10 March, 2008

Kejatuhan IKKL Yang Disengajakan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:24 am by Ketua Perusuh

Hari ini kita dapat lihat penggantungan keseluruhan kaunter-kaunter saham di Bursa Malaysia dari urus niaga untuk tempoh sejam hari ini bermula pada pukul 2.58 petang ini ekoran kejatuhan teruk pasaran saham. Pengendali pasaran saham Kuala Lumpur, Bursa Malaysia Bhd. telah melaksanakan langkah `Penampan Kejatuhan atau Circuit Breaker’ berikutan kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus hari ini.

“Ini pertama kali IKKL susut lebih 10 peratus dalam tempoh tak sampai satu hari dan ini juga merupakan kali pertama pelaksanaan `Penampan Kejatuhan’ ini dibuat oleh Bursa Malaysia sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu” kata mereka.

Untuk pengetahuan semua yang kurang mahir mengenai ekonomi, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditadbirkan dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Berhad. Walaupun begitu segala tindak tanduknya dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akan memantau pergerakan harian setiap masa.

Saya beranggapan bahawa penggantungan kaunter-kaunter saham ini adalah bukan disebabkan oleh perlaksanaan “Penampan Kejatuhan” yang kononnya mengawal agar kejatuhan tidak boleh melebihi dari 10 peratus tetapi lebih kepada arahan Menteri Kewangan agar dibentuk satu penggantungan sementara pasaran. Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang membolehkan beliau mengarahkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta Bursa Malaysia Berhad menggantung sementara semua kaunter.

Ini membolehkan Menteri Kewangan menjadikan alasan ini untuk menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa tindakan menukar 4 negeri di Malaysia kepada pimpinan Barisan Rakyat telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham (kononnya para pelabur tidak yakin lagi melabur di Malaysia).

Dari maklumat yang saya terima, para pelabur runcit tiada masalah akan peralihan kuasa ini namun terdapat petunjuk bahawa kejatuhan ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pelabur sindiket tempatan inilah yang menjadi punca kejatuhan lebih 100 mata hari ini dimana dari maklumat yang saya dapati adanya arahan dari Menteri Kewangan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.

Kita semua berhak mendapatkan penjelasan terperinci dari Bursa Malaysia Berhad atau Suruhanjaya Sekuriti mengenai perkara ini. Sila berikan maklumat pelabur mana yang lari dari pasaran (pelabur runcit ataupun pelabur sindiket).

Inilah taktik-taktik Barisan Nasional yang diterajui oleh Abdullah Ahmad Badawi yang nampaknya ketandusan idea untuk menyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional masih lagi relevan memimpin Malaysia. Idea bodoh ini tentunya dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin hasil kerjasama “mangkuk-mangkuk’ di Tingkat Empat Jabatan Perdana Menteri.

14 Comments »

  1. mungkin juga.

    kenara pada buliten 1:30, jumlah urus niaga ketika rehat sudah RM 1.9 bilion.

  2. s/kenara/ketika

  3. Hang Tuah said,

    biasalah panic selling. orang di msia ni selalu panic. mana tun daim masa ni knp tak cari pocket money masa runtuh ni.

  4. Hang Tuah said,

    masa ni kalau orang melayu banyak duit beli dan kumpul. minggu depan naik balik dan boleh buat untung. Tumpu saham maybank, telekom, tnb petronas, proton, perladangan .Pasti naik.

  5. 9w2alz said,

    Betul-betul, ikan bilis, masa ni lah nak bikin duit… percayalah… tak lama lagi up up and up

  6. Mosesfoo said,

    Er…siapa Menteri Kewangan tu? Kita ada Menteri Kewangan ke? PM baru mengangkat sumpah sahaja, kabinet belum ditentukan lagi, jadi siapakah Menteri Kewangan tu?

  7. […] blogs covering the same issue: – Sebolku – Pakdi – Ketua Perusuh (some conspiracy theories I see 😛 […]

  8. Pelabur BSKL said,

    Saya rasa maklumat dan pendapat ketuaperusuh overdo sikit, fakta tetap fakta. Memang kalau anda aktif dlm urusniaga Bursa, anda akan tau keujudan Circuit Breaker yg mana jika index composite BSKL jatuh 10% dlm satu sesi, secara automatik segala urusniaga di BSKL akan di gantung selama 1 jam, yg bertujuan utk cold down the market. Amalan ini ada d kebanyakan BURSA dunia termasuk Bursa New York.
    Walau bagaimana pun kepada semua “Well Come To New Malaysia….People Power” ….Takbir

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Keujudan Penampan Pasaran itu sememangnya ada cuma yang menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah kejatuhan tersebut terlalu mendadak sedangkan pasaran dunia tidaklah begitu teruk pada hari Isnin tersebut. Malah boleh dikatakan pergerakan pasaran cuma “sideways” sahaja. Ini menunjukkan cuma pelabur sindiket dalaman sahaja yang menggerakkan indeks.

    Telah diketahui umum bahawa PNB, KWSP dan KWAP memang mengungguli pasaran pelaburan tempatan dengan dibantu oleh Tabung Haji dan LTAT. Saya tahu bahawa amat kerap pelabur sindiket ini membuatkan spekulasi dan kecairan dalam pasaran demi untuk mengaut keuntungan sebanyak yang boleh selama ini. Biasanya pengurus dana di PNBlah yang selalu memangkinkan suasana.

  10. nadlique said,

    Walau apa pun, objektif finance ialah untuk memaksimakan kekayaan pemegang saham (shareholder). Jadi apa yang PNB, KWSP, Tabung Haji, LTAT, dsb buat adalah mengikuti objektif tersebut, iaitu mengayakan stakeholders mereka. Memanglah, kalau nak ikut etika, itu lain cerita 😀

  11. […] Ketua Perusuh: Kejatuhan IKKL yang disengajakan? Saya beranggapan bahawa penggantungan kaunter-kaunter saham ini adalah bukan disebabkan oleh perlaksanaan “Penampan Kejatuhan” yang kononnya mengawal agar kejatuhan tidak boleh melebihi dari 10 peratus tetapi lebih kepada arahan Menteri Kewangan agar dibentuk satu penggantungan sementara pasaran. Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang membolehkan beliau mengarahkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta Bursa Malaysia Berhad menggantung sementara semua kaunter. […]

  12. Sukatikaulah said,

    Tak pe..tak pe..pembentangan yang lebih telus dan terang kita akan tengok di padang mahsyar nanti.

  13. tentuntung said,

    selepas malaysia dilanda kegemparan besar akibat tsunami politik, maka tunggulah satu lagi kegemparan yang lebih besar akan berlaku kepada negara kita yg tercinta ini…tetapi ianya secara aman dan damai bukan secara kekecohan atau huru hara…. InsyaAllah….Malaysia akan dipimpin oleh orang yg selayaknya memimpin..

  14. tengku_iskandarr32 said,

    ketua..perusuh..u nie ariff sgt pasal saham ke..u nie fund manager ke…if tak arif jgn la main cakap je…check the fact n u know the reason behinds it


Leave a comment