11 September, 2009

UPSR Sudah Selesai, PPSMI Bila Lagi?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Petronas, Reformasi at 1:51 pm by Ketua Perusuh

UPSR sudah selesai diambil oleh para pelajar Tahun 6 di seluruh Malaysia. Rata-rata dari pemerhatian dan tinjauan yang saya lakukan, hampir 80% pelajar Tahun 6 memilih untuk menjawab soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Tinjauan ini saya lakukan dikawasan luar bandar di tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Dari tinjauan rambang ini, telah jelas bahawa para pelajar kita sebenarnya agak mudah memahami soalan Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda mereka sendiri iaitu Bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa konsep Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak mendapat tempat yang kukuh dikalangan pelajar luar bandar.

PPSMI hanya boleh dilihat berjaya (pada skala yang kecil) cuma pada kawasan tertentu di bandar atau pinggir bandar. Bagi pelajar yang ibubapa mereka cuma nelayan, petani dan pekebun kecil biasanya agak lemah dalam penguasaan PPSMI. Mereka ini cuma menggunakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah sahaja.

Persoalannya sekarang, PPSMI khabarnya akan dimansuhkan berperingkat mulai pada 2012 namun ianya tidak menjamin pengukuhan penguasaan Matematik dan Sains para pelajar atas sebab telah dipaksa mencerna sistem PPSMI diperingkat bawahan. Kenapa perlu tunggu sehingga 2012 sedangkan kumpulan pelajar yang baru selesai mengambil UPSR tidak nampak akan meningkat penguasaan Matematik dan Sains atas sebab kekangan mempelajari Bahasa Inggeris.

Pada pandangan saya, PPSMI perlu dimansuhkan serta merta untuk memastikan hasil dan mutu pelajar yang dijanakan diperingkat Sekolah Rendah berjaya menguasai matapelajaran Sains dan Matematik diperingkat Sekolah Menengah nanti. Jika tidak kita cuma akan mendapat para pelajar yang masih lemah dalam kedua-dua matapelajaran tersebut termasuk juga lemah dalam Bahasa Inggeris.

PPSMI sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang menjamin Bahasa Melayu/Malaysia menjadi bahasa ilmu di segenap peringkat pembelajaran sama ada rendah mahupun di peringkat tertinggi. Program PPSMI seperti yang ramai sedia maklum mempunyai agenda disebaliknya iaitu untuk menguntungkan segelintir pihak yang berkepentingan didalam Kerajaan Barisan Nasional. Pemansuhan PPSMI amat ditakuti oleh pihak-pihak yang berkepentingan ini dan dengan pengaruh besar yang mereka ada, mereka juga melobi Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri Malaysia disamping membekalkan “tumbuk rusuk” agar mereka terus mengaut keuntungan besar bagi perlaksanaan PPSMI ini.

Sebagai bapa dan rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan, saya berhak mempersoalkan kewajaran PPSMI ini dan segala kos yang berkaitan dalam perlaksanaannya.

6 Comments »

  1. iskandartiger said,

    Assalammualaikum Tuan…….

    Maaf kan saya sekiranya comment ini bercanggah pendapatnya dengan pendapat tuan……..Saya kira PPSMI adalah suatu perkara yang bagus untuk memajukan anak bangsa kita……kewujudan PPSMI bukan lah untuk menghilangkan bahawa Ibunda kita…….tidak la disebabkan kewujudan PPSMI satu hari nanti anak2 kita membaca doa makan berbahasa Engeris…pada saya ini adalah kemajuan………selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan………..jika kita melihat dari segi glabalisasi ICT……..nak bukak PC pun bahasa PENJAJAH………tuan punya laman blog sendiri pun menggunakan bahasa PENJAJAH……saya tidak kata……bahasa PENJAJAH ini adalah punca kemajuan NEGARA KITA…….

    Tuan Yang Budiman……

    Tidak kisah la sama ada diluar bandar ke….dipinggir bandar……..dibandar ker……….yang mendapat sambutan PPSMI ni…….pokoknya anak bangsa kita yang tutup minda mereka…tutup pintu hati mereka untuk menerima PPSMI………….Zaman semakin berubah Tuan……..BAHASA IBUNDA ITU TIDAK AKAN HILANG…………….Bismillah Hirahma Nirahim Jugak dibacanya……..

  2. fakry said,

    kesan PPSMI – anak2 bleh cakap inggeris ( bleh la sket2 one two three )

    anak2 jadi xminat dengan matematik, maju ke cmni? ni mundur, sbb anak2 sudah tak dpt kuasai 3M, iaitu mengira

    jadi memang bagus la mansuh PPSMI ni, kalo nk pndai inggeris, pegi kelas inggeris la, mana boleh belajar inggeris dengan matematik, xmasuk AKAL !!

  3. bodohnye blog ini said,

    sebuah blog bodoh..sekian

  4. nizar said,

    saya sokong….bodoh2

  5. 508xrebel said,

    Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di Youtube.
    Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).
    Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.

  6. irwan said,

    sokong PPSMI…. salam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: