26 February, 2009

Laporan Polis?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , , , at 1:00 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa pada dasarnya saya amat bersetuju jika mana-mana aduan untuk mana-mana pihak dibuat dan disiasat oleh Polis. Namun pihak Polis perlulah lebih professional dengan tidak membuat siasatan terpilih atas mana-mana aduan ini.

Sebagai contoh jika seorang petani membuat aduan mengenai JKKK yang disyaki melakukan salahguna kuasa, maka perlulah pihak Polis membuat siasatan walaupun pihak JKKK tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ketua Polis sekalipun.

Amatlah tidak wajar sekiranya pihak Polis tidak mengambil tindakan untuk membuat siasatan mahupun tangkapan hanya kerana JKKK tersebut adalah saudara kepada Ketua Polis. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapatnya unsur-unsur siasatan terpilih yang boleh juga diklasifikasikan sebagai satu salahguna kuasa.

Namun apa yang kita semua sedia maklum, pihak Polis di Malaysia sememangnya senantiasa melakukan siasatan terpilih. Sejak bertahun kita sendiri boleh lihat bahawa jika ada mana-mana aduan atau laporan yang berkait dengan pihak yang berkuasa, maka biasanya pihak Polis tidak akan memulakan apa-apa siasatan walaupun berlori-lori aduan dan laporan polis dibuat di merata tempat.

Malah kita boleh melihat senario ini menjadi tidak terkawal sejak akhir-akhir ini hanya kerana pihak Polis ditekan oleh pemerintah. Sepatutnya pihak polis berkecuali dalam segala hal, namun demi kepentingan beberapa pihak (didalam ataupun diluar institusi Polis itu sendiri) maka ianya menjadi semakin parah.

Dalam seminggu dua ini kita boleh lihat beratus-ratus laporan Polis yang dibuat oleh beberapa pihak (tidak kira daripada parti pemerintah mahupun parti pembangkang), namun laporan Polis yang dibuat oleh pihak Pembangkang nyatanya tidak diambil tindakan oleh pihak Polis ataupun sengaja dilengah-lengahkan. Akan tetapi jika terdapatnya laporan Polis yang dibuat oleh parti pemerintah, maka dengan pantasnya pihak Polis akan mengambil tindakan.

Walaupun sesetengah laporan Polis tersebut tidak wajar disiasat atas kapasiti pengasingan kuasa (seperti contoh laporan Polis terhadap Speaker DUN Perak). Disini kita wajar mempersoalkan status kuasa yang ada pada pihak Polis yang membolehkan mereka menyiasat setiap keputusan muktamad yang dibuat oleh mana-mana Speaker DUN/Parlimen.

Mengikut perlembagaan Malaysia, status Speaker mana-mana DUN/Parlimen adalah kebal dari mana-mana tindakan sivil atau jenayah bagi setiap urusan atau keputusan yang berkaitan dengan DUN/Parlimen. begitu juga mana-mana Ahli DUN/Parlimen semasa sidang DUN/Parlimen. Speaker DUN/Parlimen adalah dilindungi oleh undang-undang dan tidak boleh ditahan, didakwa atau dipenjara sama ada melalui prosiding sivil atau jenayah bagi semua Negara Komanwel

Oleh yang demikian, tindakan Polis yang menyiasat Speaker DUN Perak berasaskan kepada laporan Polis yang dibuat oleh agen-agen Barisan Nasional adalah bersalahan dengan kuasa yang ada padanya. Jika pihak Polis dibenarkan berterusan membuat siasatan keatas kuasa Speaker, maka tidak mustahil sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia akan runtuh.

Tindakan pihak Polis ini sebenarnya boleh dicabar di Mahkamah atas dasar mencabuli hak-hak dan status dalam Perlembangaan Malaysia. Perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap SPRM (dahulunya dikenali sebagai BPR) yang khabarnya sedang menyiasat keputusan Speaker DUN Perak. Tindakan Polis dan SPRM ini nampaknya seperti mencabar kedaulatan Perlembagaan Malaysia yang memberikan kuasa “absolute” kepada Speaker DUN/Parlimen dalam membuat keputusan yang dikira muktamad.

Jika ini dibenarkan berterusan dilakukan (Siasatan Polis dan SPRM terhadap Speaker), maka sudah pastinya selepas ini kita boleh lihat akan ada banyak lagi laporan polis terhadap keputusan Speaker di DUN-DUN yang lain ataupun Parlimen. Namun jika siasatan terpilih dilakukan (hanya terhadap Speaker DUN/Parlimen dari pihak Pakatan Rakyat), maka sewajarnya kita (Rakyat Malaysia yang prihatin) mengambil tindakan menyaman ataupun membubarkan sahaja PDRM dan SPRM.

Bola ada dikaki semua rakyat Malaysia yang prihatin.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

7 Comments »

  1. pt-91 said,

    ye bubarkan PDRM dan mana pihak boleh tubuhkan PMC mereka sendiri…
    boleh membeli kereta kebal pt-91 seperti membeli kereta…..
    bright of the future….

  2. propolis said,

    Tuan Ketua Perusuh,

    Saya bersetuju benar dengan pandangan tuan. Tuan begitu arif sama ada mengenai undang-undang di Negara kita ataupun yang di bawah naungan Komenwel, malahan saya tidak terperanjat, jika tuan juga mahir tentang undang-undang jenayah dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya tidak akan lupa bahawa tuan pernah menjadi “James Bond” kanan ISIS !!!

    Saya ingin membuat cadangan ikhlas – Tuan buatlah laporan polis tentang “penyelewengan siasatan” yang dijalankan oleh Jabatan Polis dan nyatakan bahawa polis bertindak berat sebelah. Biar polis siasat aduan tuan itu.

    Jika tuan kurang puas dengan tindakan ataupun siasatan yang dibuat oleh polis, tuan buat laporan polis lagi dan kali ini buat cadangan bubarkan pasukan polis dan gantikan dengan badan-badan pengawas undang-undang yang lain!

    Tuan selaku “James Bond” kanan mesti jadi hero !!!!

    Saya bersorak di belakang tuan – macam mana??

  3. semang said,

    betul tu tuan,berat sebelah sangatlah gayanya PDRM ni.

  4. Memang banyak lombu kambing kat mesia ni…. lombu kambing ni akan di bela dan kasi makan cukup cukup , kena ikut cakap gembala. Kalau melawan tunggu la …kena semelih…cam kes kat mahkamah …sekor dah jadi kambing hitam….

  5. sirNik said,

    Salam Ketua Perusuh,

    saya amat bersetuju dengan pendapat tuan

  6. saya juga setuju dengan pendapat timbang kati..semua yang bekerja sekarangni nawaitunya hanya kepada pemimpin bukan kerana allah.melaksanakan tugas mencari rezeki dengan keberkatan allah.

  7. depankubur said,

    aku setuju dengan pendapat hang, polis bila tak dapat selesai kes jenayah maka diajaknya orang ramai jadi “rakan cop”. berbaik lah konon, walhal gagal jalankan tugas. bila ada budak terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata, mulalah jawab melilau, merapu, lagilah kalau nak ziarah. minta maaf jauh sekali, silap-silap budak tu pulak disumbat dalam lokap. dah lah budak tu dah buta. jadi polis sekarang saya rasa bukanlah satu kerjaya yang membanggakan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: