12 May, 2009

Court Mammoth

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 10:36 am by Ketua Perusuh

Ramai rakyat Malaysia suka membeli belah di Court Mammoth. Mana tidaknya, segala kelengkapan rumah bermula dari ruang tamu, bilik tidur dan seterusnya sehingga ke ruang dapur ada terjual di Court Mammoth. Saya dan isteri juga suka sekali-sekala membasuh mata di Court Mammoth.

Court Mammoth adalah sebuah gedung jualan kelengkapan rumah yang mempunyai banyak rangkaian cawangannya diseluruh Malaysia. Malah boleh dikatakan hampir separuh daripada rakyat Malaysia memiliki produk yang dijual olehnya. Court Mammoth bukanlah sebuah “Mahkamah bersaiz mega” seperti yang dapat dibayangkan jika kita menterjemahkan namanya secara bersendirian.

Tujuan saya menulis komentar kali ini adalah untuk membandingkan persamaan yang ada pada Court Mammoth dengan operasi Mahkamah (Sesyen, Majistret, Tinggi, Rayuan ataupun Persekutuan) di Malaysia. Pada pandangan peribadi saya, adalah tidak wajar bagi mana-mana rakyat Malaysia menggelarkan Mahkamah di Malaysia sebagai “Kanggaroo Court” kerana binatang kanggaru tidak perlu akan sebuah mahkamah untuknya.

Saya lebih suka menyamakan Mahkamah di Malaysia dengan “Court Mammoth” yang pada dasarnya nampak gah (besar dan teguh serta menyakinkan) namun mempunyai cacat cela disana sini. Mana tidaknya, khidmat lepas jualan di Court Mammoth sekian lama tidak mencapai skala yang ditetapkan, malah ada ramai pelanggan yang telah membayar barangan secara tunai, namun lambat mendapat barangan yang dipesan. Ada beberapa kes yang saya dengar dan sampai kepada pengetahuan saya bahawasanya ada kes melibatkan barangan yang dihantar tidak sama seperti barangan yang dilihat didalam ruang jualan (show room).

Inilah juga yang berlaku didalam Mahkamah (court) di Malaysia, terlalu banyak rungutan yang kita dengar selama ini, namun tiada tindakan susulan dari pihak Mahkamah. Ada kes yang mengambil masa berpuluh-puluh tahun tidak dapat diselesaikan (kes orang biasa), namun bagi satu dua kes berkaitan dengan orang VVIP (politik), ianya dapat diselesaikan dalam tempoh yang amat singkat (kurang dari 12 jam).

Anda boleh lihat sendiri apa yang berlaku pada kes yang berkaitan dengan Nizar lwn Zambry yang turun naik dibeberapa mahkamah. Bagi kes permohonan Nizar untuk disahkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ianya mengambil masa hampir 3 bulan, namun bagi kes rayuan Zambry untuk menangguhkan perlaksaanaan kehakiman ianya mengambil masa kurang 12 jam. Inilah contoh kenapa saya gelarkan Mahkamah di Malaysia sebagai “Court Mammoth”.

Perkara ini boleh berlaku bilamana badan kehakiman tidak lagi bergerak secara “individu” melainkan ianya dikawal dan ditentukan hala tujunya oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui dalangnya Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Seorang yang rendah akhlak dan peribadi (serta boleh dipersoalkan) telah dilantik menjawat jawatan yang terlalu besar iaitu sebagai Ketua Hakim Negara.

Ketua Hakim Negara Malaysia adalah ahli UMNO dan Peguam Negara Malaysia juga khabarnya adalah ahli UMNO. Bagaimanakah orang yang bias dalam politik menerajui bidang kehakiman yang sepatutnya berada berasingan sepertimana yang diabsahkan melalui teori “pengasingan kuasa”. Selagi mana tiada dilakukan pengasingan kuasa, maka selagi itulah kita boleh lihat Mahkamah di Malaysia dilacurkan pada setiap masa.

Mahkamah Malaysia = Court Mammoth

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

5 Comments »

  1. tokkhatib said,

    Mahkamah dalam cerita P ramlee Anak Bapak lebih baik dari mahkamah Malaysia.Tahniah Allahyarham P. Ramlee

  2. shah said,

    apalaha yag kau mngarut ni… jgnlah asyik nak salahkan kerajaan jer… kenikmatan yg selama ini yang kau kecapi.. bukanya dr .. ko kene pkr maupun pas apalagi dap . ko kene sedar selama lebih 50 tahun bn pegang ada pernah ke negara huru hara… nasib rakya tdk terbela… hak institusi raja tercemar..
    kamu pikir2 lah sndiri… dap tu tunggu masa org melayu brpecah belah

  3. orang minyak said,

    mereka asyik kutuk kerajaan dan BN je..tak tau bersyukur lansung. Aku ingat masa kamu kecik2 dulu, kamu sekolah di sekolah yg kerajaan BN bina, yg miskin dan tak mampu kerajaan bantu melalui biasiswa atau pinjaman pendidikan. Skrg dah besar..dah pandai..tapi sayang tak pandai bersyukur..benar kata bekas PM, Mahathir.. melayu mudah lupa..lupa diri..lupa pada org yg berbudi..

  4. mr omega said,

    jangan tanya apa jasa negara kepada kita…sebaliknya tanya lah apa jasa kita kepada negara…..siapa yang membangunkan negara,,?,,,tak cukup selesa lagi kah kehidupan kita dimalaysia nie…..?

  5. john said,

    yolar..anda sahaja lah yang benar…anda sahaja lah yang berhak memimpin rakyat…semua pemimpin BN saha..itu sahaja lah yang anda fikir…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: