20 April, 2010

PAS Di P094 Hulu Selangor

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi tagged , , , , , , , at 1:39 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali, saya ingin memohon kemaafan kepada semua pelayar setia laman blog ini atas kekangan masa yang hebat menyebabkan saya tidak mampu untuk mengemaskinikan laman blog ini sekerap yang mungkin. Urusan perniagaan menjadi batu penghalang yang membataskan waktu senggang saya.

Walaupun begitu, saya masih lagi mengikuti arena politik tempatan yang nampaknya menjurus kepada ketidaktentuan yang berpanjangan. Sekarang ini saya telah pun berada di Tanjung Malim untuk menyoroti perjalanan pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor dengan lebih dekat.

Dalam penulisan kali ini, saya akan menyentuh beberapa perkara penting yang saya lihat akan mengundang masalah yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat diasaskan oleh satu gabungan yang mendapat mandat dari rakyat marhaen yang menggesa PAS, PKR dan DAP bersatu padu dalam usaha untuk membangungkan Malaysia yang bebas dari cengkaman Barisan Nasional yang telah terbukti selama lebih 50 tahun berlaku tidak adil kepada rakyat.

Kekuatan ketiga-tiga parti agak setara dimana DAP, PAS dan PKR sebenarnya tidak mampu untuk bergerak bersendirian demi untuk memastikan bahawa gerakan pembaharuan Malaysia berjaya dilaksanakan. DAP mungkin agak kuat dikalangan pengundi berbangsa Tionghua manakala PAS pula lebih menonjol kekuatannya dikalangan pengundi yang kuat pegangan Agama Islamnya. Manakala PKR pula agak menonjol kekuatannya dikalangan pengundi bandar yang rata-ratanya tidak terlalu ekstreme terhadap isu bangsa dan agama.

Ini bermakna PKR, DAP dan PAS adalah pelengkap antara satu sama lain. Hanya dengan cara inilah maka satu perubahan kearah sistem kenegaraan yang lebih jitu dan mantap serta berdaya saing.

Ketika ini perang kempen pilihanraya kecil telah bermula di P094 Hulu Selangor diantara calon MIC/BN yang disokong kuat oleh UMNO dengan calon PKR/PR yang disokong kuat oleh semua gabungan komponen Pakatan Rakyat.

Calon MIC/BN iaitu P. Kamalanathan amat bertuah kerana parti UMNO telah bermati-matian bertungkus lumus berkempen 24 jam dengan memperkudakan semua media (cetak dan eletronik) walaupun parti beliau sendiri agak suam-suam kuku kempennya. Malah gabungan komponen dalam BN yang lain juga nampaknya tidak dapat menyaingi kehebatan UMNO dalam berkempen. PPP, MIC, MCA dan Gerakan nampaknya tumpul dalam gerakan kempen mereka.

Calon PKR/PR iaitu Zaid Ibrahim pula agak bertuah kerana ramai blogger pro-Pakatan Rakyat bersedia untuk membantu dalam usaha kempen secara maya. Malah Zaid Ibrahim juga mendapat kerjasama yang baik dari DAP dan PAS dalam kempen pilihanraya kecil kali ini.

Apa yang paling saya kesalkan adalah begitu banyak serangan peribadi terhadap calon dilakukan sama seperti apa yang pernah berlaku kepada calon PRK Permatang Pasir Rohaizat Othman. Ini memperlihatkan strategi yang sama telah dipergunakan oleh pihak lain sebagai usaha untuk memastikan calon lawan kalah dalam pilihanraya. Saya sememangnya sejak dari dulu lagi agak kurang gemar dengan strategi ini kerana strategi seperti ini lebih merupakan pisau dua mata.

PAS nampaknya terpaksa bermati-matian mempertahankan imej Zaid Ibrahim sebagai calon yang paling baik untuk P094 Hulu Selangor malah sehinggakan terpaksa meminta Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk membantu. Tapi pada pandangan saya, ianya tidak mampu untuk mengubah persepsi rakyat (pengundi) yang telah dimomokkan melalui pelbagai media (cetak dan elektronik) yang mampu milik.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS bagi P094 Hulu Selangor iaitu Ust Nasharudin Mat Isa nampaknya agak kaku dalam usaha menggerakkan jentera ketahap maksimum sehinggakan terserlah kelemahan ini dimata para pengundi di Hulu Selangor. Sikap sambil lewa yang diambil pada pandangan saya pasti akan menjadi senjata menikam diri sendiri yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan PKR/PR kalah teruk dalam pilihanraya kali ini.

Usaha yang dijalankan oleh Jentera Pilihanraya PAS sepatutnya bergerak dengan lancar dengan segala kemudahan yang ada kerana PAS agak terkehadapan di Hulu Selangor selama ini terutamanya di kawasan Kuala Kubu Baru, Kalumpang dan kawasan Felda disini.

Saya mendapat makluman dari kalangan pengundi yang mahukan PAS bergerak dengan lebih aktif dalam kempen berkelompok serta ceramah yang biasanya mampu menarik perhatian para pengundi. Jika PAS berterusan tidak mahu bergerak dengan lancar, saya agak pasti pilihanraya P094 Hulu Selangor kali ini adalah milik MIC/BN yang didominasikan oleh UMNO.

Akhir kata, buat pengundi di P094 Hulu Selangor. Anda mampu berubah. Janganlah anda berterusan ditipu dan diperdayakan selama 50 tahun lagi. Pilihan ditangan anda.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

2 Comments »

  1. zaharah said,

    Ya betul jangan lah anda tertipu lagi dengan fitnah yang tersebar oleh orang-orang politik..

    fitnah altantunya
    fitnah beng hock

    kalau anda seorang islam jangan ikut orang yg selalu tabur fitnah.. itu semua orang munafik..biar pun dia bergelar Tok Guru,Lebai,Haji,Ustaz kalau bersubahat sebar fitnah tanpa ada bukti dmereka itu juga adalah MUNAFIK..

  2. aim kuala kangsar said,

    semoge perjuangan kiter mendapat kemenangan
    JIKA TAKUT DENGAN RISIKO
    JANGAN BICARA TENTANG PERJUANG

    PAS FOR ALL


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: