6 January, 2009

Siapa Beli IJN?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , , at 1:51 am by Ketua Perusuh

Nampak gayanya selepas PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 ini, kita boleh lihat satu lagi institusi berkepentingan rakyat akan dijual kepada pihak swasta. Dengar khabarnya SIME DARBY telah berjaya melobi (atau dianugerahkan) kepentingan Kementerian Kewangan dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Terlalu banyak pihak yang berusaha untuk menggagalkan inisiatif ini demi kepentingan rakyat marhaen umumnya, namun pada saya usaha ini mungkin sia-sia. Apa tidaknya, tindakan bantahan yang dilakukan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia pada isu ini seumpama bantahan terhadap tindakan Israel menyerang Gaza. Israel tidak akan berganjak walau sedikit pun biar PBB mengeluarkan berjuta amaran. Inilah juga senario yang berlaku kepada kes IJN.

Soalan yang sewajarnya diperhalusi bagi isu IJN ini adalah siapakah sebenarnya yang berhajat besar untuk memiliki IJN? Siapakah dalang disebalik semua ini?

IJN adalah antara institusi berkaitan jantung yang terbaik di Asia Tenggara. Malah kemampuan tenaga pakarnya diakui oleh banyak pihak dalam dan luar negara. Kemudahan infrastrukturnya juga lengkap dan mampu untuk dinaiktarafkan dengan mudah dan pelbagai.

Inilah sebenarnya yang menjadi daya tarikan bagi semua pihak yang berhajat besar untuk memilikinya. Khidmat kesihatan adalah satu lubuk emas yang tidak akan terjejas oleh keadaan ekonomi dunia malah dizaman gawat sekalipun khidmat kesihatan mampu untuk menjana pendapatan yang mantap.

SIME DARBY diwarwarkan akan menjadi pemilik kepada IJN dalam masa terdekat, namun benarkah SIME DARBY akan menjadi pemilik sebenar IJN? Mungkinkan IJN akan menjadi satu lagi kes seperti Pantai Holding dan sebagainya. Kemungkinan besar SIME DARBY akan menjualkan kepentingan dalam IJN kepada pihak ketiga adalah perkara yang tidak boleh ditolak ketepi.

Sepertimana dijangka, dahulu saya ada menulis mengenai Synergy Drive yang sebenarnya adalah proksi kepada Temasek Group. Walaupun kini nama Synergy Drive nampak tenggelam oleh kerana ada pihak tertentu yang mahukan nama SIME DARBY lebih menonjol daripada Synergy Drive.

Walaupun bertukar nama beberapa kali sekalipun, namun ingin saya tegaskan bahawa dari maklumat yang saya terima, SIME DARBY (a.k.a Synergy Drive) ini sebenarnya adalah sebahagian daripada rangkaian proksi bagi pihak Temasek Group. Temasek Group memang mempunyai hasrat untuk menguasai pelbagai kemudahan dan akses di Malaysia (termasuklah bagi kes Pelabuhan Utara Kelang – Northport yang dimiliki oleh Temasek Group melalui agen proksi mereka).

Kemudahan infrastruktur (utiliti) seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional telahpun diserap oleh agen-agen proksi Temasek Group. Media Prima juga nampaknya tidak terkecuali. Kini jika usaha mereka untuk menguasai bidang kesihatan (selepas berjaya meletakkan proksi mereka di Pantai Holding, Faber Group dan Fomema) seperti IJN, maka lengkaplah usaha mereka untuk menguasai ekonomi dan sebagainya di Malaysia.

Sasaran mereka selepas ini tentulah bidang perikanan, pertanian dan juga bidang automotif. Kita semua boleh tunggu dan lihat.

9 Comments »

  1. kamarulzaman kamdias said,

    Tun Musa alami Post TPM Sydrome..Layari kkamdias.blospot.com

  2. iraman Hj Karim said,

    Apa? IJN antara institusi jantung yang terbaik di Asia Tenggara. SEBENARNYA INI ADALAH SATU KENYATAAN YANG MENYATAKAN INSTITUSI YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL BERADA DITAHAP BERKUALITI TINGGI. TERNYATA INI ADALAH SATU PENGAKUAN DAN SEKALIGUS MENJELASKAN KEPADA RAKYAT UMUM AKAN KEBOLEHAN KERJAAN BN DALAM MEMAJUKAN NEGARA DAN RAKYAT SELURUHNYA.

  3. Jeffripower said,

    Setuju dengan iraman Hj Karim…

    Secara tak langsung, kenyataan di atas adalah menunjukkan bahawa IJN berjaya berada di kedudukan yang membanggakan dan mempunyai kualiti di bawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN. Tapi ia dinafikan oleh pembangkang. Mereka kata kerajaan tak mampu memajukan negara. Padahal dah terbukti dengan pengakuan berkenaan IJN ini. Walaupun begitu, saya tetap tak setuju dengan penswastaan ini. Saya harap artikel di atas ni hanya spekulasi penulis untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap BN, tak lebih dari itu..

  4. kluangman said,

    IJN akan hebat atas siapa sahaja yang menjadi kerajaan kerana sebelum ini, perlaksanaannya tidak dicampuri dengan politik dan keparat komersial. Ia ditubuhkan atas kezaman untuk rakyat Malaysia dengan kos yang berpatutan.

    Jika IJN diswastakan dan berorientasikan komersial, kakitangan yang dedikasi kepada anak bangsa akan ditukarkan kepada kakitangan yang bermata duitan atas arahan towkeynya yang bukan pengusaha lintah tetapi lintah darat.

    Samada Kerajaan BN akan terus mendapat kepercayaan rakyat bukan samada IJN berkualiti atau tidak tetapi lebih kepada dasarnya selepas ini. kalau ia terbaik di dunia sekalipun tapi sudah terlepas ke Temasik, matilah awak dengan jantung yang terobek.

  5. Cucu Panglima Gente said,

    Salam Tuan Blog,

    Artikel tuan bukanlah spekulasi……
    Saya salah seorang mangsa Dasar Pengswastaan Negara (Dasar Penyamun/Perompak Negara) yang idea asalnya dari Mahafiraun.
    Kini dikenali dengan GLC…..

    Buat pertama kalinya saya merasa hormat terhadap kluangman……setelah rata-rata saya layari blog-blog dialam maya kluangman mengisi setiap ruang komen dengan idea dan hujah yang berhemah……..

    Salah satu fakta dasar pengswastaan ialah :
    Mereka punya ahli lembaga pengarah sendiri yang tiada siapa boleh mengaudit apa-apa akaun………..
    Kebal dari segenap jurusan……….

    Apabila satu-satu agensi kerajaan diswastakan maka tiap-tiap warga negara berhak mendapat pampasan…….
    Ertinya,tiap-tiap rakyat berhak mendapat paling kurang satu lot saham agensi tersebut secara percuma..
    Agihan telah dibuat untuk saham TELEKOM MALAYSIA pada tahun ia diterbitkan,tetapi adakah saudara sekelian tahu hal ini ?
    Sila tanya ketua bahagian UMNO masing-masing.
    Sedangkan institusi raja-raja di malaysia pun dapat…….
    Paling hodoh sekali,anak cucu-cicit merekapun dapat……
    Kah,kah,kah…….kalian telah ditipu oleh Mahafiraun

  6. PEMUDA MALAYSIA said,

    BODOH PUNYER KETUA PERUSUH..TAK TAHU KE YANG SIME DARBY BATALKAN NAK BELI IJN..BANGANG LA LU MAMAT

  7. Zackry said,

    Kepada Pemuda Malaysia,

    Jangan la nak berlakon tulis je la PEMUDA um-NO kan senang.
    Kenapa Sime Darby bagi kenyataan batalkan pembelian IJN?? sbb rakyat dah marah nanti disuarakan dalam PRK Kuala Terengganu..Najib juga yang susah, Lepas menang PRK nanti lain kompeni plak dok sondol IJN, ini wayang lama um-NO keparat la wehhhhh…

    HAPRAK PUNYA um-NO.

  8. lemah lutut said,

    bodoh lah najib kalau dia bagi izin kat sime darby amik alih IJN time PRK ni we!!!!!tapi lepas menang kat KT (kalo menang la) dia akan sapu habis habisan lah…umNO-Beend ni bukan leh pecaya..apa yang di cakap tak boleh di pakai,kalau kata tak jadi biasanya mesti jadi…kalo dia kata jadi maknanya tak jadi melainkan sebab duit mesti jadi….

  9. k_rol said,

    btoi2.. ape2 pun slmtkn hk rkyt
    wassalam
    malaysia hak warganegara malaysia
    hidup malaysia
    takbir
    ALLAHuakbar
    bismillahirrahmanirahim


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: