17 April, 2007

Sistem Ranking Untuk Sekolah?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:39 am by Ketua Perusuh

Menteri Pelajaran Malaysia sememangnya orang yang bijak. Bijak mempergunakan semua elemen dalam Kementeriannya semata-mata untuk kepentingan beberapa sektor. Selepas cadangan sekolah diklusterkan (sekolah kluster) maka kini ada pula idea baru (idea lama yang dikemaskinikan) yang dikemukakan oleh pihaknya demi untuk memajukan sekolah.

Sistem “Ranking” kini diperkenalkan untuk mengklasifikasikan sekolah mengikut tahap-tahap tertentu. Ianya menggunapakai Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS). Memang tidak dapat dinafikan sistem ini berkesan untuk membezakan antara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain.

Sistem ranking ini berdasarkan kepada sistem pemberian bintang (star) sebagai mewakili tahap sesebuah sekolah. Sekolah yang mematuhi lebih daripada 80 peratus piawaian itu akan diberikan lima bintang, 71-80 peratus (empat bintang), 61-70 peratus (tiga bintang), 50-60 peratus (dua bintang) dan di bawah 50 peratus (satu bintang).

Namun cara ini akan menyebabkan beberapa sekolah akan keciciran kerana;

1. Kurangnya kelengkapan pengajaran dan pembelajaran
2. Kurangnya kemudahan asas (elektrik, air dan telefon)
3. Kurangnya kemudahan ICT
4. Kurangnya kemudahan perpustakaan yang baik, lengkap dan berkesan.

Kebanyakan sekolah yang mungkin akan mengalami keciciran adalah sekolah-sekolah di luar bandar manakala sekolah di bandar akan mendapat manfaat sebanyak mungkin dari sistem ini. Ini akan menyebabkan jurang ilmu dan pembelajaran bagi sekolah-sekolah di Malaysia agak jauh dan besar.

Ibubapa pula sudah pasti akan memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang mendapat ranking tertinggi. Ini akan menyebabkan pertambahan pelajar disekolah-sekolah tertentu dan bagi sesetengah sekolah pula bilangan pelajarnya akan menjadi kurang. Jika ini berlaku maka mungkin sesetengah sekolah akan pasti ditutup akibat daripada kekurangan pelajar.

Oleh yang demikian, walaupun saya suka akan konsep sistem ranking ini namun saya berpendapat bahawa perlulah pihak Kementerian Pelajaran mengkaji dengan mendalam kesan sampingan daripada melaksanakan sistem ini. Jika sistem ranking ini akan menyebabkan perbezaan ketara antara sekolah-sekolah di Malaysia, maka yang menjadi mangsa adalah anak-anak dan cucu kita (pelajar sekolah).

Sistem ranking juga akan menyebabkan berlakunya perbezaan taraf (bukan kasta) antara sekolah-sekolah di Malaysia yang mana pastinya sekolah luar bandar akan mendapat ranking yang rendah. Jangan kita gadaikan kepentingan sekolah luar bandar demi untuk kepentingan peribadi dan politik kita.

Pelajar Kita Tanggungjawab Kita.

5 Comments »

  1. ApaiSaloi said,

    Masa depan mereka! Harapan Mereka kita menentukan bersama! hidup ketua perusuh!

    Depan Ada FRU Lanyak sampai FRU Undur!!

  2. bakaq said,

    Salam~

    Tuan yang dihormati

    Memohon pertolongan

    kutu ni harap sangat setiap kali Tuan update blog Tuan dengan posting yang baru, mohon sangat-sangat beritahu kutu ini dalam ruangan komen Malaysiakita (pls click Malaysiakita).

    Kalu sudi tolong, mintak tolong la sangat-sangat! Sebab, nak intai satu-satu blog demi blog, makan masa sangat.

    Harap sangat ni! Tolong la!

    Tolong sebar sama kepada bloggers yang lain.

    Salam~

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Pertama sekali, harapan kita terhadap para pelajar kita ialah pada satu masa nanti mereka menjadi pemimpin yang baik, adil, telus dan amanah. Kitalah yang membentuk mereka. Sistem pendidikanlah yang mencorakkan mereka. Jika sistem pendidikan kita pincang, maka pincanglah mereka ini.

    Kedua, adalah menjadi pengharapan kepada kita agar semua orang (warga Malaysia) dilingkungi dengan budaya Malaysia yang terkenal iaitu bersopan dalam sikap dan bersantun dalam berbahasa. Kitalah penentu masa depan negara. Jika kita boleh mengekang kemarahan dalam diri, namun masih lagi bersikap kritis dan inovatif, maka maruah diri dan negara akan kekal. Kemarahan kita biarlah bertempat dan perlu disalurkan dengan sebaik-baik mungkin. Ingat… Kita semua adalah pemimpin. Jangan jadikan diri anda pemimpin yang sama seperti pemimpin-pemimpin yang “mangkuk” yang ada dipuncak kuasa.

    Ketiga, insyaAllah segala update akan diberitahu dilaman-laman web yang berminat untuk mengambil tahu. Atas kekangan masa, mungkin tidak semua yang dapat diberitahu. Harap maklum.

  4. elisha said,

    sekolah diranking,bukankah lebih elok…sebab ada pelajar yg minat belajar…ada yg tidak…tetapi ada yg tak minat belajar tetapi dipaksa oleh ibu bapa sendiri…siapa yg harus dipersoalkan…kementerian dgn keuntungan mereka atau ibu bapa dgn air muka mereka…

  5. Mbah Jiwo said,

    sekolah bintang ada juga lo : http://suaidi2007.wordpress.com/2009/12/19/sekolah-bintang/


Leave a comment