    fuck UMNO BN najib altantuya malay babi 016 4711502


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: