9 November, 2009

PAS Diambang Kejatuhan

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 10:55 am by Ketua Perusuh

Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis diruangan ini. Kesibukan kerjaya dan perniagaan menyebabkan banyak isu yang berlegar ditangga politik tanahair terpaksa saya biarkan berlalu tanpa ulasan. Namun hari ini saya terpaksa juga meluangkan sedikit masa untuk menulis dan memberikan komentar saya.

Bagi yang pernah membaca komentar dan artikel yang saya tulis sejak dari tahun 1997 dahulu (pada masa tersebut diletakkan di laman web http://members.tripod.com/~ketuaperusuh/), pastinya tahu bahawa saya amat konsisten dengan perjuangan rakyat marhaen. Pada pandangan saya, hak-hak rakyat marhaen sewajarnya tidak diambil mudah dan dikhianati oleh pemerintah.

Bertitik tolak dengan kepentingan rakyat maka saya memfokuskan agenda pengubahan minda masyarakat dengan membawa wadah PAS dan Keadilan dalam setiap artikel yang saya tuliskan dengan tidak melupakan perjuangan yang diterajui oleh DAP.

PAS pada era awal 1998 memang berpotensi menjadi satu parti yang kuat menjuarai hak rakyat marhaen terutamanya orang Melayu. Walaupun dalam banyak keadaan ada sedikit pergeseran dengan DAP namun PAS berjaya menaikkan imej dan taraf mereka. Pergeseran dengan DAP sejak dulu pada pandangan saya adalah disebabkan oleh beberapa watak-watak yang dikenalpasti sebenarnya adalah agen UMNO dan Barisan Nasional.

Walaupun begitu PAS pada waktu itu agak kuat dan persepsi rakyat kepadanya adalah amat baik. Dari sehari ke sehari terlalu banyak perubahan dan peningkatan yang telah dibuat oleh PAS lantaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sehinggalah pada sekarang ini berlegar di Pakatan Rakyat. Namun tidak dapat kita sangkal bahawa selama itu jugalah agen UMNO dan Barisan Nasional yang berada didalam PAS telah beranak pinak, membiak dan subur sehinggakan mendapat sokongan yang agak kuat yang membolehkan ramai dikalangan mereka ini memegang jawatan yang besar didalam PAS.

Sekarang ini, merekalah yang menentukan hala tuju PAS (ini amat menakutkan) dan merekalah juga yang sebenarnya tidak mahu untuk menerima kritikan untuk perubahan kerana jika perubahan berlaku maka merekalah yang pasti akan tersingkir dari PAS. Dari apa yang saya nampak, PAS sedang berada diambang kejatuhan yang maha besar yang pastinya tidak mampu untuk ditanggung oleh PAS keseluruhannya.

PAS tidak wajar bertindak dan beroperasi sama seperti UMNO namun dari persepsi rakyat marhaen sekarang ini, dilihat PAS adalah sama seperti UMNO. Para pimpinan PAS nampaknya telah ada yang berani melanggar perlembagaan parti malah telah juga belajar bagaimana untuk menipu (membohongi ahli parti dan rakyat marhaen). Isu bersekongkol dengan UMNO sewajarnya ditolak dengan muktamad namun masih ada pimpinan PAS yang nampaknya lebih suka bersekongkol dengan UMNO seperti yang ditunjukkan oleh Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.

PRU13 pastinya akan menjadi medan pertempuran yang akan menyebabkan kejatuhan kegemilangan PAS. Ini semua disebabkan oleh sikap pimpinan PAS yang tidak mahu berubah, yang sanggup bersekongkol dengan UMNO didalam gelap malah sanggup pula membelakangi kehendak rakyat marhaen. Jika PAS masih lagi tidak menunjukkan persepsi yang baik kepada rakyat marhaen terutamanya kepada kaum Cina dan India, maka pastinya PAS akan mengalami kekalahan yang maha besar.

PAS perlukan korban untuk memastikan ianya relevan pada setiap masa. Saya bersependapat dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang melihat PAS perlukan satu perubahan yang drastik. Jika PAS ingin berjaya, maka perlulah mereka melaksanakan slogan “PAS For All” dengan lebih realistik.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

18 Comments »

  1. memang betul tapi bukan dengan umno tapi PKR

  2. abang moh said,

    Memamng la ini waktunya PAS akn pelingkup. Dengan isu baiah dan lain lain lagi. sangat menyediahkan. Bila terbaca berkenaan dnegan baiah talak tiga oleh YB KUlim, rasanya umur PAS memang tidak panjang.

    Tidak ada cara lagi ke yang boleh dipakai. Malangnya ada pula bersetuju dengan menagtakan “masa kahwin pun bertkalik juga, apa nak heran”. Orang yanag bercakap seperti itu benar benar tidak berakal. Taklik “masa nikah” memelihara rumah tangga, baiah PAS ni melingkupkan rumah tangga.

    Kompom aku pangkah bukan PAS

  3. C++ said,

    Bhai KP,

    Gua sokong lu punya artikel la… memang PAS dalam proses nak mampus kalu terus ikut rentak camnie…

    budus la

  4. ghostwriter said,

    Dah memang PAS sedang menerima bala dari segala doa bala yang dipohon selama ini kata egen UMNOla, apala…. Apapun PAS hari ni dah mula taubat dengan segala fitnah, maki hamun dan seranah. sebab PAS tau dia bakal kalah… Pemimpin sendiri yang lupa diri UMNO juga dipesalah, inilah masalah PAS, tidak terima kelemahan dan kesilapan sendiri, asyik cari dari UMNO/BN saja sampai lupa nak tengok rumah sendiri.

  5. pemuda berani said,

    try tgk blog nie..
    ciksaliha.blogspot.com
    bapok nie duk hina parti kesayangan kite..xleh dibiarkan!!

  6. mangsa korban 2009 said,

    5 soalan MENGGELEGAK untuk Dr Lo Lo
    1. Dimana kekuatan semulajadi PAS semasa menjadi pembangkang setelah menyarung jersi wakil rakyat?
    Kalau dulu, semua tahu kekuatan pembangkang ialah mempersoalkan semua projek yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Semua projek tidak betul. Semua projek dikatakan membazirkan wang rakyat sahaja. Bahkan pihak pembangkang, akan sanggup gali hingga ke lubang cacing untuk tahu di mana wang dibelanjakan, siapakah kontraktor yang mendapat projek, untuk apa projek dijalankan. Saya, sebagai seorang rakyat, memang rasa terbela apabila akan mempunyai pemimpin seperti itu.
    Tapi, Cuba lihat apa yg dr lo lo dah lakukan untuk kawasannya sendiri di datuk keramat. Sehingga dia sanggup mengeluarkan perkataan bahawa saya kene bersikap adil dengan pengundi saya di sebelah sana. Adakah UNDI yang dipikirkannya selama ini setelah menjadi pemimpin?? Bukan untuk membela nasib seorang rakyat. Apa perjuangan nya selama ini? Hanya untuk mendapat kuasa atau memang untuk bekerja untuk rakyat seperti yg dilakukan oleh pemimpin DAP setelah dapat kuasa. DR Lo Lo sanggup mengenepikan nasib org yg mempunyai geran tanah dan berniaga dengan cara yg sah dan halal, org yg membayar cukai setiap tahun semata-mata untuk berada di pihak yg memang sejelas-jelasnya penyokong BN semata-mata untuk menjaga undi pada masa akan datAng?
    Dr Lo lo sanggup menutup mata pada rasuah yg berlaku di depan mata semata-mata untuk membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil pasar datuk keramat dengan membunuh dan mengorbankan nasib 8 org peniaga di depan LRT damai semata-mata untuk pembinaan tempat parking? Adakah dia tahu, ajk2 persatuan2 tu semuanya adalah org2 umno yg nak memperbodoh2kan dia untuk kepentingan sendiri? Dia ada menyiasat ke siapa sebenarnya ajk2 tersebut? Tahu tak bahawa mereka mempunyai leBih dari 4 lot di dalam pasar tersebut? Jika sewa yg dikenakan adalah hanya rm50 oleh dbkl, mereka mengenakan sewa sehingga rm400 untuk satu lot. Dan disewakan kepada peniaga Indonesia. Mereka hanya mengutip sewa setiap bulan. Dan semua lot tersebut menggunakan nama adik-beradik, suami-isteri dan sanak saudara. Saya tak sangka dr lo lo seorang PAS boleh menutup mata dgn isu ini. Mereka bukan org susah…memang mereka duduk di pprt, tapi tahu ke ada berapa kereta? Kereta mpv dan WAJA pulak tu…mendaptkan projek setiap kali persidangan umno di pwtc sebanyak lebih dari rm100k….
    Kenapa dr lo lo tak mempertikaikan…kenapa dibina jejambat di depan lrt damai yg berharga berjuta ringgit, semata2 untuk 2 lane jalan raya? Logic ke? Nasib penduduk uh 8 org tu akan dikorbankan untuk tempat letak kereta. Dikorbankan tanpa sebarang perbincangan yg adil dr pihak dbkl apalagi menteri wilayah yg asyik melarikan diri setiap kali diajak berbincang. Kami dipanggil sebagai setinggan bila fail kami di pejaba t tanah tiba2 hilang sejak dari setahun yg lepas. Pernah ke dr lo lo bertanya masalah kami? Pernah ke dia selidik masalah kami? Tapi hanya sibuk dgn undi yg akan dia terima pada pilihanraya akan datang?
    Dr lo lo tak usah cerita le di mana dia? Dia sibuk mengatakan isu pengorbanan rakyat palestin tapi lupa dgn org kampungnya sendiri yg akan dikorbankan olehnya sendiri……di mana suara pembangkang? Nampaknya dr lo lo pun sama dgn pemimpin umno juga…hanya mementingkan kuasa dan undi yg akan diterima sahaja…..

    Sila tunggu untuk soalan yg seterusnya nanti…………
    MANGSA KORBAN 2009 DATUK KERAMAT

  7. hussinabdaziz said,

    “PAS perlukan satu perubahan yang drastik” – teraaaaaaaamatlah setuju!

  8. zaini said,

    Salam,

    Apa pendapat tuan dengan kemelut yang melanda TGNA sekarang…dengan pelbagai isu termasuk menantunya dan PMBK !!

  9. cucumatlela said,

    niat betul buat betul pasti selesai segala urusan.
    ini lah apa yg kita dapat, mudah terlupa niat
    baru ada title yb mula selera berubah makin high class.
    padah dari niat betul buat ikut jalan salah’
    demokrasi adalah satu pembohongan yg nyata.

    cara meraikan kemenangan dulu dah menampakkan kehebatan pakatan rakyat lebih kurang jer dgn umno kalau dalam hal duit ringgit.
    ada yg tarik balak pakai jamggut.
    kontrol projek majlis itu perkara biasak tanya lah ngasang ngali.
    loktor lani mesti tak tau ape2 sebab syok dpt title YB.

    tahun lepas ramai MPs PR mimpi jadi menteri
    tahun depan ramai YB pakat daftar MLM
    yg ada title ostat akan mula la call2 tanya ajk surau2 yg dia biasa rompak sebelum ni. kita tengok la nanti kalau umo panjang.

  10. […] Perusuh PAS Diambang KejatuhanPRK N31 Bagan PinangUPSR Sudah Selesai, PPSMI Bila Lagi?Kepentingan Negara Sedang DilelongKekalahan […]

  11. yondasida said,

    salam,

    kalau lihat kepada pru12 yg lalu, kebanyakan negeri majoriti melayu masih
    memihak kpd umno.

    selangor: Umno>pas
    perak : Umno>pas
    kelantan (tradisi) pas>
    kedah :(pencapaian baru) pas>

    tetapi harus diambil kira pru13 adalah penentu arah tuju politik melayu
    dan kebanyakan pengundi atas pagar akan beralih arah mengikut sentiman
    semasa.Saya yakin jika satu lagi parti politik yang seakan semangat 46 ditubuh untuk hadapi pru13,undi melayu akan terarah keparti baru dan tinggalah pas dan umno menggit jari kerana kedua dua parti ini tidak lagi menjadi harapan untuk membela orang melayu.

    bialah umno dgn pembaruan di mana bangsa majoriti mendapat sikit hak dan menoriti mendapat semua hak.

    bialah Pas dgn egonya di mana undi melayu tidak perlu,yang mereka tahu
    bangsa lain jadi penentu dan undi mereka ini perlu.

    sebagai pemerhati atas pagar yang tidak berparti,inilah hasil pru12 yang kita lihat.tin kosong dan talam sedang dipalu dan bangulah pemimpin hipokrit membuat persembahan.

    kalau dulu umno menari inang tapi kini menari tango.
    kalau dulu pas dengan irama nasyid kini irama jazz.

    semuanya melacur matlamat asal demi suvival.. dan syok sendiri..?

  12. anez said,

    bro….lama dh xde isu baru

    kenapa sepi😦

  13. mat jubur said,

    umno anak haram jadah sama dengan geng dia.

  14. Bang Man said,

    Kalau kita doa yang baik baik untuk seseorang tak kisahlah walau pun orang itu menginaya kita. Maka kebaikan itu akan berbalik kepada kita( sebab malaikat akan mengaminkanya).

    Apabila kita mendoakan kemudaratan atau kerosakkan terhadap orang lain, perkara yang kita doakan itu lambat laun akan berbalik kepada kita juga.

    Apalah bangganya kita mendoakan keburukan untuk orang lain.Sebenarnya secara tak langsung perbuatan itu menunjukan buruknya perangai kita.Oleh kerana taksub semua boleh sajaaaa.

  15. eddy said,

    House PK website UMNO…adik beradik dgn berita harian mahupun RTM..
    first off all, cukup ke bukti nak kata sebegitu, bg reason prof dulu. klu dowang ade masalah, sama2 lah selesaikan, bagi aku, aku x kan sesekali pangkah UMNO. jgn kite terpengaruh dengan ILLUMINATI punye agenda. ingat, Klu kite nak menyebarkan dakwah islam,kite pasti akan kena perlbagai ujian berat..bknnye senang lenang nak sebarkan agama ALLAH..pelbagai Ujian dari Allah mahupun dr Manusia bertuhankan setan dan dajjal!!. think tank laa… what ever pun..website House PK tue mmg Website yang x de tujuan! website Anti-Christ agaknya..moge2 author 2 dpt hidayah..gune akal,pikir,make ur choice here,god will show the true answer in after life.

  16. muzafar said,

    sahih umno

  17. MSAKU said,

    Sendiri yang tak betul, nak salahkan UMNO juga..kesian…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: