22 October, 2008

Bila Hakim Berpihak?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:47 am by Ketua Perusuh

Tahniah saya ucapkan kepada Zaki Azmi kerana akhirnya berjaya juga menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia (Chief Justice). Tahniah juga saya ucapkan kepada Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia bilamana calon yang ditunjukkan olehnya mendapat kepercayaan Majlis Raja-Raja Melayu. Tahniah juga kepada Raja-Raja Melayu kerana prihatin terhadap rakyat.

Tahniah seribu kali tahniah. Mungkin boleh saya ucapkan berjuta-juta tahniah.

Artikel kali ini boleh diklasifikasikan sebagai hasutan. Oleh yang demikian ingin saya nasihatkan anda supaya tidak terhasut dengan isi kandungan artikel ini. Jika anda mudah terhasut, sila abaikan kandungan artikel ini.

Pertama sekali, ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan sama sekali bersetuju untuk bersekongkol dengan pilihan dan tindakan Majlis Raja-Raja Melayu. Biarlah saya dikatakan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, namun jika Raja-Raja Melayu tidak berminat untuk menerima dan mendengar pandangan rakyat, maka pada saya apa perlunya lagi institusi ini dipertahankan.

Raja memerlukan rakyat. Rakyat juga memerlukan Raja. Belum pernah terdengar dimana-mana pun diseluruh dunia ada Raja yang bersemayam ditakhta namun tidak mempunyai walau seorangpun rakyat untuk diperintah. Orang Melayu akan kekal beraja. Biarpun seluruh kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dijajah bangsa lain, namun biasanya institusi Raja dipertahankan. Pantang anak melayu tidak beraja. Pantang juga anak melayu menderhaka.

Namun kini tindakan yang diambil oleh Raja-Raja Melayu tidak sealiran dengan pandangan dan aspirasi rakyat. Adakah Raja-Raja Melayu ingin membuat tindakan sepertimana yang pernah Sultan Mahmud Syah (Raja dan Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka) pada satu masa dahulu yang membuat keputusan tanpa memikirkan akibatnya. Kita semua tahu bahawa Sultan Mahmud Syah mangkat semasa dijulang. Bagi yang tidak tahu akan cerita ini, sila rujuk mana-mana dokumen mengenai sejarah Melaka.

Pada pandangan saya, adalah wajar Majlis Raja-Raja Melayu memperbetulkan perkara ini. Memilih seorang Ketua Hakim yang dikenalpasti bersikap seperti syaitan bertopengkan malaikat wajar ditolak. Buat kali ini wajarlah para Raja-Raja Melayu mendengar keluhan dan pandangan seluruh rakyat. Zaki Azmi memang dikenalpasti sebagai seorang hakim yang pastinya akan berpihak (tidak neutral) dan ini sekaligus menyebabkan institusi Kehakiman Malaysia akan menjadi bahan lawak.

Jika majoriti rakyat tidak mempercayai Ketua Hakim ini, maka bagaimanakah beliau akan menggalas tugasnya.

Oleh yang demikian, janganlah ada pihak (termasuk Raja-Raja Melayu) yang akan marah atas tindakan saya ini. Ini kerana jika Raja pun boleh belot kepada rakyatnya, bagaimana pula rakyat tidak belot pula kepada Rajanya.

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah


Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

p/s: Ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak semestinya anda perlu bersetuju dengan pandangan saya.

15 Comments »

  1. Jeffripower said,

    Macam mana saudara boleh katakan Ketua Hakim Negara (KHN) yang baru adalah merupakan syaitan bertopengkan malaikat? Apa bukti-bukti yang mengatakan beliau macam tu? Terangkan di dalam artikel, baru masyarakat faham. Jangan hanya kerana KHN adalah orang UMNO atau bekas UMNO atau orang yang bersekongkol dengan UMNO, saudara dengan mudah mengatakan demikian sehingga sanggup memilih untuk menderhaka kepada Majlis Raja-raja… Habis tu saudara nak siapa jadi KHN? Orang Pakatan Rakyat ke? Lagi haru jadinya…

  2. budakedah said,

    jeffrynopower,

    kita tak mintak pun khn dr pakatan rakyat tapi yg kita nak khn biarlah neutral orgnya yg dah lama practice dlm bidang kehakiman. tak macam khn yg baru ni yg sbelum ni tak pernah service dlm gomen punn…. bangang…..!!!!!!!

  3. daun kering said,

    tuan ketua perusuh

    Sedikit pembetulan fakta. Terdapat 2 orang Sultan Mahmud Shah.
    Yang pertama ialah Sultan Melaka yang terakhir, yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadapa Bendahara Tun Mutahir. Sultan Mahmud ini berundur (melarikan diri) dari Melaka akibat serangan Portugis

    Yang kedua, Sultan Johor berketurunan kesultanan Melaka yang terakhir yang mati dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama ketika di atas julanangan semasa hendak ke masjid bersolat Jumaat. Sultan yang kedua disebut ini digelar Marhum Mangkat Dijulang. Sultan Mahmud ini digantikan oleh Bendahara Tun Abdul Jalil lantaran baginda tiada pewaris.

    Harap maklum.

  4. Cucu Panglima Gente said,

    Darah yang mengalir tidak akan dapat lupa pada sejarah yang berulang-ulang pada anak cucu dan generasi yang mendatang.
    Sultan Johor menyerahkan tengkuk Datuk Maharajalela pada Inggeris.
    Sultan Kedah mengkhianati Raja Ismail.
    Apa yang kita harap pada institusi ini ?
    Makan dari hasil cukai kepala rakyat.
    Sungguh memalukan!
    Jangan salahkan rakyat apabila dunia berputar nanti.
    Apabila rakyat mengkuburkan institusi ini.
    Rakyat dah bosan !
    Dapatkah institusi ini menghalang kuasa rakyat ?
    Hanya pembelot yang masih mempertahankan institusi ini !
    Tinggal sejarah je esok.
    Tak cukup tanah lari esok.
    Fikir-fikirkanlah!
    Zaman sekarang,maklumat hanya sesaat didepan mata,tak dan lari nanti.

  5. setulangdaing said,

    Walaupun tatakelakuan kerabat diraja banyak yang memualkan tetapi sekurang-kurangnya segelintir dari mereka masih lagi disegani pemimpin politik. Mereka masih lagi boleh menegur dan teguran mereka akan didengari.

    Lihat sahaja beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini. Memorandum demi memeorandum cuba dihantar kepada Raja kerana cuma mereka sahaja yang dipercayai boleh melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan. Pemerintah sekarang tidak lagi mengutamakan rakyat dan negara.

    Dengan kepimpinan Melayu yang penakut, siapakah lagi yang boleh menjamin Melayu Tak Hilang Didunia..

  6. Cucu Panglima Gente said,

    Kenapa raja-raja tak bangkang apabila kanun tanah negara dipinda oleh lanun-lanun Ameno?
    Britis(Umno) mengusulkan Tanah Rezab Negara (Melayu)?
    Nanti raja-raja nak berak pun tak ada tanah.
    Porah………..!

  7. alahai said,

    Tuan KP ex-senior-fellow ISIS,

    Pertamanya saya cedok ungkapan tuan “Namun kini tindakan yang diambil oleh Raja-Raja Melayu tidak sealiran dengan pandangan dan aspirasi rakyat.”

    Cuba tuan tolong terangkan apakan sebenarnya “pandangan” dan “aspirasi rakyat” yang tuan maksudkan.

    Rakyat jelata yang “bangang” (kata jeffrynopowerr) nak tau ni …………

  8. Tok Moh said,

    Agung Sibuk main kuda.. Bro..
    Banyak nak buat latihan…Mana ada masa..
    Raja tukang angguk je…. Bodoh punya raja
    blah la..menyusahkan rakyat je..
    Takda raja pun boleh hidup..
    mengabihkan beras je..

  9. Lemah Lutut said,

    hahahahahahahahaha….

    ada pengalaman atau tidak bukan penting pun di mata dolah badawi dan majlis raja-raja(terasa kesal dengan kebendulan majlis raja-raja yang sanggup setuju apa sahaja yang umNO buat)…..

    KHN yang baru ni yang paling pelik sekali kenaikan pangkatnya…tanpa melalui heirarki yang sepatutnya berlaku seperti sebelum2 ini..at least dengan pengalaman kerja sebagai hakim yang dah berpuluh tahun tu boleh lah rakyat andalkan bahawa memang dolah lantik sebab dia bagus kan…tapi apa yang ada ni tut tut jer mamat ni potong line hakim lain yang lebih senior dan lebih maklum kewibawaannya…

    steady lah umNO…..itulah tanda melayu sejati…inilah melayu umNO…

  10. saiful azmi said,

    Setiap kali Jumaat, kita menadahkan tangan berdoa untuk memanjangkan usia Tuanku-Tuanku dan d beri taufik hidayah… UNTUK APA SEMUA INI?

  11. tehtarik said,

    Sdra Ketua Perusuh menulis bahawa:

    “…Zaki Azmi juga nampaknya telah menyelamatkan Mohd. Abbas Danus Baksan dalam kes rogol dan bunuh Nurul Huda Gani (10 tahun) dari hukuman gantung sambil memuji peguambela Jagdish Kaur….Jika inilah “mangkuk” (Zaki Azmi – Presiden Mahkamah Rayuan) yang nampaknya suka melepaskan perogol dan pembunuh malah gembira pula memuji kemenangan peguambela kes tersebut, dilantik menjadi Ketua Hakim Negara maka janganlah terkejut nanti bilamana beliau akan melepaskan banyak lagi jerung dan syaitan dinegara ini jika kena dengan harganya. Bagi mana-mana tertuduh yang mampu, sila sediakan wang yang banyak untuk membayar “mangkuk” Zaki Azmi ini jika anda didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Ada wang anda selamat….”

    1. Saya terkejut juga apabila membaca pandangan sdra di atas mengenai kes Mohd. Abbas –kerana sdra tak nampak berbeza drpd layman yang lain….

    2. Penghakiman Mahkamah Agung bagi kes tersebut berasas pada prinsip perundangan Inggeris yang sudah lama ‘established’ –di mana pendakwaraya gagal membuktikan kesalahan sehingga melepasi keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt), hakim hendaklah membebaskan Tertuduh….Tidaklah selamat ( unsafe ) bagi hakim menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh….

    3. Contoh2 yang ketara dalam aspek ini kita bisa merujuk kpd kes Anwar & Sukma, dan kes kematian Norita Shamsuddin….

    4. Dalam kes Norita, isu pihak ketiga turut dibangkitkan dan diakui Mahkamah. Siapa dia yang pam air maninya sebelum Tertuduh? Kenapa pendakwaraya tak dapat cari dia?….

    5. Dalam kes Mohd Abbas pun sama: Kenapa ada air mani pihak ketiga ditemui di tempat kejadian? Siapa dia dan kenapa tak dicari?

    6. Soal Mohd Abbas “kaki putarbelit/pembohong”…spt yang dituduh Pendakwaraya bukan isu-isu yang dibicarakan. Masalah hakim ialah dia tak dapat meyakinkan dirinya bahawa Mohd Abbaslah pemubunuhnya–sedangkan tiada siapa yang menyaksikan ‘pembunuhan’ kejam itu….Isu rogol sudah jelas, sebab itu Mohd Abbas dijatuhi hukuman maksimum.

    7. Balik kpd isu “kesesuaian” TS Zaki, saya setuju bahawa hubungannya dgn Umno bisa menimbulkan keraguan rakyat terhadap kemampuannya menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn seadil-adilnya.

    8. Ini saja “point” yang bisa dijadikan asas bantahan. Tetapi jika dikaji pada keseluruhan rekodnya, TS Zaki pasti ada kemampuan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dgn cemerlang. Kasilah beliau “benefit of the doubts”. Pasai kita tak tau yang beliau pasti “memihak” kpd Umno pada masa mendatang.

    Salam hormat.

  12. Cucu Panglima Gente said,

    Malang sekali nasib rakyat……………!
    Apabila penghakiman dan nyawa menjadi bahan ujian.
    Apa nak kata,
    sekali-kali tidak kita berputus asa dari Rahmat Allah s.w.t.

    Kena batang hidung sendiri kemana nak bawa……………..???
    Salahkan takdir ?

    Benarlah kata Saidina Abu Bakar : “Aku rela menjadi rumput, menjadi manafaat pada yang lain.”

  13. zik said,

    Aku sokong dengan pandangan ini…ingat siapa yg hampir menandatangani perjanjian dgn English dan bersetuju Malaya di jadikan Malayan Union..
    kalau tidak disebabkan oleh Datuk Onn memujuk..entah apa yg jadi sekarang ini..mungkin pasport aku tercatat” People of British Malaya Colony”..

  14. zik said,

    Kesilapan2 dahalu yang ditanggung oleh rakyat sekarang..hasil dari tidak bijaknya pertimbangan pada zaman silam..dn mgkin yg sama sekarang..

    1. Terpisahnya P.Pinang dari Negeri Kedah..
    2. Terjajahnya Melaka..
    3. Negeri2 Selat..
    4. Negeri2 Melayu Bersekutu..

    dan yang paling parahhh
    Singapura diserahkan kepada Stamford Raffles…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: