14 May, 2009

Bubar Atau Tidak?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi tagged , , , , , , at 10:20 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawasanya pada pandangan saya jalan penyelesaian bagi kemelut di Negeri Perak Darul Ridzuan hanyalah melalui pembubaran DUN Perak dan seterusnya membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri dijalankan.

Namun jika Zambry Kadir dan Barisan Nasional masih lagi berdegil tidak mahu membenarkan pembubaran DUN Perak, maka satu jalan penyelesaian tengah perlulah diambil bagi kepentingan semua rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Oleh yang demikian, ingin saya cadangkan satu lagi jalan penyelesaian yang releven bagi mengatasi semua kemelut ini iaitu dengan menggantung kedua-dua pakatan parti Politik (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) daripada menduduki kuasa Menteri Besar Perak. Kedua-dua pihak (Zambry Kadir dan Nizar Jamaluddin) ditegah daripada menjawat kedudukan Menteri Besar Perak.

Maka sebagai satu penyelesaian, jawatan Menteri Besar Perak (sementara) perlulah diberikan kepada Nazrin Shah selaku Raja Muda Perak untuk menjawatnya. Jawatan Menteri Besar Perak (sementara) ini perlulah dipikul oleh Raja Muda Perak sehingga sampai tarikh PRU13 (iaitu lebih kurang 3 tahun dari sekarang). Dengan cara ini maka dapatlah rakyat Negeri Perak menjalankan urusan pentadbiran negeri tanpa kacau bilau (atas sebab tindakan bangang yang dilakukan oleh Barisan Nasional).

Saya rasa rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dapat menerima pandangan saya ini. Pastinya inilah satu jalan penyelesaian terbaik sekiranya pihak Sultan Perak (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) tidak mahu membubarkan DUN Perak.

Namun kesan langsung daripada tindakan ini pastinya akan memberikan satu lagi momentum besar kepada Pakatan Rakyat dari segi impak politik dimana pastinya suara rakyat marhaen akan digembleng sebaik mungkin bagi memastikan Barisan Nasional tersungkur habis-habisan pada PRU13.

Untuk pengetahuan semua, Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan hanya mahukan pembubaran DUN Perak dan pastinya tidak juga mahukan ujudnya Menteri Besar Sementara yang dijawat oleh Raja Muda Perak walaupun inilah antara penyelesaian yang paling munasabah.

Persoalannya sekarang, adakah Barisan Nasional berani untuk membubarkan DUN Perak, atau adakah sanggup Raja Muda Perak menjawat jawatan Menteri Besar Perak secara sementara? Dalam kedua-dua senario, pemenang yang pasti adalah suara rakyat yang pastinya akan menyebelahi Pakatan Rakyat dalam semua keadaan. Akhir kata, kemenangan nampaknya lebih terserlah kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

7 Comments »

  1. aicik said,

    Bubar Dun Perak?….TM dah bersabda, jadi gerenti cap ibu jari kaki takan bubar punya…TM was the person behind these from the beginning…so jgn harap bubar. Madey+zambry=melayu(haram) kah kah kah kah…tosei..undelekay naleday..

  2. anisah said,

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sila rujuk web : pondokhabib wordpress.com

  3. azril said,

    Jika sultan menjadi MB maka itulah dinamakan darurat dalam bahasa mudahnya.

    http://politikkini.blogspot.com/

  4. ellyas said,

    yang penting….Mahkamah Rayuan dah menetapkan si Zambry tu sah jagi MB Perak….
    so PR kene le terima keputusan tersebut…
    apapun rakyat PERAK perlu diutamakan…
    jangan sebab ideologi politik…rakyat yang merana…
    ada betui ka…
    tak tahu la kalau rakyat Perak suka huru-hara camni…
    ari ni pun si Nizar dh pulangkn keta rasmi nye…
    maknanya dia pun dpt terima kenyataan tu….

  5. antimainbontot said,

    kenapa perlu bubar??? kononnya utk menjaga kepentingan Rakyat Perak??? apa kjaan BN tak b oleh nak jaga rakyat Perak ke??? yang sibuk2 nak bubar.. bubar.. bubar.. itu yg buat rakyat meluat, dulu dah bagi peluang tak pula buktikan nak bela rakyat Perak. dah takde kuasa mula melalak-lalak macam orang gila kuasa. kalau nak menyumbang tak payah ada kerajaan pun boleh bantu… tak payah nak bersandiwara wahai pemain politik sampah PR.

  6. fahmi said,

    lagi satu komen mengarut..

  7. zaini said,

    apa yang mengarutnya….
    memang betul komen tu…
    cuma yang baca x bole terima kenyataan…itu yang dikatakan mengarut…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: