8 February, 2009

Yang Benar, Yang Salah!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:06 am by Ketua Perusuh

Kemelut Politik di Negeri Perak Darul Ridzuan sebenarnya telah berjaya menunjukkan sikap sebenar “Wakil Rakyat” yang telah dilantik apabila menang didalam Pilihanraya (sama ada diperingkat Dewan Undangan Negeri ataupun Persekutuan).

Persoalan yang perlu kita semua bincangkan dengan RASIONAL adalah, bagaimana mengklasifikasikan istilah dan konsep “Wakil Rakyat” itu sebenarnya.

1. Adakah “Wakil Rakyat” itu sebenarnya mewakili rakyat, dirinya ataupun partai yang didukunginya?
2. Adakah “Wakil Rakyat” itu boleh bertindak tanpa mendapat pungutan suara (konsensus) daripada rakyat yang diwakilnya?
3. Adakah “Wakil Rakyat” boleh dibenarkan melompat partai (tanpa dikenakan apa-apa tindakan).

Baiklah,

Disini mari kita bincangkan perkara yang pertama iaitu Adakah “Wakil Rakyat” itu sebenarnya mewakili rakyat, dirinya ataupun partai yang didukunginya?. Berdasarkan istilah dan perkataan “Wakil Rakyat” itu sendiri, maka adalah sewajarnya jawatan yang didukunginya disandarkan kepada tugasan untuk mewakili rakyat dalam apa jua keadaan. Oleh itu seorang “Wakil Rakyat” tidak boleh merasakan jawatan yang didukunginya hanyalah untuk dirinya ataupun untuk parti yang dianggotainya.

Maka segala tindak tanduknya perlulah mendapat persetujuan dari rakyat yang diwakilinya secara konsensus tanpa beliau bertindak sendirian. Ini kerana beliau mendapat jawatan tersebut atas undi yang telah rakyat berikan semasa pilihanraya. Tanpa persetujuan rakyat yang diwakilinya, maka sewajarnya tindakan yang dilakukan olehnya boleh dipertikaikan malah boleh dicabar di mahkamah. Hanya pengundi berdaftar bagi kawasan “Wakil Rakyat” tersebut boleh mencabar tindakan “Wakil Rakyat” mereka sekiranya tindakan “Wakil Rakyat” tersebut tidak mendapat mandat rakyat.

Bagi tindakan “Wakil Rakyat” melompat parti, kita tidak boleh (disegi undang-undang) untuk menyekat tindakan ini selagi mana tidak dikuatkuasakan undang-undang anti lompat parti. Mana-mana orang perseorangan boleh keluar masuk mana-mana persatuan ataupun pertubuhan tanpa sekatan dibawah Undang-Undang Malaysia.

Namun apa yang boleh dipertikaikan kini adalah bagi kes “Wakil Rakyat” yang bertindak melompat parti ataupun mengesahkan bahawa beliau telah menjadi “Wakil Rakyat Bebas”, beliau sepatutnya membayar kembali;

1. Yuran Pertaruhan bagi pilihanraya yang telah dilangsungkan (biasanya yuran ini disediakan oleh parti yang didokonginya semasa pilihanraya)
2. Kos-kos berkaitan pilihanraya (poster, banting, kos operasi dan sebagainya)
3. Denda (sekiranya ada mengikut perlembagaan setiap parti) bagi sesiapa yang keluar daripada parti

Bayaran ini perlulah diperjelaskan sebelum tindakan melompat parti (keluar dari parti) diambil dan ianya perlulah dikira bersekali dengan faedah-faedah (interest) lain sekiranya wajar (bagi pilihanraya yang telah dilangsungkan lebih dari setahun.

Dan sewajarnya bagi mana-mana “Wakil Rakyat” yang melompat parti, adalah perlu mereka mengosongkan kerusi yang diduduki bagi membolehkan rakyat dikawasan tersebut membuat pemilihan mereka sendiri dengan seadil-adilnya. Jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak membenarkan satu pilihanraya yang baharu dilakukan, maka satu saman bolehlah dibuat oleh mana-mana pengundi berdaftar (bagi kawasan yang mana wakil rakyatnya telah melompat parti) terhadap Suruhanjaya Pilihanraya.

Para pengundi sebenarnya mempunyai hak yang amat luas didalam perundangan Malaysia jika mereka mahu menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Malah Suruhanjaya Pilihanraya tidak boleh membatalkan mana-mana saman yang dibuat oleh para pengundi melainkan setelah hakim berpuas hati dengan hujah-hujah kedua belah pihak (para pengundi dan Suruhanjaya Pilihanraya).

Kerajaan (negeri ataupun persekutuan) adalah direkabentuk untuk rakyat dan sewajarnya perlu mendapat mandat rakyat seadilnya. Oleh yang demikian sewajarnya setiap perubahan dalam organisasi Kerajaan (negeri ataupun persekutuan) perlulah mendapat konsensus rakyat (yang biasanya diperolehi melalui satu pilihanraya).

Biarpun kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN/Parlimen terletak dibahu para Sultan dan sebagainya, namun bagi mendapatkan sesuatu keputusan yang yang adil, maka perlulah para Sultan dan sebagainya melaksanakan perkenan tersebut dan membubarkan DUN/Parlimen supaya satu pilihanraya yang adil boleh diadakan.

Dan tindakan yang dilakukan oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (bagi kes politik di Negeri Perak Darul Ridzuan) adalah bersalahan dengan keperluan perlembagaan bagi mendapatkan satu Kerajaan Negeri yang adil serta mendapat mandat rakyat (pengundi). Oleh yang demikian tindakan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ini boleh dicabar dari sudut perundangan.

Saya sedia maklum bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah adalah bekas Ketua Hakim Negara, namun ianya tidak bermaksud bahawa beliau maksum daripada terkhilaf ketika menafsirkan undang-undang serta perlembagaan itu sendiri, sepertimana diri saya sendiri yang mungkin ada terkhilaf ketika memberikan pandangan serta komentar.

Walau apa pun pandangan saya, saya tetap rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dan masih menerima pakai frasa “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah”, biarpun mungkin ada pihak beranggapan bahawasanya saya telah menderkaha kepada Sultan.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

14 Comments »

  1. iraman Hj Karim said,

    Semua orang dah tahupun apa yang kamu tulis. Ada lagi satu yang semua orang Malaysia dah tahu. JANGAN BIADAB KEPADA RAJA/SULTAN MELAYU.
    Tapi segaja buat-buat tak tahu. Satu lagi yang hampir semua orang Malaysia tahu iaitu PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Tapi semua orang pening kepala kerana PAS itu ialah Islam yang minum Arak dan makan Babi. Kenapa saya cakap begitu. Kerana sebaik sahaja habis sembahyang jumaat di Masjid Ubudiah, mereka terus sahaj mengamalkan budaya samseng dijalanan dengan mengadakan demonstrasi Derhaka kepada Raja.
    Saya tak hairan kalau India maupun Cina yang berbuat demikian. Tapi ini PAS. Memang betul mereka Islam, tapi mereka juga majoritinya MELAYU. Dan Sultan itu Raja/Sultan Melayu. Mungkin kepada PAS kalau ibu bapak mereka setia kepada Sultan, Ibu bapak mereka pun mereka akan bedal habis-habisan.

  2. Kherry said,

    Aku pergi macam macam blog tapi pencacai yg kononnya anak Hj Karim ada juga nak menegakkan benang basah dia. Cerita hal Sarawak dia pun ada…cerita hal Sabah dia pun ada. Aku tak heranlah dengan otak udang macam tu.

    Apapun telah terbukti UMNO=rasuah berpisah tiada. Apa nak dikata semua yg rasuah dialah juara sampai Dr M sendiri ngaku. Habis tu nak buat camana duit haram dah makan jadi gelaplah hati tu.

    Cuba cakap kat Dr M yg dulu cabut imuniti raja.

  3. BlackList said,

    nape skang perlu dibangkitkan pasal lompat melompat adakah kerana ia tidak menguntungkan pakatan rakyat .. apa jadi dengan 916 dulu .. apakah pendokong PAS sudah lupa dan penyokong PR sudah melupakan .. bangkitlah dari tidur .. jangan dok salahkan orang saja

  4. pt-91 said,

    bagi saya mudah aje katakanlah wakil rakyat ni ibarat prmandu bas dan pemumpangnya rakyat apabila si pemandu bas ni sering dapati basnye asyik rosak aje..
    kemudian pegi repair tapi rosak balik dan perkara ni sering berulang dan berulang…
    pemandu bas ni naik fed-up…
    jadi apa yg perlu dia buat ialah ganti dengan bas baru lah….
    bagi saya politik ni simple aje…
    duit dari kerajaan negeri/persekutuan tetap mengalir macam biasa…
    cuma di malaysia ni tak begitu…..
    politik tak matang itu aje….

  5. abdulahishan said,

    saya amat hairan, kenapa PAS yang hanya mempunyai 2 kerusi ADUN yang begitu lantang membela kerajaan PR yang tumbang sedangkan DAP yang mempunyai majoriti dan menguasai kerajaan perak serta menentukan segala dasar tiada bersuara langsung. Tiada demontrasi jalanan oleh puak-puak DAP tetapi PAS yang mendokong ISLAM (Agama yang cintakan keamanan) dan yang bersultankan Sultan MELAYU garang memperjuangkan hak DAP. Dimanakah pakar-pakar agama, dimanakan semangat kemelayuan?? SULTAN kita di caci, agama kita dihina. Bayangkan benteng terakhir ini roboh, lagi mudahlah Karpal Singh menidakkan hak melayu, hak AGAMA kita. makin banyak lah tanah melayu tergadai, makin kurangla pembelaan orang melayu.

    Saya tidak menyokong BN pada PRU yang lalu tetapi terpanggil untuk menegakkan hak melayu dan agama islam dalam kancah politik yang semakin sonsang ini. apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan melayu dan agama di sentuh saya rasa semua orang melayu perlu bersatu mempertahankannya. Jangan jadi Melaka, akibatnya semua tergadai.

    RENUNG-RENUNGKAN LAH.

  6. Isu posting adalah apakah wajar AP/ADUN melompat parti. Saya secara peribadi setuju bahawa ianya tidak wajar, bagaimanapun kerana isu ini melibatkan seorang ADUN yg melompat ke sini dan kesana maka kupasan haruslah dilakukan berdasarkan kes berkenaan. Jadi jika lompatan ADUN Bota dari PKR ke UMNO tidak wajar maka perlakuannya yang terdahulu juga adal;ah tidak wajar dimana beliau melompat dari UMNO ke PKR. Soalnya kenapa semasa lompat ke PKR, MB (bekas) dan PR secara umumnya menyatakan bahawa tidak perlu ada pilihanraya kecil dan apabila orang yang sama melompat ke UMNO mesti diadakan pilihanraya kecil.

    Saya, sekiranya dari awal PR @ PKR menyatakan bahawa perlu adakan pilihanraya kecil maka saya boleh menerima. Apa yang kelihatan adalah PKR @ PR mengunakan 2 alat pengukur untuk 2 kes yang sama ini membuatkan saya percaya bahawa jika sesuatu yg menguntungkan PR maka PKR @ PR akan menerimanya tetapi sekiranya tidak menguntungkan mereka maka mereka tidak dapat menerimanya. Apakah hak PR untuk merasakan bahawa segala tindakan mereka sentiasa betul dan tindakan orang lain sentiasa salah. What say you?

  7. hanz said,

    sabo jer ler yob … Allah bersama perjuangan yang diredhaiNya. Nak marah tu boleh ler. Marah kat Raje ke Sultan pon tak per eih…deme pon maknusia gak, cuma tinggei lagi care-care nak tunjuk kite marah tu jer kene ler jage sikit.
    ‘Derhaka pada Raja’ ni phrase propaganda kerajaan/pemerintah dari dedulu lagi. Memang ler kite ni kene taat ulul amri tapi tengok keadaan ler cam maner. Kot yang betul lurus pada sisi ajaran Islam kite kene ikut ler cakap/perintah Sultan/Raja. Kot dah salah atau seleweng tu ape ker salahnyer lawan cakap/hujah dengan deme makam tinggi ni? takkan kome tak tau kot dulu lagi penah ulamak lawan/bangkang sampei kene memacam hukuman… tu ler bukti Islam ajar kita tegas dengan perintah Islam jer & leh langgor adat taat setia pada raja biler kene keadaan ler. Keputusan Raja/Sultan kene ler neutral jangan lak jadi lalang. Jangan lak memehak tak untung ke rakyat jelata. Ate, elok ler 1 lagi pilihanraya untuk rakyat Perak sendiri tentukan wakil rakyat deme. Kot leh keme semua pilih Sultan kang naya jer Sultan yang ader..hehe
    Basically politikus memang jugak ‘opportunist’. Tu pasei ler kalau boleh dia bukan takat nak lompat dia nak trobang terus. Nak ikat deme ni trobang ker lompat-lompat tak pasei-pasei, elok ler kite cadangkan undang-undang tak bagi deme lompat-lompat dah. Duk dendiam situ kalau deme tetibe tak suka parti deme pon… tak pon gentlemen ler deme letak jawatan kosongkan tempat untuk pilihanraya lain.

  8. tukangkebun said,

    Sokong Ketua Perusuh. Walau bagaimana pun, politik orang Melayu dalam keadaan kalah-kalah (lose-lose situation) dalam dua keadaan tersebut. DAP/MCA are both gaining their political interest and mileage. Apa lagi yang tinggal kepada jatidiri orang Melayu. Budaya rasuah, arak dan perempuan mula menjalar kerana iman kita semua ni senipis kain Angelina Jolie je. Maruah boleh dijual beli dengan RM.

    Kepentingan peribadi wakil rakyat lebih diutamakan dari keutamaan rakyat yang memberikan kepercayaan dan mandat yang diberikan. Ingatlah kamu dan kita semua akan berhadapan dengan Pencipta kita, Allah Rabbul Jallil.

    Kalau kamu sedar sekarang, wahai wakil rakyat, bertaubatlah dan laksanakan amanah kamu dengan rasa ketaqwaan dan keikhlasan. Tak kiralah kamu dari PAS/UMNO/PKR.

    Kamu Iraman, kamu ingat Sultan ni maksum ke?. Ini semua pangkat di dunia. Kita di ajar dalam Islam agar memberikan ketaatan kepada pemimpin yang adil. Jika Sultan Adil, kita perlu menyokongnya tetapi jika sebaliknya?. Di padang mahsyar nanti, semuanya sama. Hanya amalan taqwa yang jadi bekal. Ketaatan hanya kepada Allah dan Rasulnya.

    Wahai anak bangsaku, Melayu dan Islam. Bangunlah dan kembalilah kepada ajaran Islam. Aslam Taslim.

    Wallahuaklam.

  9. Orang Bulan said,

    Orang PAS hanya taat dan setia pada kepimpinan PAS saja. Dengan pemimpin PKR & DAP hanya mempergunakannya saja. Waima Nabi Muhammad S.A.W pun jika tidak menyebelahi kami, akan kami lawan.
    Lawan tetap Lawan, opp maafkan ana, terpinjam pulak cogan kata DSAI

  10. r@duan said,

    Katoak….

  11. Roh ALTANTU....... said,

    Pemimpin & pengikut UMNO bercakap bukan guna fakta atau kebenaran. Makin mereka bercakap makin terselah kebodohan. Gelihati.. ..seolah-olah rakyat Malaysia ni semuanya budak TADIKA.

  12. jebat7 said,

    salam perjuangan …..

    utk UMNO & para2 MELAYU …
    Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yg kebangsaan itu amat busuk

    PAS tak memperjuangkan hak DAP tapi ISLAM ….. hak amanah yg diberi
    semoga PAS berjaya miliki EMAS di PERAK

  13. cepok said,

    1. Adakah “Wakil Rakyat” itu sebenarnya mewakili rakyat, dirinya ataupun partai yang didukunginya?

    Jaw : Masa nak suruh rakyat mengundi, DIA wakil kepada Rakyat, Dah jadi Wakil Rakyat DIA wakil perut DIA, Masa dah kecoh macam ni PARTI jadi wakil DIA.
    2. Adakah “Wakil Rakyat” itu boleh bertindak tanpa mendapat pungutan suara (konsensus) daripada rakyat yang diwakilnya?
    Boleh buat secara PURATA. Kalau nak masuk DAP, tengok majority rakyat kawasan DIA tu Chinky, BOLEH. Begitu juga dengan Keling, Majority Keling, BOLEH dan sama jugalah dengan Melayu Baru @ Moden, BOLEH. Ini ada nas nya, sila rujuk hadith yang diriwayatkan oleh Anwar Ibn Ibrahim Tahun Masihi 2008 didalam Kitab Harakah karangan Ibnu Hadi Al Awang didalam kitab bertajuk DEMOKRASI ERA BARU. (Rujuk kisah peperangan Bala Angkatan Tentera Spesis Terancam terhadap Raja Bodolah pada Bulan Syawal 2008 )
    3. Adakah “Wakil Rakyat” boleh dibenarkan melompat partai (tanpa dikenakan apa-apa tindakan).
    Ada dua Nas yang boleh digunakan bagi menjawab permasaalahan ini. Didalam riwayat yang dikarang oleh Sheikh Anwar Ibn Ibrahim Tahun Masihi 2008 dan Karangan Sheikh Nik Aziz Tahun Masihi 2008, dibolehkan akan tindakan itu, tanpa dikenakan apa apa tindakan sekiranya perpindahan tersebut mendatangkan kebaikan kepada parti yang di tadbir oleh mereka yang maksum. Ini kerana Al Maksum Sheikh Nik Aziz ada bersabda tentang perpindahan tersebut.
    Sebaliknya, jika perpindahan itu, daripada parti yang maksum ke parti yang di klasifikasi sebagai kafir, korup, majority nya melayu, adalah HARAM dan layak dihukum tanpa perlu di ADILI. Banyak hadith hadith soheh yang boleh digunakan bagi menyokong perkara ini. (Ruj Kitab kitab karangan Sheik Lim Kit Siang, Sheikh Lim Guan Eng dan Al Syumul Sheikh Lee Kuan Yew)
    Wallahuallam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: