12 February, 2009

Bila Penyamun Berkuasa

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:27 am by Ketua Perusuh

Abdullah Ahmad Badawi nampaknya masih lagi tidak mahu sedar (atau pun sengaja tidak mahu sedar) bahawa setiap tindakan yang beliau lakukan mengundang seribu satu masalah dikemudian hari. Tindakan terkini beliau iaitu melantik Ketua Hakim Negara (Zaki Azmi) sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah tidak bertepatan.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah satu suruhanjaya yang mempunyai kuasa penuh untuk melantik hakim-hakim (setelah merampas kuasa ini daripada Majlis Raja-Raja Melayu) bagi semua cabang mahkamah di Malaysia.

Zaki Azmi terkenal sebagai satu hakim yang tidak sewajarnya menjadi Ketua Hakim Negara kerana terdapatnya kes-kes peribadi beliau yang jelek. Malah tindakan beliau melepaskan tertuduh bagi kes rogol kanak-kanak sehingga mati oleh pengawal keselamatan sub-stesen TNB di Johor juga menjadi perdebatan didalam dunia perundangan.

Cara beliau naik dari peguam jalanan biasa (peguam UMNO) sehingga kepada menjadi Ketua Hakim Negara juga dipertikaikan oleh banyak pihak. Kini beliau diberikan satu kuasa mutlak yang membolehkannya menempatkan lebih ramai hakim-hakim yang korup, rasuah dan mempunyai salahlaku menjadi Ketua Hakim dalam cabang-cabang Mahkamah Malaysia.

Sewajarnya pelantikan Zaki Azmi ini ditolak oleh semua rakyat yang memandang tinggi institusi perundangan dan kehakiman. Jika dibiarkan seorang penyamun (menjadi hakim) dan kemudian berkuasa pula melantik rakan-rakan sejenayahnya menjadi Hakim-Hakim juga, maka bersedialah kita untuk melihat kehancuran keluhuran dan integriti institusi perundangan dan kehakiman di Malaysia.

Sebagai rakyat yang perihatin, adalah sewajarnya kita semua menolak pelantikan Zaki Azmi ini demi kepentingan rakyat dan institusi kehakiman itu sendiri. Marilah kita semua bersama-sama membuat tindakan (gerak utama) untuk membatalkan perlantikan ini.

6 Comments »

  1. Maha Bistari said,

    Hai lantak lah yeob, depa nak lantik siapa, bukam semuanya tak pernah terjadi. Mamang Datuk Azmi tu pernah kawin lari, kemudian ceraikan.

    Lagipun dia bukan nak jadi ketua hakim moral, tetapi nak jadi ketua suruhanjaya kehakiman, tentang jenayah, sivil dan lain-lain, bukannya terlibat pun dengan kehakiman syariah.

    Yang putuskan hukuman ialah hakim-hakim itu sendiri. Tak kanlah hakim-hakin nak buat keputsan salah, walaupun dilantik oleh orang yang tersalah.

    Takdir yeob, takdir. Lagikan singh boleh jadi hakim, tak kanlah Datu Zaki Azmi tak layak kot. Mana yang lebih intgratiti di antara agunstan paul dengan zaki azmi?

  2. Roh ALTANTU....... said,

    Kita serah je lah pd Allah. Depa memang bijak merancang, tapi Allah lebih lagi. Tengok kt Perak, punyalah depa nak elak pilihanraya….. itu pun SPR masih nak putar-belit. Betul kata Nik Aziz dulu, mereka bukan sekadar tak ada muka, tapi TAK ADA KULIT MUKA. Jgn bercakaplah dgn mereka pasal maruah sebab benda ni tak ada dlm senarai hidup mereka. Ni dok sibuk hasut Sultan pulak….. macam cerita filem 50an dulu. Mundur, mundur…….

  3. anak ketua perusuh said,

    bapak ketua perusuh,
    nampaknya semua tak kena bagi hang …. hang lalok betui la …..
    pak lah tak kena, agung tak kena, zambry tak kena, semua calon mkt umno tak kena, hakim tak kena, malahan semua tak kena.

    agak-agak yang dok kena, bini hang tak?

    merapu je hang ni ……………. dok diam dah la!

  4. kantoi said,

    hahaha….korang baca jela mat sakit mental ni tulis…pok pek ja keje

  5. Nor Altantuya said,

    Kpd sesiapa yg berkenaan. Sila rujuk chedet.co.cc tarikh 3 Feb. Tajuk RASUAH UMNO, diakui sendiri oleh Tun Mahathir dan beratus-ratus pengikutnya. Apa cerita……..

  6. fuzzniq said,

    apa-apa pun kita sebagai rakyat takpat buat apa pun.tengok jer la cerekarama tu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: