12 April, 2009

Pakatan Rakyat, Jangan Besar Kepala?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 12:48 am by Ketua Perusuh

Najib Razak telah selamat ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Khairy Jamaluddin pula telah berjaya menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO. Muhyiddin Yassin pula nampaknya telah berjaya pula meletakkan dirinya pada kedudukan “kerusi beracun” Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil dua bukit (Bukit Selambau dan Bukit Gantang). Barisan Nasional (BN) pula cuma dapat menang dikawasan yang sememangnya kubu kuat mereka iaitu di Batang Ai.

Persoalannya sekarang ini, rata-rata maklumat yang saya terima dari rakyat marhaen adalah;

1. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang terlebih lagak sehinggakan susah untuk dilihat hampir dengan rakyat.
2. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang cuma mengambil berat itu masyarakat hanya sewaktu musim pilihanraya
3. Sikap besar kepala pimpinan parti (PR dan BN) yang semakin menonjol, walaupun telah dinasihatkan beberapa kali.
4. Sikap bermuka-muka pimpinan parti (PR dan BN) yang dilihat tidak konsisten dengan perjuangan parti.

Kepimpinan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan sikap pekak dan buta terhadap masalah yang menimpa rakyat marhaen walaupun BN telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Sikap ini tidak dapat dihakis sama sekali kerana mereka (pimpinan BN) merasakan bahawa mereka adalah sama taraf atau lebih berbanding dengan Sultan atau Raja. Sebab itulah mereka terkenal membelakangkan aspirasi rakyat marhaen apabila mereka berada dipuncak kuasa. Tidak pelik sekiranya anda boleh melihat ramai pimpinan BN yang bersikap sedemikian.

Kini penyakit yang sama juga telah merebak dan menjangkiti ramai dikalangan pimpinan parti (Pakatan Rakyat) sehinggakan ianya boleh dilihat dengan ketara selepas kemenangan besar pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ketika penyakit besar kepala ini menghinggapi pimpinan Parti Keadilan Rakyat, kita semua masih tidak ambil kisah perkara ini kerana pada anggapan umumnya, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya tidak pernah dapat membuang imej UMNO/BN yang telah lama mereka sarungkan, sebelum mereka menyertai PKR. Tapi bila penyakit besar kepala ini berlaku didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka ramailah rakyat marhaen yang agak terkejut dan musykil termasuklah saya sendiri.

Saya dapati beberapa pimpinan utama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah teruk dijangkiti oleh penyakit besar kepala ini sehinggakan semua keputusan yang dibuat oleh mereka ini langsung tidak boleh dipertikaikan. Malah pimpinan ini nampaknya telah menjauhkan diri mereka daripada rakyat marhen dan amat suka dianggap sebagai orang besar (tidak berusaha untuk menunjukkan imej merendah diri).

Malah orang-orang yang dahulunya masuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) seawal 1999 telah menunjukkan taring mereka yang selama ini disimpan dengan baik. Kemasukan mereka kedalam PAS tidak dapat ditentukan dasarnya, namun setelah mendapat kuasa dan sebagainya mereka nampaknya menjadi lupa diri dan berasa besar kepala.

Jika ianya berterusan, tidak mustahil rakyat marhaen akan mengambil tindakan drastik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Kepada ahli mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat, saya nasihatkan anda supaya mencantas “dedalu” dan “kanser” ini sebelum ianya merebak dan seterusnya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. Pimpinan yang berpenyakit ini perlulah disingkirkan demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat.

Akhir kata, sekalung tahniah kepada Ir Nizar kerana berjaya di Bukit Gantang. Peringatan dari saya ialah supaya Ir Nizar tidak besar kepala. Jika anda besar kepala, pastinya saya akan menentang anda sehabis mungkin.

Ingat, Rakyat Adalah Hakim.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

37 Comments »

  1. IbnAbdHalim said,

    Kalau ada pemimpin PR yang bengkak dan besar kepala pada hemat saya adalah wajar dikemukakan kepada parti berkenaan supaya dapat diambil tindakan pemulihan atau dicantas terus kalau buktinya menonjol. Barah hendaklah dikesan dan rawat segera kalau tidak akan memudharatkan parti.

    Itulah hakikatnya sebab manusia tidak semuanya sempurna. Pokoknya berubat sebelum parah. Saya percaya memang parti tidak akan berdiam diri. Seperti yang kita ketahui ada tindakan terhadap ahli parti yang bermasalah buat masa sekarang. Cuma kisah ahli atau pemimpin yang besar kepala kurang diketengahkan. Kemukakan bukti. Itu saja.

  2. kampongboy said,

    “Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).”

    Perlu diingatkan bahawa TDM pernah berkata, “Melayu mudah lupa.” Maka apa yang nak dihairankan… Malah sebahagian daripada PKR tu datang dari BN yang kebanyakannya datang dari UMNO. Pi mai, pi mai pun tang tu gakk… Boleh dak kita teladani Jepun, diaorang berpolitik, rakyat buat kering ajerr, sebab ‘life must goes on’, BN kerr atau PR ke yang menang, kita rakyat serupa tu juga… kena membanting tulang sapai pencen…

  3. zik said,

    Harap Tuan boelh bagi nama mana pemimpin PR yg besaq kepala..kami rakyat nak bagi kecut balik kepala depa..kalu depa besaq kepala..kalu pemimpin umno kami berani teranjang..jangan ingat kalu kami takut nak sepak mana pemimpin PR yg dah pandai lupa rakyat..lagi sekali tolong monitor mana pemimpin PR yg perangai macamni dan kalu dah ada bukti tolong senaraikan nama2 depa ni…Jangan Buat Leceh dengan Rakyat!!!

  4. Abdullah said,

    Ketua Perusuh, Setuju!

    Amatlah tepat analisa saudara. Penyakit yang bahaya ini mmg sedang menular dlm PR. Selepas PRU12, mmg la jelas taring mereka sesetengah pemimpin besar kepala PR ni. Ade yang pulak, tidak ikhlas dan duri dlm daging(yg lompat macam katak). Sekali lagi masalah pemilihan saf pemimpin PR menjadi masalah. Sejarah mungkin berulang kembali bagi DSAI, kelemahan memilih panglima2 punca jatuhnya dia dan masalah “timing” selalu menjadikan dia kalah dlm permainan politik. Mulanya bagus,pangkalnya terbaik,finishingnya hampeh….mana melayu nk maju?

    sekian.

  5. adam said,

    tolong tolong tolong senaraikan nama mereka. ini adalah cara tebaik untuk “mendidik” mereka. kalau tak bagi nama, nampak macam saudara pulak yang menipu

  6. Mr. Ang said,

    Dalam bidang politik, KUASA adalah matlamat utama walaupun peminpin patut melayan rakyat. Oleh sebab itu, ada setengah peminpin sudah lupa tugas mereka yang sebenar. Mereka cuma memikirkan hak mereka dan mengabaikan hak rakyat.

    Sekiranya kita perhatikan, bukan semua peminpin dari BN adalah orang jahat dan bukan semua peminpin dari PR adalah orang baik. Jadi, kita sebagai rakyat mesti menilaikan peminpin kita atas sikap mereka dan bukan parti yang mereka berasal.

  7. tiu said,

    memang betul ! yang paling banyak bagi masaalah sekarang PKR !

  8. jutawan said,

    Saya ingin berbeza pendapat dengan anda semua dan pada masa yg sama saya amat bersetuju dengan kandungan polemik ini. Besar kepala seperti yg anda sebutkan adalah amat subjektif. Jika anda meminta yg bukan2 dari mana2 pemimpin PR yang menjawat jawatan exco di negeri2 yg diperintah oleh PR dan permintaan anda bukan dalam bidang kuasanya, semestinyalah penolakannya tidak boleh ditafsir sebagai BESAR KEPALA. Dan jika pula nasihat yg anda berikan di dapati tidak munasabah untuk dipraktikkan. Oleh itu saya harap anda lebih spesifik dengan tajuk ini supaya ia lebih realistik dengan keadaan politik PR atau setidak2nya memberikan contoh2 yg jelas siapa yg dimaksudkan besar KEPALA.

  9. kelantan said,

    Kena sebut betul-betul tu. Kalau Asmumni kena sebut Asmuni. Kalau Nasharuddin kena sebut Nasharuddin. Kena sebut secara khusus. Sebab Pas pada dasarnya baik. Pas sedang buat muhasabah sekarang sempena muktamar yang akan datang. Semoga pemimpin sedemikian tak terpilih.

  10. […] April 12, 2009 · No Comments Yassin pula nampaknya telah berjaya pula meletakkan ::: […]

  11. […] Pakatan Rakyat, Jangan Besar Kepala? Najib Razak telah selamat ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Khairy Jamaluddin pula telah berjaya […] […]

  12. shahiran shahid zahri said,

    siapa mereka dan apa yg disifatkan sebagai besar kepala itu? jika tidak diberi, pernyataan ini tidak ada maknanya..

  13. ana said,

    JADUAL PENGAJIAN BULAN APRIL

    Tarikh: 22 Rabiulakhir 1430H/18 April 2009 (Sabtu) – Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Kitab: Nashihat Agama dan Wasiat Imam – Imam ‘Abdullah al-Haddad

    Tarikh: 23 Rabiulakhir 1430H/19 April 2009 (Ahad) – Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: Ustaz Syed Najmuddin al-Khered
    Kitab: Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama – Imam ‘Abdullah al-Haddad

    Tarikh: 26 Rabiulakhir 1430H/22 April 2009 (Rabu) – Maghrib
    Lokasi: Masjid Sayyidina Abu Bakar, Bangsar
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin
    Kitab: Bid’ah – Penjelasan Rapi

    Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
    Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

    http://pondokhabib.wordpress.com

  14. orang gombak said,

    Pimpinan UMNO yang masuk PAS

    1. Roslan SMS – Bekas Ahli UMNO, disanjung oleh geng muzakarah
    2. Hasan Ali – Bekas Ketua Pengarah BTN, disanjung oleh geng muzakarah
    3. Yusof Ludin- Bendahari PAS Selangor – Bekas Polis, disanjung oleh geng muzakarah.

    Puak diorang la yang bawak budaya UMNO masuk dalam PAS sampai tak sabar-sabar nak bawak PAS rujuk kepada BN

  15. pedang_sastera said,

    Ulamak!!!

    Jangan mainkan perkataan ulamak. Tidak semua orang layak digelar ulamak. Ulamak adalah orang yang takutkan ALLAH SWT. Orang yang takutkan ALLAH SWT tidak akan menipu ahli-ahlinya sendiri dengan mengatakan bahawa muzakarah UMNO-PAS tidak ada. Sehingga keluar kenyataan rasmi. Bila Pak Lah Badawi dah dedahkan, baru kantoi, terhegeh-hegeh nak mengaku.

    Ulamak apa ni. Menipu. Ini bukan ulamak. Menipu keputusan Syura pulak tuh. Kalau ada keputusan Syura pasal muzakarah, kenapa TGNA tidak tahu? Kenapa tidak ada minit. Menipu lagi.

    Ya ALLAH, dekatilah PAS dengan ulamak dan jauhilah PAS dari golongan penipu.

  16. Hey.. Check us out for more anti-Najib pop arT styleez!
    Dig it, juz a generational view

  17. pt-91 said,

    pas dan pkr perlu membuat sesuatu sebelum rakyat benci kpd mereka pulak…

    sepatutnya dalam pr terutamanya pkr wajib menapis ahli2 yg baru hendak berjinak2 dengan parti mereka terutamanya dari kalangan bekas ahli2 umno yg kononya berkata mereka dah tak percaya lagi dengan perjuangan parti asal mereka…

    pkr sepatutnya mengambil pendekatan tarbiyah seperti yg dilakukan oleh pas

    sekiranya pr nak menang dlm pru ke-13 nanti mesti memikirkan bagaimana nak mendapat majoriti 2/3

    adalah malang bagi mereka sekiranya hanya berpuas hati dengan menang majoriti mudah saja…

    harus ambil iktibar dgn apa yg berlaku di perak 2 bulan lalu…

    krisis yg berlaku di terengganu pula tidak sepatutnya mereka melepaskan peluang..

  18. fuad said,

    “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

  19. shafifah said,

    Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
    Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

    http://pondokhabib.wordpress.com

  20. ayamitik said,

    salam
    ketua perusuh…
    baguslah felo isis ni sedar akan ape yang berlaku…terbuka juga “mata hati”

    sy tidak heran dgn pkr kerana mereka “penjenamaan” semula umon mcm mic
    tapi amat malang sekali PAS yg konon islam, mybe islam kapal selam boleh tenggelam timbul sesuaikan ikut keadaan lautan yg dilaluinyer…

    sy mohon saudara yg ade title felo ni pegilah cakap kat “ulamak PAS” supaya jgn jadi “ular dlm semak” bila mase nak patuk dia patuk, kalu tak nak dok diam sambil jelir lidah… nasihatkan seblum rakyat tolak mereka sblum PRU13, ade byk masa lagi… manusia boleh berubah jgn takbur kerana blom dapat kite boleh cakap canang mcm2 tp bila dah dpt lain jadinyer

    thanks

  21. shafifah said,

    Majlis Haul Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani di Melaka
    Assalamualaikum…

    Pengumuman & Jemputan Khas
    Buat Tuan-Tuan & Puan-Puan, Muslimin & Muslimat Yang di DiRahmati Alllah
    Ke

    Majlis Haul

    Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani Rodhiallaahu Ta’aala ‘Anhu

    Tarikh :
    3 Mei 2009 (Ahad)

    Jam :
    10 Pagi

    Tempat :
    Surau Jemaah Pdg Kemunting, Pengkalan Balak , Melaka

    Tetamu Khas :

    Syeikh Afifuddin Al-Jilani
    Keturunan ke 36 Syeikh Abd Qadir Al Jilani

    Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

    Kamarul

    012-6393481

    Terima kasih, Wasalam.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  22. sebaik baik pemimpim… atau penonton seperti kita… atau pendengar seperti kita,, jadilah orang tengah,, tidak berpihak pada mana mana parti.. tidak pada pas, umno atau pkr, atau dap… jika kita membiarkan diri kita berpegang pada 1 pihak sahaja… kita pasti tidak akan nampak keburukan pihak kita.. segala yang sepatutnya salah, kita membenarkannya.. membutakan mata, memekakkan telinga akan segala kekhilafan itu.. kita juga tidak nampak kebaikan dari pihak yang lagi 1, cuma keburukan semata, dan kebaikan yang dilaksanakan mereka kita mendustakannya

  23. jika pas salah pada sesuatu perkara, ia tetap salah.. juga jika umno salah pada sesuatu perkara.. ia tetap salah… jangan membutakan mata, memekakkan telinga memperbodohkan diri membenarkan kesilapan diri, mendustakan kebaikan orang yang tidak berpihak kepada kita.. jangan menjual agama semata2 dendam tidak terlangsai..
    kerana berbeza politik TERGADAI MARUAH AGAMA
    kerana berbeza politik TERGADAI MARUAH BANGSA
    kerana berbeza politik TERGADAI KEKUATAN KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM.. TERGADAI KEKUATAN KITA SEBAGAI SEORANG MELAYU
    kita seagama… kita juga sebangsa… jangan lupa pada asal usul..

  24. apa salahnya pas bersatu dengan umno???
    demi kekuatan bangsa kita… orang kata.. biar gadai bangsa, jangan gadai agama.. memang benar TETAPI jika kuat kekuatan bangsa pasti kuat agama dianuti bangsa tersebut.. kita lihat apa jadi pada negara2 arab… apa jadi pada palestin.. bergaduh kerana fahaman masing2.. syiah dan sunnah walhal keduanya mngucap 2 kalimah syahadah.. mngaku sebagai seorang islam tetapi berbunuhan sesama sendiri… kita respect ke mereka???
    tidak sama sekali… bayangkan jika mereka bersatu.. sebagai 1 agama sebagai 1 bangsa.. bangsa arab.. pasti palestin akan muncul semula sebagai bandar anbiya’..pasti israil takut pada kesatuan dan keteguhan bangsa mereka.. sudah pasti bangsa arab akan jadi bangsa terkuat.. menguasai ekonomi dunia dan secara langsung islam akan dihormati.. fikir dengan akal… bukan fikir dengan emosi

  25. pt-91 said,

    apakah kelayakan seorang pencuri spr zambry abd kadir utk berkhutbah depan rakyatnya untuk melakukan kebaikan sedangkan dirinya jelas seorang pencuri.

    dalam hal umno patut bersatu dgn pas dan pas patut bersatu dengan umno, ia wajar dipertikaikan….
    hakikatnya memanglah aneh, ia bolehlah diibaratkan spr seseorang telah merogol isteri orang dan kemudian si perogol tu pulak mendesak suami yg isterinya dirogol tadi supaya menceraikan isterinya….

    apakah rasionalnya si suami tadi utk menceraikan isterinya yg telah dirogol tadi dan apakah hak si perogol itu…

    umno patut menilai diri mereka sendiri sebelum boleh pas mahu menyahut seruan utk bersatu…

    tidak boleh salahkan pas kalau tak mahu bersatu dgn umno kerana mereka juga punya pengalaman yang pahit semasa peristiwa ditendang keluar dari krjn campuran tahun 70-an dulu…

    nilailah diri sendiri dulu mengapa semua ini boleh jadi kalut…
    you must go back to basic…

    apakah makna orang melayu harus bersatu sedangkan umno sendiri sepanjang sejarah sanggup menjual beribu-ribu ekar tanah utk kaum bukan melayu hanya semata-mata utk mengekalkan kuasa…

    sekiranya hendak bersatu mungkin 10-20 tahun lagi krn generasi yang ada pada umno kini memang tidak boleh diharap

    lagipun tak perlu lah nak dibimbang apa sangat krn akhirnya ke kedai cina jugalah kita semua utk membeli brg dapur atau ke bengkel utk baiki kereta rosak..

    • yafahana said,

      Gunakan pelita hati bukan ikut hati.Kalau kata politik tak kira UMNO atau PAS.Yang buat salah bukan pati.Yang buat salah manusia itu sendiri.Tuhan akan menghukum bukan kerana pati tetapi diri empunya diri.Jangan berdendam sesama Islam sedangkan tanah orang melayu sentiasa tergadai.Jangan taksub kpd politik.Orang Melayu memang tetrkenal dengan busuk hati,dendam,hasad dengki,khianat.Vision kurang hanya minta subsidi.Sudah merdeka banyak tahun pun berniaga tak reti.Balik-balik berniaga tepi jalan jika ada tanah kosong.Kalau yang bersewa tak nak berniaga.Cari free.Itu sebab pergi kedai cina untuk kebanyakan urusan.MALANG nasib MELAYU YANG SENTIASA LAYU dan tak bermaya gara-gara taksub pada politik lebih dari survival bangsa.Yang bersongkok hitam dan putih semuanya sama diletak atas kepala tanda suci.Gunakan sebagai iktibar untuk berfikir dengan lebih baik.

  26. ismi abd ariff said,

    sampai bila kita nak mengharapkan bangsa cina menguasai ekonomi negaraa???
    ini tanah melayu.. kalau semua melayu sebok nak berpolitik.. sebok nak carik salah orang.. sebok nak memaki hamun orang.. sebok nak fitnah memfitnah orang.. bila melayu nak bangun??
    ada kita tengok cina, india bertekak macam melayu bertekak???
    pape yang berkaitan dengan ketamadunan bangsa mereka.. dorang bersatu walau kau mca, walau kau dap, walau kau ppp, mic, gerakan atau pape.. pe yang dorang tau..dorang sebangsa.. pape yang berkaitan bangsa dorang, semua bersama, tapi kita??
    bangsa melayu, kita tumpang 2 kaki ngan dorang bila ketamadunan bangsa kita tergugat, hak2 kita diambil, agama kita diperlekeh, kita bangsa melayu pon nak sokong dorang menggugat bangsa kita.. sebab tu cina india makin kuat, makin berani.. sebab apa??penah kita pikir??
    sebab kita orang2 melayu pasti depan dorang walau apa jua isu dorang pertikaikan walau isu itu berkaitan bangsa kita, agama kita.. pernah kita pikir??
    apa kita dapat?? harta kita, tanah kita, kuasa kita, semua dapat kat cina kat india.. melayu dapat apa??
    cuma sokongan buta je.. dorang x payah susah2.. kita sendiri yang bagi..
    PT-91 cakap.. melayu x perlu bersatu sekarang sebab semua x boleh diharap.. kena tunggu 10-20 thun lagi baru nak bersatu.. waktu tu nanti apa melayu ada??? apa keturunan2 kita ada??? TANAH??? PEGANGAN MAJORITI EKONOMI?? KUASA POLITIK?? segala gala kita bagi kat bangsa asing kita nak dorang bersatu waktu tu.. apa yang dorang ada?? kekuatan apa yang dorang ada?? fikir fikir fikir fikir fikir.. jangan fikir lepas diri kita je.. fikir untuk keturunan kita akan datang.. orang2 dulu berikan kita kemerdekaan.. tumpah darah segala.. semata2 nak merdeka, halau penjajah dari negara kita, dorang bersusah payah untuk bagi kita generasi sekarang kesenangan hidup, dan sekarang kita nak gadaikan semua tu.. kita memang keturunan melayu yang memalukan

  27. pt-91 said,

    kita takda apa2 kekuatan
    cukuplah dnegan kekuatan iman sebagai bekalan di hari akhirat kelak…
    bekalan kpd KEHIDUPAN YANG SEBENAR….
    apalah yang boleh diharap pada harapan yang ada dlam dunia ni yang semakin hari semakin sinikal
    bila tiba masanya seperti apa yg diperkatakan cik ismi lebih baik kita cuba2 tukar slera kpd roti sekupang aje….

    KETURUNAN MELAYU YANG MEMALUKAN ?
    KENAPA MASALAH ORANG UMNO SENDIRI KITA SEMUA HARUS TERPALIT…
    UMNO TU BARISAN PARA2 NABI KE…

  28. ismi abd ariff said,

    dengan memaki orang, menyalahkan orang atas segala perkara, memutuskan hubungan saudara seagama, mengkafirkan orang, menggelarkan orang yang tidak sehaluan dengan kita… itu yang kamu maksudkan sebagai bekalan iman di akhirat????
    apa kita KOMFOM KOMFOM KOMFOM MASUK SYURGA KE??? ahli ibadah walau seribu tahun beribadah belum pasti masuk syurga, pelacur walau sejuta tahun melacurkan diri belum pasti masuk neraka.

  29. ismi abd ariff said,

    kalau kita pasti ke syurga, x perlu la kita bersusah payah bersolat, xperlu bersusah payah berpuasa.. wat pe bersusah2 nak hidup.. alam dunia xdak apa pon bagi kamu.. pergilah mati.. nak tunggu apa lagi.. g masuk kubur, kubur selamat, selamatlah akhirat kamu..
    kekuatan iman.. mulut x bejage, mata x bejage, telinga x bejage, kekuatan iman apa yang kamu maksudkan..

  30. Tajuddin said,

    Salam. Saya Tajuddin Othman, Setpol Antarabangsa kepadaTuan Haji Mohamad Sabu nak jumpa tuan minum teh tarik boleh tak? Tel 013-285 4846

  31. pt-91 said,

    emmm entahlah

    apa2 ajelah en ismi oii…..

    orang macam en ismi inikah nak cakap tentang bersatu dan berpadu

    bertenang en ismi…….

    waras waras…..

    berubu – ribu ibadah belum tentu masuk syurga ?

    bukankah kita hidup didunia ini kene sentiasa lakukan kebaikan

    kenapa kita kene cakap sesuatu yg kolot yg langsung tak berikan kita semangat

  32. pt-91 said,

    BUKANKAH AL-QURAN DITURUNKAN KEPADA UMAT MANUSIA SEBAGAI PANDUAN

  33. pt-91 said,

    sekiranya UMNO kemaruk sangat nak bersatu mengapa idea murni Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai krj perpaduan ditolak mentah-mentah oleh UMNO, adakah kerana ia idea yg bukan datang dari UMNO….

    bukankah sepatutnya satu peluang utk umno jadi hero atau satu idea buat Najib mengalihkan pandangan buruk orang ramai mengenai umno dan diri beliau kini….

    sekiranya krjn perpaduan berjaya dibentuk ia setidak-tidaknya boleh melupakan dan meredakan ketegangan antara kedua-dua belah pihak yg bertelagah dan seterusnya dapat didamaikan secara beransur-ansur seterusnya menumpukan kpd tugasan yg sebenar iaitu berkhidmat utk AGAMA BANGSA DAN NEGARA…..

    malah langkah kearah krjn perpaduan dgn tujuan utk sama-sama berganding bahu, berpadu tenaga dan seterusnya membuang kalangan pemimpin atau ahli yg korup dan tidak berguna samada dari BN dan PR sepatutnya disokong krn langkah tersebut ternyata jujur dan murni….

    sekiranya pemimpin dan ahli yg korup ini dapat dibuang ianya akan memberi peluang kpd muka2 baru di kalangan parti yg segar, jujur, amanah serta tidak berkira-kira diserap dalam kepimpinan krjn perpaduan itu kelak….

    untung bagi BN maka untunglah juga bagi PR, tanpa sebarang prejudis tanpa sebarang kompromi…

    setiap pihak tidak akan rugi, peluang bagi PR menunjukkan taring, peluang bagi BN dan UMNO khususnya utk menyucikan diri……….

    tapi sayang kedua-dua belah pihak tidak menyahut seruan Tuan Guru Abd Hadi Awang tanpa berfikir panjang dan kedepan !!

  34. ismi abd ariff said,

    benar dalam pas sekarang ada 2 puak??
    kumpulan erdogan yang menyokong anwar ibrahim, dan 1 kumpulan yang pro-ulamak..
    dan pada pemilihan akan datang ini, ada pakatan untuk menyingkirkan pemimpin yang menyokong krjn perpaduan pas-umno seperti ustz hadi awang dan timbalannya oleh kumpulan2 penentang??

  35. yafahana said,

    Reblogged this on Yafahana's Blog.


Leave a comment