29 January, 2008

Bila Abdullah Ahmad Badawi Mula Menipu!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:17 am by Ketua Perusuh

Sebenarnya saya memang berasa malas untuk mengulas isu ini namun ramai rakan-rakan perniagaan saya yang bertanya kepada saya akan isu ini. Isunya ialah “Pernahkah Abdullah Ahmad Badawi Menipu”.

Bila saya mendengar soalan tersebut, saya tidak dapat menahan diri daripada ketawa dengan besarnya. Bukannya apa, Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Nabi dan maksum dari segala kejelekan. Kalau dah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga Pemimpin utama Barisan Nasional, tentunya tidak dapat tidak Abdullah Ahmad Badawi akan menipu. Biasanya kalau orang sebesar (pangkatnya) ini menipu, tipuan yang dilakukan biasanya akan mendapat liputan yang meluas.

Berbalik kepada isu menipu ini, semalam ternyata Abdullah Ahmad Badawi menipu kakitangan awam dan rakyat seluruhnya dengan menyatakan bahawa Malaysia berada ditangga ke 6 terbaik didunia sedangkan mengikut maklumat yang boleh dilayari dilaman web IMD, Malaysia sebenarnya berada pada tangga ke 22 mengikut turutan.

Ini menunjukkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi memang biasa menipu dalam setiap ucapan atau komentar yang beliau berikan. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak mendapat akses kepada Internet berasa bangga dengan pengumuman yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Oleh itu kalau perkara ini pun Abdullah Ahmad Badawi boleh menipu, bagaimana dengan janji-janjinya untuk berlaku adil, telus dan cekap dalam pentadbiran negara. Yang pastinya “Kalau dah dasar penipu, sampai mati pun akan tetap menipu”. Kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co, zaman sekarang agak susah sedikit kalau mencuba untuk menipu. Orang ramai mudah untuk mendapatkan maklumat melalui Internet.

Kesimpulannya adalah penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi tersebut mungkin dirancang oleh pemuka-pemuka di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pastinya mereka juga tidak menyangka bahawa rakyat akan membuat carian di Internet dan sebagainya.

Kepada Abdullah Ahmad Badawi, teruskanlah menipu untuk kesenangan dunia anda.

19 Comments »

  1. Dekat-dekat pilihanraya ni, macam-macam ‘keajaiban’ berlaku

  2. Hesmel said,

    Emak saya pernah berpesan,

    “Nak, jangan jadi macam si pengembala kambing. Dia pernah menjerit meminta tolong, mengatakan kambingnya dimakan harimau. Apabila orang pergi tengok, didapati ianya satu gurauan oleh si pengembala. Lama kelamaan, orang tak percaya si pengembala ini bila kambingnya, betul2 dibaham rimau!”

    Berbalik kepada Dol Mat ni..dia pandai berbohong sebab sekarang tiada siapa yang mampu menasihatinya, seperti mana emak saya menasihati saya tentang orang yang berbohong, seperti cerita di atas…

    HESMEL FAZNEE FAISAL

  3. enter2explore said,

    Nak muntah bila saya tengok n selidik rupa2nya berita yang di uar2kn oleh Badawi tu hampeh belaka…UWEEEEKKK!!!

    Opps..sedikit pembetulan…Malaysia berada diranking ke 23 sebenarnya!…Am i right Mr. moderator?

  4. […] by Ketua Perusuh Beberapa hari yang lalu saya ada menulis mengenai perangai pemimpin No 1 negara, Abdullah Ahmad Badawi yang suka menipu. Kini terbukti beliau melakukannya sekali lagi. Penipuan yang dilakukan secara tidak tepat memang […]

  5. Malaymind said,

    Hasil 1 + 2 = 2+1. Bezanya cuma bagaimana kita mahu melihat.

    Ranking ke 6 berbanding negara-negara yang mempunyai 23 juta penduduk dan ranking ke 23 berbanding semua negara tanpa mengira penduduk pula hanyalah perbezaan perspektif.

    Kalau kereta pun dibandingkan mengikut kelas – Sedan 4 pintu, SUV dan sebagainya, takkanlah kita tidak begitu cerdik untuk menilai.

  6. […] hari yang lalu saya ada menulis mengenai perangai pemimpin No 1 negara, Abdullah Ahmad Badawi yang suka menipu. Kini terbukti beliau melakukannya sekali lagi. Penipuan yang dilakukan secara tidak tepat memang […]

  7. dimasyqo said,

    Kalau dah biasa menipu tu mmg menipu jugak
    stakat menipu macam ni mmg keje dia.. byk lagi menipu yang besar2 dia boleh buat. Untuk malaymind@puteri UMNO, toksah ditutup la tahi babi tu.. kalo dah busuk ttp berbau jugak.. ada ke ikut kelas.. UK =60.5 juta penduduk, Jepun=127 juta,Germany 82 juta, france =64.4 juta. paklah kata kita ranking ke 6 mengatasi jepun, uk, german dan perancis.. what a shame

  8. matju said,

    kalau ketua imam ada hari pun suka menipu, tak menjadi kesalahan kalau rakyat jelata pun menipu, bravo malaysia kekalkan jagug menipu……amat menjijikan

  9. Malaymind said,

    Yea, menipu memang jijik.

    Saudara matju pernah menipu? Tak kiralah menipu sunat ke wajib?

    Jangan diri sendiri menjadi jijik seperti dikata sudahlah.

  10. seducent said,

    malaymind: adker istilah menipu sunat ajaran darimana plak ko dapat ni??

  11. Malaymind said,

    seducent,

    Memang tak ada istilah menipu sunat. Aku sengaja memberikan alasan itu kepada matju kerana sudah tentu dia takkan terjawab apabila ditanya adakah dia pernah menipu ke tidak.

    Kalaulah orang lain yang menipu, munafik jijik katanya.

    Kalau diri sendiri menipu? Abislah jijik juga kalau mengikut katanya.

    Kau pernah menipu tak seducent?

    Tak sabar rasanya aku nak melabelkan kau munafik dengan sebab ajaran KetuaPerusuh.
    Apabila menipu saja, munafiklah tu.

  12. umar aziz said,

    Udahlee Malaymind,

    Berhujahlaa dengan fakta,bukan dengan nafsu…semua orang penah menipu, taapi yang penting kena sedar perbuatan menipu dan bertobat dan nyatakn kebenaran, tapi kepada yang masih menipu dan terus menipu, munafik laa nameyer,xsedar diri….takkan kita nak percaya lagi?

  13. Malaymind said,

    Umar Aziz,

    Aku dah berhujah dengan fakta yang mana tiada sesiapa pun yang dapat melepaskan diri darinya hatta diri aku sendiri.

    Fakta itu ialah: siapa menipu, dialah munafik.

    Sekarang ko setuju ke tak dengan fakta tu?

    Ke ko nak kata, ko menipu dan telah bertaubat, maka ko wajar dimaafkan.

    Tapi, Pak Lah dituduh menipu dan walau dia bertaubat sekalipun, dia tetap munafik?

    Siapa yang ikut hawa nafsu sekarang ni?

  14. abd rahman mohamad said,

    agak2nya bila munafik ini nak di tembak mati seperti di johor? Jika ada yg bersetuju saya akan tetap tong-tongkan bayaran untuk kalian…..amin

  15. taponk said,

    ko tu dah tua la..dh la menipu..dh la tu..sekali ko tipu..rakyat tak caye kat ko lagi dh..pi gi dahhh…

  16. mesia said,

    tak sangka yek, anak orang alim, datuk nenek orang2 alim, paklah pon orang alim gak. kalau Datuk Haron Din boleh bercakap2 dengan ‘jin’, paklah boleh londeh ‘jin’ …. itu la kehebatan paklah, orang alim!

  17. laksamana3 said,

    Dia yg naik kan minykak,pas tu dia pulak yg byk memperkenalkan subsidi2,terbaru dari pak lah yg bijak sana he he berita gembira buat kaki tangan kerajaan,kerajaan akan membayar gaji 2 kali sebulan,he he tergelak aku macam dah tak da benda lain pulak,buat pengetahuan pak lah apa guna dapat 2 kali gaji sebulan kalau dapat pun buat pening kepala,kalau dapat sebulan sekali gaji maka sebulan lah kita dok pening nak tolak hutang ,bil2 dan keperluan2 rumah,ni 2 kali sebulan alamat la dapat seminggu sekali gajipun lagi pening kepala,kalau nak lagi sakit jiwa bagi gaji hari2 pulak,tengok camana dapt hari ni esok pagi dah habis,mana punya Penasihat biol la yg PAk Lah bayar gaji.He he apa lah nak jadi dgn PM kita sorang ni,potong elaun keraian 10 % pulak,gaji masih tak luak lagi,bagi rakyat yg seperti saya ni tak potong apa2 pun tetap susah,sebab minyak naik,harga keperluan pun akan ikut sama,so automatik kerajaan yg potong gaji kita…………Geliga la penasihat Pak Lah…………!!!

  18. N ( ' , ' ) said,

    tak baik tau kutuk pemimpin…kita cuma berhak merubahnya dan beri pendapat saje…kan memang kita pun tau dunia dan semakin tua dan akan mengakhiri hayatnya…sebab tu la mcm2 masalah timbul…sosama2 la kita insafkan diri dan mengubahnya!!

  19. azriwaang said,

    Pantun Melayu pernah diajar di sekolah rendah dulu,Siakap senohong gelama ikan duri,Bercakap bohong lama-lama mencuri.Sampai la ni masih teringat oleh saya semasa guru sekolah yang ajar Bahasa Melayu.Satu lagi siapo yang makan cili dio lah yang raso podeh nyo.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: