18 March, 2008

Mencantas Dicantas?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:34 pm by Ketua Perusuh

Banyak pihak yang menyanggah jangkaan saya sebelum ini mengenai senarai barisan Kabinet Baru Malaysia 2008. Malah ramai juga yang mengambil peluang untuk mengutuk. Semua ini pada pandangan saya adalah pandangan sebenar warga Malaysia. Kita berhak mengeluarkan pandangan dan orang lain pula berhak untuk membidas pandangan yang kita telah berikan itu.

Dari senarai Kabinet Baru Malaysia 2008 yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, saya boleh nampak beberapa kepincangan berlaku dimana beberapa Ahli Parlimen (MP) yang terkenal korup, banyak skandal dan “banyak kes” dengan Badan Pencegah Rasuah, Polis dan juga agensi lain tersenarai didalam Kabinet Baru Malaysia 2008.

Sebagai contoh anda boleh perhatikan nama-nama yang tersenarai dibawah ini.

1. Abdullah Ahmad Badawi (Skandal Oil For Food Iraq, skandal “centrifuge” nuklear, pembelotan “treason”, agen asing)
2. Najib Tun Razak (Kes Altantuya, Kapal Selam, Pembekalan ke Kementerian Pertahanan)
3. Mohamad Nazri Abdul Aziz (Kes permit teksi)
4. Ahmad Zahid Hamidi (Kes gengsterisme dan pukul)
5. Zaid Ibrahim (Kes saman hukum hudud dan salah laku komersial)
6. Mohd. Johari Baharom (Rasuah, Lepaskan tahanan jenayah berat, Kongsi gelap)
7. Dr. Masitah Ibrahim (Kes menceroboh tanah orang)
8. Nor Mohamed Yakcop (Kes rugikan Bank Negara RM40 Bilion dalam urusniaga FOREX)
9. Syed Hamid Albar (Kes maksiat)
10. Ir. Mohd. Zin Mohamad (Kes gengsterisme, pukul dan rasuah)
11. Muhyiddin Mohd. Yassin (Kes rasuah, menggelapkan harta negara, pembelotan “treason”, agen Singapura)
12. Shaziman Abu Mansor (Kes rasuah, salahguna kuasa)
13. Hishammuddin Tun Hussein (Kes maksiat, salahguna kuasa)
14. Noh Omar (Kes rasuah, salahguna kuasa, gengsterisme)
15. Mustapa Mohamed (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
16. Azalina Othman Said (Kes salahguna kuasa, rasuah, menipu)
17. Mohd. Shafie Apdal (Kes salahguna kuasa, rasuah)
18. Muhammad Muhd. Taib (Kes salahguna kuasa, rasuah, menipu, derhaka kepada Sultan)
19. Liow Tiong Lai (Kes rasuah, kongsi gelap dan salahguna kuasa)
20. Zulhasnan Rafique (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
21. Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
22. Joseph Kurup (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)
23. Dr. Maximus @ Johnity Ongkili (Kes salahguna kuasa, rasuah)
24. Ong Tee Keat (Kes rasuah, salahguna kuasa, kongsi gelap)

Semua ini menunjukkan bahawa hampir sebahagian besar daripada anggota Kabinet Baru Malaysia 2008 terpalit dengan pelbagai masalah dan ini sebenarnya memberikan satu kelebihan buat Abdullah Ahmad Badawi. Dengan tersenarainya ahli kabinet ini, maka proses mencantas orang-orang yang rapat kepada kepimpinan lama (Mahathir Mohamed) berjaya dilakukan. Mereka yang tertinggal ini memang akan memberikan satu baiah yang kuat kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi kerana takut kes mereka dibongkarkan atau didedahkan.

Memang proses mencantas telah dilakukan dan kini tiba masanya pula Abdullah Ahmad Badawi dicantas dari kerusi empuknya. InsyaAllah pada perhimpunan agung UMNO nanti, Abdullah Ahmad Badawi akan dicantas pula oleh sekalian pimpinan akar umbi dalam pemilihan jawatan presiden UMNO.

Apa yang pasti yang telah tercantas seperti Rafidah Aziz, Adnan Mansor, Fong Chan Onn, Ong Ka Ting, dan lain-lain lagi akan membalas perbuatan Abdullah Ahmad Badawi mencantas mereka. Kita boleh tunggu dan lihat.

Satu lagi, nampaknya kelibat Khairy Jamaluddin tidak kelihatan dimana-mana. Adakah Khairy Jamaluddin akan dilantik menjadi DUTA Besar Malaysia ke negara-negara asing termasuk Singapura. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Sebagai langkah selamat buat Khairy Jamaluddin, eloklah beliau menerima watikah perlantikan sebagai DUTA. Anda akan selamat dengan cara ini.

25 Comments »

  1. Anak Johor said,

    aiik tak ada substantial le mamat, kalau gitu semua org dalam dunia ni tak sempurna.

  2. hazaha haris said,

    I would like to add another one to your list…a new minister from my home-state, Pahang…Dato’ Ismail Sabri, the father of Dafi. the Akademi Fantasia sensation. I was brought to understand…(talk-of-the-state)…he has an impending “close proximity” (khalwat) case with a “puteri UMNO” member in one syariah court in Pahang.
    Dear Bro.KP, please check-it out !!!…TQ, wassalam

  3. Dr Mashitah punya kes tu masuk kira ke?
    Kalau tak salah, kontraktor repair rumah dia yg ceroboh.

    Errr
    Azalina patut dipertanggungjawapkan atas kedudukan rangking FIFA yang merudum

    Boleh cerita sikit kes kerugian 40 bilion forex tu?

  4. waklu said,

    Salam…Ketua Perusuh memberi gambaran kesemua barisan pimpinan adalah bermasalah. Saya tiada tahu kesahihannya. Tapi dalam kaedah pemilihan kepimpinan yang korupsi dalam suasana sekarang, pilihlah mereka yang kurang korupsinya. Daripada tiada kepimpinan langsung.

    Kalau nak cari kesalahan orang banyak yang boleh didedahkan, kerana manusia itu tidak maksum. Saya yakin, Ketua Perusuh juga banyak kelemahannya.

  5. BravoTango said,

    Saya nak tengok kepandian KJ di parlimen nanti di mana anything & everything goes.

    Sama2 kita tunggu di pawagam berhampiran anda.

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    1. Tujuan saya menulis artikel diatas adalah untuk menerangkan kenapa calon itu dipilih dan apa rasional Abdullah Ahmad Badawi memilih mereka. Yang pastinya Abdullah Ahmad Badawi akan pasti menggunakan masalah peribadi mereka sebagai usaha agar jawatannya tidak digugat.

    2. Bagi kes Ismail Sabri, kita tunggu keputusan kes yang beliau hadapi.

    3. Walaupun kontraktor yang memberikan masalah, namun pemilik perlu juga bertanggungjawab. Bagi kes kerugian dalam forex sebanyak RM40 bilion, anda boleh buat siasatan kes di Bank Negara. Malah maklumat mengenainya ada di Internet.

    4. Kesahihan setiap kesalahan tersebut biarlah masa dan mahkamah menentukan. Apa yang pasti telah ada pertuduhan. Sebagai manusia, saya pun tidak terkecuali dari kelemahan. Saya bukan maksum.

  7. malaysian said,

    So again, we have a bunch of crooks as ministers. I nearly fainted when I saw the list. Why can’t Badawi chose people with intergrity as ministers. Tak ada orang baik dalam BN? What is wrong with Badawi?

  8. tengku_iskandarr32 said,

    ketua perusuh nie islam or kafir..mainn tuduh je….diri sendiri tu bersih ke

  9. lakshmi said,

    Looking at the list made me go giddy. And ACA supposed to have cleared them all?!!!!!!!!!!!!!!
    We seem to be living in a bandit country, only God can save us from these evil ones

  10. micon said,

    Ye….Kita memang tidak boleh menuduh sesaorang tanpa bukti yang kukuh
    Tetapi, kalau kita rujuk pada history kelaku pemimpin BN dan pemerintahan mereka, telah menunjukkan banyak penyelewengan yang besar di sisi agama dan juga undang2 am human right.
    Corruption, penganyiaan, maksiat dan lain lain lagi berlaluasa hingga masa kini.

    Rakyat yang beragama Islam, terutama sekali orang Melayu masih belum celik mata lagi dengan apa yang telah dan sedang berlaku di bumi Malaysia. Haram bagi orang Islam menyokong kerajan yang zalim. Pemimpin BN yang beragama Islam, sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat. Masih banyak lagi, kerajaan dan rakyat masih belum sedar lagi “bala” menimpa. Tsunami yang melanda di Penang dan Kedah dan juga kemerosotan penyokong BN adalah salah satu tanda tanda kemurkaan yang maha kuasa.

    Lagi sekali kita saya ingin mengatakan, “bala yang besar” akan menimpa BN dan juga penyokong2 mereka akan datang.

  11. JesseLabu said,

    alamak bro,
    aku nampak ada missing satu…syed hamid albar punya ketayap putih, ada pasir telok ramunia yang dia korek dan jual kat singapore. Rujuk blog kuder kepang

  12. Tengku Affendy said,

    Please la.. give me more juicy ones than this.. otherwise dont waste our time.. no substance at all, nothing new!! Bleh..

  13. Timbalan Ketua Perusuh said,

    Saya ingat kita semua kena balik pangkal jalan, jangan jadi tukang sihir dan jangan jadi tukar bakar kayu api.

    Negara kita yang aman damai telah rosak kerana perbuatan kita membuat fitnah dan membuat tuduhan palsu. Sepatutnya kita insaf dan sedar akan kemusnahan ini adalah satu hasi dari perbuatan gila

    Kita marah kerajaan kerana fanatik kita kepada doktor mahathir, tetapi doktor mahathir itu sendiri adalah membuat kerja jahat dan gila.

    doktor mahathir adalah pengkhinat bangsa, kerana bapanya telah bertungkus lumus menyuruh dia belajar menjadi doktor, tapi apabila dia dah jadi doktor, dia pergi jadi ahli politik, maka bangsa kita kurang doktor satu orang, malahan dua orang termasuk isteri doktor mahathir sendiri.

    Dia ada anak perempuan, dia kahwinkan dengan orang puteh, lepas itu dia kahwinkan dengan orang indonesia, maka keciwalah lelaki bangsa kita sebab anak perempuan mahathir dah kahwin dengan bangsa lain.

    Doktor mahathir jadi timbalan perdana menteri oleh hussin onn, supaya membantu, tapi doktor mahathir paksa hussin onn meletakkan jawatan, sebab dia nak jadi PM cepat.

    Tun mahathir juga memusnah berapa ramai pemimpin melayu konon timbalan perdana menterinya itu nak rebut kuasa. Maka hancurlah pemimpin bangsa iaitu musa hitam, ghafar baba, anwar ibrahim.

    Doktor mahathir juga pemburuk-buruk dan membusukkan nama PM iaitu Tunku Abdul Rahman dan Abdullah ahmad badwi.

    Tun mahathir juga pemusnah kepada tokoh-tokoh politik islam yang masyhor dan tersohor, hingga memperbodohkan dunia karifirin dan takhut. Iaitu mahathir menghina nik aziz, fathil nor dan hadi Awang.

    Dalam ucapannya dalam malaysia kini ada dirakamkan iaitu dia kata, dunia jempun dia menjadi pencemarah tentang islam, dunia tidak pula tak jemput nik aziz dan hadi awang, tapi dunia jemput dia.. ha ha ha maka dengan itu dia (mahathir) adalah ulamak. Ulamak yang diiktiraf oelh kafirin dan musrikin.

    Kalau iblis kata perjuangannya tak habis-habis walaupun banyak manusia dah kena sesat, maka mahathir kata, perjuangannya adalah belum selesai, untuk menyesatkan bangsa…

    Ini hiburan, saya harap fanatik mahathir jangan hardcore sangat, jangan naik semangat sangat, mahathir itu memang fir’aun pun.

  14. Sang gondol said,

    Padan muka budak-budak selangor yang undi pembangkang

    Dapatlah Menteri Besar yang gagap. Nak cakap lain yang keluar lain, tadi di TV3 disiarkan. Ha ho he e he

    Dulu masa kempen di ijok dia gagap juga, suruh orang mengundi BN sedangkan dia calon PKR. Semua orang gelak.

    “Eh sila tu tan sri”, kata orang ramai sambail trbahak-bahak.

    Nasib engkau lah selangor. Dapat MB gagap!

  15. Hang Tuah said,

    mana dia org dapat maklumat ni. Boleh tak buktikan supaya kita boleh pcaya.

  16. pengintip agendaily said,

  17. janda gatal said,

    Sikit-sikit kaitkan khairi. Sedangkan khairi bukannya budak ajaib atau sakti, maka engkau orang mengutuk dia begitu teruk sekali

    Kepada khair, sabarlahi…

    Orang buat engkau macam-macam, tanpa belas kasihan.

    Engkau ibarat budak, di singapore, yang memberi pendapat kepada sultan, tentang serangan ikan todak, tapi sultan tak mau dengar.

    Sultan itu ialah orang-orang yang mengutuk engkau, mereka bersultankan di hati, berajakan di mata.

    Apa yang engkau buat dikata salah belaka… sabarlah ye…

  18. Berikut adalah pandangan saya tentang barisan Kabinet BN

    http://sebolku.blogspot.com/2008/03/barisan-kabinet-adalah-pesta-kurniaan.html

  19. amierwan said,

    wei sang gondol

    YB Khalid bukan gagap la, cuma x brapa fasih sbb lama duk oversea

    sepatutnya ko sedar yg ko tu pembangkang kat selangor

  20. Sang gondol said,

    amierwar, wei…

    Pembangkang tak pembangkang apa hamba pedulu? Yang mu sebuk-sebuk benar menjadi gila lagi teruk…

    Kalah sikit dah, suruh PM letak jawatan. Lalu hamba nak tanya mu… mana kata-kata berat sama dipikul, senang sama dijinjit? yang sebenarnya mu tu gila… gila dan tamak. Atau hamba kata mu ni munafik zolimin… zolimin… firun wal takhut….

    Mu ni orang yang nak mempertahankan kepentingan Tun mahathir semata-mata. Muhathir yang banyak hapuskan sekolah agama, mahathir yang banyak busukkan ulama. Mahathir yang mahukum komunis dalam sistem negara.

    Semua demo nakswastakan dan syarikatkan menyebabkan harga api letrik naik, air naik, malah ada indah water lagi kena bayar.

    Mula gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mu gilaaaaaaaaaaaaaaa
    mu gilaaaaaaaaaaaaaaaaa mu gilaaaaaaaaaaaaa mu gilaaaaaaaaaa

  21. zool said,

    Hm.. tengok sajalah camne..

  22. KHAIROL said,

    SAUDARA NI MASA TULIS COMMENT NI MUNGKIN DALAM KEADAAN MABUK ATAU PUN SAUDARA NI SEMEMANGNYA TAK SIUMAN DAN KALAU SAUDARA NI ADALAH PESAKIT JIWA(HABIS UBAT) MAKA SEPATUTUNYA PERGI KE HOSPITAL/KLINIK JUMPA DOKTOR PAKAR SAKIT JIWA.
    SEPATUTUNYA SAUDARA SENARAIKAN SEKALI SALAH LAKU DATO’SERI ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG,KARPAL SINGH,MAT SABU,DAN LAIN2 PEPIMPIN PEMBANGKANG BARU LAH BETUL.
    SAUDARA JGNLAH JADI TERLALU TAKSUB DAN EMOTIONAL BODOH DAN MACAM ORANG TAK SIUMAN

  23. Pok Leh said,

    APALAH NAK TUDUH2 ORANG TAK SIUMAN. CERMIN DIRI KITA SENDIRI SEDARA. TIADA ORG YANG SEMPURNA DALAM DUNIA NI. JGN EMOSIONAL SANGAT!!! KITA TETAP KENA KERJA WALAU SIAPA YANG PERINTAH. BN ATAU BR YG BERKUASA KITA KENA KERJA!!!! MEREKA TAK KAN TOLONG KITA LERR KALAU KITA SENDIRI TAK TOLONG DIRI KITA. FAHAM!!!! KALAU FAHAM…..JOM KITA BERUBAH.

  24. r4mist said,

    salam sang gondol,

    bro duk mana nie….kalau duk selangor…elok ler hati-hati skit waktu menulis…..x psl2 kna buang negeri nanti…..dh status pembangkang awk tu..

    lebih baik gagap drpd byk bercakap, banyak menipu, banyak mengugut, banyak sebanyaknya mengaut reta rakyat…..stok penyapu pun byk lg nie bro….kalau nk bleh minta dgn x-MB.

    20 meterpadu air dh free bro….yang mana2 x berkenan tu….cari tapak lain…syiohhh syiohhhh

  25. zifi said,

    Ismail Sabri – Menteri Belia & Sukan yg juga Bapak Dafi Baik Punyer sebenarnya pernah ditangkap Khalwat dengan Ahli Parlimen Ampang 2004, Dr Rozaidah Talib. Mereka berdua ditangkap kerana berdua-duaan dan berkelakuan tidak sepatutnya yang boleh menjejaskan imej mereka sebagai seorang wakil rakyat, di sebuah hotel di ibu kota pada 26 Ogos 2007 yang lalu.

    Menurut sumber, hasil maklumat orang ramai, suami Rozaidah yang merupakan seorang pengurus bank, Radzmi Othman, 47, telah datang ke hotel terbabit kira-kira jam 4 pagi bagi ‘menyerbu’ bilik yang dipercayai didiami oleh Ketua Wanita Umno Ampang itu dengan dibantu pengurus dan pengawal keselamatan hotel. Bgmanapun setelah berkeras dan berusaha memujuk akhirnya kedua-dua pasangan yang sedang bermesra itu tidak mahu keluar dan Rozaidah menjerit menyuruh suaminya itu pulang sahaja kerumah. Suaminya kemudian terus beredar dan membuat laporan polis. Kini kes mereka dalam proses penceraian di makhamah syariah.


Leave a comment