13 February, 2008

Munafik Besar!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 5:10 am by Ketua Perusuh

Beberapa hari yang lalu saya ada menulis mengenai perangai pemimpin No 1 negara, Abdullah Ahmad Badawi yang suka menipu. Kini terbukti beliau melakukannya sekali lagi. Penipuan yang dilakukan secara tidak tepat memang menjatuhkan maruah beliau malah menyebabkan ramai yang kini tidak akan mempercayai apa sahaja yang Abdullah Ahmad Badawi katakan.

Ada satu cerita lama yang diceritakan oleh AESOP (seorang penglipurlara Yunani) pada satu masa dahulu berkaitan dengan seorang budak pengembala kambing yang suka menipu. Kesan dari tindakan suka menipu yang dilakukan olehnya akhirnya membawa nasib yang malang kepadanya apabila semua orang sedar akan penipuan yang dilakukan.

Abdullah Ahmad Badawi semalam (12hb February 2008) menegaskan bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen Malaysia pada tanggal 13hb February 2008 namun hari ini terbukti kata-kata Abdullah Ahmad Badawi hanyalah penipuan semata-mata.

Jika pengasas Islam Hadhari pun tidak mengambil berat atas sikap menipu, maknanya Islam Hadhari memang menggalakkan penipuan dilakukan (mungkin dihalalkan). Sikap menipu ini memang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W yang merujuk kepada sikap Abdullah Bin Ubai (ketua munafik Mekah) pada masa tersebut. Dalam Islam, orang yang suka menipu diklasifikasikan sebagai munafik.

Oleh itu tindakan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi (cucu seorang ulama) bolehlah kita semua klasifikasikan sebagai tindakan seorang Munafik Besar. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang berakal, adakah kita manu dipimpin oleh seorang pemimpin yang munafik dan boleh bermuka-muka serta suka menipu. Jika pemimpin inilah yang masih lagi kita pilih, maka janganlah kita marah jika kita ditipu hidup-hidup dimasa akan datang.

Oleh itu kepada semua warga Malaysia, janganlah anda semua menjadi mangsa penipu besar (munafik besar) ini dengan memilihnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pilihan ditangan anda. Andalah yang akan mencorakkan masa depan negara ini.

Telah terbukti Abdullah Ahmad Badawi munafik atas sikap menipu yang beliau suka lakukan. Malah nampak gayanya Abdullah Ahmad Badawi juga percaya kepada perkara khurafat dan syirik seperti Feng Shui (aqidah jatuh bila percaya perkara syirik @ boleh jatuh kafir) serta menggunapakai Feng Shui dalam menentukan tarikh terbaik untuk beliau membubarkan Parlimen Malaysia.

19 Comments »

  1. mentel83 said,

    “Oleh itu tindakan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi (cucu seorang ulama) bolehlah kita semua klasifikasikan sebagai tindakan seorang Munafik Besar.”…..

    Suka saya mahu ingatkan bahawa tidak ada gah nye menjadi cucu ulama dan ianya bukan suatu jaminan bahawa cucu ulama harus dihormati seperti menghormati ulama tersebut (atuknya)…

    Terdapat juga anak-anak kepada jahiliah yang menjadi ulama’ atas kesedaran sendiri dan terdapat juga anak-anak serta cuc ulama (seperti AAB) menjadi penipu, penjenayah [rasuah], penzina dsb…

    JADI HENTIKAN MENGAITKAN AAB SEBAGAI “CUCU ULAMA” KERANA DIA BUKAN ULAMA’. YANG ULAMA’ HANYA ATUKNYA SAHAJA.

  2. abd rahman mohamad said,

    amin….saya doakan semoga allah membalas kezaliman ketua munafik dengan segera….amin

  3. Malaymind said,

    Haha yang peliknya, ketuaperusuh hanya berani merusuh di dalam wordpress sahaja, langsung tak menepati nick rusuh tu sendiri.

    Adakah ketua perusuh yang tidak merusuh juga termasuk dalam kategori munafik kerana tidak melakukan sepertimana namanya?

  4. Mamat Kelate said,

    Ketua Perusuh lebih munafik kerana memutar belitkan fakta. Bagi saya adalah benar Badawi perlu mendapatkan kelulusan DYMM Yand DiPertuan Agung. Takkan ler dia nak announce dulu baru DYMM lulus.

  5. bloggers said,

    biasalah bloggers suka melalak je…pandai2 je label orang munafik, subhanAllah..insaflah, belum terlambat.

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa dalam hidup ini kita perlulah;

    1. Mengotakan apa yang kita janji-janjikan.
    2. Mengatakan yang benar walaupun ianya pahit sekalipun
    3. Sanggup menerima kritikan sama ada dari kawan mahupun lawan
    4. Menegakkan yang hak dan menjauhkan yang batil
    5. Tidak hipokrit
    6. Tegas dalam tindakan dan tidak mudah diganggu-gugat oleh kebendaan dan dunia.

    Oleh itu, sebagai jawapan kepada persoalan anda.

    1. Tuan Malaymind, adakah anda benar-benar kenal akan saya. Jika anda tidak kenal sila jangan buat “agakan” (assumption) sahaja.
    2. Tuan Mamat Kelate, sila rujuk kepada akhbar Utusan Malaysia dan juga Bernama untuk mengetahui kenapa saya mengklasifikasikan Abdullah Ahmad Badawi sebagai munafik. Anda sewajarnya boleh mentakrifkan rasional komentar saya jika anda tahu membaca. Baca juga komen Abdullah Ahmad Badawi bilamana beliau ditanya tentang ura-ura beliau akan berkahwin semula tempohari.
    3. Tuan/Puan Bloggers, penggunaan ayat anda amat tidak sesuai. Perkataan melalak cuma sesuai jika dilakukan dengan lontaran suara. Penulisan biasanya tidak akan diklasifikasikan sebagai melalak. Saya rasa anda wajar pergi menuntut ilmu penulisan dan Bahasa Melayu dahulu sebelum terus-menerus memberikan komentar disini.

  7. dasuki_tmc said,

    setiap orang ada musuh tertentu. musuh yang jelas dan terang ialah iblis dan syaitan. yang lain tu terlalu banyak, cuma kita dapat mengelak dari pertembungan dengan musuh tersebut dan menjauhkan musuh dari mengangu kita.
    comentar tersebut diatas adalah merupakan salah satu antara banyak musuh.
    begitu juga musuh manusia ialah sifat menipu seseorang kepada orang ramai seperti presiden umno/bn.
    jelas dan nyata bila orang menipu dan berbohong memang tak layak diangkat jadi pemimpin bahkan jadi saksi pun DIHARAMKAN.
    SESIAPA YANG MENYOKONG DAN MENGANGKAT PEMIMPIN YANG ADA SIFAT BOHONG DAN MENIPU MAKA HARAM HUKUMNYA, SEPERTI SURAH AL-AHZAB (33) AYAT 36, 66, 67; SURAH AL-BAQARAH (2) AYAT 159: SURAH HUD (11) AYAT 97-99.
    KEPADA AHLI UMNO TOLONG MENGERTI KENAPA AL-QURAN DITURUNKAN, DAN HENDAKLAH FAHAM PERINTAH SURUH DAN PERINTAH LARANG YANG ALLAH TETAPKAN UNTUK SEMUA MANUSIA.
    fikir untuk diri sendiri moga selamat didunia dan juga diakhirat, itupun jika mahu. kalau tak mahu jangan salahkan orang lain.

  8. Malaymind said,

    Tuan KetuaPerusuh,

    Saya tidak mengenali saudara sepertimana saudara tidak mengenali PM Dollah Badawi.

    Saudara boleh menulis dan melabel Dollah berdasarkan assumption, kenapa agaknya kalau saudara yang di assume, isu ini timbul?

    Nak menjatuhkan hukum munafik, fasiq, kafir bukan semudah A,B dan C. Ia perlu ada prinsip ilmu. SS Dr Asri sendiri ada yang mengkafirkan beliau, seorang yang mendalami hal agama secara formal puluhan tahun, usahkan PM.

    Sangka baik seperti tersalah cakap, penafian bagi mengelakkan teka teki, ataupun penafian kerana kuasa perkenan membubarkan parlimen adalah dibawah DYMM Agong perlu diambil kira.

    Isunya di sini, jangan… jangan assume untuk melabel orang munafik sebegitu mudah.

    • Kamal said,

      Malay main-main atau Malay mind. Sepatutnya ada berilmu rabbani; tak main dengan ilmu-ilmu nafsu (jenis Jin dan Syaitan) sifat munafik. Lihat dari dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, all that exist out side your body also exit within your own 4 forms of existence – awal, akhair, batin dan zahir.

  9. seducent said,

    kami rakyat sabah tidak suka BN

  10. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Tuan Malaymind,

    1. Saya memang mengenali Abdullah Ahmad Badawi.
    2. Apa yang saya tulis mengenai Abdullah Ahmad Badawi bukanlah “assumption” semata-mata.
    3. Hukum mengenai fasiq, munafiq dan kafir telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A W dan didalam Al-Quran. Ianya telah jelas dan lengkap. Tiada dolak dalik terhadap hukum biarpun siapa yang mengkajinya jika dia berpegang kepada Islam seluruhnya.
    4. Isteri Ayah Pin pun lulusan Al Azhar, namun bagaimana beliau boleh menjadi murtad? Iman dan amal boleh musnah dengan sekelip mata walaupun dengan hanya bermain dengan kata-kata.
    5. Husnul-Dzan (bersangka baik) memang adalah sikap terbaik sesama muslim, namun dalam segi hukum tidak ada kompromi walaupun sebesar zarah.
    6. Hukum dalam menentukan munafiq adalah jelas dan saya tidak membuat “assumption” sama sekali.

  11. Munafik said,

    testing

  12. Munafik said,

    Setahu saya yang melakukan antara tiga perkara termasuk berbohong itu diklasifikasikan sebagai munafik…jadi kenapa mesti berbohong, kan mudah cerita katakan no comment saja!!

  13. Malaymind said,

    Baiklah kalau begitu Tuan KetuaPerusuh,

    Saya menganggap saudara mengenali dan pernah berbincang dengan PM Abdullah berkenaan hal memerintah negara dan mengenali beliau secara peribadi. Maka isu assumption tidak timbul.

    Meskipun begitu, kaedah saudara menjatuhkan hukum munafik kepada seseorang masih lagi begitu mudah.

    Soalan saya, pernahkah saudara menipu sepanjang hidup saudara? Kiranyanya ya, izinkan saya melabel saudara sebagai munafik kerana jawapan ya itu sudah membolehkan saya melabel saudara sebagai munafik.

    Adakah saudara bersetuju sebegini mudah kaedahnya?

  14. globalmalau said,

    Kira ok jugak lah hujah dua dua nie…yang penting…tengok time masuk waktu lagi..heheh jangan lupa

  15. ZAS said,

    MOGA ALLAH MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA AAB DAN BARISAN PIMPINAN KERAJAAN MALAYSIA JUGA KEPADA DIRI KITA SENDIRI.

  16. HAAAHAAAHAHAHAA… LANTAKK LUU OWANGGG LAHH NAKKK BERGADUHH SESAMA SENDIRII…AKUU DAHH NAIKK PENINGGG TENGOKK LU ORANGG PUNYERR PERANGAII .. TAPII BAGUUSSSS WA SOKONGG LUU ORANGG SEMUAAA…. TAPIIIII JANGANN SAMPAII MENGGUGATKANN KEAMANAN NEGARA SUDAHH… KANGG TAKK PASALL PASALL LU ORANGG SEMUAA HIDUPP DIDALAMM KETAKUTANN..HIIHIHIHIHI..TAPII BAGII GUAA LAHH SOALL MENIPU NIEE KANNN SAPERR YG TAKK PERNAHH MENIPU????? ANGKATTT TANGANNN WA NAKK TENGOKKK???? MENIPUU NIEE ADERR DUA BEB… SATUU MENIPU YG TAK MENDATANGKANN MUDARAT MANA MANA PIHAK DA SATU LAGII TIPU YG BOLEEHH MEMUDARATKANN MANA MANA PIHAKK…IA JUGA BERGANTUNGG KEPADA KETOGORII PENIPUANN ITU SENDIRII.. ADERR YGG KETOGORII ETNIK ADER YG KETOGORII BALADA…POP ROCK PONN ADERR HIHIHIHIHI….PANDANGG DARII SEGI POSITIVE IANYA AKAN MENJADI POSITIVE TAPII KALAU PANDANGG DARIII SEGII NAGETTIVE IANYA AKANN MENJADIII NAGETIVE… SOOO TERPULANGG LAHH KATT LU ORANGG TUKK MENILAIKANN NYERRR…YG PPENTINGG KITA SEBAGAI HAMBA MENUNAIKANN TANGGUNG JAWABB KITA..TOLL TAKKK??? KALAU SALAHH TUU DI TEGURRR….SALINGG NASIHAT MENASIHATII DANN KASIHH MENGASIHII…KALAUU YG TAKK MAKANN SAMANN TUU KITA DOAKANLAHH DIEE MOGA MOGA DIBERII HIDAYAHH DAN PETUNJUK,,,TOLL TAKK BEBB…?????KALAU BETULL PEMIMPINN KITA SALAHH JANGANN TAKUTT BEBB KITA TEGURRLAHHH,MANA LAHH TAUUU DENGANN SEDIKIT TEGURANN TUU DIERR BOLLEHH NAMPAKK KEKILAFANN DIRI HIHIHIHI BETULL TAKK PAKKLAHHH????????

  17. jas said,

    Sepatutnya beliau boleh menjawab,tunggu dan lihatlah nanti.Jawapannya memang boleh dikatakan menipu rakyat.Kalau tak pasti,jawablah tak pasti lagi.Kalau org lain menipu,itu satu hal lain tetapi dia pemimpin.Sewajarnya menunjukkan contoh yg baik.

  18. Kamal said,

    Ketua Perusuh? Kenapa guna nama yang tak baik, nanti lahirkan perbuatan dan kelakuan yang tak baik seperti orang munafik. Orang Hindu yang sembah Jin dan Syaitan (Dewa-Dewa dan Dewi-Dewi) pakai nama-nama seperti Kali, Iswara, Siva dan lain-lain yang menjadikan mereka pandai berputar belit; kalau jumpa ular dengan keling, bunuh keling dahulu kemudian baru bunuh ular. Peliknya, Profesor dan Bekas Mufti Perlis tu sepatut pandai tetapi bodoh sampai kena tangkap oleh JAIS. Semasa jadi Mufti Perlis dulu, dia buat fatwa bodoh bahawa orang bukan islam, bila masuk islam mesti pakai nama asalnya tak boleh tukar nama lain. Pada hal, ikut undang-undang negara boleh; dari Kali Muthu atau Iswaran kepada Rahman bin Abdullah atau Abdul Rahim bin Abdullah. Guna nama Syaitan jadi macam syaitan dan lain-lain. Katanya lagi, tak payah bertahlil dan kirim fadilat Fatihah kepada arwah-arwah termasuk arwah ibubapa sendiri; sedangkan Nabi Muhamad yang tentunya sudah terjamin di akhirat masih lagi ditahlil, didoakan dan sebagainaya. Kalau begitu mana ada Salatulrahimnya. Boduh, bahlun tak gunakan otak atau itu dia yang dikatakan Orang Munafik yang sesat dan menyasatkan. Wahai saudara dan saudari ku, buatlah sebarang bentuk kebaikan tak kira kecil sekali pun, dengan niat yang setulus ikhlas semata-mata dan betul-betul kerana Allah SWT, maka sedah tentunya kamu semua bukan sahaja dilempahkan dengan rahmat malah menjadi rapat dan karib denganNYA di dunia dan akhirat. Jangan ikut macam si boduh tu.


Leave a comment