13 May, 2010

Sime Darby Mula Gagal

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 9:31 am by Ketua Perusuh

Sime Darby atau lebih dikenali sebagai Synergy Drive kini nampaknya mula gagal sebagai sebuah entiti. Terlalu banyak inisiatif perniagaan yang dilakukan olehnya telah sedikit demi sedikit menunjukkan tanda kegagalan. Jika senario ini tidak dibendung, maka tidak mustahil Sime Darby Berhad (Synergy Drive) boleh jatuh muflis.

Salah tadbir urus dan kegagalan membendung kewangan yang terhad memungkinkan Sime Darby Berhad (Synergy Drive) menuju penamatnya.

Jika ini berlaku maka ianya akan mengakibatkan satu bahana yang besar kepada industri hartanah dan perladangan di Malaysia. Ini kerana Sime Darby Berhad (Synergy Drive) dibentuk dari gabungan Sime Darby Berhad, Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad yang inisiatif awalnya dimulakan oleh Nazir Razak dari CIMB Bank.

Saya pernah menulis mengenai Synergy Drive pada masa lalu yang mana saya tumpukan kepada risiko yang bakal diterima atas penggabungan ini yang akhirnya hanyalah penggabungan pada nama tetapi lebih kepada “reverse takeover” oleh Sime Darby Berhad.

Jika Sime Darby Berhad tidak bergabung dengan Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad, maka risiko yang ditanggung cuma melibatkan Sime Darby Berhad. Namun kini, kita boleh lihat teori domino akan berlaku dimana jika satu entiti jatuh, ianya akan melibatkan entiti lain yang bersama-sama dengannya akan jatuh sama.

Inilah yang saya juga jangkakan bilamana saya menentang penggabungan Felda, Felcra dan Risda atas nama Synergy Perdana yang saya nampak akan mengalami nasib yang sama seperti Synergy Drive (Sime Darby Berhad). Idea kedua-dua penggabungan “bodoh” ini datangnya dari Nazir Razak yang saya pasti telah mengaut untung laba yang terlalu besar atas kedua-dua penggabungan ini.

Yang kaya dan bertambah kaya adalah Nazir Razak dan kroninya, manakala yang mungkin akan jadi mangsa papa kedana pula adalah warga kedua-dua penggabungan mega ini.

Saya amat berharap agar SPRM dapat meneliti dan menyiasat perkara ini dan seterusnya mendakwa semua yang terbabit tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kekayaan. SPRM patut memulakan dengan menyiasat Najib Razak, Nazir Razak, Hamad Kama Piah, Desa Pachi dan ramai lagi termasuklah Musa Hitam sekali.

Semuanya perlu disiasat dengan telus dan lengkap. Jika SPRM tidak berani untuk melakukan siasatan, apa kata kalau kita (Warga Malaysia) menjemput ICAC dari Hong Kong untuk membantu dan membuat siasatan. Ini kerana mengikut pengetahuan saya, ICAC adalah lebih telus dan berani berbanding SPRM (MACC).

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

4 Comments »

  1. muara said,

    Rakyat Malaysia sebenarnya tidak banyak mendapat maklumat.., kerana
    1. Malas membaca…. harap bacaan depan mata saja(Utusan, Berita Harian)- itu pun malas

    2. Ditipu oleh Media yang dikawal oleh KERAjaan BN

    3. Rakyat hidup susah;
    a. Dari kesusahan itu rakyat terpaksa bekerja 24jam.. untuk menampung kehidupan yang kian parah, kos yang meningkat setiap hari!

    Jadi rakyat tidak dapat menumpukan kepada maklumat yang amat berharga mereka ketahui. Tanpa pendedahan oleh pemimpin-pemimpin PR alamat Malaysia suatu hari terjual kepada Singapura pun kita tak tahu. Kerana penjanjian dibuat secara diam-diam! Macam medan minyak yang dah dijadi milikan kepada Brunei tu!

  2. zahimi said,

    salam tuan,

    setuju dengan saranan tuan agar mereka-mereka itu disiasat. cuma saya hairan dengan senarai nama yang begitu pendek pada saya. mana geng tingkat 4? mana nama kj? tun dol? kalimullah et all?

  3. Salam,

    You are kindly invited to participate in a study on Malaysian bloggers’ response towards smoking: a test of Situational Theory of Problem Solving. I am compiling vital information about perception on smoking in Malaysia. This information will help me in describing the current view on smoking amongst Malaysian bloggers for my PhD dissertation. You have been selected to receive a copy of this survey. Please take a few minutes to respond to these questions. Your participation is voluntary and highly appreciated, and your answers will remain completely confidential.

    By completing the survey, you are agreeing to participate in this research and are doing so voluntarily. If you have any questions about the study or other issues you may contact Khaizuran Abdul Jalil, at iium.stops2010@mail.com.

    Please click on this link to participate in this study https://spreadsheets.google.com/ccc?key=tAdOtKcNLTBzj3xHHj9jELQ

    Thank you in advance for participating in this research.

    Sincerely,

    Khaizuran binti Abdul Jalil
    Communication Dept., KIRKHS
    International Islamic University Malaysia.

  4. ismail said,

    Rugi kerana kepentingan KRONI bukan bijak buat bisnes pun…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: