7 May, 2009

Apa Pilihan Kita Sebagai Rakyat?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 10:46 am by Ketua Perusuh

(artikel ini tidak wajar diklasifikasikan sebagai hasutan melainkan sebagai ingatan bagi rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi)

Saya tidak mahu mengulas panjang insiden yang berlaku didalam DUN Perak sepanjang hari ini. Semua rakyat Malaysia saya jangkakan telah mengetahui hujung pangkal apa yang berlaku disana. Kesimpulan yang saya dapat berikan cuma satu iaitu;

“Pada tanggal 7 Mei 2009, pastinya akan dikenang selama mungkin oleh rakyat Malaysia yang prihatin bahawa pada tarikh inilah matinya demokrasi berperlembagaan di Malaysia”.

Marilah kita (rakyat Malaysia yang prihatin) bersama-sama berkabung atas kematian demokrasi berperlembagaan yang selama lebih 50 tahun kita julang. Kematian ini bukanlah dilakukan oleh pihak penjajah (kita bukankah telah merdeka?) akan tetapi kematian ini dilakukan oleh bangsa kita sendiri yang rakus kepada kuasa.

Setelah matinya demokrasi berperlembagaan, tidak mungkin akan kekal lagi “Raja Berperlembagaan” sepertimana yang dituntut dan dikhaskan didalam Perlembagaan Malaysia. Apa yang ada hanyalah Malaysia yang dipimpin dan dikuasai secara diktator. Hari ini telah terbukti bahawa “Raja Berperlembagaan” itu hanyalah ujud diatas kertas sahaja sedangkan kuasa sebenar ditentukan oleh Perdana Menteri Malaysia sepenuhnya.

“Raja Berperlembagaan” hanyalah sekadar satu mohor (cap) yang akan digunakan apabila perlu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Krisis yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan telahpun menjadi “precedence” (duluan kes) bagi seluruh negeri-negeri yang bersekutu dibawah panji-panji Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

Bila pemerintah sendiri (Kerajaan Barisan Nasional dan wakilnya) tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan, maka adalah tidak wajar sama sekali sekalian rakyat juga menghormati undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan perlembagaan hanya layak di”bakulsampah”kan sahaja kini. Malaysia nampaknya mengamalkan dua set undang-undang yang berbeza. Satu set khusus untuk diikuti oleh rakyat marhaen manakala satu set lagi khusus untuk Kerajaan Barisan Nasional dan yang bersekongkol dengannya.

Dengan ini, saya syorkan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar meneruskan tindakan berkabung sampai bila-bila sehinggalah dihidupkan kembali demokrasi berperlembagaan di Malaysia ini.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

3 Comments »

  1. adriana said,

    Bersatulah bangsaku demi agama dan anak cucu kita. Janganlah kita biarkan bangsa cina dan india menghina kita dan mancaci agama islam. Kita perlu bersatu tanpa mengira kefahaman politik kita. Lihatlah bangsa cina yang memperjuangkan bangsa mereka tanpa mengira kefahaman politik mereka samada MCA, Gerakan ataupun DAP.. Lihatlah youtube ini.. sayu ddan sedih apabila seorang bangsa cina yang mempunyai IP dari Kota Bharu telah mencaci kita.. Sedarlah wahai Kaum islam dan bangsa melayu.. BERSATULAH KITA!!

    Wahai Partiku PAS, berjuanglah demi untuk agama Islam, tolong nasihatilah DAP agar memelihara bangsa cina mereka yang semakin tidak terkawal lidah dan tindak tanduk mereka. Jangan PAS kerana hendakkan kemenangan dan popular, maka mereka bertindak tidak ubah bagai UMNO.

  2. Cucu Panglima Gente said,

    Salam Tuan.

    Dunia tanpa sempadan.

    Sebab malas membaca,tak ada daya saing.
    Hidup atas rompakan DEB yang di seleweng oleh pemimpin UMNO/BN.

    Wahai Partiku UMNO/BN berjuanglah demi untuk ekonomi, tolong nasihatilah MCA agar memelihara bangsa cina mereka yang semakin tidak terkawal lidah dan tindak tanduk mereka. Jangan UMNO/BN kerana hendakkan kemenangan dan popular, maka mereka bertindak tidak ubah bagai ZIONIS.

    Kah,kah,kah,……………

    Kecik benor gamaknya dunia ni adriana ooii !!!!

    Cuba baca link bawah ni,
    http://mt.m2day.org/2008/content/view/21594/84/

    ehmmm….Ketuanan Melayu lagi.

    Back to Topic.

    Sebenarnya tuan,kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.

    Kemana hala arah tujuan negara yang akan dibawa oleh Najib,UMNO/BN ?
    Bukankah prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan sebagai asas dan panduan untuk membina negara.

    Apabila Polis(PDRM) menjaga kepentingan politik UMNO/BN,maka inilah jadinya.

    Perjuangan kini menjurus kearah yang lagi satu.
    Maksud saya ini yang mereka idam-idamkan untuk mengisytiharkan sesuatu yang dapat menyelamatkan politik mereka.

    Tidak mustahil akan berlaku bila rakyat bangkit menghumban UMNO/BN dalam piliharaya akan datang.
    Apa senjata terakhir mereka walaupun parti lain menang dengan majoriti besar dalam pilihanraya umum akan datang ?
    Apakah sejarah menipu kita apa yang berlaku pada 1969 ?
    Peristiwa yang masih segar dalam ingatan saya.
    UMNO/BN meniupkan api perkauman ketika itu.
    Itulah senjata terakhir mereka.DARURAT !!!!!

    Persediaan awal dari segi fizikal dan mental harus ada dalam diri jiwa-jiwa Merdeka.

    Arus yang akan melanda tiada siapa akan dapat menangkis lagi ketika itu.
    Pertumpahan darah sudah semestinya berlaku.
    Ketika itu baru kita dapat heret dan seret semua petualang yang bersekongkol dengan UMNO/BN.
    Sebagaimana mereka cekek dan seret Speaker Siva.

    Mereka terutamanya polis lupa akan “API DALAM SEKAM”.

    Selama mana dapat mereka bertahan ?
    20-30 tahun lagi ?
    Tak mengapa.
    Masa ditunggu atau masa akan datang?
    Masa akan tiba juga.

  3. org melayu said,

    “Persediaan awal dari segi fizikal dan mental harus ada dalam diri jiwa-jiwa Merdeka.

    Arus yang akan melanda tiada siapa akan dapat menangkis lagi ketika itu.
    Pertumpahan darah sudah semestinya berlaku.”

    DO U REALLY PRAY 4 THIS?????
    GET OUT FROM MY COUNTRY!!!!!
    JGN SESEKALI MENGAPI-APIKAN RAKYAT YG SDG HIDUP DALAM MALAYSIA YG AMAN PD HARI INI.
    MALAYSIA DONT NEED PEOPLE LIKE U!!!!!

    Ya Allah …ya Tuhanku….
    Engkaulah yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani….
    Lindungilah tanah airku dari cengkaman penjajah, Penghapus agama ISLAM…yakni.. yahudi dan sekutu-sekutunya
    Lindungilah kaum ku dari kemusnahan yang dilakukan golongan rakus yang berniat memecah belahkan agama dan bangsa.
    Hindarilah hati kami dari sifat suka mencaci, menghina dan menjatuhkan maruah sesama sendiri..
    Peliharalah kaum kami agar terus teguh dan bersatu demi membangunkan agama dan negara….
    jadikanlah bangsa melayu sebuah bangsa agung yang mampu dicontohi negara-negara islam yang lain untuk terus membangun membela agama..

    amin……..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: