15 February, 2008

Khairy Jamaluddin Sebagai Menteri Pelajaran?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:41 am by Ketua Perusuh

Saya sebenarnya tidak mahu mengulas akan perkara ini namun hasil desakan rakan-rakan terpaksa juga saya mengulas akan kemungkinan Khairy Jamaluddin dinaikkan menjadi Menteri Pelajaran jika Barisan Nasional menang besar pada Pilihanraya Umum ke-12 kali ini.

Mengikut perkhabarannya Khairy Jamaluddin dijangka akan bertanding di DUN Rembau namun namanya juga dikhabarkan akan dicalonkan pada pemilihan kerusi Parlimen di Putrajaya. Jika di DUN Rembau Khairy akan berhadapan dengan saingan sengit dari Barisan Alternatif (Pembangkang) namun di Parlimen Putrajaya Khairy Jamaluddin dijangka akan mendapat laluan mudah.

Ini sekaligus akan memberikan laluan kepada Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran menggantikan Hishamuddin Tun Hussein bilamana Hishamuddin dijangka diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Desas-desus peringkat tertinggi telah memberikan petunjuk bahawa Abdul Ghani Othman dikehendaki bertanding di kerusi Parlimen pastinya akan terjawab tidak lama lagi.

Jika Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran maka ianya akan memberikan beliau langkah setapak untuk memegang tampuk Ketua Pemuda UMNO dengan mudah. Ini juga sebenarnya adalah satu daripada laluan yang perlu Khairy Jamaluddin lalui untuk menyediakan dirinya menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi. Itupun kalau rakyat Malaysia mengizinkannya dengan mengundi beliau.

Apa yang pastinya, urusan Kementerian Pelajaran dan sebagainya akan menjadi caca-marba atau kacau bilau sekiranya Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Khairy Jamaluddin pastilah akan memperkudakan Kementerian Pelajaran dalam semua aspek dan seteruskan akan memperketatkan AUKU untuk mengekang semua ancaman kepada dirinya dimasa akan datang.

Kita semua boleh tunggu dan lihat atau ambil tindakan menyekat daripada ianya berlaku. Pilihan semua adalah ditangan kita semua. Undilah dengan bijaksana. Anda penentu masa depan negara dan bangsa Malaysia.

14 Comments »

  1. beras padu said,

    menyeramkan…

  2. Hesmel said,

    Harap2 ini adalah mimpi ngeri yang akan berakhir secepat mungkin

  3. syakas22 said,

    hancur jadinya…..

  4. gurkha malaya said,

    menteri x boleh memegang sebarang jawatan dlm badan sukan..huhu

  5. asrul said,

    hancur laaaa kementerian pelajaran….

  6. harimau selatan said,

    kementerian pelajaran akan jadi kementerian apa tau! KEMENTERIAN BAPAK DIA LAH!!

  7. globalmalau said,

    jangan harap nak jadi menteri…orang tak mau…nampak enjoy dlm paper ajer ..yang sebenarnya tak bolehhhhpiiiii

  8. mentel said,

    KURAN CERDIK PUNYA KETUA PERUSUH.. sebenarnya khairy bukan Menteri Pelajaran, tapi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan II merangkap Menteri Belia dan Sukan.. huhuhuhuhu u bet?

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Banyak pihak telah menyuarakan pandangan mereka tentang artikel ini dan nampaknya banyak juga pihak yang tidak mengetahui bagaimana bakal pemimpin itu boleh diletakkan disesuatu peringkat.

    Namun untuk pengetahuan semua, sebelum seseorang itu menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau mestilah pernah sekurang-kurangnya menduduki 2 daripada 3 jawatan ini sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun pada masa yang terlalu singkat (6 bulan misalnya),

    1. Menteri Pendidikan/Pelajaran
    2. Menteri Pertahanan
    3. Menteri Kewangan

  10. MataHatiJohor said,

    Siapa yang kata ada sekurang-kurangnya tu…. jgn ikut perasaan….. Politik ni apa pun boleh terjadi…. Ikut suka PM lah nak lantik siapa jadi TPM @ menteri…

  11. atriza said,

    moga segera berakhirnya penindasan ini..kejamnya mereka keana mereka bekuasa alam senyap mahupun jaga. tapi, hebat mana pun penipuan dan peninasan mereka, ISLAM pasti unggul dan padu sebelum menjelang Hari Akhirat nanti. searlah kalian yang lena.. Barang Naik.. Berapa Naik?.. Bila Naik?.. Banyak Naik! … inilah mereka yang menindas kita. hapuskan mereka. setelah usaha, kuatkan dengan doa.

    takbirrr

    ALLAHU AKBAR!!

  12. Mujahidah NS said,

    JIHAD Fi SABILILLAH. KITA gmpur, jangan takut jangan gentar!!

    Takbirrrrrrrrrrr!!

  13. HAHAHAHAHA…APERLAHH LU ORANGGG NIEE…BARANGG NAIKK TUU STANDERD ARRR BEBB>>>GUA TANYAA NGANN LUU ORANGG SEMUAA NAKK TAKK GAJII NAIKK????TEMBERANGG LAHH KALA TAKK MAUU GAJII NAIKKK BETULL TAKK???ITUULAHH CARA TUKK MENINGKATKANN EKONOMI SETARAFF GLOBALISASI BEB…UTK LU ORANGGT SEMUAA MENIKMATI.. KEMUDAHAN DAN KEMAJUANN YG DICAPAII BERSAMA…TAPII TAKK DINAFIKANN ADERR NYERR BERLAKUU PENYELEWENGAN.. ITUU STANDERDD ARRRR BEBBB… TAKK LU ORANGG LAHHH.. KALAUU GUA PONN BAGII WA JADII MENTERII FUHHHHHH… HAGAKKNYERRR MAKANN MEMANGG TAKK HABISSLAHHH DUIT RAKYATT HIHIHIHIHI…COBA LU ORANGG BAYANGGKANN BILA LU ORANGG KAT TEMPATT DIA ORANG????WA HAGAKK LAHH KANN DUA KALII LIMA JERRR BEBBB..APERR LAHH NAKK DIHERANKANN SANGATT….TAPII KALAU NAKK DIIKUTKAN YG HAK ITU HAKK YG BATIL ITU BATIL… TAPII BENDA NIEE SEMUAA MANA ADERR ORANGG NAKK AMBIKK PEDULI LAGII BEB.. SEMUA MAINN LARONGGG JERR SEMACAMM.. DAHH TAKK INGATT LAGII DAHH HUKUM TUHANN…ALANGGKANN HUKUM TUHANN DIA OWANG BOLEHH DIMANUPULASIKANNN INIKANN PULAKK HUKUM DUNIA CIPTAANN MANUSIAAA.. LAGII LAH SENANGGG DIE OWANGG NAKKK GUBALL BILA BILA MASA MENGIKUT KESESUAIAN SEMASA..HEHEHEHEH.. JADII LU ORANGG PIKIR PIKIRKANN LAHH SENDIRIII…WA NASIHAT ATAS DIRI WA SENDIRI SEBAGAI HAMBA ALLAHH YG PALINGG HINA DIMUKA BUMII INI..RENUNG RENUNGKAN LAHH

  14. AkuTakSukaBN said,

    siapa dia khairy??


Leave a comment