2 February, 2009

Strategi Tahi Kucing?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 5:06 am by Ketua Perusuh

Kali ini saya ingin memberikan sedikit pandangan peribadi saya mengenai isu yang khabarnya sedang menggegarkan suasana politik di Negeri kelahiran saya iaitu Perak Darul Ridzuan.

Beberapa hari yang lepas, kita dapati Adun Bota telah pun bertindak keluar dari Parti UMNO dan menganggotai PKR. Alasan yang diberikan olehnya adalah kerana UMNO telah lari dari perjuangan asal.

Kini Adun Behrang dan Changkat Jering dari Parti PKR khabarnya berminat untuk menganggotai UMNO. Malah usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan kedua-dua Adun PKR ini dapat diserap kedalam UMNO demi untuk menguatkan bilangan keanggotaan supaya UMNO (BN) dapat menguasai dan mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri di Perak.

Khabarnya juga terdapat imbuhan tumbuk rusuk yang lebih dari 7 angka ditawarkan kepada pihak-pihak tertentu oleh pihak yang mempunyai jumlah wang tumbuk rusuk yang besar. Ini semua kita sedia maklum. Wang bukanlah halangan bagi pihak ini kerana mereka mempunyai terlalu banyak wang hasil salahguna kuasa sekian lama.

Tindakan melompat parti ini pada pandangan saya amatlah tidak bermoral dan wajar ditentang (atau dihukum). Malah sewajarnya rakyat (para pengundi dikawasan DUN atau PARLIMEN) yang melompat parti perlu mengambil tindakan memulaukan ataupun mendakwa pihak yang melompat parti ini sebagai “Breach Of Contract” dengan rakyat hasil daripada kertas undi pada pilihanraya.

Oleh yang demikian, ingin saya syorkan agar semua pihak yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi yang diduduki agar satu pilihanraya kecil boleh dijalankan supaya mandat rakyat diutamakan.

Rakyat Malaysia perlu memulakan satu “proceding case” bagi tujuan memaksa Perlembagaan dan Parlimen meminda Akta SPR agar membolehkan setiap wakil rakyat yang melompat parti digugurkan kerusinya dan satu pilihanraya kecil diadakan.

Ini boleh dilakukan dengan satu pungutan suara rakyat yang sahih dan boleh diaudit. Ianya hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah agar tindakan segera boleh diambil oleh SPR yang akhirnya menetapkan bahawa bagi setiap kes Wakil Rakyat melompat parti, perlulah dikosongkan kerusi yang diduduki.

Dengan ini saya mencadangkan agar semua rakyat (tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai) bersama-sama berusaha memastikan bahawa dimulakan satu pungutan suara rakyat bagi membatalkan kerusi yang disandang oleh mana-mana Wakil Rakyat yang melompat parti agar membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

Mandat kerusi Wakil Rakyat perlulah dikembalikan kepada rakyat. Ayuh kita segerakan pungutan suara ini.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

10 Comments »

  1. Sr Sheik Ali Omar said,

    This is quite normal, in any organization on earth.

    Simple truth is that man needs food, and food can only be brought home buy purchasing it, and other necessities, also need money, so, if you need money, you need work, and if you choose to work as a politician, the easiest job on the surface of earth, you need to do one these things.

    Well, why need much comments!

  2. matau said,

    KP,

    Sebenarnya, cerita pasal lompat melompat dibangkitkan oleh penasihat PKR sejak selesai PRU tahun lepas. Mungkin mudah bagi tuan untuk melontarkan tuduhan tumbuk rusuk kononya 7 angka kerana duit salah guna kuasa tapi Allah saja yang maha mengetahui. Saya tidak nampak apa yang objektif dari tulisan tulisan tuan melainkan cadangan anti-hopping laws tapi itu pun rakyat malaysia yang harus mulakan satu proceeding case??????.

  3. Daun kering said,

    Idea ni memang bagus. Sesiapa yang melompat parti perlu meletak jawatan dan pilihanraya kecil diadakan. Cuma yang ADUN atau MP yang meletak jawatan perlu dibenarkan bertanding semula.
    Peraturan sekarang tidak membenar mana-mana ADUN atau MP yang meletak jawatan bertanding semula. Oleh itu pindaan yang dicadangkan perlu mengandungi:
    1. ADUN atau MP yang melompat parti mesti meletak jawatan dan pilihanraya kecil diadakan.
    2. Mereka yang meletak jawatan mesti dibenarkan bertanding semula.
    3. ADUN atau MP bebas juga tidak boleh memasuki mana-mana parti, mereka juga perlu meletak jawatan jika memasuki mana-mana parti.

  4. penulis_cyber said,

    saya setuju digubal undang2 melarang bertanding 5 tahun jika letak jawatan..

    cuma tuan tak kata apa apa pun pasal nasarudin lompat pkr ???

    tu mcm mana ??/

  5. mohdnorsenawi said,

    hang tau mana depa kena tumbuk rusuk. Hati hang kotor sungguh nu. Silap betoi le depa amik hang jadi felo

  6. aishah said,

    Eleh, biasalah umno main duit. Hang buat tak tau pulak……Gelihati chek….

  7. Roslan Hashim said,

    Kata UMNO rasuah berjuta-juta ringgit. Yang Adun Bota lompat ke PKR tu tak ada apa-apa ke? Semuanya 2×5. Pakatan memerintah ikut kata Nga, Ngeh sahaja. Sampai tanah pun nak beri 999 tahun kepada kaum Nga & Ngeh.

  8. Nazaruddin Mohamd said,

    Yang pasal pajakan 999 tu jer lah yang korang tau sebab tu jer yang dimainkan oleh Tok Dalang Propaganda UMNO [TV3]. Yang lain-lain manfaat tanah utk sekolah agama rakyat, mengekang pesta maksiat JOM HEBOH dan mcm2 amar ma’ruf nahi mungkar yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin korang x pernah diperdengarkan! Sedarlah bahawasanya bangsa dan agama kita ni dah semakin jauh dihanyutkan oleh program-program dari ejen propaganda YAHUDI LAKNATULLAH seperti ASRTO, TV3 dan rakan-rakan seangkatannya.

  9. meranarakyat said,

    assalamualaikum.. ape ke bendanya nih?? kita undi tahun lepas dah menang dah pakatan rakyat memerintah cun di perak.. kita undi jamaludin n osman untuk pakatan rakyat bukan untuk bn.. diorang menang pun pasal
    kita undi diorang.. ini rampasan kuasa yg terang lagi bersuloh begitu menjijikkan.. firasat saya ketidak puas hati pengundi pakatan rakyat
    akan membara bermula saat ini….. persoalannya kenapa tak bubar DUN??

  10. Ketua Pembasuh said,

    Baginda Sultan lebih rela negeri Perak dipimpin oleh perusuh, kaki maksiat,perasuah,perompak,penipu ~ asalkan mereka berbangsa Melayu.

    Pajakan tanah…999 ko bising? Bon Siew satu ketika dahulu diberi hak keatas segala tanah2 di Langkawi, Lim Goh Tong, tuh satu kawasan Genting..apa lagi?

    UMNO Najis…dah memberikan Pulau Batu Putih kepada Singapura, unchallenged…takde satu Frigate atau Warship TLDM pun dan berlayar Pulau Batu Putih. Pulau Pisang, masih ditabir rumah api oleh Singapura?

    Iskandar Region? Rakyat Singapura bebas keluar masuk, WPI joint body dianggotai oleh Singapura?

    Inilah dia pencacai UMNO…banyak sangat makan benda kotor, hati dah buta.

    Selama 50 tahun, UMNO yang paling banyak sell-out Melayu, dengan tanah2 rizab Melayu ditukar milik etc.

    Aduh, baca komen-komen anjing UMNO ni..macam baca komen orang Yahudi yang defend tindakan Israel menyerang Gaza.

    UMNO = Zionist


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: