7 May, 2009

Matinya Demokrasi Di Malaysia?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 1:00 am by Ketua Perusuh

Amat susah untuk kita memperkatakan mengenai jangkahayat demokrasi di Malaysia ini. Mana tidaknya disuatu pihak (rakyat) amat menyanjung tinggi demokrasi berperlembagaan yang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlembangaan namun disuatu pihak lagi (penguasa) nampaknya bersungguh-sungguh bersiap siaga melacurkan demokrasi demi kepentingan tembolok dan kuasa yang ada.

Rakyat Malaysia telah lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum, malah boleh dikatakan senantiasa diperbaharui idea-idea perbalahan kaum itu oleh media-media yang dikuasai oleh pemerintah. Tidak cukup dengan isu perbalahan kaum, malah beberapa akta serta ordinan yang termaktub dalam undang-undang negara digunakan untuk memulas telinga rakyat.

Adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis dan pelbagai akta-akta lain digunapakai demi untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada pengetahuan rakyat marhaen. Ianya diguna demi untuk menyelamatkan pemerintah daripada digulingkan oleh rakyat setelah rakyat mendapati bahawa pemerintah telah menyalahgunakan kuasa.

Bagi rakyat Malaysia, apa yang mampu dilakukan hanyalah membebel diwarung-warung tepi jalan, kedai kopi, kantin pejabat mahupun dialam siber. Tapi didalam keadaan yang mencemaskan ini, telinga-telinga dan mata pemerintah ada dimana-mana. Anda (rakyat Malaysia) boleh saja ditangkap pada bila-bila masa dibawah mana-mana akta yang saya sebutkan diatas. Jika anda berborak (lebih dari lima orang) membincangkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kemungkinan untuk anda diangkut oleh pihak polis adalah tinggi sama ada dibawah Akta Hasutan mahupun Akta Polis.

Jika sekiranya anda meluahkan isi hati anda yang secara langsung mengkritik Kerajaan Barisan Nasional dialam siber (internet), kemungkinan pada bila-bila masa anda boleh dijemput oleh Cawangan Jenayah Siber ataupun Cawangan Khas (SB) dibawah Akta Hasutan, Akta Multimedia malah tidak mustahil anda boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sesebuah negara akan menjadi makmur dan teratur perjalanannya bilamana kritik yang dibuat oleh mana-mana pihak diambil perhatian dan diperbaiki oleh pihak pemerintah. Namun ini tidak menjadi kenyataan di Malaysia. Jika anda mengkritik dasar-dasar serta tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang anda rasa bercanggah dengan kehendak rakyat, anda pastinya bersedia untuk “disenyapkan”.

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, tidak ada walau sekalipun Kerajaan yang memerintah (Perikatan @ Barisan Nasional) membenarkan rakyat mengkritik dasar-dasar dan tindakan yang dibuat. Setiap kritik itu pastinya dibalas dengan cara ditangkap dibawah beberapa akta “Draconian” yang pada penyokong Barisan Nasional adalah amat bersesuaian.

Saya tidak pasti bila masanya saya pula akan dilamar dibawah mana-mana akta ini. Nauzubillah jika ianya berlaku kepada saya.

Najib Razak nampaknya telah mengorak langkah cemerlang dalam tempoh kurang 100 hari menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan “mengikat mana-mana mulut” yang celupar mengkritik beliau. Mengkut maklumat yang saya dapati, lebih dari 50 orang akan diangkut oleh pihak Polis pada bila-bila masa terdekat ini.

Apa yang ada pada rakyat kini cuma “doa” yang InsyaAllah pastinya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T yang akhirnya akan mengembalikan Malaysia kearah demokrasi yang sebenarnya.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

7 Comments »

  1. joegrimjow said,

    aman la malaysiakuu

  2. marni said,

    Semua akta yang ada bukanlah untuk menidakkan demokrasi tetapi semata-mata untuk memenuhi slogan “Selamat. Aman. Makmur.”

    Errm, kita perlu betul-betul memahami slogan itu. Siapa yang selamat? Siapa yang aman? Dan poket siapa yang makmur?

    Eh, slogan tu relevan lagi ke? Hehehee..

  3. pt-91 said,

    kita kini di akhir zaman….

    apa yang boleh diharapkan kepada keadaan dunia yang semakin hari semakin sinikal kini….

    Allah benar – benar sedang membayar balik setiap perbuatan dan kesalahan yang kita lakukan….

    keadaan sudah makin kelam kabut dan menggila….

    mungkin sudah sampai masanya PR melakukan PENGHIJRAHAN….

    ambil apa saja contoh yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W

    TIME IS ALWAYS THE WINNER IF YOU WANT TO BELIEVE IT…..

  4. semut said,

    Semakin ketara pula bila anggota-anggota polis diperbanyakkan jumlahnya dan mereka di beri layanan istimewa oleh BN. Apakah tujuan itu selain menambahkan kekebalan mereka menggunakan jentera keselamatan yang sepaptutnya dikerahkan untuk melindungi rakyat dan bukan menzalimi mereka.

  5. org melayu said,

    alhamdulillah…..

    Bangsa melayu masih hidup aman selama 50 thn ni di dalam negara malaysia. kepada yg xbersyukur tu sila la migrate ke negara yg lbh aman…
    jgn nak gadai tanah ni kat pengkhianat Islam. sian anak cucu kita nanti xda tmpt nak berteduh…..

  6. Pejuang yg HAQ said,

    Assalamu’alaikum..

    Sy sekarang sedang mencari bahan2 utk membuat satu kenyataan mengenai kelemahan/kepincangan demokrasi yg berlaku di negara kita, sy terbaca blog tuan..izinkan saya copy dan edit utk disesuaikan dengan research sy mengenai tajuk demokrasi ini..Boleh ke?

  7. amin hazmi said,

    politik membawa anda kemana seharusnya??? SYURGA @ NERAKA ???
    sendiri mau ingat la…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: