19 November, 2007

Empangan Bakun?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:04 am by Ketua Perusuh

Adakah anda masih ingat akan kisah Empangan Bakun? Jika ada yang telah terlupa, saya ingin memberikan anda peluang untuk mengimbau kisah tersebut. Empangan Bakun adalah sebuah empangan berskala besar yang bertujuan untuk menjanakan tenaga elektrik menggunakan teknologi elektrik hidro.

Pada tahun 70’an, telah terdapat sebuah empangan bersaiz besar iaitu Empangan Temenggor di Perak yang dibina dimana bermanfaat menjanakan sehingga 384 MW tenaga elektrik. Empangan Temenggor dibina dengan cara mengepung air sungai yang menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air sehingga membentuk Tasik Temenggor (Tasik Banding). Teknik yang digunakan ini amatlah tidak mesra alam dimana kemusnahan hutan secara kekal telah berlaku.

Kemudian pada awal tahun 1990 pula Tenaga Nasional Berhad membina satu lagi empangan yang tidak mengganggu alam sekitar dimana aliran air sungai disekat dan dipindahkan kedalam satu sistem terowong bawah tanah yang canggih (stesen penjana hidro terletak di dalam tanah) yang dikenali sebagai Empangan Sg Piah di Sungai Siput Perak. Empangan ini bina dengan oleh Ret Ser Engineering Agency (Ret Ser) serta Kerjaya Balfour Beatty Cementation (KBBC) International dengan kawalselia sebuah syarikat dari Kanada (Shawinigan-Lavalin). Empangan ini berjaya menjanakan tenaga elektrik sehingga 54 MW pada Sg Piah Lower Power Station dan 14.6 MW pada Sg Piah Upper Power Station.

Projek Empangan Sg Piah sememangnya berjaya dan menjadi satu model kepada sebuah lagi empangan iaitu Empangan Pergau di Kuala Yong, Kelantan. Namun pembinaan Empangan Pergau tercalar dengan satu insiden peringkat antarabangsa yang mana melibatkan Kerajaan Britain dan Malaysia. Empangan Pergau yang menjanakan kuasa sehingga 600 MW telah menjadi satu insiden yang memalukan kerajaan Margaret Thatcher kerana nilai bantuan sebanyak 234 Juta Pound untuk projek tersebut adalah datangnya dari perbuatan “tumbuk rusuk” (rasuah) dalam pembelian jet pejuang Hawk yang bernilai 1.3 Bilion Pound pada bulan March 1988. Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain telah menetapkan bahawa tindakan menyalurkan 234 Juta Pound tersebut (oleh Setiausaha Luar Britain Douglas Hurd) adalah salah dari segi undang-undang British.

Teknik pembinaan yang sama juga digunakan sebahagiannya untuk membina sebuah lagi empangan di Sarawak iaitu Empangan Bakun. Rekabentuk empangan tersebut menggabungkan kedua-dua konsep empangan iaitu Empangan Temenggor dan Empangan Pergau. Namun kos yang dicadangkan untuk membinanya amatlah tidak rasional kerana bernilai lebih dari 7 Bilion Dolar yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan ianya akan menjadi empangan yang paling besar di Asia Tenggara (2400 MW janaan elektrik). Konsesi pembinaannya diberikan secara terus kepada Konsortium Ekran Berhad yang juga dianggotai oleh Kerajaan Sawarak, TNB, SESCO, MMC dan beberapa syarikat lain. Ekran Berhad pula kemudiannya dengan keizinan Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat Asea dari Sweden dan Brown Boveri dari Switzerland (yang akhirnya membentuk syarikat ABB) untuk menyelia dan menjalankan kerja kejuruteraan dan agihan tenaga pada bulan Jun 1996.

Pihak ABB pula telah meminta sebuah syarikat iaitu Companhia Brasileira de Projetos e Obras (CBPO) dari Brazil untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam, malah projek ini dijalankan dengan seliaan perundingan dari syarikat Lahmeyer dari Jerman dan Harza dari Amerika Syarikat.

Atas bantahan beberapa pihak termasuklah aktivis alam sekitar dan kegawatan ekonomi 1997, projek Empangan Bakun ini terhenti sehingga menyebabkan pihak ABB telah membuat “write off” sebanyak 100 Juta Dolar atas suku ketiga akaun mereka. Pada Disember 1997, Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu) telah mengeluarkan arahan supaya pemberhentian semua projek mega demi untuk menyelamatkan aliran tunai dan kewangan negara.

Pada penghujung 1999 projek Empangan Bakun ini dimulakan semula dengan segala beban diletakkan dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Malah beberapa siri pembayaran pampasan telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada Bakun Hydroelectric Corp (diketuai oleh Ekran Berhad) sebanyak lebih dari 250 Juta Dolar. Namun kemudiannya projek tersebut terhenti sekali lagi sehingga diambil alih oleh Kumpulan Sime Darby Berhad dengan kerjasama dari Malaysian China Hydro Consortium pada Ogos 2003. Malah sebuah konsortium lain iaitu Gulf International Investment Group (GIIG Capital) juga telah meletakkan deposit sebanyak 500 Juta Dolar untuk mengambil 60 % kepentingan dalam empangan ini.

Kini Empangan Bakun diserahkan pula kepada Synergy Drive Berhad (November 2007) sebagai usaha (kononnya) untuk mengerakkan projek berskala mega yang beberapa kali terbengkalai ini. Projek ini sejak dari awal lagi tidak pernah menepati keperluan alam sekitar (EIA) dan membahayakan kepentingan kaum Penan di Sarawak.

Dari apa yang dapat kita lihat, kemungkinan Synergy Drive Berhad akan membuat beberapa siri pembayaran pampasan lagi kepada beberapa pihak yang seterusnya menunjukkan bahawa tindakan ini tidak lebih dari satu usaha untuk mengaburi mata rakyat akan satu proses “bail-out” sekali lagi. Malah kini dengan dana yang amat besar adalah dikhuatiri Synergy Drive Berhad akan menjadi seperti Khazanah Nasional atau Danaharta yang memungkinkan akan menyebabkan rakyat (secara umumnya) akan menjadi rugi sekali lagi.

Yang pastinya pihak yang akan untung dalam insiden Empangan Bakun ini tidak lain dan tidak bukan ialah Ekran Berhad dan beberapa kroni yang berkaitan. Nilai pampasan yang telah mereka terima selama ini sebenarnya tidak wajar diberikan kepada mereka jika dibandingkan dengan kerja yang telah mereka lakukan.

Jika salah percaturan Synergy Drive Berhad akan pastinya terjual kepada pihak lain seperti yang pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini. Temasek Group memang menunggu peluang dengan meletakkan beberapa orang kepercayaan mereka didalam beberapa industri tempatan dan bersedia untuk memindah-milikkan aset dan kepentingan Synergy Drive Berhad pada bila-bila masa. Malah proksi Temasek Group kini dikenalpasti telah berada didalam Synergy Drive Berhad.

8 Comments »

  1. satu lagi projek Barisan Nasional

  2. BakunVictim said,

    pemmbetulan sikit ye…
    “Projek ini sejak dari awal lagi tidak pernah menepati keperluan alam sekitar (EIA) dan membahayakan kepentingan kaum Penan di Sarawak.”..bukan setakat kaum Penan sahaja..malah kaum kayan, kenyah, lahanan, dan buket ..dan juga memberi kesan kepada kaum-kaum yang berada di hilir empangan juga terjejas.. seperti kaum kejaman, sekapan, melayu, cina, punan, kenyah, kayan… kehidupan di penempatn semula pun…. indah khabar dari rupa. teruskan usaha memaparkan kepincangan empangan bakun..baru-baru ini, sebuah lagi empangan yang akan dibina di sungai murum, dibina di kawasan kaum penan.. modus operandinya, mungkin seperti dilakukan sebelum ini…adios

  3. ulala said,

    No sacrifice No victory..

  4. J.E. said,

    I’m not sure but i heard it from one of my acquaintance that was a student in a university where they were involved with researches related to the Bakun project.

    It was stated by this person that there was 4 persons who were stationed to work at this dam and fell sick due to an unknown disease (a type of bacteria or parasite; it hasn’t been found out yet, according to my source)

    it was also said that 6.1 million ringgit was spent to seal the mouths of the families whose relatives died due to the case above.

    the first worker who came down with this sickness was said to have high fever – it is believed that they didn’t have a proper source of water for both drinking and cooking – and the temperature kept rising. After, his body started to swell and eventually turned black and blue. He was then rushed to Kuching GH at the time. The doctors were baffled as they tried shots after shots of antibiotics. And that 50 minutes after every shot of antibiotics, his nails and gums started to bleed. when the doctors wanted to take a bit of his nail and gum for sample, his whole nail and gum came off. Then the doctors and nurses witnessed that there were white meggot-like worms in his gum. (according to source) At the time – when there was no existence of CT Scans in GH yet – the patient was sent for X-ray and was found out that there were white spots in his heart, liver, kidney, brain and his heels. The sample of worms was taken from his heels and sent to the university for tests, to find out what it was. Then sent to Singapore, New Zealand, Australia, and UK. The results were unknown.

    I don’t know if my source was accurate. Anyone else who knows about it?

    it was also said that activists did warn the government that the location where Empangan Bakun was built had not been discovered and therefore there were many insect species, flora and fauna unknown to humanity. It was a danger to let anyone to be exposed to the environment there as they would be helpless if attacked by any diseases that is unknown and without vaccines, it would be lethal.. yet the government went ahead with the project. Just trying to voice out what i know.

  5. lakin said,

    “EMPANGAN BAKUN”……………..siapa tidak kenal bermakna dia bukan rakyat Malaysia…sungguh gah nama tersebut apatah lagi ianya merupakan empangan sejenisnya yang tertinggi di dunia. Di Asia Tenggara pula Empangan Bakun lah raja segala raja empangan. faedah daripada pembinaan empangan ini memang tidak boleh dinafikan, bak kata orang yang mengeluarkan idea pembinaan empangan ini (Mat Saleh),” jika sebuah empangan dibina di sungai ini (sungai Balui) ianya mampu mewujudkan sebuah bandar dalam hutan di kawasan ini”. Sudah pasti apabila empangan ini siap sepenuhnya, tenaga elektrik akan melimpah luah sehingga boleh disalurkan keluar dari bumi Kenyalang. Orang yang sangat gembira pastinya tauke-tauke kilang, ahli politik dan ahli perniagaan yang telah melabur dalam pelbagai sektor di Sarawak. Mana tidaknya… “maaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssssssuuuuuuuuuukkkkkkkkk…” kayalah diorang..

    lakin bukanlah penentang kerajaan atau menentang projek atas nama pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat. Usaha Perdana Menteri untuk memastikan 1 Malaysia tercapai amatlah saya sanjungi…tanah air ku tetap ku sayangi. mana-mana kelompok atau bangsa yang tiada perasaan sayang kepada negara ini..sila…sila…kecil tapak tangan, satu Malaysia saya tadahkan…sila keluar dari negara ini….carilah mana-mana negara lain di atas muka bumi ini untuk hidup…pergi mampus la…

    berbalik kepada cerita Empangan Bakun, ramai tidak mengetahui cerita sebenar disebalik projek pembangunan ini. saya adalah antara kelompok yang menjadi mangsa projek ini. Di awal perancangan pembinaan projek Empangan Bakun, pelbagai kata-kata dan janji-janji manis diwar-warkan, pampasan tanah dan harta benda yang banyak, rumah free, tanah 10 ekar setiap keluarga dan pelbagai kemudahan lain. Namun apa yang terjadi sekarang ialah sebaliknya, penduduk 15 buah Rumah Panjang yang terlibat diminta membayar harga rumah sebanyak RM52,+++(tidak setimpal dengan nilai rumah yang dibuat menggunakan kayu berkualiti rendah, tangga dan dindingnya reput dalam masa 2 tahun sahaja) setiap keluarga hanya diberikan 3 ekar tanah berbanding 10 ekar yang dijanjikan, wang pampasan tidak dibayar secukupnya dan berlaku kesilapan besar dalam proses pembayaran pampasan tanah kebun di mana orang lain yang punya tanah, orang lain yang dibayar pampasan kerana nama orang tersebut tercatit pada surat pembayaran tanah berkenaan, lantas keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat dan kesannya mereka tidak mahu berpindah ke penempatan baru di Sungai Asap. Belum pun masalah tersebut selesai timbul pula masalah lain iaitu masalah dalaman yang melibatkan penyelewengan wang pampasan oleh orang-orang tertentu dalam sesebuah Rumah Panjang. Sebagai contoh ialah Rumah Nyaving, lebih daripada 60% duit pampasan Rumah Panjang berkenaan telah digunakan dan disalahgunakan oleh orang-orang tertentu yang mempunyai akses secara terus berhubung wang pampasan tersebut. Terdapat juga pertelagahan berhubung wang pampasan di rumah panjang rumah apanjang lain seperti Rumah Kelap, Rumah Bawang dan lain-lain lagi. Natijahnya….., siapa yang harus dipersalahkan? penduduk yang terlibat? pemimpin-pemimpin masyarakat? ahli politik? jabatan kerajaan yang terlibat? atau kerajaan negeri dan kerajaan pusat?

    Seperti yang telah saya katakan awal-awal lagi, saya bukan penentang kerajaan, saya adalah orang yang sangat menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan negara ini, malah saya rela mengorbankan jiwa raga saya untuk negara malaysia yang tercinta ini. Tetapi seandainya anda yang di luar sana terlibat atau menjadi mangsa dalam kerakusan projek ini, saya pasti anda sependapat dengan saya.

  6. lakin said,

    sambungan……

    sanggupkah anda melihat anak bangsa anda menderita, sensara?
    sanggupkah anda melihat anak-anak anda tidak dapat dihatar ke sekolah menengah kerana tiada duit belanja?
    sanggupkah anda ditindas oleh orang-orang tertentu yang berpengaruh? sanggupkah anda melihat duit hasil titik peluh nenek moyang anda dimakan oleh orang lain? atau individu-individu tertentu?
    sanggupkah anda melihat anak bangsa anda rosak ahklak?

    di sini saya mewakili penduduk yang terlibat meminta jasa baik pihak kerajaan agar mewujudkan satu pasukan penyiasat untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku dalam projek ini. tolonglah…kasihanilah orang-orang kampung yang terlibat, mereka merupakan penyokong kuat Barisan Nasional. berilah keadilan kepada mereka…ambil tindakan terhadap mereka-mereka yang menyeleweng duit pampasan penduduk yang terlibat..tolong lah tolong………..

    dalam menyelesaikan isu ini, saya mencadangkan kerajaan turun padang dan siasat sampai lubang cacing mereka-mereka yang korapsi. belalah masa depan mereka.., jika dibandingkan dengan pampasan yang diberikan oleh kerajaan kepada orang asli yang dipindahkan semasa pembinaan KLIA, jumlah pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek Empangan Bakun amatlah jauh bezanya. Rata-rata keluarga yang terlibat hanya menerima pampasan antara RM100,000 ke RM150,000 sahaja berbanding KLIA iaitu sekitar RM1.2 juta sekeluarga. Bolehkah anda bayangkan, keluarga yang tidak mempunyai pendidikan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional diberi dengan duit sebanyak itu sahaja, bolehkah mereka hidup??? rata-rata keluarga yang terlibat kehabisan wang pampasan dalam masa 3 tahun sahaja kerana mereka perlu membeli perbagai kemudahan dan keperluan. Di penempatan baru pula mereka perlu membayar bil-bil seperti elektrik dan air yang sebelum ini tidak pernah mereka lakukan..bagi saya ini satu kejutan budaya, seharusnya satu kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum projek empangan ini dilaksanakan dulu. Dengan metaliti dan pengetahuan yang terhad, penduduk yang terlibat tidak tahu menggunakan duit pampasan mereka apatah lagi jumlahnya amatlah tidak memuaskan. Jika satu keluarga diberi RM500,000 ke atas, saya pasti mereka boleh memulakan satu hidup baru di penempatan semula Sungai Asap. Kalau masyarakat maju yang diberi duit sejumlah itu bolehlah, sebab mereka tahu bagaimana untuk membuat perancangan dan pelaburan untuk masa depan.

    akhir kata……..
    saya sekali lagi meminta jasa baik pihak kerajaan untuk menyiasat perkara ini. kasihanilah kami, berilah kami peluang untuk mengecapi pembangunan, tangkap dan ambil tindakan ke atas orong-orang tertentu yang telah menyeleweng diut pampasan Rumah Panjang mereka, berilah ceramah atau bengkel kemahiran kepada kami,,,……kerana kami menyokong usaha pembanguna kerajaan…..

    …………………………………..1 MALAYSIA………………………………..

  7. MJ said,

    masalah BAKUN DAM x pernah reda biarpun nxt year suda mula ‘Bkerja’tapi bukan untuk penduduk belaga sprt yg d janjikan dulu..bila janji tgl janji pduduk merana…saya adalah pduduk kampung d hilir belaga ssgtlah kecewa dgn ‘janji:bakun siap pduduk belaga akan dpt karen 24hours…huhuhu syoookknya 2 boli layan FB 24hours, ttapi 2 hanyalah janji KOSONG(x ada maknanya)’apa barang?!!! jalan raya pun masih guna CEMENT sangat kaya hehhe,n then jalan keluar ke bintulu pun masih ‘PINJAM’dr company kelapa sawit,n mgambil masa 3jam lebih(bgantung kpd pmandu keta,kalau laju awallah sampai bintulu…)sedangkan hanya 90km..bayangkan??????? Sampai skrg x ada yg maju d Belaga krn slalu d lupakan…Bank pun x ada,banyak kali sudah mintak tapi sampai hr ini pun x ada…byklah kalau mau share sama kamu orang tapi next time kita sambung lagi…akhir kata saya:LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!!!!!!!!!


Leave a comment