24 February, 2009

Besar Kepala?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:44 am by Ketua Perusuh

Nampaknya makin hari makin ramai wakil rakyat kita (yang mengumumkan menjadi Wakil Rakyat Bebas) mengeluarkan pandangan mereka yang jauh berbeza dengan majoriti rakyat yang diwakilinya. Kalau dulu sebelum ini wakil rakyat tersebut mendapat kerusi yang didudukinya daripada beberapa parti politik yang berdaftar namun kini mereka telah tidak sehaluan dengan parti politik tersebut.

Malah ada terdapat Wakil Rakyat Bebas (menang atas tiket parti politik) yang bertindak “Lebih kuah daripada sudu”, “Gunting didalam lipatan”, “Kacang lupakan kulit” dan “Melepaskan anjing tersepit”.

Penyakit “Besar Kepala” yang dihidapi oleh Wakil Rakyat Bebas ini adalah kerana mereka merasakan kemenangan mereka dahulu didalam pilihanraya adalah atas kapasiti serta pengaruh mereka dan bukannya dari undi-undi penyokong parti politik yang memberikan mereka tiket untuk bertanding dahulu.

Jika benar Wakil Rakyat Bebas ini berpengaruh dikalangan rakyat yang diwakilinya, adalah lebih wajar (dan bermaruah) jika sekiranya mereka meletakkan jawatan mereka dan seterusnya dilakukan satu pilihanraya kecil semula ataupun diadakan satu pungutan suara bagi rakyat yang diwakilinya.

Itu pun jika beliau berani mempertaruhkan reputasi dan pengaruhnya. Persoalannya sekarang ini ialah adakah beliau mempunyai pengaruh seperti yang beliau rasakan masih ada itu ataupun ianya sekadar penyedap hatinya sendiri?

Kepada Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas), Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), Jamaluddin Radzi (ADUN Behrang) dan Hee Yit Fong (Adun Jelapang), sila buat satu pungutan suara atau letak sahaja jawatan anda supaya rakyat dikawasan anda dapat menentukan status (pengaruh) anda.

Jika anda tidak berani untuk melakukan salah satu daripada perkara yang saya sebutkan diatas, maka anda sebenarnya tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat kerana sebenarnya anda cuma adalah Wakil Diri Anda sendiri. Anda juga sewajarnya tidak layak (walau satu sen pun) untuk menerima elaun sebagai Wakil Rakyat kerana wang elaun itu datangnya daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.

Jika anda masih lagi menerima wang elaun Wakil Rakyat tersebut, maka anda sebenarnya memakan wang haram (iaitu tidak diizinkan oleh rakyat yang anda wakili). Ingin saya tegaskan sekali lagi iaitu anda tidak berhak untuk menerima apa-apa imbuhan sebagai Wakil Rakyat selagi mana anda tidak mewakili rakyat dikawasan anda.

4 Comments »

  1. cik said,

    Amboi sodap nyo cakap,,, habis yang pakatan rakyat berjanji segala jenis janji kepada pengundi sebelum ni.. apa cerita,,, banyak dah ke yang di laksanakan,,, lebih baik tidak hipokrit seperti AP Ibrahim ali dari jadi hipokrit guan eng,, ada ka tak leh nak basmi miskin tegar alasannya nak buka akaun amanah tak leh,,, susah sangat ke,,, kerajaan kelantan elok je ada akaun untuk tabung serambi mekah bagi membantu rakyat miskin.

  2. cekodokmasin said,

    Salam tuan,
    Nik Aziz menyatakan sokongan kepada Elizabeth supaya terus memegang jawatan ADUN. Alasannya PRK menghabiskan wang berjuta2. Tetapi di perak, dia suruh bubar DUN. Bukan ke belanja p/raya Perak melebihi belanja PRK Bukit Lanjang. Dah tu suruh Ibrahim Ali letak jawatan dan buat PRK. Poning kepala den. Bila kena tang orang, suruh bubar @ letak jawatan. bila kena suku kata dia si darling Elizabet, tak payah pulak. Hilang akal apa???

  3. tahihidungmasin said,

    Dah kata dah….. diaorg takut sgt pilihanraya. Ada ke kes Perak nak dibandingkan dgn org tidur terkangkang dlm rumah sendiri! Hilang akal apa???

  4. bunkface said,

    aku memang benci orang orang umno..tapi aku rasa aku lagi benci ngan orang pembangkang termasuk sedara empunya blog ni sebab orang pembangkang ni kerja satu hari bangkang dan bangkang tapi sebenarnya semuanya hanyalah sampah…sebab takda jasa pun kat orang lain….lebih baik diam tak bising memana tapi berjasa kepada orang daripada tunjuk hero sana sini last last allah bongkarkan jugak sorang sorang punye perangai camne…aku tak terkejut pasal orang orang pr ni perangai buruk macam elizabeth ke apa ke…dan aku dah leh jangka jawapan dari mereka…ini mainan BN…tak percaya kat tuhan ke korang?…kalau BN punye orang tu jahat atau banyak buat hal (memang ada segelintir tapi bukan semua)…buktikan le..sekadar tulis sana sini bukti cam taik buat apa..budus..


Leave a comment