11 November, 2008

Tiga Budak Hitam!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:31 am by Ketua Perusuh

Kini sah jawatan Timbalan Presiden UMNO ditandingi secara tiga penjuru diantara Muhyiddin Yassin, Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib. Begitu bersungguh-sungguh nampaknya ketiga-tiga calon berusaha untuk menempatkan diri mereka. Begitu juga dengan para pelobi-pelobi mereka.

Diantara tiga orang calon ini (yang saya gelarkan sebagai “Tiga Budak Hitam”), tiada seorang pun diantara mereka yang bersih, kelihatan bersih atau pun berusaha untuk kelihatan bersih baik dari segi moral mahu pun dari segi kepimpinan.

Bagi yang mengenali Muhyiddin Yassin (yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor Darul Takzim) tentunya tahu akan kisah silam beliau dimana diberitakan beliau telah menjual beberapa bidang tanah yang bernilai besar dalam negeri Johor kepada beberapa pihak di Singapura. Malah beliaulah juga yang membenarkan warga Singapura membeli rumah tanpa levi dan berharga sederhana.

Malah ketika beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan sekitar tahun 1996, beberapa penyelewengan (yang telah disenyapkan daripada pengetahuan BPR) telah berlaku dimana beliau menjadi dalangnya. Banyak pihak yang mengetahui sejarah ini.

Bagi yang mengenali Ali Rustam pula, tentulah maklumat mengenai salah laku dan penyelewengan dana rakyat serta wang negeri yang telah disonglapkan oleh beliau dan para kroninya. Tentu ada yang masih ingat bagaimana dana rakyat bagi kesihatan yang telah difaraidkan oleh beliau kepada sanak saudara dan sahabat handai beliau.

Begitu juga dengan seorang warga Malaysia yang berstatus bekas Menteri Besar Selangor (Muhammad Muhd Taib) yang khabarnya tidak pandai berbahasa inggeris sehinggakan tertangkap di Australia ketika membawa satu beg wang tunai seberat 19 kg. Calon ini diberitakan melakukan terlalu banyak penyelewengan dana rakyat dan awam. Bagaimanakah agaknya Malaysia jika mendapat seorang Timbalan Perdana Menteri yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Tentunya akan menjadi bahan lawak diperingkat antarabangsa.

Ketiga-tiga budak hitam ini sememangnya terpalit dengan pelbagai kotoran terutamanya yang melibatkan kewangan. Malah ada beberapa khabar yang tidak sedap didengar yang menceritakan bahawa bagaimana ketiga-tiga calon Timbalan Presiden UMNO ini terlibat dengan gejala sosial dan maksiat. Tapi semua ini adalah perkara biasa bagi orang-orang yang berpangkat besar dan berkuasa. Dengan kuasa yang mereka ada, tentunya mereka boleh membuat pihak-pihak tertentu menutup mulut dan mata mereka dan tiada tindakan akan diambil terhadap mereka.

Janganlah kita lupa bahawa ketiga-tiga calon ini khabarnya telah mempunyai pasukan pelobi yang agak mantap dan bersedia menaburkan sejumlah wang yang agak besar sebagai “tumbuk rusuk”.

Kepada para perwakilan UMNO pada pemilhan Mac 2009, bersedialah untuk mendapat habuan yang agak besar kali ini dari pelbagai pihak. Jangan lupa untuk memilih calon-calon yang paling keji diantara ketiga-tiga calon yang sememangnya keji. Sebaik mungkin, sila pilih Muhammad Muhd Taib menjadi Timbalan Presiden UMNO agar memudahkan beliau untuk mengsonglap wang seberat 19 tan pula kali ini. Setakat 19 kg dahulu di Australia sememangnya kecil berbanding 19 tan wang tunai.

Kepada para perwakilan UMNO, ingat kata-kata ini: “Bersedialah Menjadi Pengikut Syaitan

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

29 Comments »

  1. akulagenda said,

    aku rasa terhina jika salah satu dari calon ni jadi bakal timbalan perdana menteri. terutama sekali mat taib, jahanam la negara kita ni dan yang tinggal untuk warisan kita adalah sebuah negara yang korup lagi hina dina. tak sanggup lagi aku mendengar cerita ni lagi

    (god) save our king??

  2. Zackry said,

    Umum sudah mengetahui mana ada sorang pun pemimpin um-NO yang bersih dari rasuah?? Ahli um-NO pencacai yang mengharapkan rasuah dari pemimpin, tapi menyalak pasal KETUANAN MELAYU?? Layak ke??

    Rasuah dan um-NO ibarat isi dan kulit ibarat irama dan lagu.

  3. Jeffripower said,

    Kalau mereka bertiga ni tak bersih, siapa lagi yang bersih? Apa kurangnya pemimpin pembangkang jika dinilai sama ada bersih atau tidak? Setiap orang ada sejarah silam. Setiap orang pernah buat salah.. Jadi, kita tak pasti mungkin mereka telah menginsafi diri mereka (kalau betul-betul mereka terlibat dengan penyelewengan la). Kita cuba bagi peluang dan ruang untuk mereka… Saya pun bukannya pro antara ketiga-tiga orang ni tapi dah mereka je yang dilihat mampu menjadi Timbalan Presiden, apa nak dikata?

  4. iraman Hj Karim said,

    tuduhan yang serius spt ini harus disertakan dengan bukti sahih. Jika tidak tak pasal-pasal jadi ahli persatuan melayu neraka. Jika berdasarkan cuma persepsi semata ia bukanlah pernilaian yang munasabah untuk diambil kira.
    Saya maklum sebahagian pengomen adalah bukan pencinta pejuang bangsa. Tetapi mereka tidak boleh melarikan diri dari akar umbi bangsa. Yalahhhh. Bangsa yang berbudayakan tata susila serta adab sopan yang tinggi moralnya. Menghina secara terbuka adalah bukan tata susila kita. Berhentikanlah sebelum anda diberhentikan.

  5. alahai said,

    Ketua Perusuh
    Bekas Felo Kanan
    Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

    Saya berasa terpanggil untuk mengomen komentar anda yang penuh dengan sifat-sifat keji, penuh dengan keaiban dan penuh dengan perasaan hasad dengki. Anda telah menghamburkan kata-kata nista yang menjatuhkan maruah bakal-bakal Timbalan Presiden UMNO dan ini bukan sahaja bertentangan dengan adat resam dan tatasusila bangsa kita, malahan, telah melanggar hukum-hukum Allah. Ingatlah kepada balasan yang akan anda terima, baik di Akhirat mahupun di alam dunia yang fana ini. Ingat bahawa anda punya anak dan isteri dan deretan cucu cicit anda – semuanya akan tempias dengan badi seranah anda sendiri.

    Memang sedap berkata dengan lidah yang tidak bertulang. Memang sedap mengata orang. Tetapi cerminlah diri anda dulu – lihat bebayang anda sendiri. Mungkin bayangan “hantu” akan menyerupai muka anda. Anda telah makan gaji anda di Isis dulu, anda telah telan gaji anda sewaktu berkerja dengan “gomen” dulu – semuanya telah menjadi darah daging anda ( sebahagiannya telah menjadi tahi yang busuk)!!
    Ingat bahawa gaji-gaji anda adalah hasil perjuangan pemerintah yang bertulang-belakangkan UMNO.

    Walau bagaimanpun, saya berasa megah kerana anda masih teringat-ingatkan UMNO. Anda masih sayangkan UMNO. Itu sebabnya komentar anda berkisar di sekeliling persekitaran UMNO ataupun BN ataupun Kerajaan. Cuma komentar anda bersifat negatif yang mungkin disebabkan oleh kegagalan perjuangan anda untuk mendapat tempat di persada UMNO. Orang tahu anda suatu ketika dahulu bersama-sama menyinsing lengan memperjuangkan Melayu dengan membawa kibaran bendera UMNO. Tetapi, masakini anda telah melakukan “about-turn” yang kononnya diresapi oleh picisan semangat penjuangan untuk rakyat – perjuangan marhaein”!!

    Pada saya perjuangan seperti ini adalah perjuangan “tahi kuda” kerana rakyat jelata yang menyokongnya telah “dikudakan” oleh bangsa-bangsa chauvinis yang mendatang dan menikmati ataupun cuba menghabiskan kekayaan tanah air tercinta. Kalau ada pun Melayu yang termasuk dalam “bubu” pakatan ini, mereka juga berasal dari keturunan yang mendatang dari benua lain. Mereka bukan Melayu tulen tetapi secara kebetulannya mempunyai nama dan kulit sawo matang seperti Melayu – itupun selepas bergantang-gantang memakai pemutih “fair and lovely” huh?

    Lihat sahaja perjuangan mereka. Dengar laungan dan pekikan mereka. Mereka mahu hak-hak Melayu berkubur. Meraka mahu “ keadilan, saksama dan kesamarataan” – dan akhirnya mereka mahu “Melayu hancur”. Cuba baca komentar Dr. Ridhuan Tee beberapa hari lepas ……buka minda anda wahai Ketua Perusuh. Jangan asyik merusuh sahaja!!

    Sepatutnya sebagai Bekas Felo Kanan ISIS yang mempunyai otak yang strategis, otak yang tajam, anda tidak memihak. Anda berkecuali. Anda berfikiran lurus dan membina. Anda punya pandangan jauh. Anda boleh mencorak liku-liku perjalanan masa depan. Bukan sahaja untuk bangsa anda, Melayu, malahan untuk bangsa-bangsa lain, Cina, India, Kadazan, Bajau, Orang Asli dan bangsa-bangsa lain yang bermacam warna di negara kita ini. Anda sepatutnya mengerah fikiran, benak, otak, ilham, mimpi dan garapan minda anda ke ruang ini – bagaimana nak membangunkan Negara yang mempunyai berbilang bangsa! Bagaimana nak mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian Malaysia tercinta!!

    Ini tidak. Anda terus khayal di siang hari. Anda terus bergelumang dengan syak wasangka. Anda biarkan diri anda terpalit dengan lumrah orang-orang yang “frustrated” – bangkai nyamuk di seberang nampak, bangkai gajah di tepi mata tak nampak!! Ini adalh satu sifat yang “haprak”.

    Oleh itu janganlah “haprak”kan diri anda wahai, Ketua Perusuh – Bekas Felo Kanan
    Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS. Tapi saya tak tahulah kalau-kalau anda hasil baka berketurunan yang “haprak” pula. Maafkan saya …..kerana beranggapn sedemikian. Mungkin bukan saya seorang yang berfikiran begini tetapi termasuk anak dan cucu cicit anda.

  6. kluangman said,

    Kita harus melihat secara positif apakah mereka mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan negara Malaysia, khususnya kemajuan Islam dan Melayu itu sendiri.

    Merujuk sejarah masa lampau mereka atau menaburkan fitnah dan tohmahan tanpa bukti tidak akan membantu menyelesaikan kemelut Melayu yang makin hilang kuasa.

    Ilmu yang ada pada tuan harus berada di landasan ‘siratul mustaqim’ dan di amalkan menjadi benih yang subur dan pohon yang rendang.

  7. nobisha said,

    Tuan, saya sudah memasukkan blog tuan dalam blogroll saya. Sekiranya sesuai, saya amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memasukkan blog saya dalam blogroll tuan: http://nobisha.blogspot.com

  8. qarmax said,

    dari maksub namanya saja sudah meletakkan tahap iqnya.
    niatnya tidak seperti “nasihatnya” manusia itu tak sempurna.Belajar dari pengalaman.Kesal kerana terlalu melulu memangkah dek tak kenal hasutan iblis bertopeng manusia…menegur membina keamanan itu lebih bagus dari menegur meruntuh keamanan.cukuplah pada niat niat jahat…..tambah-tambahkan lah pada niat yang baik…..

  9. Lemah Lutut said,

    kesian….

    ramai yang dok balun dalam blog ni….apa nak buat dah memang macam gitu fitrah manusia…ada yang pro dan ada yang kontra…tapi agak pelik lah jugak sebab kes2 pemimpin umNO ni macam tak menjadi masalah pun pada ahli umNO? mat taib dah sah jelas lagi bersuluh kantoi bawak duit dan siap ngaku tak paham bahasa inggeris masa kat australia…duit sapa dia bawak tu?dari mana dia dapat?gaji dia sebagai MB selangor tu kalo kumpul 20 tahun baru boleh dapat juta2…

    tu pun ahli umNO selamba je kata pemimpin macam ni bagus,bersih dari rasuah dan bla bla bla lagi….parti perkauman macam umNO ni dah nak pupus pun masih berkokok atas tunggul reput…dah la,ubah minda beb…

    sambung……….

  10. Hitamnya!

    Masih adakah lagi pemimpin yang elok dalam parti ini?

  11. cencurut said,

    Gua rasa maybe ader betul gak point-point yang Ketua Perusuh tuliskan diatas. Kalau tidak, takkan lah pokok boleh bergoyang kalau takder angin. Ada orang cakap… kalo sekali dah buat jahat… biasanya akan selalu buat jahat….

    ntahlah…

  12. ketua perusuh..

    saya rasa anda mesti antara orang yang gagal mendapat tempat dalam politik UMNO.

    jadi anda kecewa dan mula menyingkap kesilapan pemimpin lalu. kata-kata anda jelas menunjukkan bahawa anda sangat berdendam dengan orang UMNO.

    yang pasti kepandaian anda semakin terhakis dan bibit-bibit kebodohan anda sudah semakin menyinar!!!

    buat malu jer jadi rakyat malaysia tapi tak pernah bersyukur dengan apa yang anda pernah terima di ISIS dulu!!!

  13. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah sama sekali mendaftar atau menjadi ahli mana-mana pertubuhan politik. Sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi hak bagi saya untuk memberikan apa-apa komen terhadap mana-mana parti politik dan agensi kerajaan.

    Setiap penulisan saya di laman blog ini tiada kena mengena dengan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan setiap penulisan saya memang mempunyai bukti.

    Jika anda berfikiran terbuka, pastinya anda boleh lihat bukti-bukti mengenai fakta dalam penulisan saya dimana-mana arkib, jurnal, buku, majalah, makalah mahupun di alam siber.

    Komentar saya biasanya bersifat kritik namun saya tidak berpihak. Jika seandainya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, ianya pasti tidak akan terlepas daripada komentar saya sekiranya mereka memerintah tidak mengikut landasan yang betul.

    Fahamkan betul-betul kata-kata ini, “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah”.

  14. bukan penyokong said,

    kou orang ingat , kou orang baik sangat , yang kutuk orang lain tak baik tu?
    Entah entah ada yang jadi lebih terok dari syaitan entah ?
    Nak tulis tu biarlah bertanggung jawab , jangan jadikan ruang ini untuk buat dosa , memfitnah – dosanya lebih teruk dari membunuh , ingat tu!

  15. alahai said,

    Ketua Perusuh
    Bekas Felo Kanan
    Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

    Tuan,

    Sedikit komentar dari saya :-

    1. Tuan bukan ahli mana-mana parti politik – bagus, tetapi adakah tuan faham dan masak dengan arena politik. Komen-komen tuan semuanya berbau politik, khususnya mengenai politik pemerintah. Dari mana tuan dapat nas-nas mengenainya – dari “arkib, jurnal, buku, majalah, makalah mahupun di alam siber” yang tuan baca. Adalah lebih baik menulis menerusi pengalaman dan bukan menumpang dan memanjangkan idea dan pemikiran orang lain. Bacalah pula kitab-kitab agama termasuk Al-Quran dan tuan mungkin terjumpa mengenai bab-bab tentang dosa-dosa mengumpat, menghina, mengaib, menuduh, menjatuh dan menghebahkan keburukan orang lain. Sesungguhnya jika tuan berhenti dan bertaubat, hidup tuan akan lebih tenang dan dirahmati Allah SWT.

    2. Tuan juga berkata bahawa tulisan tuan tiada kaitannya dengan ISIS tempat tuan cari makan dahulu. Tetapi tuan megah dan bangga dengan “title” Bekas Felo Kanan yang pernah tuan jawati dahulu. Adakah orang-orang ISIS, baik yang ada sekarang mahupun yang telah berhenti, senang dengan pandangan dan tulisan tuan selama ini? Saya dan ramai lagi yang bukan “orang ISIS” pun kekadang merasa, sorry to say, meluat juga dengan komen-komen tuan.

    3. Tuan juga menjelaskan bahawa semua tulisan tuan diiringi dengan bukti-bukti – soalnya mengepa tidak diketengahkan bukti-bukti nyata tersebut? Kalau Muhyiddin Yassin menjual dan menswastakan semua tanah-tanah di Johor dan menjual rumah—rumah kepada warga Singapura – dedahkanlah buktinya. Jika benar Ali Rustam melakukan salah laku dan menyeleweng dan menyonglapkan dana rakyat serta wang negeri, buatlah aduan polis atau BPR. Dan tuan juga menuduh Muhammad Muhd Taib membawa satu beg wang tunai seberat 19 kg ke Australia. Tuan dedahkanlah buktinya nas-nas tuan itu – biar dunia, biar orang UMNN tahu, Biar orang Pakatan tahu, biar orang ISIS tahu dan buat penyelidikan danbiar semua rakyat tahu siapa mereka sebenarnya dan barulah tuan menjadi “hero” yang menentang kebatilan serta menegakkan yang makruf. Tapi tuan menggunakan nas-nas yang berteraskan “diberitakan” dan “khabarnya” yang menggambarkan bahawa tuan menumpang dan memanjangkan idea orang lain. Tuan sebenarnya ketiadaan bukti-bukti sahih sebagaimana tuan tegaskan yang membawa implikasi bahawa tuan adalah termasuk daro golongan orang-orang yang suka membuat “pembohongan”.

    4. Kritikan tuan tidak berpihak – hati kecil saya berkata “pooooooooodah” – kalau tidak berpihak tulisan-tulisan tuan akan menyusuri aliran pemikiran yang membina, yang membangun, yang merangsang dan yang membawa segala elemen-elemen kepositifan kepada para pembaca. Nukilan tuan akan sealiran dengan prinsip ISIS yang kerjanya menyelidik ke arah pembangunan individu, institusi, masyarakat, negara dan alam global. Memang tidak dapat dinafikan dalam penyelidikan kita akan ketemu dengan benda-benda yang negatif dan tidak disenangi, namun, ianya kurang di”highlight”kan kerana penyelidik sebenar akan mencari dan membentangkan jalan-jalan penyelesaiannya yang strategik. Entahlah tuan …… eden kurang faham!

    5. Tuan kata: “Komentar saya biasanya bersifat kritik namun saya tidak berpihak” dan PR akan menjadi mangsa tuan jika mereka tidak betul memerintah. Adalah PR “betul pemerintahannya” ataupun “betul-betul memerintah” di Selangor dan di Perak? Pernah saya termimpi bahawa MB kedua-dua negeri ini menjadi “puppet” yang disorong-tarik oleh “kaum kerabat kroni yang bermata sepet dan berkulit legam”. MB-MB ini Cuma bertahan kerana hendak menjaga periuk nasi dia sahaja bukan periuk nasi rakyat jelata, tuan!! Begitu juga dengan Brother Anwar Bin Ibrahim (B..I) lihat siapa disekelilingnya, siapa penasihatnya, siapa yang mengampunya – semuanya yang berkepentingan – sebahagian pejuang Hindraf, pejuang perkauman dan pejuang pendatang dan tikad kurang pula yang memusuhi Melayu termasuk orang-orang Melayu seperti tuan ini.

    6. “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah” tulisan tuan seterusnya. Tahukah tuan yang Maha Adil dan yang wajib disembah adalah Allah SWT? Saya mendoakan agar tuan sedar, insaf dan bertaubat dari berkata-kata nista kerana ia akan menzalimi diri tuan sendiri dan mungkin keturunan tuan nanti. Amin – Waullahualam !!

  16. guni4tahil said,

    alahai alahai alahai
    tak habis2 mencacai
    kat sini
    terimalah kenyataan
    3 budak hitam

  17. mohd nor said,

    Sebenarnya tulisan kita dapat memperlihatkan kepada orang lain apa yang ada dalam pemikiran dan hati kita, samaada cerdik, bodoh, hasad dengki dan sebagainya. Oleh itu semua saudara yang melayari blog ini dapat menilai dimana letaknya kedudukan diri saudara semua. Tapi yang pasti disini hanya saya sahaja yang cerdik dan baik hati…. Padan muka hampa no!

  18. pemudatawau said,

    Assalamualaikum..

    Saya admin blog dewan pemuda pas kawasan Tawau,Sabah ingin memaklumkan kelahiran blog dari pihak kami.

    Sila rujuk http://pemuda-tawau.blogspot.com/

    Sebarang teguran, cadangan dan kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Admin
    Blog Pemuda Tawau

  19. shafifah said,

    Ceramah Akidah 20hb Nov 2008 di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia) http://pondokhabib.wordpress.com

  20. alahai said,

    nukilan untuk guni4tahil

    otak guna4tahil memang dipenuhi dengan tahi najis …. itu sebabnya dia tak faham apa yang dibacanya. otak udang + ketam + kura-kura & seladang!

    sori la fel kanan isis ….. terpaksa cakap gini guna laluan tuan. wasalam!

  21. Malaycity said,

    Teruskan membongkar kejahatan UMNO dan BN. Mereka semakin melampau!!

  22. sapir_lokman said,

    aku tgh terbayang camne kehidupan anak anak si ketua perusuh ni ye…dari kecik sampai ke besar ditanam dengan sifat merusuh je..sangat kasihan mereka membesar dengan keadaan camtu…

  23. sekadar_pembaca said,

    Saudara-saudari pembaca yang diraikan. Sekadar secebis ingatan. Tak salah untuk mengkritik atau mengkomen, atau menulis, atau bercakap. Tapi janganlah sampai meggunakan kata-kata yang kesat, atau nak mengaitkan apa-apa dengan selain daripada penulis itu sendiri seperti anak-anak dan sebagainya. Kalau penulis punya salah, penulislah yang tanggung. Kritiklah tulisannya, komenlah fikirannya. Sekali-kali jangan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Berdebatlah secara sihat dengan minda yang cerdas, bukan dengan emosi semata-mata. Walaupun saya juga kurang bersetuju dengan penulis, ia bukan tiket untuk saya menghentam beliau dengan kata-kata nista. Ingatan ini adalah untuk kita semua yang kadang-kala lalai dan leka. Kepada penulis, janganlah tulisan ini sampai menjadi fitnah. Kepada pengkritik, kritiklah dengan kritikan yang membina, bukan menghina.

  24. cencurut said,

    bukannya orang UMNO tak tau semua cerita nie.. cuma buat-buat tak tahu jer….

  25. yohen said,

    Pilihan apa yang kita ada? pencalonan dah di buat untuk 3 budak hitam, saudara sendiri pun ketua perusuh, kalau duduk di position mereka mungkin lagi teruk. kalau jadi lebih baik alhamdulillah. kemungkinan jadi lebih teruk tu ada. Kita taruh seorang alim di position of power baik dari umno ke, pas ke atau pkr belum tentu dia dapat berjalan dilandasan yang betul. Gus Dur yang kurang penglihatan pun ingin melancung keseluruh dunia, jalan sana jalan sini. Sepatutnya kalau betul2 ada perkara pentuing nak di bincang hantar surat, phone ke, email ke kan lagi jimat..ynag nak naik kapal terbang kehulu kehilir tu buat apa, sedangkan berjuta-juta rakyat indonesia yang tak cukup makan, bukankah baik duit kerajaan indon tu digunakan untuk membela rakyat yang menjadi tanggungjawap pemimpin. .Penyelelengan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Selagi nafsu tak dapat dikawal selagi musuh (syaitan) tak dapat di tumpaskan. Bukan sahaja orang umno, orang pas ke, orang pkr ke..semuanya belum tentu lulus ujian sebagai ketua seperti mana yang benar2 dikehendaki oleh allah sebagai khalifah. Cara yang lebih baik ialah kita doakan semoga allah melimpahkan petunjuk dan hidayah agar semua pemimpin yang yang menjadi pemimpin sedar yang semua perjuangan bukan berakhir disini..segala-segalanya akan dipersoalkan di alam yang kekal selam-lamanya.

  26. yohen said,

    Ketua perusuh
    Did you or other writers really read some of the comments left on your site? Please do. Aku jarang2 naik darah tapi kalau kedaulatan negara dan tok nenek kita orang2 melayu yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara dan juga supaya kita dapat hidup dalam aman sejahtera di pelekehkan dan kepala kita pula nak dipijak-pijak hari ini , dalam hal ini aku memang cepat naik angin. Tak kesahlah kalau siapa yang buat memang kena sebiji jawabnya. Sebab aku tahu pengorbanan askar2 melayu dulu. kawan2 aku banyak yang bapak dia orang askar di johor masuk hutan kejar kominis, ada bapak2 yang kena ambushed dengan kominis. Pak sedara aku kena hantar kat hutan di gurun kedah masuk hutang, kejar kominis apa kau semua ingat benda ni main2.
    kalau nak kena belasah perlekehkanlah benda2 ni. Kau baca tak apa yang petualang negara FARGOWIN tulis pada 3 november 08 bawah tajuk tulisan ketua perusuh TIADA EHSAN. Anak haram ni cadang singapura serang malaysia dan kata pasti ramai bangsa lain yang excited dengan idea dia. KONEK pula di bawah tajuk yang sama kutuk kepimpinan melayu.. Yang kita pula tak habis2 gaduh sama sendiri.. Wake uplah sikit pemimpin2 wahai cerdik pandai bangsa ku. Tak nampak ke kepala bangsa kita sedang di sekel2 oleh bangsa lain. Please wake up nanti tergadai semuanya.

  27. iskandar said,

    Cadangan kepada bakal PM kita..Anwar IBrahim

    1. Nanti hapuskan semua biasaiswa kepada orang-orang MELAYU kena bagi samarata dan berdasarkan merit.

    2. Hapuskan MARA kerana hanya beri keutamaan kepada org MELAYU.

    3. Hapuskan konsep UNIVERSITI BUMIPUTERA di UITM..

    4. Minta semua masjid dan surau jangan pasang speaker diluar nanti org bukan melayu terganggu..

    5. Benarkan semua TOKONG,GEREJA dan KUIL dibina di tanah kerajaan dan jgn lupa beri peruntukan.

    6. Oleh kerana mendapat 2/3 majoriti nanti di PRU13,tolong hapuskan Artikel 153 dan Artikel yg mana YDP Agong ada kuasa beri permit,biasiswa dan apa-apa yg menunjukkan ketidaksamarataan.

    7. Hapuskan Artikel BAHASA MELAYU sebagai bahasa rasmi dan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi kerana semua kaum dan menuntut hak samarata..

    8. HApuskan semua sekolah kecuali sekolah kebangsaaan.

    9. Hapuskan semua kouta yg melibatkan MELAYU supaya lebih adil,ISLAM itu adil.

    10. HApuskan AKTA HASUTAN,ISA,KERAHSIAAN (ISO) kerana kerajaan perlu adil dan telus,malah ISLAM itu adil dan umat ISLAM tak perlu perlindungan daripada AKTA-AKTA tersebut.

  28. sapir_lokman said,

    mana mangkuk hayun ni..tak menulis lagi ke skang?…atau skang bini kat umah tgh merusuh..hua hua

  29. hafiz said,

    tak kira sesiapapun. umno adalah kesialan terbesar buat malaysia!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: