4 February, 2009

Tahniah

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:50 am by Ketua Perusuh

Akhirnya berjaya juga Barisan Nasional menukar tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semuanya hasil dari koordinasi yang bersepadu yang dilakukan oleh beberapa pihak (Barisan Nasional dan NGO tempatan) yang bergerak maju sewenangnya dengan bantuan kewangan yang “MAHA” besar.

Maklumat yang saya terima mengatakan bahawa usaha merampas kembali Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah direncanakan oleh pihak Istana Perak. Rakyat tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan sudah lama mendengar titah yang mengatakan bahawa pihak Istana tidak boleh bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Malah semua ini dilakukan pada tarikh dan masa yang tepat demi untuk meraikan ulangtahun pemerintahan ke 25 sebagai satu hadiah kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Tahniah sekali lagi ingin saya ucapkan kepada Media Prima melalui saluran utamanya TV3 kerana berjaya melakukan propaganda yang berkesan sehingga tertumbangnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak dalam tempoh 11 bulan sejak memenanginya dalam PRU 12. Tanpa kerjasama yang mantap dari Media Prima (terutamanya TV3) tentulah usaha ini tidak akan menjadi kenyataan.

Apa yang pastinya rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan akan dapat merasai limpahan kemakmuran, pembangunan dan sebagainya yang boleh dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional hasil dari salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya yang Kerajaan Barisan Nasional sememangnya mengamalkan sejak lebih 50 tahun yang lepas.

Kepada Najib Razak, apalah kiranya sudi untuk menobatkan Zahid Hamidi menjadi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kerana Tajol Rosli amat lemah kepimpinannya. Sekaligus ini akan menaikkan “rating” Najib Razak berbanding Abdullah Ahmad Badawi yang pastinya akan disingkirkan dengan sebegitu hina pada Mesyuarat Agong UMNO Mac 2009 nanti.

Saya ingin mengingatkan Najib Razak supaya janganlah “ingka sangat” (bahasa Perak bermaksud terlalu suka yang melampau) atas kejayaan menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan kerana badi Altantuya pastinya akan menghantui Najib Razak selamanya.

13 Comments »

  1. fahmi said,

    ketua perusuh=ketua mengarut…..

  2. j4l4k said,

    Tahniah, Baby Negara (BN)

  3. abgBro said,

    Tahniah..Bangsat Negara (BN)

  4. moksha said,

    saya bukan penyokong PR atau UMNo, saya adalah pendokong kuat PAs sejak dari zmn sekolah menengah lagi. Saya sentiasa percaya dgn komitmen ahli2 dan pemimpin2 pAs. Sukar utk memberi harapan kpd PKr dan Anwar Ibrahim, kerana pKR adalah saki baki ahli2 Umno yg sgt gilakan duit dan kuasa, tidak komited dlm perjuangan dan mahukan jawatan. Lihat apa yg berlaku pd Ezam dan rkn2 pemuda Keadilan. Dan yg terbaru kes di Perak, adalah sesuatu yg amat memalukan dan menyakitkan hati. Sia2 rakyat mengundi dan berkorban menumbangkan UmNo-Bn pd pilihanraya yg lalu, dan hari ini tanpa segan silu dan tak tak malu, 2 ekor exco PKr masuk UmNo dan bentuk Kerajaan! Jadi apa nak kata? Buat apa nak salhkan UMNO, kalau pemimpin2 PKr sendiri tak istiqamah. Mesej yg diberikan rakyat pd pilihanraya kecil KT baru2 ini sgt jelas, tp amat malang pemimpin2 PKr tak nampak. Rakyat dah tak sokong UMNO tp ada pemimpin2 PKr yg suka, syg dan nak UMNO!. Saya penuh yakin, pilihanraya akn dtg UMno-BN akan sapu semua kerusi termasuk di Kedah, Selangor, PP dan Kelantan kalau mcm ni perangai Pkr.

    Kesian Pas….jd mangsa politik PKR dan UMNo, kan bagus PKr ni takdak kat Malaysia, semua yg kecewa dgn UMNo sokong Pas, bukan setakat Melayu selamat malah Islam pun terbela….nak harap UMNO, Pkr???? kawan aku ckp dua2 tak boleh pakai!

  5. aishah said,

    Jgn salahkan semua ahli PKR, ingat… dlm PKR ada Cina & India. Takkan mereka nak masuk PAS. Di Perak tu berapa kerat je ahli PAS. Kalau tak takut mati memang macam tu lah. Kelabu mata bila ditawarkan DUIT & PANGKAT. Itulah UMNO. Semoga keturunan kita x akan jadi ahli UMNO. Mereka memang x takut MATI. Kejahatan adalah wajib bagi mereka dan org begini tetap disanjung sbb mereka semua sama.Klu ada yg sembhyang, haji atau puasa cuma sekadar adat saja. Itu pun klu sembhyang. Tapi biasanya mereka tak sembahyang….

  6. Nuri said,

    Sokong 100 peratus.

  7. Roslan Hashim said,

    Takziah kepada Ir. Nizar Jamaluddin. Saya kira kejadian ini ada hikmahnya.
    sekurang-kurang tak lah lagi Ir. Nizar di cucuk hidung oleh Nga & Ngeh lagi.

  8. Mohd Osman said,

    ucapan tahniah setinggi-tingginya pada Dato’ Seri Anwar yang memulakan gerakan memancing wakil-wakil BN, sampai ke Taiwan dihantar “agen” untuk berunding … apa tak guna duitkah Anwar dan konco-konconya itu?

    malah bila Adun Bota melompat masuk PKR maka dicanang seluruh dunia betapa heronya org itu …

    tapi bila adun bota buat u-turn, adun pkr yg berdua rasa teraniya dan seorang dari DAP tak sememena keluar DAP, barulah dikatakan tidak adil tidak bermoral sebagainya …

    hakikatnya hal ini mendedahkan betapa hipokritnya ahli politik Pakatan Rakyat dan para penyokongnya …

    tak usahlah nak menyalahkan og lain, nak salahkan Istana, nak salahkan Najib, nak salahkan UMNO … salahkan diri sendiri dahulu

  9. zmy said,

    sdr
    saya amat setuju dengan ulasan ini bahawa bn/umno secara jahat mengambilalih kuasa diperak melalui bantuan banyak pihak.dan kalau betul pihak istana juga terlibat maka saya tidak hairan kerana dulu pun raja2 macam ni lah yang menjual perak kepada british ( melaui perjanjian pangkor dsb).aaah ,melayu memang mudah lupa.
    zmy

  10. Jeffripower said,

    Salam,
    Mohd Osman,
    Kita kata apapun pada Anwar dan PKR, namun semua tak memberi erti. Mereka ni tetap anggap diri emreka seperti Malaikat, tak pernah buat salah dan betul sentiasa. Mereka menuduh UMNO/BN menggunakan wang untuk memancing ADUN PKR dan DAP, sedangkan sebelum ini, Anwar juga ada memancing ADUN BN. Tak tahulah umpan apa yang digunakan…cacing saja kot! Bullshitlah kalau Anwar kata beliau tidak menggunakan wang untuk memancing ADUN BN… Sekarang ni, biarlah mereka nak kata apa pada BN. Yang pastinya BN menang dan Pakatan tumbang tak bangkit dah…

  11. msDIN said,

    Kpd Aishah Said…
    Itulah Tabiat Orang Melayu silap diri tak nampak,tapi silap orang lain dia nampak.Tak habis – habis nak dengki,fitnah dan hasad kat orang.Tak berdosa menjadi ahli UMNO tetapi belum tentu syurga menyokong PAS.Dan mungkin terpesong iman menyokong PKR. Menuduh hanya cakap mulut melalui dengar dari orang lain.Dengan nama Allah Saya CABAR Aishah Said membuktikan kata – katanya. Jangan bila terkena pada hidung sendiri mencari salah orang lain.Lihat di Palastine,orang yang mengaku Islam tidak membantu sahabat seagamanya.Sama di negara, Melayu mengawal Cina dan India agar Islam terpelihara,Tetapi Cina dan India menggunakan melayu untuk menjahanamkan melayu.Ini yang anda mahu….Tahniah

  12. Ketua Pembasuh said,

    Apala yang ko merepek ni Din.
    Suruh belajar tinggi2 amik Masters atau Phd takmo, nak join politik, nak jadi kontraktor kelas F la…mengemis mintakprojek dari UMNO. Bila parti PR memerintah, x boleh la ko bubuh PO letak pricing suka hati makbapak, buat kerja 10k, charge 20k. Ini typical UMNO-Business Melayu Alliance.

    Inilah dia mentaliti pengemis. UMNO mengajar orang Melayu menjadi pengemis selama lebih 50 tahun…mengemis projek x habis2.

  13. malaikatmaut said,

    Salam..

    Kepada semua…

    Tiada sesuatu yang bergerak melainkan gerak Allah jua…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: