15 March, 2008

Belum Pun 100 Hari

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:27 am by Ketua Perusuh

Barisan Rakyat adalah satu gagasan besar yang dicita-citakan oleh rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa kekayaan dan kemakmuran negara dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira pangkat, agama, keturunan mahupun bangsa. Rata-rata rakyat yang membuat pilihan terbaik pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini mahukan gagasan Barisan Rakyat ini berjaya.

Namun dari apa yang boleh dilihat pada Barisan Rakyat adalah belum pun 100 hari berjaya memerintah empat (4) negeri baru dan satu (1) Wilayah Persekutuan, telah ujud beberapa kemelut dalaman yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan.

DAP dengan caranya, PKR pula dengan caranya. Cuma setakat ini nampaknya PAS berjaya bersikap neutral dalam menangani kemelut yang timbul malah bersedia untuk bertolak ansur demi kesepakatan Barisan Rakyat dan rakyat Malaysia umumnya.

DAP dengan terang-terangannya mencetuskan beberapa polemik yang pada pandangan saya tidak wajar diketengahkan pada masa ini secara umum (perlulah dibuat secara perbincangan dengan semua komposisi Barisan Rakyat). Kita boleh lihat ianya dalam isu perlantikan exco di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah DAP juga nampaknya tidak pandai bertolak ansur dalam beberapa perkara sehinggakan menjadi sebab Paduka Sultan murka di Perak.

PKR pula nampak gayanya masih terawang-awang keseronokan dalam mendapat mandat besar daripada pengundi sehinggakan sanggup bertelagah sesama komposisi Barisan Rakyat hanya kerana ingin mendapatkan kuasa lebih dalam pentadbiran kerajaan Negeri Perak. Malah tindakan yang dilakukan mencerminkan ketidakmatangan pimpinan PKR.

Persefahaman dalam semua aspek adalah perlu untuk menentukan kejayaan Barisan Rakyat. Jika Barisan Rakyat ingin meneruskan pengusaan dalam iklim politik di Malaysia, maka adalah perlu Barisan Rakyat kembali semula kepada pakatan asal (sebelum pilihanraya). Jika tidak pastinya Barisan Rakyat akan terkubur sepenuhnya menjelang PRU13 nanti.

Sikap “chauvinis” yang telah ditonjolkan oleh pimpinan atasan DAP perlulah dihakis (dibuang sepenuhnya) jika DAP ingin relevan kepada iklim politik Malaysia. Sikap berebut jawatan (tinggalan dari UMNO dan BN) perlu juga dibuang sepenuhnya oleh PKR. Memang tidak dinafikan ramai dikalangan pimpinan PKR datangnya dari Barisan Nasional, namun adalah tidak wajar sikap yang sama dibawa bersama kedalam PKR. Jika masih lagi dibawa, tidak mustahil PKR juga akan terkubur pada PRU13.

Pada pandangan saya, jika pertelagahan ini masih terus berlaku (sama ada secara terang-terangan mahupun secara senyap) dalam tempoh 100 hari ini, maka tidak mustahil Barisan Rakyat akan ditolak sepenuhnya oleh para pengundi (rakyat) selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2009.

Barisan Nasional memang menunggu peluang untuk memenangi hati rakyat dan kini sedang berusaha untuk berlembut dengan rakyat. Malah dijangkakan akan ujud beberapa inisiatif (termasuk mengurangkan harga minyak dan sebagainya) oleh Barisan Nasional demi untuk mendapat kepercayaan rakyat.

Kesimpulannya, Barisan Rakyat mungkin akan tinggal PAS sahaja didalamnya jika DAP dan PKR masih lagi bertelagah dan menunjukkan belang mereka mentadbir negeri-negeri yang dibawah kuasa mereka. Jika PAS boleh memberi ruang kepada DAP di Kedah, kenapa pula DAP tidak boleh memberi ruang kepada PAS di Pulau Pinang. Jika PAS boleh bekerjasama dengan PKR dan DAP di Selangor, kenapa pula PKR dan DAP tidak boleh bekerjasama dengan PAS di Perak.

Kepada semua pimpinan Barisan Rakyat,

PENTINGKANLAH KEHENDAK RAKYAT DAN BUKANNYA KEPENTINGAN ANDA SEMATA-MATA.

12 Comments »

  1. mokhtar said,

    ”Tapi kalau Raja Perlis tidak mahu melantik sebab ada undang-undang yang mengatakan Tuanku boleh melantik (calon) yang boleh memberi keyakinan kepada Dewan Undangan Negeri, itu hak Tuanku.

    ”Hak rakyat yang pilih BN, kita akan cari tengok macam mana sebab rakyat pilih BN, dia bukan pilih individu. Oleh kerana rakyat pilih BN, maka BN yang akan memerintah.

    ”Kalau orang lain daripada saya dan sekiranya dia pergi juga (angkat sumpah), maka dia dianggap pembangkang,” katanya.

    Mengulas mengenai status calon tersebut yang juga datang dari BN, beliau berkata, itu tidak betul.

    ”Selepas petang ini dia dah tak jadi BN. (Dia) tidak menyokong saya. Tidak menyokong PM. BN apa kalau tidak menyokong PM? Itu pembangkang,” tegasnya.

  2. afham said,

    kerajaan rakyat yang baru dibentuk belum ada keserasian..saya percaya akan berlaku perubahan di negeri2 tersebut..

  3. Mokhtar dan afham, saya tak faham, you all komen untuk yang mana, tiba-tinba terus ke perlis. Tak paham?

  4. DAP akan sedar, siapakah dirinya, insya Allah. Malahan yang sokong DAP pun akan sedar, terutama orang-orang cina yang sangat akstrim sekali itu. Mereka akan sedar, dimanakah mereka hidup.

    Orang cina memang terkenal dengan belot:

    Contoh. Cina taiwan belot dari tanah besar cina.
    Cina malaysia kalau diberi pilihan dia orang akan pergi
    australia atau kanada. Dia orang tak akan pergi Hong Kong
    atau singapore atau taiwan. Malahan yang di taiwan pun nak
    datang ke Malaysia, dia orang tak pergi singapore.

    Maka DAP pun sama, satu hari mereka akan belot dari perjuangannya, dia akan masuk ke tangan BN juga. Macam singapore tutup universiti Nanyang. Mereka akan belot perjuangannya. Contoh lagi cina-cina parti gerakan dahulu, akhirnya dia orang belot lari ke BN.

    Orang cina kata sahaja benci rasuah, tapi dia oranglah yang banyak bagi rasuah, sebab dia mudah, dan nak senang. Malahan orang cina sanggup keluarkan wang berjuta-juga jadi penaja sana jadi penaja sini, sebab fikirkan ada untung kemudian. Nak senang.

    Hah macam mana? Ini pendapat aku sahaja, bukan betul pun, dan bukan fakta pun. Kau orang jangan percaya, ye.

  5. anak buloh betong said,

    saya tak pandai nak komen cuma memanjangkan komen seorang cina yang ditemubual oleh rtm semalam, ” berilah dia orang masa, masalah untuk permulaan memang ada. 2 / 3 bulan nanti ok.la.. Orang perintah 50 tahun pun buat salah ini baru satu minggu pun tak sampai ” Kesimpulannya bimbingan, teguran membina dari kalangan orang-orang seperti tuan puan lah yang di perlukan.Kalau nada komen dan kritikan seperti rtm dan tv3 sahaja, adalah malanglah kerajaan rakyat yang ada. Minta maaf kalau tersinggung

  6. malay lad said,

    DAP agak keterlaluan dan gelojoh sekali bila mendapat kuasa. Sepatutnya tenang dulu sebelum membuat keputusan “bebas DEB” kerana itu adalah isu sensitif bagi orang Melayu. PKR nampaknya tersepit dalam isu ini. PAS yang nampaknya sangat bijak memberikan pandangan mereka berkenaan DEB, mungkin selepas ini akan lebih ketara lagi kehebatan parti PAS sendiri.

  7. jas said,

    Yang menang tu jangan sukahati sangat, rakyat bukannya semua sokong pembangkang tapi ada setengahnya dah meluat sangat kat BN.Ada juga protes dari Umno.Kit Siang tu pun satu hal,fikirlah nak jadi MB, tengoklah kelayakan mereka untuk mentadbir,biarlah pilih yg cerdik sikit mentadbir negeri bukannya nak tadbir kg.

  8. gius said,

    Penulisan seperti ini tidak berguna langsung , tiada kematangan dan seakan cuba-cuba menyelam sambil meneguk air. Bersihkan jiwa anda dan hentikan. Penilaian semberono dan terlalu awal sama ada keji atau puji hanya memakan diri.Kita hanya manusia biasa dan kebetulan manusia akhir zaman.

  9. Perompak anak lanun said,

    Semua orang anak ambil kesempatan dan tunjuk hebat, wau!

    Apabila parti pembangkang menang dan kecoh-kecoh, ramailah orang yang konon mengundi, menulis itu dan ini, tapi temberang, kelentong, dan cakap merapu.

    Apabila BN kalah, ramailah yang tunjuk hebat juga, minta Pak Lah berundur dan suruh muhasabah. Semua ambil kesempatan, konon dirinya hebat-hebat belaka.

    Manusia-manusia oportunis ini dalam zaman nabi disebut sebagai munafik dan lebih hina tarafnya dari kaum musrikin.

    Aku nak tanya.. Di manakah kometmen @ istiqamah masing-masing samada di pihak parti pembangkang dan parti pemerintah? Apabila mendapat ujian, merapu yang bukan-bukan.

    Atau tukang-tukang komen ini bukan pihak pembangkang dan bukan pihak pemerintah, disebut dalam islam sebagai munafik juga, sebab apabila disuruh berperang, tak hendak pergi, tapi apabila mendapat kemenangan, dialah juara dan nak jadi hero.

    Wahai munafik, sekalian jika benarlah kamu munafik, sesungguhnya Allah akan masukkan kamu dalam neraka bukan dan dalam syorga pun bukan. Taraf kamu adalah seperti binatang

  10. tentuntung said,

    bukan bn..bukan umno..bukan pas..bukan keadilan..bukan pembangkang..bukan raja…tetapi hanya orang yang dipilih Allah sahaja yang akan memimpin negara tercinta ini…siapa dia?? tungguuuuu… InsyaAllah tak lama lagi……

  11. Tanggang37 said,

    Orang cina kata dia yang paling benci rasuh,,,tapi orang cina lah yang paling banyak beri rasuah,sebab mudah bagi dia untuk miliki kekayaan.sebab tulah dia orang sanggup jadi penaja sana sini demi keuntungan msa depan mereka…..tulisan Penyokong Pak Lah.

    Ada kemungkinan betol/ada salahnya..tak tau lah…

    Orang melayu mudah lupa..macam biskut kering..rapuh dan mudah patah
    Rata-rata boleh dikatakan penentang kerajjan BN adalah dikalangan mereka-mereka 45 tahn kebawah , yang mana mereka ini masih kabur dengan perjuagan Melayu.” Melihat tapi tidak Nampak” di takuti sejarah berulang kembali Sejarah Kejatuhan Melaka…di kianati oleh orang dalam sendiri…(Orang dalaman kita sendri, siapa..??? .FIKIR-FIKIR lah sendiri sapa dia .. dia tu..lah ). “Menang sorak Tanah Tergadai” mereka-mereka ini mendapat kemudahan pelajaran,kesenangan hidup dibumi bertuah malaysia.mereka telah bergelar bapa,ibu,abang,kakak dan adik.telah mendapat kesenagan dan kemakmuran hidup hasil daripada orang-orang tua kita. orang-orang dulu-dulu yang memerintah kita dan menjaga negara makmur tercinta.

    sedarlah kita, bila kita sudah pandai menggunakan ICT, kita guna betol2 memeberotak minda terus mencerca,mengata walaupun tanpa bukti cuma isu-isu yang remeh yang menghancurkan.Jangan JAdi Melayu petualang bangsa, bukan membina tetapi menghancurkan.

    Kalau tidak suka engan mereka-mereka yang dikatakan korapsi, kita tentang individu tersebut.jangan sampai kehancuran.Keselamatan tidak boleh diperjudikan,kedaulatan tidak boleh diperjudikan.”Tengoklah dan bukalah Mata seluas-luasnya sehingga nampak disebalik takbir”.

    pandagan dan pendapat dari pada orang yang tak reti tak pandai..sekolah atap je…tapi can c truu.tah betoi tah tidak no….

  12. Tanggang37 said,

    Rata-rata orang kita tidak berapa reti/faham apa itu DEB, apa itu hak melayu. sebenarnya HAK MELAYU tidak boleh di pertikaikkan.Memang hak Melayu, Melayu memang berhak pun.”Tersurat dan tersirat” Kita wajib memahami apa itu DEB Objektif dan vivi,misi DEB.

    Ada pemimpin2 yang faham , tapi atas dasar politik, mereka memutar belitkan kenyataan dan kata tak relevent. apa yang tak relevent? pd mereka yang kaya raya mungkin betul tapi pada mereka yang didalam kelompuk kais pagi makain pagi pasti releventnya.

    Orang melayu masih memerlukan tongkat untuk berjalan, kalau kita buangkan tongkat tersebut sudah pasti mereka akan jatuh telepuk dan setengahnya mungkit terus padam.

    Jangan lah kita menjadi jagohan pada lapangan yang salah.Tolonglah menjadi jagoh pada padang yang betul yang akan menguntungkan orang-orang melayu.

    Saya takut sangat-sngat pada perpatah “menang sorak kampung tergadai”
    “Menang jadi abu,kalah jadi arang” Nang bo tinang,kui bo ti kui.


Leave a reply to Penyokong Pak Lah Cancel reply