5 February, 2009

Wakil Rakyat Bebas?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:42 am by Ketua Perusuh

Tajuk komentar saya kali ini berkisar kepada “Wakil Rakyat Bebas”.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “Wakil Rakyat Bebas”? Wakil Rakyat Bebas adalah mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana perkumpulan. Ini bermaksud bahawa ianya tidak lebih daripada “Melukut Di Tepi Gantang”, yang sewajarnya tidak melebih ataupun mengurangkan sesuatu bilangan.

Waktu ini kita boleh lihat bilangan ADUN Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama banyak bilangannya iaitu 28 orang. Ini tidaklah termasuk 3 orang ADUN yang khabarnya telah menjadi “Wakil Rakyat Bebas”.

Oleh yang demikian, maka mengikut undang-undang sediaada, maka pengumuman yang dilakukan oleh Najib Razak bahawa Barisan Nasional telah mendapat mandat majoriti untuk menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Perak Darul Ridzuan adalah tidak bertepatan dan salah disisi undang-undang serta perlembangaan.

Ini kerana kita tidak boleh mengambil kira bilangan “Wakil Rakyat Bebas” kerana pada dasarnya mereka tidak terikat pada mana-mana kumpulan. Dan jika ada pihak yang masih mempergunakan “Wakil Rakyat Bebas” dalam mencukupkan bilangan majoriti yang mereka perlukan, maka tindakan ini bolehlah dicabar dimana-mana mahkamah.

Jika “Wakil Rakyat Bebas” ini ingin dikira sekali didalam bilangan mana-mana kumpulan, maka sewajarnya mereka menukarkan status “Wakil Rakyat Bebas” kepada “Wakil Rakyat Barisan Nasional” atau “Wakil Rakyat Pakatan Rakyat” dan inilah yang sewajarnya. Jika tidak maka tindakan mereka mengekalkan status “Wakil Rakyat Bebas” ini boleh dicabar di Mahkamah.

Mengikut peruntukan perundangan yang sedia ada, “BEBAS” bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ianya perlu kekal sebegini.

Oleh yang demikian, jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah adalah seorang yang mahir (fasih) dalam peruntukan undang-undang, maka sewajarnya pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak adalah terbatal kerana Najib Razak menggunakan bilangan majoriti yang termasuk dengan “Wakil Rakyat Bebas”. Namun sebaliknya boleh berlaku sekiranya Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan.

Jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan dalam isu “Wakil Rakyat Bebas”, maka mana mungkin rakyat jelata di Negeri Perak Darul Ridzuan akan menjunjung duli dan seterusnya akan mencemuh tindakan Sultan yang tidak mencerminkan mandat rakyat dimana perlunya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan.

Pembubaran DUN Perak adalah satu tindakan yang paling wajar dimana mandat untuk memilih pimpinan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diberikan semula kepada rakyat jelata (pengundi) di negeri tersebut. Inilah sebaik-baik tindakan yang perlu diambil oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah jika beliau masih menjunjung keadilan dan kesaksamaan serta keluhuran perlembagaan.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

18 Comments »

  1. edyes said,

    Malam nie turun la.. awak tu ketua…

  2. fahmi said,

    hai ketua perusuh…sultan perak tu sangat faham dengan perlembagaan dan antara sultan yg pernah memegang jawatan hakim..yg tak paham dan tak percaya dengan Tuanku hanya ketua perusuh aje..tak perlu la mengada-ngada nak beritahu kesan akibat dari keputusan Tuanku..
    ketua perusuh perasan macam bagus

  3. ANOT said,

    ALAHAIIII… NAMANYA PUN KETUA PERUSUH…IDEANYA LEBIH MERENG KEPADA RUSUH…TERIMALAH HAKIKATNYA….

  4. AntiRusuhan said,

    bekas felo kanan? aduh… padan pun dah BEKAS…

    Baginda Sultan sendiri tanya pada adun bebas di mana sokongan mereka, so terima jek la… jgn plak nak menderhaka yerk ketua perusuh

  5. alahai said,

    Apa yang dicakapkan oleh fahmi, ANOT dan AntiRusuhan semuanya betul. Cuma sekarang Senior Fellow kita baru ingat apa itu ‘keadilan’ sedangkan selama ini dia tahu hanya untuk ‘merusuh’ sahaja…dan tak berlaku adil kepada yang benci rusuhan!

    It so happen that i have this ‘humorous sajak’ for all of you to ponder …..

    Perak 0 Perak 0 Perak
    Nizar 0 Nizar 0 Nizar
    PR 0 PR 0 PR
    What a shamble !!!!

    By profession he is an engineer
    But by wit he has no wisdom
    Look who is accompanying and near
    All those ‘slunting eyes’ that long ago left their kingdom!

    By race he is a true Malay
    But by heart he has no such feeling
    Look who is behind him to advice and say
    All those ‘blackies’ that angers when called ‘keling’!

    By the face he looks a real ‘Melayu’
    But by the actions done he potrays a different grace
    He is a Pas member that differs from Pok Nik, Hadi or even you
    Coz he easily befriending ‘kafirs’ rather than his own race!

    Nizar 0 Nizar
    Dont be bizzare
    Perak O Perak
    Dont be in the dark
    See the light that shines
    Join the hands offered by BNs !!!

    ————-no hard feelings guys——————

  6. Cucu Panglima Gente said,

    Salam tuan blog,

    Terkenang Raja Takyah,
    terkenang Sultan Alang Iskandar,
    dendam anak tiri Raja Takyah,
    dendam anak Sultan Yussuf pada keturunan Sultan Alang Iskandar………

    Bangkit kembali sejarah Datuk Bahaman setelah menang menentang British,
    tiba-tiba Bahaman berundur ke Thailand setelah bertemu Sultan Ahmad,
    maka berdondang sayang bersama para gundik dan segala artis seluruh Malaya pewaris kerabat Pahang hingga kehari ini.

    Sistem beraja ?

  7. meranarakyat said,

    ape kebendanya ni.. bn nak amik kuasa senang begitu saje. hampeh sungguh adun yang lompat ke bebas. dah la wakil PKR sokong bn.. kalau bn buat semua boleh.ok. kau adun pengkianat mungkin tak aman hidup. rakyat sokong dan undi untuk pakatan rakyat bukan untuk bn tau.. ni memang muka jenis tak tau malu and tak takut ALLAH..

  8. Mohd Osman said,

    Apa punya bekas fellow la … takkan tak tau sistem politik bukan berasaskan parti la … sebab itu undang-undang lompat parti tak dapat jalan … hakikat kalau katakan semua ADUN2 itu bebas, tetap kena dapatkan majoriti jugak untuk seorang dipilih menjadi MB … cuma caranya sign agreement dengan Sultan la, macam telah dibuat terdahulu pada Pakatan Rakyat memandangkan mereka bertanding sendiri-sendiri

  9. Entah la said,

    PERAK DARUL PULUS macam-macam boleh berlaku, lompat apek lompat. Beberapa bulan lagi 4 ADUN BN masuk PR. Tukar gomen lagi nampaknya. Nampaknya rasuah masih berleluasa. Tapi itu rasuah berlesen, rasuah dibenarkan, tak kira berapa juta dapat. Untungnya jadi ADUN ni….MALAYSIA BOLEH

  10. wak jawa said,

    wahai tuan,

    Seorang menteri besar boleh dilantik jika seorang itu mendapat sokongan mejoriti ahli-ahli dewan. Tidak pula dinyatakan yang menyokong itu dari parti atau bebas. Dalam hal ini kalau ahli dari parti lawan sokong seseorng, maka sokongan itu boleh dikira.

    Saya kira undang-undang tubuh kerajaan negeri telah jelas dan terang menyatakan demikian. Kenapa pula ada tafsiran lain?

  11. wak lanun said,

    Biar papa asal bergaya, biar derhaka asal kuasa.

    Awak sombong! 10 bulan pun jadilah… buat pengalaman jadi ketua kerjaan negeri. gunakanlah untuk perjuangan masa depan.

    Kalau awak tak bongkak. Semua sayangkan awak. Tapi awak dengan wartawan pun menjuling mata. Malahan yang Umno dah diam-diam terima awak jadi MB, awak pula mengada-ngada, kacau-kacau.

    Saya pun meluat tengok gambar awak yang suka menjuling itu. Kalau tidak selamat dah selesa awak jadi MB. Sekurang-kurangnya satu penggal, tapi itulah ibarat menang sorak, kampong tergadai.

    Tergadai tanah, tergadai beli kereta besar-besar. BIAR PAPA ASAL BERGAYA, AKHIRNYA BUNGKUS.

  12. pt-91 said,

    SIAPA YANG DERHAKA SIAPA, RAKYAT KE SULTAN
    BETUL KE SULTAN AZLAN FAHAM SANGAT UNDANG-UNDANG ATAU FIKIR PERUT SENDIRI
    TIAP KALI SEMBAHYANG JUMAAT BERDOA UNTUK SULTAN UNTUK KESEJAHTERAAN BAGINDA DAN NEGERI NI….
    TAPI KALAU BETULAH SULTAN AZLAN MERANCANG KEJATUHAN KERAJAAN NEGERI MAKA DAH JELAS SIAPA YANG DERHAKA SIAPA
    USAH DERHAKA KEPADA SULTAN…..
    TAK YAH NAK PURA-PURA LAGILAH BETUL KE KITA SEMUA NI SETIA DENGAN SULTAN ATAU MEMPERGUNAKAN BAGINDA UNTUK KEPENTINGAN MASING-MASING
    ASAL SULTAN IKUT KEHENDAK DIORANG HA….. SETIALAH KITA SEMUA KEPADA SULTAN TAK USAH DERHAKA. TAPI KALAU SULTAN TAK PERKENAN PULAK……
    APA PUN YANG JELAS RAJA-RAJA DI MALAYSIA NI RAJA PERLEMBAGAAN AJE
    SULTAN AZLAN MANUSIA BIASA AJE
    TAK DE TPT KHAS UTK KAMU DI PADANG MASYHAR NANTI…..
    IANYA DIPERUNTUK UTK BAGINDA YANG SEBENAR SAHAJA… MUHAMMMAD RASULLULAH
    SULTAN AZLAN TAK YAH NAK MURKA LAH KALAU RAKYAT NAK DERHAKA
    TWO WRONGS DON’T MAKE A RIGHT………..

  13. Russian In Perak said,

    ahhh wakil bebas kepala hotak.. dia org, skali aku molotov kan rumah baru tau. aku nak tengok sampai bila dia org nak kekal jadi wakil bebas..

  14. pt-91 said,

    RAKYAT PERAK TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG DIORANG RASAKAN BETUL MASA PRU HARI TU
    SEBENARNYA PR TAK PERNAH PIKIR NAK MENANG PUN
    TAPI DAH JELAS…… SUARA RAKYAT TETAP SUARA RAKYAT
    MUSTAHIL NAK NAK TEWASKAN UMNO PERAK NI…
    TAPI SUARA RAKYAT TETAP SUARA RAKYAT…..
    WALAUPUN MENANG SATU KERUSI DAN BENTUK KRJN MELALUI MAJORITI MUDAH
    MENANG TETAP MENANGLAH….. APA BEZANYA… YANG NAK BUAT KALUT APA HAL………..
    MASA PRU TU DULU KITA SALAH PANGKAH KE ATAU DIPUKAU PAS DAP PKR……
    TAK MENGUNDI PULAK KARANG DIKATAKAN TAK B’TANGGUNGJAWAB PLAK…..
    DEMI KEADILAN UTK SEMUA SATU P’RAYA MESTI DIADAKAN………..
    BAGI SEMUA ORANG PUAS HATI !!!!!

  15. pt-91 said,

    ZAMBRY KO PUJUKLAH ELOK-ELOK SI MAMAT NIZAR NI
    MASIH MIMPI MENGAKU MB PERAK
    DAH KO MAIN KOTOR PANDAI – PANDAILAH KO APA NAK DIBUAT NANTI….
    SI NIZAR ADA MARUAH MACAM KO MACAM OANG LAIN JUGAK……….
    SI NIZAR NI SABO JE LAH…..
    TAKPE PRU KE-13 NANTI MIKE DAN RAKYAT PERAK YANG ADA MARUAH AKAN HUKUM BALIK DEME2 NI………….
    INI SEMUA ADALAH UJIAN ALLAH SWT
    ALLAH TAK MEMENANGKAN KAMU HARI NI TAK BERMAKNA ALLAH TAK MEMENANGKAN KAMU DI KEMUDIAN HARI………..
    SEMOGA ALLAH MENEYELAMATKAN NEGERI PERAK DAN RAKYAT…….

  16. saiful azmi said,

    Mulai minggu ini, jangan angkat doa untuk Sultan lagi. Yang berdoa hanya pihak UMNO sebab tu Sultan kena dengar suara UMNO. Doa UMNO saja yang diterima….Doa Pakatan memang tak diterima. Apa lagi nak berdoa…biar UMNO saja yang berdoa kerana itu Sultan mereka. lagipun berdosa kalau berdoa untuk Raja yang terang-terang tidak adil!

  17. SPR said,

    cuba check raja azlan ni ahli umno ke bukan..

  18. antubiul said,

    Haprak! Kalau bebab bertanding 59 kerusi dan menag 50 kerusi cam mana? Still tak boleh tubuh kerajaan ka.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: