2 March, 2009

Semakin Biul Barisan Nasional

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , , at 10:03 am by Ketua Perusuh

Kerana risaukan sidang tergempar DUN Perak dapat berlangsung pada keesokan (3 Mac) hari, maka pintu pagar utama Bangunan Perak Darul Ridzuan ditutup. Tindakan terdesak ini sekaligus memberi petunjuk bahawa Menteri Besar Haram (Zambry Kadir) tidak yakin bahawa beliau akan terus mengepalai Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Jika rakyat Malaysia berfikiran terbuka, tentulah mereka akan dapat menangkap maksud tindakan penutupan Bangunan Perak Darul Ridzuan dari semua tetamu sebagai usaha untuk menyekat diadakan satu sidang tergempar DUN Perak yang menyaksikan bahawa Menteri Besar Haram (Zambry Kadir) dan enam exco beliau tidak dibenarkan langsung untuk hadir (kerana digantung kehadirannya).

Tindakan menutup Bangunan Perak Darul Ridzuan sebenarnya menyalahi undang-undang kerana ianya menghina DUN Perak yang wajib bersidang secara tergempar esok hari. Dengan kuasa yang ada pada Speaker DUN Perak, maka beliau boleh mengarahkan pasukan keselamatan untuk membuka pintu Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan urusan dilaksanakan.

Mana-mana pihak yang bertegas tidak membenarkan Speaker DUN Perak untuk memasuki DUN boleh dikenakan tangkapan dan boleh dipenjara atas dasar menghalang penjawat sah daripada menjalankan tugas seperti yang termaktub didalam perlembangaan.

Bayangkan jika Pakatan Rakyat memang secara majoriti pada PRU13 nanti, namun pihak yang bersekongkol dengan Barisan Nasional mengambil jalan mudah menyekat urusan berkaitan Parlimen dilakukan dibangunan Parlimen. Mungkin juga kita boleh melihat akan ada satu lagi notis yang menyekat Parlimen digunakan mengikut hak-hak yang ditentukan didalam perlembagaan.

Episod yang berlaku di Perak pastinya akan dijadikan “precedence” (dahuluan kes) bagi mana-mana DUN dan Parlimen di Malaysia dikemudian hari.

Sepatutnya kuasa Legislatif, Eksekutif dan Judiciary tidak bercanggah dan saling tekan menekan diantara satu sama lain. Namun apa yang boleh kita lihat sekarang adalah Kuasa Eksekutif telah menekan kuasa legislatif dan judiciary daripada menunaikan hak-hak mereka yang termaktub didalam undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang impikan kematangan demokrasi, adalah wajar jika kita semua membuat bantahan umum dan menggunakan kuasa-kuasa yang ada pada rakyat (seperti yang ditetapkan didalam undang-undang) untuk memastikan bahawa sidang tergempar DUN Perak dapat dilaksanakan dengan teratur.

Pihak Polis dan Keselamatan Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak berhak sama sekali untuk menghalang Speaker dan ADUN untuk bersidang disitu. Jika mereka masih bersedia untuk menghalang sidang tergempar DUN ini dilaksanakan, maka sewajarnya episod hitam di Negeri Perak kali ini kita warwarkan di media-media antarabangsa agar dapat semua pihak mengenali hati budi dan sikap sebenar Barisan Nasional yang kononnya mengagungkan Demokrasi.


Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

8 Comments »

  1. hadi said,

    siapa yg biul??? adakah anda atau PR..bukan kah ianya perlu perkenan Sultan?? xpayah nk cakap byk..majoriti rakyat perak adalah MELAYU walaupn x jauh beza dgn bangsa pendatang..BERAPAKAH KAWASAN MELAYU YG DIMENANGI OLEH PR DAN BERAPAKAH PULA KAWASAN MELAYU YG DIMENANGI UMNO?? SI NIZAR 2 PN JD MB IKUT BELAKANG..

  2. zik said,

    Hadi,,
    Awat UMNO bodoh macam monyet kena belacan..
    Woi kalu x sah dalam erti kata yg lain Speaker mesti dapat perkenan sultan dulu sebelum sidang tergempar..Yg parlimen baru2 ni bersidang pasal usul kutuk palestin tanpa dapat perkenan Agong apa ke haram jadahnyanya pulak Hadi bodoh??
    Kalu tindakan Speaker salah dan tak ikut peraturan, bukan kak sidang ini boleh digunakan untuk reverse atau pecat Speaker sebab telah salah gunakan kuasa untuk panggil sidang????
    Kalu salah apa ke haram jadah..yang hampa mangkuk UMNO pi tutup DUN…awat kalu takdak bangunan DUN…Speaker tak boleh nak buat mesyuarat bodoh??
    Kalu betui hampa ada majoriti,,bukan ni peluang terbaik nak belasah PAKATAN kalau ada pilihanraya negeri bukan saja di Perak tapi Kedah, Penang dan Selangor???
    Kalu tak jadi sidang ini pun, syarat DUN mesti bersidang jugak paling lambat bulan April ni..gamaknya Speaker boleh jugak terima usul nak bubar dun??
    Klau xdak sidang langsung pun automatik bulan 5 ni DUN akan bubar?
    So satu ja..hampa pengecut dan pondan nak menang,, tangkap saja semua adun PR masuk ISA ataupun buat darurat??
    Apapun..PRU 13 DUN Perak akan bubar jugak.,,,time tu baik hampa simpan teluq2 hampa..sebab kami kan rebuih buang dalam Tasik Taiping tak pun Zoo taiping bagi babi2 hutan makan teluq pondan hampa!!

  3. Abang biol said,

    Aloo, yang hangpa pi gantung tak pasai-pasai depa tu baguih kaa? Haprak punya mangkuk

  4. zik said,

    Pasai sokongan melayu..hampa punya saluran 1 dan 2 tinggaii berapa kerat dah saja..setakat makcik2 pakcik hanga boleh duk goyang pungkoq laa..saluran 4 dan 5 makin bertambah hadi oii…lupa lak slaura 4 dan 5 melayu jugak..tapi bukan karat UMNO la…hoi lupa ka Kuala Terengganu????
    Sapa yg celebrate malam tu..bukannya nenek hang atau pakcik hang..semua budak2 muda..awat hang ingat budak muda2 ni ada kat Kuala Terengganu dengan Permatang Pauh saja ka??/

  5. zik said,

    Yang pasai kena gantung..padan muka..baru berak cirit..awat hangpa ingat speaker ni mak bapak UMNO yng punya saja ka??
    padan muka..muka mb dari gelap teruih jadi cerah,,,sebab pucat nak kena letak jawatn pulak..hahaha..cam Tukar Tiub kata..KAHHH..KAH..KAH..KAH..KAH..KAKAHH..KAH KAH…KAHH

  6. zik said,

    Ha ni ambik ni sokongan kuat org melayu kat Raja bola hang:
    Kawasan majoriti Melayu tapi menang majoriti 66 saja..aiseh buat malu taik lembu la..
    jgn lupa lak kat K.Terengganu UMNO menanh majoriti 8OO lebih tapi kalah 2 ribu hehehe..hang agak2 la kawasan Melayu ni kalu ada pilihanraya negeri boleh tambah majoriti tak???hehehe
    awat x percaya? pi lawat sendiri:
    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16519#430829

    samseng umno menang 66 undi jer!
    hauhauhau!

  7. othman said,

    Isu di sini bukanlah mengenai ‘kewjaran’ persidangan tsb. tetapi lebih menjurus kepada tindakan desperate speaker ini untuk mengekalkan kedudukannya sebagai speaker dan utk. balas dendam. Tindakan2 yg. diambil sebelum memanggil persidangan adalah terlalu naive dan kebudak-budakan. Tak perlu manusia sebijak bekas felo ISIS untuk menangkap tujuan sebenar speaker kurang cerdik ini dan kawan2nya dalam PR. Pertama pastikan semua usul PR akan dapat sokongan majoriti. Bagaimana?..gantung dulu mereka yg. akan menentang usul dan cegah mereka masuk Dewan lepas tu adakan undian..mesti menang punya. rasanya budak tadika pun boleh figure out strategy katun ini. Utk. makluman sdra. ketua perusuh, tindakan keling kurang cerdik ini boleh dikira sebagai ada unsur rasuah sekiranya diteruskan kerana tindakan2 yang dibuat,walaupun mengikut perusidur, tetapi mempunyai elemen yang menguntungkan diri sendiri adalah dikira rasuah. Dia kena excuse dan isytihar dirinya mempunyai kepentingan dan tidak boleh ambil bahagian dan persidangan tersebut, apa lagi mempengerusikannya. The same principle is also applied to all ‘former PR excos” kerana mereka juga ada kepentingan dan perlu keluar persidangan semasa usul2 tsb di bincang dan diputuskan. Jadi guano nak buak nih sdra. KP.

  8. awang said,

    apa pun aku sokong Dun di bubarkan biar rakyat Perak yg tentukan siapa yg depa nak………


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: