27 May, 2008

Operasi Risikan Antarabangsa? (Episod 3)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:15 am by Ketua Perusuh

Dalam mana-mana operasi risikan, perkara yang paling diutamakan adalah;

1. Pengumpulan Maklumat (intelligence)
2. Pengagihan kawasan pemantauan (recon area)
3. Penyusupan (intrusion)

Ketiga-tiga elemen diatas memang telah lama digunakan oleh pemuka-pemuka (agen asing) terutamanya dari pihak agensi risikan dan keselamatan Singapura (dengan bantuan MOSSAD Israel) yang diketahui telah dioperasikan sejak dari tahun 1985 lagi.

Bagi ketiga-tiga elemen ini, ianya amat mudah dilakukan. Apa yang diperlukan adalah sebilangan orang @ aset (pemuda/pemudi) yang telah ditanamkan dengan semangat patriotik sesuatu negara. Mereka ini perlulah mempunyai kepakaran dan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pentadbiran, perniagaan, komputer dan kejuruteraan.

Dengan mudahnya pihak yang berkepentingan boleh menyediakan “aset” ini dan kemudiannya diarahkan untuk memasuki beberapa organisasi yang penting seperti syarikat telekomunikasi, perbankan, agensi kerajaan dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda memahami operasi risikan ini, kita boleh ambil contoh sebuah negara yang bersempadan dengan Malaysia yang telah lama membuat risikan didalam Malaysia. Negara ini adalah negara Singapura.

Pada tahun 1975, telah wujud satu arahan didalam Kerajaan Singapura untuk mengetahui segala maklumat yang penting mengenai Malaysia supaya mereka boleh bersedia “selangkah awal” berbanding Malaysia. Dengan ujudnya beberapa kepentingan yang perlu bagi Singapura, maka mereka telah menyediakan beberapa pelan untuk melakukan operasi risikan terhadap Malaysia.

Beberapa aset (mole) telah dikenalpasti oleh pihak Singapura lalu mereka menyediakan satu pelan tindakan yang cukup teratur dengan meletakkan beberapa aset utama mereka dibeberapa syarikat utama termasuklah didalam GLC di Malaysia pada awal tahun 1980’an.

Aset-aset utama ini kemudiannya telah melatih beberapa lagi aset tambahan yang kemudiannya diserapkan didalam beberapa agensi Kerajaan. Kebanyakan aset-aset tambahan ini belum lagi diaktifkan sepenuhnya melainkan cuma membuat pengumpulan maklumat dan skop pemantauan.

Walaupun pihak agensi keselamatan tempatan (Malaysian Special Branch) dan Biro Siasatan Negara (BSN) telah berusaha sedaya upaya mereka untuk mengenalpasti dan menahan aset-aset Singapura yang berada didalam pelbagai organisasi didalam Malaysia, namun ianya masih jauh lagi daripada selesai. Malah terdapat pula beberapa halangan dari beberapa pihak yang berkepentingan di Malaysia yang selalu menggagalkan usaha SB dan BSN.

Apa yang pasti, aset-aset asing ini berkemampuan untuk melakukan serangan pemula (PreEmptive Strike) dengan cara memusnahkan kemampuan dalaman negara seperti perkhidmatan utiliti (air/elektrik/telefon), perbankan serta keselamatan. Ini telah pernah dibuktikan dalam beberapa insiden peperangan yang telah berlaku seperti didalam Perang Enam Hari (Israel dan Mesir), Perang Dunia Kedua (Jepun dan British di Malaya) dan sebagainya.

Teknik yang sama juga boleh berlaku di Malaysia jika berlakukan perperangan diantara kedua negara (Singapura dan Malaysia). Setakat kajian yang telah pernah dibuat oleh pihak ketiga, kemampuan Malaysia untuk bertahan daripada serangan Singapura (jika berlakunya perperangan) hanyalah selama 3 hari sahaja. Namun ianya boleh menjadi lebih lama jika Malaysia mampu menggerakkan semua unit sedia ada untuk melakukan serangan balas secara gerila.

Adalah lebih baik sekiranya Malaysia juga telah berjaya melaksanakan ketiga-tiga elemen diatas didalam beberapa negara yang dikenalpasti mampu (sedia) untuk bertelagah dengan Malaysia. Kepentingan meletakkan aset-aset utama dan tambahan didalam mana-mana negara yang boleh mengancam Malaysia adalah paling utama dan perlu dilakukan dengan pantas dan bersepadu.

Semua agensi risikan dan keselamatan tempatan perlulah siap siaga dan melakukan apa yang patut untuk memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terjamin. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang selalu dikunjungi dan dijadikan lokasi pertemuan serta pertukaran maklumat kebanyakan agensi risikan antarabangsa terutamanya MOSSAD, AMAN, ASIO, NSA, CIA, FSB, MI6, MSS, DGSE, IB, BIN, SID, ISD, NIA, GRU dan SVR.

Oleh yang demikian satu pemantauan menyeluruh perlulah senantiasa dilakukan untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan Malaysia menjadi keutamaan. Malaysia pula menyediakan pelan tindakan dan juga menyediakan aset-aset yang boleh diserapkan dan diaturgerak dengan cepat dan tepat. Jabatan Risikan Persekutuan (FID) perlu memanfaatkan aset-aset muda yang patrioktik kepada Malaysia dengan segera.

13 Comments »

  1. Aku rakyat Selangor! said,

    errks,dasyat mmg gerun, tak tahu sama ada betul ke tidak apa yg satu ketika dulu ada berita mengatakan bahwa muncung peluru berpandu diarah kan ke negara kita kiranya berlaku sesuatu konflik yg tak dapat dielakkan,maaf cerita ini dah kedenganran lbh 20 thn yg lps,yg pasti kebanyakan rakyat johor mengetahui nya, tetapi sebagai manusia biasa bila terbaca komentar seperti diatas ia blh buat saya terfikir dan blh dikatakan seberang tambak mahu lbh dari kita,mereka juga telah berjaya dapat mengurangkan bilangan bangsa melayu begitu juga persediaan kubu2 bawah tanah,pembinaan stesen MRT lengkap dgn kubu pendek kata, mereka memikir kan masa jangka panjang. Namun negara mereka berbeza dari segi saiz dan kewangan yg blh ditadbir dgn berkesan.Seperkara lagi betapa mereka dgn policy ketat mereka tetap tidak membenarkan rakyat semenanjung mengeluarkan simpanan CPF dimana rakyat Sabah dan Serawak blh pula mengeluarkan simpanan .Dah nak berjangut dan ada yg dah kerahmahtullah menunggu pembelaan dari kerajaan sejak dari PM yg lps berbagai janji dtaburkan tapi berita itu senyap ditengah jalan.

    P/S : EPF, rakyat Sabah dan Serawak apa bila berhenti kerja di boleh kan mengeluarkan simpanan CPF,tetapi rakyat semenanjung kena tunggu sehingga berusia 55 thn.

  2. mountdaweller said,

    keraguan yang maha besar bagi saya ialah – apa pemimpin kita buat?, apa pakar risik kita buat?, apa menteri pertahanan kita buat? dan terpentingnya apa PM kita buat? jual wpi? jual maruah negara? dan apa lagi yang kita ada dan nak serahkan kat s’pore?. jangan ingat cina s’pore sama dengan cina malaysia. cina s’pore tali barut yahudi dan us. israel tahu tak membalas budi? dan itulah juga sifat cina s’pore.

    pada satu masa saya cukup bengang. satu peristiwa di puncak gunung tahan. kumpulan saya tiba di puncak sejurus lepas kumpulan singapore turun. saya dapati di puncak gunung tahan penuh memutih dengan tisu lap taik! sampah juga bertaburan yang ditinggalkan oleh pendaki singapore walhal di negara singapore sendiri nak buang puntung mancis pun tak boleh! tengoklah betapa biadapnya mereka di negara orang!

    yang saya membuat saya marah satu lagi ialah guide yang memandu dan memantau pendakian kumpulan itu. apa yang dia orang buat? sepatutnya guide melarang kalau perlu boleh report kat perhilitan di kuala tahan dan sudah pasti kumpulan singapore itu didakwa atau didenda.

  3. nusa perkasa said,

    KASIHAN RAKYAT JELATA. KOTAK MINDA ATAU PENGETAHUAN MEREKA TIDAKLAH SEBANYAK MANA. APA YANG MEREKA TAHU TENTANG INTI PATI SYARAT-SYARAT KEMERDEKAAN MALAYA OLEH UMNO DARI BRITISH 50 TAHUN DULU? BANYAK SYARATNYA MAKCIK.INI TENTULAH UNTUK MEMASTIKAN BRITISH TETAP KEKAL SEBAGAI KESINAMBUNGAN PENJAJAHAN YANG TIDAK KELIHATAN. OLEH ITU JANGAN HERAN RUMAH-RUMAH HANTU FREEMASON MASIH UJUD, SISTEM KEHAKIMAN MASIH CARA BRITISH DAN YANG PALING BERKESAN IALAH PENGUASAAN MEDIA. MALAYSIA KEKAL MENGGUNAKAN KEPAKARAN MEREKA SEBAGAI PENASIHAT PERTAHANAN, EKONOMI, MEDIA DAN BANYAK LAGI. JELASNYA , MATA RANTAI BRITISH-MALAYA TIDAK PERNAH PUTUS SELAMA LEBIH DUA ABAD HINGGA HARI INI. MAKCIK JANGAN TERGELABAH YE. RUANG UDARA KITA DIKAWAL SINGAPURA SEJAK DULU LAGI. RIBUAN TENTERA SINGAPURA MASUK-KELUAR MALAYSIA SETIAP HARI. YANG KITA LIHAT MEREKA TU SEBAGAI PELANCONG TETAPI MISI SEBENAR MEREKA KITA TIDAK TAHU. SEBALIKNYA RAKYAT KITA TAK PERNAH SEORANG PUN DIBENARKAN MENGHAMPIRI PULAU-PULAU SEKITAR BATU PUTIH DAN PULAU PISANG. KASIHAN, KITA SENTIASA KALAH DENGAN SINGAPURA . PEMIMPIN KITA SEBENARNYA TIDAK MELIHAT SINGAPURA SEBAGAI ENTITI YANG MEMBESAR DENGAN AIR MINUM YANG KITA SUAPKAN TETAPI SIAPA DI BELAKANGNYA. TENTULAH BRITISH, ISRAEL DAN AMERIKA YANG SEJAK DULU MELANTIK SINGAPURA SEBAGAI POLIS MEREKA. MAKCIK, TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA DUNIA INI DI BAWAH TELAPAK KAKI MEREKA-MEREKA BERTIGA. TERLALU BANYAK YANG KITA TIDAK TAHU HAL-HAL BERKAITAN PERSEFAHAMAN DAN IKATAN SETIA (ATAU DIPAKSA) YANG TELAH TERMETERAI ANTARA PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA SELAMA SETENGAH ABAD MEMERINTAH. KITA MENJADI TIMUN, YA TIMUN MAKCIK. APALAH HENDAK DIHARAP PEMIMPIN-PEMIMPIN TERUTAMANYA UMNO TU. LIMA HARI SAHAJA MEREKA DATANG MENDEKATI MAKCIK TETAPI SELAMA LIMA TAHUN MEREKA BERGELUMANG DENGAN SIAPA SAHAJA YANG DAPAT MEMBESARKAN PERUT, KOCEK DAN SYAHWAT. SYUKURLAH BARU KINI MASTIKA MULA MENDEDAHKAN KEDURJANAAN MEREKA (VVIP KONONNYA MEREKA-MEREKA TU). BEGITULAH SERBA SEDIKIT HURAIAN BERKAITAN PERKEMBANGAN SEMASA KINI.

    • MeloPanas said,

      Cara ko ni nmpak ko anti-kerajaan. Sbnarnya org mcm kau lah ni yg membantutkan sdikit pertahanan malaysia. Malaysia beli Scorphene dikata rasuah oleh Dap n Su-HARAM jadah tapi org mcm kau ni ikut ja ckp dek kerna benci kerajaan. SuharaM AGEN yAHUDI dan Dap agen PAP S’gpore kau ikut. Sedar diri lah hoi…. kmu berckp gaya orang awam, sya berckp gaya rahsia. Kamu tau kah Malaysia juga ada ramuan tersndiri menghadapi singapore seandainya perang. Tun M baru beli 18 sukhoi d khabarkan boleh tembak 4 F16 Singapore serentak tetapi tahukah kamu kemampuan sebenarnya Sukhoi 30MKM ni jauh lebih baik. Ini dikatakan senjata strategik hadapan. Tahukah kamu Scophene yg d kecohkan Dap coz PAP S’gapore tidak dpt rasuah DCNS beli blue print Scorphene tu yg Dap kecoh tu. Haha…jgn mimpilah S’gapore boleh kalahkan Malaysia kcuali Amerika tolong ya tetapi klu 1by 1 Singapore 43% n Malaysia win 57%- ” Malaysian Intel keep Silent, move fast n”… Ingat mcm Mas Selamat boleh lepas ye, SB Malaysia yg kesan dan tangkap…Ingat adakah S’gapore benar2 hebat?

  4. aku orang selangor said,

    tuan-tuan,

    cari dalam utube tentang agen luar negara yang terbesar sekarang ini —–

    siapa yang menaja pkr atau lebih tepatnya dsai!

    tak kuasa aku nak beritau ‘address’nya, carilah sendiri. kan kalian mahir guna laman web dan internet .. kalau boleh cari gambar ida nerina mesti lu boleh cari laman tersebut.

    selamat ……….

  5. kayukur said,

    Dunia penuh dengan simpatis dan penaja. Mungkin ada seorang penaja telah mengeluarkan dana untuk membela dsai, walaupun dia bukan muslim.Ingat lagi? Lebih 3 juta bernama MANUSIA memasuki web simpatis Anwar (dalam sehari) yang tumbuh bagai cendawan di seluruh semasa proses penghakiman paling teruk di era M’thir. Semasa itu saya berikrar kalaulah saya ada 10 billion US dollar, pasti saya keluarkan 5 billion untuk membela dsai kerana satu sebab, “saya tidak boleh menerima hakikat bahawa dsai sebagai ketua sebuah negara dihina dan diperlakukan begitu kejam” . Masih ada 5 billion dollar dan saya tidak rugi apa-apa melainkan secebis kepuasan. Ingat! simpatis dari barat adalah MANUSIA pertama terjun ke lokasi bencana di mana-mana sahaja di seluruh dunia demi kemanusiaan.Ribuan hartawan dan jutawan di sana memiliki yayasan untuk kemanusiaan, memiliki dana berbillion dollar dan siap dicairkan kemana sahaja. Jadi jangan heran kalau dsai juga termasuk dalam senarai penerima kerana mereka melihat tidak ada siapa yang sanggup membela beliau hatta ketua polis malaysia sendiri membelasah tahap membunuh ke atas dsai. Demi Allah andainya anjing pun kalau dibelasah dan dipermalukan begitu, manusia mana pun tidak menerimanya melainkan dia telah menjadi seorang syaitan. Bangkitlah dsai untuk berkuasa, kamu tegakkan dulu tiang yang satu, kekebalan undang-undang dan kehakiman. Pastinya kamu pun tidak berani mengkhianati rakyat kerana kamu orang pertama dihukum. Selepas itu kamu, wahai insan yang bernama dsai, berikan sedikit sentuhan untuk pengajaran kepada depa-depa si pelahap itu. Ya lah, seperti mereka memberi pengajaran 6 bulan memegang jerejak besi kepada pencuri telur ayam walaupun mereka sebenarnya dalam kelaparan. Sekarang depa-depa ni bebas melantak berjuta-juta ringgit duit rakyat.

  6. mie said,

    letih wes

  7. budd said,

    memang letih… minyak naik lagi

    😦

  8. musharwani said,

    naik..jgn x naik

  9. senapang patah said,

    Bismillah
    Allahummasollia’lamuhammad waa’laalimuhammad

    Dunia telah tiba ke penghujung…skrg waktunya negara umat islam di perkotak-katik oleh musuh2. Walaupun begitu kemenangan islam juga telah hampir sgt2.
    Untuk mengetahui bagaimana kemenangan islam telah sgt hampir, sila dapatkan harakah keluaran jumaat 15/08/08. Didlm nya ade kisah seorang hamba Allah mengunjungi Yaman.
    Apabila Malaysia begitu, baik amerika, israel, singaPORK tidak kita gentar insyaAllah…

    iyyakanaqbudu waiyyakanastai’n
    ihdinassirotolmustaqim

    • MeloPanas said,

      Wahai saudara kamu ingat senang kah kita bina kekuatan dgn pemikiran tidak cukup umur mcm parti yg kononya Islam Pas tu? kamu mau jadikan Malaysia ini mcm IRAN di pimpin oleh TGNA jadi mcm Imam Kohmini dan ajaran Ahli sunnah jadi Syiah? Perang senjata itu jln terakhir, klu jadi PM Malaysia tidak boleh cpt melenting mcm TGNA suka mancarut dan halalkan fatwanya mencarut itu boleh klu dia tapi org tidak boleh mencarut…suke-suke die je… Allah dah pinjamkan Selangor,Kedah dan Penang skejap supaya rakyat yg tak bersyukur sblm ini dpt pengajaran … insyaAllah akan dikembalikan negeri2 ini ketgn BN…

  10. kumaravel said,

    boleh ke saya dapat masuk dalam pasukan risikan

  11. muriadie bin kamel said,

    sebagai rakyat yg bangga dgn perjuangan dan pengorbanan parajuurit.sekarang lebih canggih sesebuah negara serangan skrg bermacam-macam,utk menghapuskan hak melayu d tanah sendiri.


Leave a comment