7 May, 2008

Akta Hasutan 1948

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:48 am by Ketua Perusuh

Kini sah Raja Petra Raja Kamarudin telah didakwa dan seterusnya ditahan di Penjara Sungai Buloh dibawah Akta Hasutan 1948. Ianya terjadi disebabkan terdapatnya satu laporan polis (yang dilakukan oleh seorang anggota polis) yang melaporkan penerbitan satu artikel membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di laman web Raja Petra Raja Kamaruddin (www.malaysia-today.net) kira-kira dua minggu lalu.

Apa yang saya musykilkan mengenai perkara ini adalah bagaimana begitu cepat pihak polis menyediakan pertuduhan serta terus memfailkan kes tersebut dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Malah terlalu mudah pula hakim membuat keputusan bagi kes ini yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan.

Kelakarnya insiden ini ialah laporan polis yang dikaitkan dengan kes ini dilakukan oleh pihak ketiga (seorang pegawai polis) yang tidak ada kena mengena langsung dengan isi kandungan artikel Raja Petra Raja Kamaruddin yang bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” yang kononnya berbaur hasutan. Malah tidak ada seorang pun penama yang disebutkan didalam artikel tersebut yang berani tampil untuk membuat laporan polis.

Apakah pegawai polis yang membuat laporan tersebut telah diarahkan oleh penama-penama yang disebutkan didalam artikel tersebut atau pegawai polis itu sendiri yang beriya-iya menunjukkan sikap terlalu “membodek”. Yang pastinya hanya Allah S.W.T dan pegawai polis itu sahaja yang tahu.

Apa yang pelik sekali adalah kenapa tidak penama-penama yang disebutkan didalam artikel tersebut membuat satu laporan polis melainkan cuma berani mengeluarkan kenyataan akhbar melalui sidang media yang dibuat khas untuknya. Adakah kerana takut jika laporan polis dibuat maka ada kemungkinan beliau akan dipanggil ke Mahkamah kelak bilamana perbicaraan dilakukan? Atau beliau takut akan berlakunya “cross examination” terhadapnya yang mungkin akan mendedahkan lebih banyak “loop hole” dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu?

Walau apa pun keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah, kini terserlah lebih banyak kepincangan dalam Jabatan Peguam Negara, Polis dan Institusi Mahkamah sehinggakan rakyat marhaen berasa amat jelek dan muak mendengarnya.

Satu persoalan yang timbul ialah kenapa bila ada laporan polis yang telah dibuat oleh pengadu (seorang wanita) bagi kes mencabul kehormatan yang telah dilakukan oleh seorang bekas menteri (Barisan Nasional) yang kini khabarnya ada dimeja Peguam Negara namun masih tidak lagi dipanggil ke Mahkamah Sesyen atau Majistret untuk dihakimi walaupun kes tersebut nampaknya lebih lama (telah berlaku) dari pada kes Raja Petra Raja Kamarudin ini. Mungkin ianya tidak perlu atau mungkin juga ianya “tiada kes”? Apa yang pasti satu kes terletak dibawah “Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan” dan satu kes lagi dibawah “Seksyen 354 Kanun Keseksaan”

Telah terang lagi bersuluh bagaimana beberapa “selective prosecution” telah dibuat dan diambil oleh pihak Peguam Negara dan Institusi Kehakiman bagi dua kes yang saya sebutkan diatas.

17 Comments »

  1. entahlah .. said,

    tuan,
    saya kira tuan arif dengan undang-undang dan prosiding mahkamah. tuan lancar kes-kes yang telah berlalu mahupun yang sedang diadili. tuan nampak kecenderongan mahkamah yang berbentuk “selective prosecution” dan tuan musykil terhadap keadlilan mahkamah.

    tuan,
    saya cadangkan tuan buatlah laporan polis. tuan dakwa mahkamah dan mereka yang dikatakan tidak betul dan pegawai polos yang “membodek” tu!

    kita tuntutan ‘kebebasan’. tuan bebas berbuat demikian! ….. selamat berjaya !!

  2. kedahan said,

    kenapa banyak kes-kes high profile diMalaysia banyak duragui?dimana majlis peguam? takan senyap sahaja?…www.politictoday.com

  3. Adnan M said,

    inilah sebenarnya yg berlaku sejak TDM memporak-perabdakan institusi kehakiman negara ini.
    Maka, itulah sebenarnya perkara yg menggentarkan bekas Pm itu jika Anwar berkuasa.
    saya yakin, itulah.

  4. anti rusuhan said,

    hmm…cepat lah anwar amik tahta naik dan betul kan balik intituisi kehakiman n polis….dah terlalu teruk dah…macam virus tak leh nak ubat dah…kena kasi buang teruss..

  5. Orang Melayu said,

    Ketua Perusuh, saya berdoa anda berketurunan Melayu….!

    Hari ini kita dikejutkan dengan dua cerita : cerita pertama mengenai Raja Petra Kamarudin (RPK) yang sanggup ke penjara dan cerita kedua tentang ke’biadab’an Karpal Singh (KS) yang mempersoalkan keputusan Raja dan Sultan.

    Di antara keduanya, yang pertama ia adalah satu kes yang lurus bendul – yang boleh dipertikai dan dihujahkan di mahkamah. Keputusannya adalah berbagai dan memakan masa…..! RPK boleh pada bila-bila masa membayar wang jaminan RM5K, beliau mampu, beliau berduit kerana beliau bukan ‘haprak’ macam kita yang membanting tulang berjam-jam dari pagi sampai petang untuk mencari makan. Tetapi RPK tidak berhasrat berbuat demikian – mungkin “for the cause for what he wrote and he believed” ataupun atas nasihat panel peguam yang mengerumuninya. Isu wang jaminan ini telah dipolitikan – sekarang dijadikan isu rakyat. Rakyat kena tanggung dan pejuang-pejuang DAP, dilaporkan, akan melancarkan kutipan dana berkenaan.

    Bagi kes kedua, ia berat sikit, kerana ia telah melanggar adap dan tata susila keMelayuan. Ramai orang Melayu merasa jengkel terhadap kebiadaban KS khususnya mengenai kuasa Sultan selaku ketua dalam urusan berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu di setiap negeri dalam negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Dan sebelum ini KS telah mempersoalkan titah DYMM Yang Di Pertuan Agong, Raja kita. Beliau tidak percaya titah itu titah Baginda!!

    Bagi saya, riak-riak pesisiran untuk tidak menghormati dan tidak akur terhadap titah, keputusan dan tindakan Raja atau Sultan sudah mula membuak untuk menjadi gelombang yang lebih besar dan mungkin akan menjadi gelora yang akan mengganas melanda kehidupan kita di Malaysia. Di parlimen, di Perak dan akan menular di Selangor. Lepas satu perkara sepi, satu isu lain diusik dan dicuit – semuanya untuk menguji sifat keMelayuan orang-orang Melayu. DAP (Dulunya Anak Pendulang, Dulunya Anak Penoreh, Dulu Asalnya Pendatang, Datuknya Adalah Pariah …. petikan jenaka rakan saya tentang pengertian istilah DAP) tidak serik dan tidak akan berdiam diri selagi perjuangan Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia belum tercapai. Garapan inilah yang ingin dicapai dan selagi belum tergarap ia akan sentiasa merperlekehkan Melayu.

    Sebagai seorang Melayu, saya merasa marah, geram dan panas hati terhadap kebiadaban ini. KS cuba menghasut orang-orang Melayu agar tidak mempercayai dan membenci institusi keSultanan yang telah berkurun wujud di negara kita. Ada sesetengah Melayu turut serta dalam gerakan ini. Mereka bersekongkol dengan KS, dengan DAP dan dengan yang kononnya memperjuangkan the human rights dan kebebasan mutlak. Saya betul-betul hairan bin ajaib.

    Wahai Melayu – ke mana hala tuju kita? Sanggupkah anda membakar atap rumah kita sendiri yang selama ini menjadi tempat perlindungan kita, perlindungan anak bini dan cucu cicit kita? Kalau ‘tanah Melayu’ ini tergadai … ke mana kita mahu lari? Kita bukan ada Indian Continent atau Tanah Besar Cina untuk bermastautin – yang kita ada hanyalah tanah sekangkang kera ini. Kita perlu hidup dan mati di sini. Sayangilah Malaysia – tanah air tercinta kita !!

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Tuan Orang Melayu,

    Saya tidak berasa hairan jika orang bukan melayu tidak menghormati Raja dan Sultan di Malaysia namun saya terlalu hairan jika orang melayu sendiri yang memulakan proses membenci dan tidak menghormati Raja dan Sultan di Malaysia.

    Saya tidak berasa hairan jika orang bukan Islam menghina dan mengeji Agama Islam namun saya amat hairan jika orang Islam sendiri yang menghina, mengeji malah memperlekehkan Agama Islam yang mereka anuti itu sendiri.

    Faham-fahamkanlah….

  7. Orang Melayu said,

    Tuan Ketua Perusuh,

    Terima kasih di atas layanan saudara. Saya bangga mempunyai kawan seperti tuan yang berbangsa Melayu.Sekurang-kurangnya mudah kita berbicara ….

    Kes yang sdr maksudkan berbeza dengan kes KS. Memang sudah kelaziman bahawa MB pra-undi akan dilantik meneruskan tugasnya sebagai MB selepas pengundian – tambah-tambah lagi apabila keputusannya undian begitu memberangsangkan. Soalnya Sultan atau penasihatnya tidak berkenan … maka berlakulah senggol senggolan di antara kuarters Putrajaya dan istana. Mungkin MB lama kedua-dua negeri agak “lalai” dengan kehendak istana! Maklaumlah dunia sekarang – dunia siber dan dunia duitan. Itu sebabnya ramai gadis-gadis Malaysia sanggup menjadi “drug mules” untuk boyfriend mereka yang berkulit putih mahupun hitam legam. Semua kerana duit – siapa tak mahu duit?

    Sdr nyatakan terang-terangan yang sdr tidak berasa hairan jika orang bukan islam – orang kafir secara mudahnya, menghina orang Islam dan agama Islam. Saya pun berasa hairan mengapa sdr tidak hairan … mungkin sdr sendiri “hairan” dengan Islam. Saya berasa janggal bila mendengar orang Islam tidak merasa janggal bila agamanya, bangsanya, sahabatnya, datuk nenek moyangnya, anak isteri dan cucu cicitnya dan saudara-saudara seIslam, dihina, dipersenda dan diperlekehkan oleh para kafirun! Mungkin kerana sdr ramai kenalan golongan kafirun … kerja sepejabat, selalu ngobrol bersama, makan bersama dan mungkin pernah tidur sebantal dengan mereka! Mungkin sdr juga sudah berfikiran global ekoran cakrawala alam siber – yang menerima teori bahawa manusia berasalkan binatang beruk.

    Sebaliknya saya rasa marah dan jengkel apabila Islam dihina, dicerca dan diherdik. Mungkin saya bertanggapan bahawa semua para kafirun adalah musuh Islam, musuh Allah dan musuh kita. Apa yang saya boleh buat? Saya bukan perusuh nak merusuh. Saya bukan mujahiddin untuk berjuang. Saya bukan cucu Kiyai Salleh untuk memenggal dengan parang saktinya. Saya cuma orang kecil, seorang Islam yang kerdil – yang takut dengan hukum-hukum Allah. Yang percaya bahawa setiap sesuatu itu ada balasannya waima yang baik mahupun yang jahat. Balasan waima di dunia mahupun di akhirat.

    Tegakkanlah bendera duniawi sdr. Kibarkanlah bendera freeworld sdr. Saya dari jauh cuma mampu memerhati sahaja …. waullahualam!

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Tuan Orang Melayu,

    Kalau orang kafir menghina atau mengeji Islam, itu sudah memang termaktub sejak azali lagi dan sampai bila-bila. Malah ianya ada diberitakan didalam Al Quran. Jadi tidak perlu kita berasa hairan.

    Tapi jika orang Islam menghina dan mengeji Islam maka jatuh munafik dan kafirlah diri mereka itu sendiri.

    Baca dan fahamkan apa yang saya tulis. Jika anda masih tidak faham apa yang saya tuliskan selama ini, saya nasihatkan anda “pergilah mengaji Al Quran” (bukan hanya membaca tanpa faham isi kandungannya).

  9. Orang Melayu said,

    Tuan Ketua Perusuh,

    Tuan telah mengaji Al-Quran dan faham akan isi kandungannya dan sepatutnya menjiwai kemurnian tatasusila hidup – baik di dunia mahupun di akhirat.

    Tetapi mengapa pulak merusuh? Kacau sana sini. Semuanya tak kena. Semuanya salah. Sdr. sahaja yang betul !!!

    Mungkin apa yang sdr. ngajikan tak sdr. amalkan !!

  10. Aku rakyat Selangor! said,

    Tertarik saya dgn komen2 diatas,namun tidak salah kiranya saya melontar kan sedikit pendapat yg pada hemat saya yg blh dilihat dgn mata sendiri,blh difikirkan apa yg akan terjadi dimasa akan dtg dengan akta2 yg ada,lbh2 lagi akta hasutan yg dibangkit kan oleh saudara kita, Ketua Perusuh.Tak mengapa bagi saya kiranya nya buruk bagaimana pun nama tetapi ia tidak semestinya mengambarkan org itu buruk dan mengunakan nama2 nabi ia mengambar kan ia baik2 belaka.Sama lah seperti mengunakan DEB dasar ekonomi ORANG MELAYU tetapi yg kaya ORANG CINA dan segelintir ORANG MELAYU yg sewaktu dgn nya.Orang Melayu memang diketahui adalah orang yg suka mengikut-ikut trend,walau pun islam tetapi membiarkan segala kemunkaran2 berlaku sejak sekian lamanya,memandang segalanya berlaku hanya sebelah mata,membawa segala benda dari luar dgn acuh tak acuh,DVD2 lucah senang dibeli dimana2,sarang maksiat berleluasa,kini barat telah menguasai ORANG MELAYU,hiburan dari segala benda tapi merosakkan maruah ORANG2 MELAYU juga,sdg kan peminpin2 terdiri dari ORANG MELAYU,habis tanah2 ORANG MELAYU dimajukan untuk ORANG CINA dan ORANG ASING,tiada pula nama2 ORANG MELAYU yg menguasai ekonomi2 yg tumbuh seperti cendawan,yg ramai, adalah ORANG MELAYU yg takat makan gaji dari peringkat bawah dan atasan,tak lupa juga yg gulung tikar kebanyakan adalah ORANG MELAYU,semalam pun di TV 3 menyiarkan bahawa ramai peniaga2 ORANG MELAYU menjual atau menyewakan gerai kepada bangsa2 asing,DBKL yg selama ini telah berpuluh tahun kebayakan pengawai2 dan org atasannya adalah ORANG MELAYU tetapi tidak dapat nak melahirkan dan mewujudkan lbh byk kawasan2 peniaga kecil ORANG MELAYU dikawasan bandar yg padat sedangkan negara ni asalnya dari nama TANAH MELAYU.Apa lah nasib ORANG MELAYU kini,tak cukup dgn itu Sultan Melayu pula dikata kan dihina,memang tak patut KS mempertikai kan Kuasa sultan,memang lah patut si ORANG MELAYU ni terasa marah kerana dah jadi seperti pantang ORANG MELAYU tak blh dihina,maka bangkitlah ORANG MELAYU yg tak nak faham betul2 apa yg dimaksudkan,bergaduh lah pula dgn sesama Melayu,yg punya nama nampak baik maka baik2 belaka lah,biarlah kita tunggu apa pula nak dikata kan oleh ORANG MELAYU,namun bagi ORANG SELANGOR ia sama juga dgn ketua perusuh seagama,senegara dan terdiri dari ORANG2 MELAYU juga tetapi tidak lah ORANG MELAYU yg tebal degan hasad dengki,salam sayang.

  11. Orang Melayu said,

    Assalamualaikum,

    Saya memohon ampun dan maaf terutamanya kepada Ketua Perusuh, Aku Rakyat Selangor dan pembaca blog ini.

    Sesungguhnya saya tiada niat untuk mempersendakan ataupun memperlekehkan kalian.

    Apa yang saya tulis adalah, berkemungkinan, akibat pandangan sempit saya yang kurang senang dengan kafirun bangsa lain. Apatah lagi mereka yang mempersoalkan bangsa Melayu – yang menghina Melayu ! Mungkin juga naluri Melayu saya agak tebal dalam diri dan benak saya seadanya.

    Saya doakan kalian memaafkan saya. Astagfirullah ! Amin !

  12. Kamal Ibrahim said,

    Salam semua….
    Apa nak dikecoh2kan melayu ke tidak ke….. pegang aje pada yang satu spt kata Nik Aziz – Pegang ISLAM semua perkara selesai…. tidak kira melayu ke, cina ke …..apa2 lah

  13. Aku rakyat Selangor! said,

    Salam buat org melayu,

    sebagai seorang yg berpositif dalam segala hal dan byk membuat andaian sebelum ada tuduhan yg tidak berasas,seperti fitnah atau menyatakan pekara yg kita tidak pasti namun terima kasih byk2 diatas balasan saudara namun jauh dihati saya untuk menghina atau menyangkal dawaan yg telah saudara komen kan! Tak dinafikan mmg KS sejak dari dulu lagi telah byk menaik kan kemarahan org melayu namun itu secara tidak kita sedar bahwa pemimpin kita adalah double standard, kita lihat saja apa yg berlaku di Trengganu dan Perlis.Bkn saja KS yg tidak menghormati kuasa Sultan cuma media yg tidak memperbesarkan dan tidak ramai pertubuhan2 mengkritik walau pun ia lbh jelas dgn sepanduk yg menyamakan sultan dgn binatang.Ingatkah saudara TV3 menyiarkan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang dimana secara terangan mereka dgn penuh perasaan mengungkit DEB selepas BN hilang kuasa di PP,siapa kah mereka ini dan itu juga blh dikatakan menghasut,tapi kerana dia org melayu,melayu yg ada kepentingan dan ia dilindungi dari membesarkan kesalahan yg mereka lakukan.Jadi mereka lah org2 melayu jenis ini lah sejak dari dulu lagi yg secara langsung membuat kan bangsa lain tidak menghormati org melayu sendiri,agama dan Sultan kita.Mereka2 ini dari jenis yg tidak tegas,mata duitan,kebendaan,salah guna kuasa dan dikelilingi oleh org2 bkn melayu yg kaya sekadar memandang bangsa yg sama dgn sebelah mata saja.Maka tidak hairan lah sijil2 halal,tanah2 yg diubah suai status,menyimpan stok barangan,pemberi rasuah kepada agensi kerajaan,menjual ayam yg sembelih nya di ragui,memberi perlindungan kepada pendatang asing yg tidak sah dan berbagai-bagai lagi yg dibiarkan sejak sekian lama.Jadi apa yg dimaksudkan oleh komen2 diatas kalau difahami adalah sama maksud dgn kata ‘org islam menghina,mengkeji dan memfitnah sesama islam’ tetapi dalam masa yg sama mmbiarkan dan menutup sebelah mata apa yg menjadikan Islam dihina dan dipermainkan oleh bangsa lain dgn penguatkuasaan yg ada kepentingan.Maka apa pun jenis akta yg dirangka tetapi tidak di gunakan mengikut secara adil dan tegas maka dgn itu ia tidak dapat membuatkan sesorang itu hormat apa lagi takut dgn akta2 yg ada.Bila kita lihat berita TV 3 semalam ia semakin parah, tapi KS tetap tenang dgn hujjahnya,kita lihat dan tunggu saja seterusnya,dgn ini saya memohon maaf kepada seiapa saja yg membaca komen saya ini kiranya ia tidak bersependapat dan menyinggong mana2 pihak! Salam sejahtera.

  14. dua sayap pedoman said,

    saya meluat dengan orang yang hanya pandai bercakap..mengkritik sana sini,…buat pelbagai teori…semua sembang kedai kopi…hakikat masih lagi di takuk lama…manusia dah memang fitrah…buat la macamana pun..takkan puas hati punya…ada je benda nak dikritik…freedom to talk konon….itu ajaran sapa ?…kalau betul duduk bawah undang undang islam…aku rasa orang yang selalu mengkritik ni yang paling panas punggung…..memang la islam tu tiada paksaan…tiada paksaan bagi org yang tak faham…tapi hakikat …dah faham bebetul islam….aku rasa ramai yang sanggup jadi munafik…sebab sebenarnya berat tanggungjawb jadi orang islam…..nak perjuang islam bebetul meh ramai ramai donate semua harta yang ada…kita tengok berapa ramai yang sanggup…..lepas dah habis harta kita beri untuk perjuangan islam…diri sendiri plak jihad…kita tengok..berapa ramai yang tumpas kat tengah tengah..apa ada dengan bising sana bising sini…ada 100 orang…masing masing ada pendapat masing masing…semua nak menang…tu lah..freedom to talk…demokrasi…haprak punya sistem…nak perjuangkan islam tapi pakai demokrasi…memang haprak abis…pasal tu orang islam skang ni kena pijak sana sini…

  15. mampulah mahathir said,

    pergi mampus lah mahathir….

  16. anu juboh said,

    biarlah melayu dengan labu-labunya. biarkan. biarkan
    hipokrit mo mampus. harap ketuanan dan hak bumiputera mi segera.
    padanlah melayu mudah lupa. fikirkan fikirkan…
    jangan pukul saya. sayapun bumiputera juga makan gaji
    tau mencarut pakai blog jer. takutlah nak keluar nanti kena tangkap
    tak pun kena pukul curi. kalo ramai ramai beranilah tunjuk gangster.
    kalo sorang sorang pakai blog jer la. kan senang duk rumah ja
    tak payah susah susah. oops tambah dosa ler.

  17. amin hazmi said,

    politik membawa anda kemana seharusnya??? SYURGA @ NERAKA ???
    sendiri mau ingat la…..


Leave a comment