11 March, 2008

PRU12 Satu Silapmata?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:45 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali saya ingin menegaskan kepada semua bahawa saya masih bersetia dengan Barisan Rakyat. Namun maklumat terkini yang saya dapat ini amat merunsingkan saya. Maklumat ini disampaikan kepada saya melalui satu penghantaran data “enkripsi”.

Kemenangan Barisan Rakyat (BR) menguasai 5 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan adalah disebabkan oleh satu “Master Plan” yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Malah boleh dikatakan “Master Plan” ini disediakan semata-mana untuk melengkapkan satu rangkaian selamat dan kukuh serta terjamin untuk pihak-pihak tertentu.

Dengan sengaja memberikan kemenangan kepada BR dan tersungkurnya beberapa nama-nama besar (yang boleh dikorbankan) membolehkan beberapa muka-muka baru yang diketengahkan sebagai bersih dalam Barisan Nasional (BN). Mengikut maklumat yang diterima, usaha ini dijalankan sebagai “konon-kononnya” BN terkena tempias perjuangan rakyat dan BN akhirnya sedar dan insaf akan kesilapan yang telah mereka buat.

Malah dengan “Master Plan” ini Abdullah Ahmad Badawi seterusnya berlakon menunjukkan yang beliau menerima pandangan rakyat dan membuat banyak perubahan untuk kepentingan rakyat. Namun ini semua dijangka adalah hanya satu lakonan yang memang dirancang. Dengan cara ini akhirnya Abdullah Ahmad Badawi dengan mudah akan menjatuhkan Barisan Rakyat dengan sekelip mata pada PRU13 dan mungkin akan menyebabkan Barisan Rakyat akan pupus.

Jika benarlah maklumat yang saya terima ini, saya amat berharap agar semua kepimpinan Barisan Rakyat berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan. Barisan Rakyat perlu menunjukkan contoh teladan dalam kepimpinan negeri kerana dengan cara ini sahajalah dapat menggagalkan “Master Plan” yang dirancang ini. Jangan leka dan jangan besar kepala.

46 Comments »

  1. Nakamura said,

    Boleh jadi…
    Tapi cuba lihat parlimen yg dikuasia BR
    K. Kinabalu, Kuching, K. Melaka, KL, Selangor, Perak, Kedah dan Penang.
    Semua kawasan elit…
    BN pasti bimbang nk majukan M’sia takut jd mcm bandar2 besar ni.

  2. BAGONG said,

    mungkin tidak…biasalah…bila terjadi sesuatu “event” ada pihak yang akan buat spekulasi macam2….
    dari sebelum kempem hingga ke pilihan raya …kita buleh lihat arus perubahan reakyat ….tak mungkin BN membuat master plan yang menghacurkan BN sendiri….kalau betul pun ada master plan…mungkin dah lari dari target asal…

  3. abalong said,

    Mungkin jugak betul. Apa pun bagi kita yang bersama mendokong Barisan Rakyat, harus sama2 bekerja utk mengekalkan kerajaan Barisan Rakyat yang sedia ada. Jgn biarkan “MASTER PLAN” mereka menjadi kenyataan.

  4. anony said,

    Dulu bila hangpa kata spr tak telus hangpa kutuk depa. Ni bila dah dapat hangpa tak puas hati plak. Manusia tak pernah puas…..

  5. sudd said,

    tak ada master plan ke , ap ke . raayat dah muak dengan bn tu, tipu raayat hidup2 janaji pelajaran percuma aleh2 kenabayar juga yuran sekolah. sebenarnya Allah yang merancang. Allah menyekat perkembangan Islam hadari yang sesat tu..,..

  6. Razif said,

    Artikel ini adalah bohong dan rekaan semata. Buang masa sahaja membaca benda yang di reka ini untuk menaik kan lagi sensasi selepas keputusan PRU 12

  7. bend said,

    xde master plan semua dah mmg btul malah kalau pru 12 dijalankan secara jujur aku rasa BA dah jadi kerajaan pemerintah. takkaan x perasan spr tahan dulu kiraan undi kalau2 bole ejas

  8. taufik said,

    Artikel yang tak boleh dipegang kerana tidak mahu meyalahkan Pak Lah & menantunya dalam PRU12. Selamatlah Pak Lah drp gesaan supaya mengundurkan diri. Jgn2 artikel ini direka oleh puak2 khairy & the gang

  9. eks said,

    Banggang mana yang hantar mesej ni kat Ketua Perusuh.Jgn ngarut la.
    Kemenangan BA kali ni adalah hasil kemarahan dan rasa jijik Rakyat Malaysia.
    Saya rasa penulis saja nak buat pembaca keliru.Sebab tu dlm tulisan nya awal2 dia menggaku yg dia ni org BA.Tapi cara tulis macam org BN yg bodoh.
    Tak payah la Ketua Perusuh nak porak perandakan pembaca.Gi la buat keja yg berfaedah sikit.Jgn jadi Anjing bodoh BN

  10. bond said,

    Ketua Perusuh jangan bimbang… ini rekaan semata2 nak menutup kelemahan Pak Lah dan kepincangan Menantunya

  11. nuun said,

    setuju dgn pendapat bukan master plan bn..mustahil nak korbankan selangor negeri maju…

  12. netts said,

    Assalamualaikum,
    Aku rasa takde lah sampai macam tu sekali. Bagi aku, hal yang macam tu tak payah nak fikir. Cuma bagi pada pendapat aku, ini merupakan satu ujian bagi BA ( PAS-PKR-DAP ) untuk bekerjasama dengan jujur. Alasannya, jika tidak kejayaan ini tak akan tercapai sampai bila2 pun. PAS, PKR maupun DAP tak boleh mendabik dada dengan mengatakan partinya yang kuat. Hati2 dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan antara rakan komponen parti. Jika PRU12 umpama “perang”, maka bahagilah sebaik2nya semua “rampasan perang” tersebut. Jangan tamak jika agenda utama adalah untuk berbakti kepada rakyat Malaysia. Ingat ! Kerjasama adalah sesuatu yang paling sukar. Jadilah pemimpin yang baik untuk kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

  13. Ketua Pendamai said,

    Apa lak nak takut…nu askar kat sana belambak ada. tak perlu kita nak merusuh. kita duduk elok-elok dah la. La ni yg penting kita tengok apa BA nak buat. Yang baik kita sokong..yg tak baik kita nasihat depa…citer-citer ngarut ni x leh layan sangat buat sakit otak saja.

  14. razak said,

    Mungkin…
    tapi org yg ‘untung’ bila BN kalah ialah mahathir dan najib. mahathir nak najib jadi pm supaya terlepas kes vk lingam. najib pulak akan terlepas kes altantuya. sebab tu mahathir paling beriya nak pak lah turun bila BN kalah nih….
    Agaknya sebab tu jugak anwar tak mendesak pak lah turun, sbb kalau najib yg jadi pm… akan lenyaple kes vk lingam
    Mahathir ni mmg tahu dari awal yang pak lah lemah. tapi dia lantik pak lah jugak jadi pm dengan harapan dia boleh control pak lah atas sbb kelemahan pak lah tu. tengok2 khairy pulak yang mencelah… tu pasai la mahathir bengang sangat dengan khairy tu.
    Ini andaian syok-syok aku je. Korang jgn percaya lak… anggaplah sebagai rehat2 otak je…
    tapi aku tak akan terkejut jika mmg benar ini master plan mahathir. Sbb dia ni mmg dari dulu licik orgnya…

  15. anaksengat said,

    Satu dari bermacam spekulasi tak mau mengaku kalah. Macam budak budak . bile ditanya mengapa nangis…??? dia jawab saje buat buat nak bagi seronok

  16. pemalu said,

    black propaganda je tu…

    biasa la, nak cover malu…

    macam budak-budak main bola, bila dah kalah pasti akan kata “ah, saja je aku kasi menang free.”

  17. razak said,

    oh ye..
    lagi satu…
    undi najib kali ni bertambah. Satu2nya yg majoriti bertambah…
    tak ke pelik…

  18. Master Plan ke atau tidak yang dapat tengok BN memang tewas. Jadi Pak Lah boleh gunakan kesempatan ini @ menantunya itu membuang tunggul-tunggul lapok terutama warisan Tun Mahathir, supaya satu hari nanti hanyak barisan bersih sahaja yang memerintah, sebab kalau orang-orang itu masih menang, mamang sukar nak buang, lagipun tak lama, lima tahun lagi sahaja.

    Pak Lah pun boleh tubuhkan kerajaan melayu, sebab yang tewas BN tapi UMNO tak kalah pun.

    Lagipu negeri yang terlepas itu boleh gunakan ICU JPM untuk memerintah negeri yang dikuasai pembangkang. Mereka iaitu pembangkang akan sekadar nama, tapi kuasa tak ada.

    Nak tahu susah tidaknya, tepuk dada tanya selesa.

    Hidup melayu!

  19. nastar said,

    memang betul, ini memang sah barua BN yang tulis. janganlah asyik nak memperbodohkan penyokong BA.

  20. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Saya juga beranggapan bahawa mesej yang saya terima ini nampak mengarut, namun atas dasar “bersedia dengan semua kemungkinan” maka saya terbitkan juga maklumat dari mesej tersebut.

    Walaupun begitu kesan “Tsunami Politik” ini memang tidak terjangka oleh mana-mana penyokong Barisan Nasional. Malah terdapat ramai penganalisis politik tempatan (dari menara gading) terkedu bilamana analisa mereka selama ini terpesong sama sekali.

    Nasihat saya kepada Barisan Rakyat dan para penyokongnya adalah teruskan bekerjasama (lupakan perbezaan pendapat, agama dan bangsa) demi untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Perlu juga diujudkan satu jawatankuasa khas yang menyelia, memantau dan menguatkuasakan peraturan bagi semua 5 buah negeri yang dimiliki oleh Barisan Rakyat tidak termasuk Wilayah Persekutuan.

  21. abu fulus said,

    master plan ka x master plan ka apa aku peduli. yang pasti aku tetap bersama br.

  22. penyokong pas sejak lahir said,

    kalau ada master plan lagu ini buatlah lagi. Memang dialu-alukan.Moga-moga BA tak perlu bekerja keras hanya dengan master plan mereka kita hantar mereka ke lubang kubur.Oh alangkah seronoknya melihat mereka bergaduh sesama sendiri di atas kapal yang sedang karam.

  23. Harun said,

    ni ape punya komen bodoh.. tak kan le samy vellu, sahrizat, koh su kon dll suka suka nak lepaskan kerusinya atas arahan Abdullah Badawi. Rugi beb..rugi beb.. hantarlah artikel yang bernas sikit.. jangan asyik kita di”konon”kan aje..

  24. bane said,

    aku dah lama kena klentong dgn BN. sbb tu pangkah BA…tengok la “killing day” Mamak Zam gunakan badut Chandra Muzaffar hentam anwar. pernah dulu gunakan Badut Betina Umi Hafilda hentam Azimin. dulu boleh la klentong.. aiik… sekarang pun masih cuba cuba nak klentong..yelah klu dah biasa makan persen macam tu lah.. dah jadi darah daging… kan. kan. kan.

  25. ayang said,

    BAGUS2.U AL MMG ADE IDEA DAN SYGKAN BR.JD KPD BR, TERUSKAN PRESTASI YG BAIK DAN BUAT IA SEBAGAI PILIHAN YG BAGUS UTK RAKYAT.

  26. frmad said,

    Conglatulation! both of your blog, and this post are high ranked in
    “The top blogs of the day” report

  27. melayu celik said,

    sebenarnya apa pun yg terjadi dlm PRU12 org melayu yg rugi negeri tergadai,org cina ampir mencapai sasarn mereka dgn kerjasama MCA dan DAP,depan kita buat wayang di belakang atur stragtegi,kenapa soon kun bagi cepat cepat jawatan MB penang kat Lim Guan,takut BN cepat bertindak,jadi dlm melayu dok bingung dgn apa terjadi mereka umum MB dulu, wahai org melayu ingatlah musuh kamu ada berbagai cara untuk menjatuhkan kamu cuma melayu ini suka lurus bendul dan tak pandai berpolitik,sesama sendiri berbalah,jgn jadi hang tuah jadilah hang jebat

    jgn terkejut kalau malaysia akan jatuh ke tangan pembangkang dlm sebulan dua ini,sama sam lah kita fikirkan

  28. kakLuna said,

    propaganda saja kot…dulu dlm kes hindraf pun ada spekulasi kata tu smua perancangan Khairy utk naikkan nama Pak Lah, kononnya pak Lah bijak handle isu kaum…tp sbnrnya mmg dirancang oleh pihak2 yg x bpuas hati dgn samy vellu.

    lgpun mcm susah nk terima logiknya, coz undi adalah dr hasrat rakyat. kalo dorg x wat master plan pun, rakyat tetap nk undi BA.

  29. lidahmutiara said,

    Sengketa 13 Mei 1969 akan kembali lagi, cuma kali ini pihak pembangkang(DAP) cuba kawal diri moga-moga tidak berlaku rusuhan perkauman(riot) di p.pinang terutamanya. Perayaan kemenangan mereka pun tidak di sambut. Ini adalah suatu keputusan yang sihat oleh Lim Guan Eng supaya tidak tercetusnya riot oleh orang melayu walaupun kemenangan ini adalah sokongan dari kaum melayu p.pinang sendiri.

    Harus diingat, bahawa Agenda yang DAP sarankan, sama seperti dahulu. Yang mana sebelum ini dikuasai juga oleh orang-orang cina, tetapi masih di beri keutamaaan kepada Bumiputera Melayu. Nah, kini persaingan tersebut kini sama rata, untung nasib terletak pada usaha sendiri. Maksud ayat ini, di petik dari kata-kata Guan Eng di muka Utusan. Di situ juga, terpapar Guan Eng sendiri memanggil bapanya Kit Siang meninjau lokasi pejabat anaknya di samping kaum kerabatnya. Nampak di situ, jiwa, hati dan sifat ke’cina”an masih tatap di sanubari. Biar kita Guan Eng akan bawa siapa pula lepas ini.

    Saya bukan nak berpihak pada siapa-siapa dari BR ataupun kerajaan lama BN. Cuma inilah politik yang PASTI akan berlaku di p.pinang nanti. Saya cuma Sayangkan Negeri p.pinang dan Melayu di p.pinang. Jangan sampai satu masa di tahun-tahun berikut akan berlaku pergolakkan kabinet antara DAP-PKR-PAS bagi mengawal dan mentadbir p.pinang.

    Saya harap isu panas perkauman tidak akan berlaku bagi merialisasikan cita-cita BR dan p.pinang.

    ***mutiara”‘, kedah-penang.

  30. DAP dah menang, maka menanglah. Jangan dibangkit-bangkit. Bukankah ini kehendak Barisan Rakyat dan semua yang membaca blog.
    Yang dok takut pasal cina, melayu ni apa kah benda? Apakah PAS itu melayu maka akan jadi tenteram. UMNO itu kerajaan maka hidup semua orang jadi kaya?
    Cina atau melayu adalah sama. Kalau dah kaya tetap tamak dan menindas dan cakap mengugut-ugut konon nak pantaulah dan macam-macam yang konon diri itu bagus sangat.
    Barisan pembangkang yang dah tak jadi pembangkang pun akan jadi serupa juga. Kalau tidak masakan singapore ada kedutaan israel, sebab kerana mereka takut, walaupun telah menguris jiran-jiran tetangga, dan sebahagian rakyatnya sendiri.
    Maka apakah tidak sama dengan Pulau Pinang nanti.? Cina atau India atau melayu sama sahaja. Sama rata ha ha ha….

  31. DAP menang! ha ha ha ha ha

    Lim Kit Siang suruh anak buah nya di Perak pulaukan pelantikan menteri besar. ha ha ha ha

    Macam mana menteri besar PKR dan PAS tanpa DAP nak bentuk kerajaan, tak cukup korum. ha ha ha ha

    DAP terbitan PAP singapore bukan parti perkauman, ha ha ha ha

    Sebelum itu mereka jumpa sultan, katanya setuju mana-mana orang dipilih baginda. ha ha ha ha

    Belum-belum dia sudah mainkan keputusan baginda, ha ha ha ha…

    Ha Ha kita penyokong BA atau BR jangan gundah gulana la la, kita jual sahaja negeri perak.

    Lepas itu orang israel di singapora buatlah estat dan meniaga di perak. ha ha ha ha

    Gembilah kita mari sama-sama. Biar papa asal bergaya. ha ha ha

  32. Nosman said,

    Apa pulak master plan. Aku tak tau apa pun, yang aku tau aku memang dah tak suka sangat pada BN ni, penipu rakyat hidup. macamlah rakyat semia bengong belaka. Propaganda dalam TV dan akhbar menggambarkan seolah2 rakyat nie buta dan tuli dari mendapat maklumat dari saluran alternatif.

    Apa kesah ttg hakim corek-corek? Apa kesah tentang altantuya? Apa kesah tentang kononnya yuran sekolah dihapuskan walhal yang kena bayar lebih mahal dari sebelum dihapuskan?

    Adakah semua ini termasuk dalam masterplan yang disebutkan?

    Sebenarnya pembuat sms itu hanya membuat skrip atas semua kejadian yang telah berlaku. Tak mungkin pembuat masterplan ini begitu teliti sekali sehingga perhimpunan bersih dan hindaf adalah sebahagian dari masterplan tersebut.

    Yang jelas kejatuhan sokongan rakyat pada BN adalah disebabkan kelemahan BN dibawah pimpinan PM dalam mengurus kerajaan Malaysia.

  33. ank malaysia said,

    xtau laa…malaysia dh jd semakin xrelevan untuk jd tempat tinggal..semua org nk gaduh sb masing2 nk tunjuk besa kepale…kite harus ingat kepade tragedi tsunami yg melanda acheh bebrape taun lalu kerana mungkin itu adalah sign drpd Allah supaye kite sentiasa hidup berbaek2 walopon nga org bkn islam…ape dah jadi nga negeri perak???barisan ini walopon dipilih oleh rakyat tp xlayak dipanggil barisan rakyat..

  34. PAPA_MELAKA said,

    Assalamualaikum

    Tak tau la pasal master plan tu tapi saya rasa la tak masuk akal. Mmmg org dah me;uat dengan BN sebnarnya. Banyak isu yang membuat org ramai naik mual deengan BN. Antara sebab2 nya:

    1. Rakyat bengang dengan kenaikan minyak. Apabila minyak naik secara otomatik harga keperluan akan naik.

    2. Org BN terutama UMNO dan MCA lupa diri mereka mengumpul kekayaan Lihat saja lah Ling Leong Sik beliau merupakan sebagai Billionaire dan untuk menjaga kepentingan beliau, beliau cuba menengahkan anak anak beliau kali ni dalam PRU ke 12. Rakyat bukan bodoh sgt, you can cheat people sometime but not all the time.

    3. Faktor Khairi Jamaludin juga membuat org mual dengan sikap beliau.Saya dari parlimen beliau dan saya dapati org rembau amat benci dengan sikap beliau yang terlalu celupar.

    4. BN terlalu menggunakan media TV dan akhbar. Ini membuat rakyat seolah olah bodoh sgt . Kalau BN terus malakukan ni semua pasti akan terus jatuh kepada BA

    5. Pemimpin UMNO tidak mau mendengar pendapat orang bawahan tentang isu perumahan. Mengapa harus di benarkan membuat rumah rumah kos yang terlalu mahal untuk di beli oleh orang melayu? hasilnya hanya kaum bukan melayu yang hanay mampu membelinya.Implikasinya.peratus pengundi melayu akan berkurangan dalam sesuatu kawasan. Mengapa semua ni berlaku? jawpan nya adalah sebab orang orang BN terutama UMNO ada kepentingan dalam sesuatu syarikat perumahan jadi mereka hanya kira untung saja.

    Kesimpulan yang saya boleh buat hasil dari PRU 12 ni yang rugi adalah orang melayu . Orang melayu telah berjaya di pecah belahkan oleh BA.
    Ingat la saudara saudara ku , org cina dan india mereka boleh tidur di atas bantal yang berasingan tapi mimpi mereka tetap sama ia itu nak memerentah malaysia dan meminggirkan org melayu! tetapi orang melayu tidur atas bantal yang sama tapi mimpi berlainan. Cuba la saudara lihat dalam perlantikan MB perak DAP seolah olah menyoal kewibawaan sultan Perak ini belum lagi mereka memerentah Malaysia rasa nya kalau mereka memerentah Malaysia mereka akan cadangkan buang sistem beraja sebab Lim Guan Eng kata semua rakyat malaysia untung nasib yang sama tak kira kaum.Di situ kita dah boleh agak isi hati perut kaum cina sebenar nya.
    Bagi saya mmg benar seperti kata bekas ketua pemuda PKR Ezam kita org melayu harus la berhati hati dengan PKR . Saya rasa PKR ni akan sanggup jual maruah ugama dan bangsa bagi tujuan nak menaikan pemimpin mereka.Bukan saya nak ungkitkan hal perkauman tapi kadangkala kita kena ada sikap perkauman kalau kita nak survive. Contohnya napa tidak ada orang melayu yang buka kedai aksesori kereta? cuba saudara fikirkan.Jawpan nya senang saja ni belkau di sebabkan sikap perkauman orang orang cina.Pembekal alat aksesori mereka hanya akan membekal kan kepada peniaga cina kalau orang melayu ingin juga kita kena bayar harga yang berlainan.Kita berdoa la agar semua parti yang majoritinya orang melayu / islam bersatu la kita tak mampu berpecah belah demi masa depan anak anak kita. Pada pilihan raya akan dtg kita ketepikan la parti yang hanya memperjuangkan pemimpin mereka dan hanya memikirkan nak penuhkan poket mereka dengan projek projek mewah.
    Bagi orang umno kita muhasabah lah diri anda.Sebenarnya org melayu mmg banyak terhutang budi dengan umno termasuk la penasihat PKR tu sama sama la kita jaga hak kita di malaysia ni cukup la melayu di pulau pinang saja di pinggirkan.

  35. lidahmutiara"' said,

    Saya amat lah menyokong komen dan hasrat hati dari saudara PAPA_MELAKA.

    Sekarang ni, kita lihat dan tengok apa yang akan terjadi pada P.pinang.

    Nasib orang melayu & bumiputera akan di jajah lebih buruk dari Sebelumnya.

    p/s:- Sedih melihat Bangsa-ku.

    ***mutiara”‘,kedah-penang

  36. Lagi celik dari melayu celik said,

    Aku nak komen pasal “melayu celik” punya komen.Aku rasa ko belum cukup celik utk buat propaganda cam tuh.Kenapa melayu nak rugi?Sebelum nih,Koh Soon Kun tuh melayu ke? So apa yg melayu rugi kalo sebelum ini pun cina yg lead Penang,lain laa kalo sebelum nih Ahmad Soon Kun yg jadi leader.Siapa kata Melayu tak pandai politik? Ityu semua kata-kata Pemimpin BN, pastu ko pon jadi pak turut kata Melayu tak tahu politik,yg sokong BN sebenarnya tak reti politik sebab tak pakai palotak,terang-terang kena klengtong pun still pangkah jugak BN,lemau ke apa. Sekarang melayu penang akan makin terbela sebab ada PKR yg akan pantau,so tak yah risau.Aku yakin dgn BR.So, “melayu celik” bangun laa dari tido sebelum ko ketinggalan.

    Salam.

    “Membangun Bersama Islam”

  37. Saya nak tanya lagi celik dari melayu celik…

    Apakah yang ditanam UMNO dalam otak budak-budak semasa pilihanraya kecil di ijok apabila mic menjadi calon di situ?

    Katanya jangan takut… calon itu hanya petugas sahaja, undilah MIC, untuk jadi wakil rakyat, kemudian kita tanya balik, macam mana dengan rancangan UMNO nak melantik MB dari MIC juga? Jawabnya aku tak kisah, sebab sultan masih melayu…

    Lepas itu apa terjadi? Hindraf buat apa… sehinggalah Pak Lah ketakutan macam tikus basah. Kena umumkan projek untuk orang india hingga ke neteri india sendiri, sebab United Nation sudah warning… Kalau tidak Malaysia akan kena takrif.

    Apakah lagi celik dari melayu celik macam budak ijok tadi? Sebab PKR lulusan UIA dah jadi Timbalan Ketua Menteri? Logiknya kau sebenarnya telah gali lubang untuk masuk kubur…. wassalam bersama islammu.

  38. Lagi celik dari melayu celik said,

    pusat seriti….walaupun aku Melayu, tapi aku tidak berminat merujuk kepada bangsa Melayu sebaliknya kepada agama Islam,memang Islam mewajibkan segala urusan dan hal ehwal orang Islam di tadbir oleh orang Islam…tapi nak buat macam mana sebab dah tak ada pilihan…majoriti di Penang tidak memihak kepada Islam, tapi apa yang aku maksudkan…harap-harap kerajaan yg baru dibentuk di Penang akan kurang ke-tidak Islaman nya dengan adanya Timbalan dari orang Islam yg boleh dikatakan arif tentang Islam (PKR).Berbanding dulu Penang di tadbir oleh Cina yg berada dibawah kuasa Melayu yg jugak kurang ariff tentang Islam yg juagk cuba mengelirukan orang Islam dgn Islam Hadarinya. pada pandangan aku, timbalan menteri lulusan UIA ini akan sedaya-upaya mempertahankan maruah dan kebajikan orang Islam di Penang sedaya mungkin.Aminnnnn.

  39. said jengka said,

    La yang hampa dok bekelai pasai apa..dah lepas lepas laa..la ni kita tengok apa depa buatlepas menang..baik ka atau lebih buruk dari BN pegang.
    kita ada kuasa jatuhkan depa, negara ni bukan satu
    parti, rakyat dah pilih dan buat keputusan..fikirlah
    benda-benda yang positif beb, bukan cari jalan
    dengan buat spekulasi dan provokasi yang boleh
    menimbulkan ketegangan kaum, bangsa malaysia
    beb..

  40. BiruMataHitamKu said,

    sebenarnya pemimpin BN pun mana ada perjuangankan hak melayu……semua juangkan poket masing masing………..hak rakyat termiskin pun kutu BN sapu….lg lama BN memerintah lama lama ketuanan melayu hilang………hanya tinggal di atas kertas……baik kasi pada BA see what happen and semau melayu akan bukak mata BESAR BESAR….hendak ke kita ikut apa terjadi di Amerika syarikatberlaku pada kita…….di US……red indian mempunyai keistimewaan akan tetapi tiada sapa yg perjuanngkan, hanya tercatat di atas kertas………….Adakah ketuanan melayu melaysia akan terjadi seperti itu…………..sudah bersediakah kita ke arah itu?????????

  41. JesseLabu said,

    wokey,
    pendapat aku:GIVE BENEFIT OF THE DOUBT kepada ketua perusuh (walupun aku cuma kasi 41% markah). Ada kemungkinan, biarkan. Jika anda sayang keluarga, negara anda, mulai dari sekarang bersama sama tongkatkan BA supaya dilihat betul dan menjanjikan. Kita boleh sumbang, wang ringgit, pemikiran, tenaga atau sekurang-kurangnya sematkan dalam hati tak akan membenarkan perkara kotor berlaku dan kita diam macam bahlol. Elakkan terjerumus kepada setting setting yang dibuat oleh BN supaya negeri ni huru hara. Ada waktu lebih baik dok rumah dari demo (banyak demo bodo BN plan). Apa-apa yang berlaku…cuba-cuba fikirkan cara musuh berfikir…

  42. matkampung said,

    Menang sorak kampung tergadai..padan muka.

  43. bomoh said,

    ha ha ha memang menang sorak kampung tergadai.

    Lepas tu kasi anak bini makan …. benda haram benda taj halal.

    Mana ada halal dah… DAP tak benarkan islam…

    ha ha ha tunggu 5 tahun, baru dapat halal

    dalam tu kita mampus, tak sempat….

    makan haram mmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    makan haram mmmmmmmmmmmmmmmmm

  44. wan said,

    x logik langsung… master plan akan di rancang jika mendapat ke untungan bukan kerugian. jikalau pak lah berfikiran sedemikian maka umno akan lebih terdahulu hapus..
    hidup umno!
    “pemimpin silih berganti”

  45. Papa_Melaka said,

    Jangan la terpedaya dengan mainan orang2 politik ni termasuka la anwar ibrahim dan pas.
    Dulu team wawasan termasuklah anwar ibrahim,najib ,muhyudin..rahim tambicik ..now apa dha jadi ? bercakaran sesama sendiri. Dulu pas kata nak tegak negara islam..apa dah jadi berpelukan dengan DAP.Ingat ke si Punjabi tu kata over my death body…ingat ke
    Tak kira la BN ke..PKR ke..semua ada agenda sendiri..yag jadi bodoh kita la rakyat malaysia…percaya dengan mainan dia orang…aku alngsuang ak caya orang politik ni semua peangai mmg taka beberapa baik oputunis.
    UMNO tak salah yag salah orang2 dlam UMNOtu ..seperti matir…anwar ibrahim dia org ni la yang menghancurkan umno dan melayu. Bukan aku sokong umno..tapi PAS dan PKR haprak juga.Kan lebih baik org cam nik aziz …ustaz firdaus ke…jangan main politik kerana mereka merendahkan mertabat mereka…hina sungguh mereka aku rasa…sebab dah jadi orang politik. Ni wakil PKR pulak letak jawatan..bila ada pilihanraya kecil…siap la berjuta2 duit hilang kan duit u boleh di gunakan untuk pembangunan..naa nak di hamburkan begitu saja.Dan aku rasa sebab napa UMNO takut bertanding takut isu altantuya akan di ungkit semula…tapi yang mengugkit tu…baik sangat ka….heni kan la semua ni…haka kita orang melayu dha di robek2….tengok kementerian pembangunan usahawan telah di bubarkan…tau ke kau org semua napa di bubarkan…sebab nya orang2 cina dan india dah komplen…sebab kerajaan lebihkan orang melayu..tapi melayu ni satu hal juga..bial semau dha dapat pinjaman manja sgt pulak…suruh belajar tak mau..nak duduk lepak..merempit…bila kerajaan tegur nani PRU tak mau undi pulak kerajaan…so aku berharap sgat la orang oang politik ni…fikir la masa depan orag melayu..bersatu…la…cam dulu2 mana cina dan india berani bersuara..sebab kita bersatu…65% penduduk malaysia orang melayu…tapi bila beli barang keperluan…cam beli ayam ke sayuran ke…pi juga kedai apek kalau tak caya cuba la kau orang dtg ke pekan rembau..berderet2 og melayu beli kedai pendek dekat pasar tu ….pada hal di pasar tu ada orang melayu jual…kenapa..kita tak ada sikap jemaah cam orang2 cina…ubah la sikap kamu wahai orang orag rembau..samapai ada yg sanggup makan kedai cina…depan CIMB bank tu..alasan nya dia masak halal..halal kepala otak kau orang…ada yang jumpa dalam sup termasuk kepala ayam siap dengan balong dia sekali…dah u sia apek…dah la ak mandi hadas..yang pelik nya pak haji pun mentadarah..apao la bongap bona..orang rombau ni takan bondo cam ni pun ak boleh pikir. 99% rembau orang melayu…tapi 99% peniaga di pekan rembau adalah orang cina…kan bodoh nama tu…beri sokonganan kepada bangsa yang beniat nak menghacur kita….cuba2 la kita fikirkan nasib anak anak kita nanti….kito tak lamo lai mampuih la.Bila…buka kedai ekor 4D berpusu la melayu beli…ada yg dah tua nak mampus pun beli ada yg naik basikal buruk pun beli ada yang bawak mercedes pun beli…apa la nak jadi orang rombau ni… bonak bona. NI la akibat politik…bangsa berpecah…

    • Papa_melaka said,

      Assalamualaikum….kita dah tau kan keputusan pilihanraya permatang pasir…so kita kerna hormat kehendak rakyat di sana…seronok la anwar ye…terus la berpelukan dengan si cina guan eng tu dan si punjabi..tu…


Leave a comment