21 October, 2008

Aliran Keluar FDI

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:51 am by Ketua Perusuh

Amirsham Abdul Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) adalah seorang bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd., kumpulan perbankan terbesar Malaysia. Dari dunia korporat beliau dilantik dan diangkat kejawatan berkaitan politik. Ramai yang mengenali beliau mengaku bahawa beliau amat hebat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Namun komentar beliau yang saya dapat lihat sepintas lalu di TV dan baca di media cetak melambangkan kehebatan beliau dalam bidang kewangan dan pelaburan hanyalah satu cerita-cerita kosong. Semalam beliau ada menyatakan bahawa dalam krisis ekonomi serantau ini, tiada langsung pengaliran keluar besar-besaran FDI (Foreign Direct Investment) dari bumi Malaysia. Apa yang ada katanya adalah lebih kepada dana portfolio jangka pendek.

FDI adalah satu indikator yang menunjukkan bahawa sesebuah negara tersebut sesuai untuk pelaburan asing dan iklim ekonominya agak kukuh dibandingkan dengan kos buruh yang agak rendah. Oleh yang demikian FDI kerap digunakan sebagai satu petunjuk oleh para pelabur asing sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Keputusan untuk melabur di negara asing biasanya diaktifkan oleh pasaran semasa, petunjuk ekonomi, “rating” dari penganalisa pelaburan, dan pelbagai “micro sentiment”. Oleh itu dalam kegawatan ekonomi dunia yang kian mencabar, beberapa agensi penganalisa pasaran kini terpaksa mengkaji semula semua faktor dan portfolio pelaburan di banyak negara terutamanya negara membangun.

Hasil dari kajian semula ini menunjukkan bahawa adalah lebih sesuai (untung) bagi mana-mana pelaburang asing masuk ke negara-negara dunia ketiga seperti Vietnam, Laos, Kampuchea, Singapura, China dan India. Negara-negara yang saya sebutkan tadi adalah negara-negara yang mana kos buruh dan politiknya agak stabil pada masa ini.

Bagi rakyat yang kerja dalam bidang perindustrian memang telah mengetahui bahawa banyak syarikat (kilang-kilang) besar yang dahulunya bertapak di Pulau Pinang, Sungai Petani, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Johor Bharu dan beberapa kawasan lain sedang dan telah menutup operasinya dan berpindah ke negara-negara yang saya sebutkan tadi terutamanya ke Vietnam dan Laos.

Aliran keluar besar-besaran FDI ini sebenarnya telah lama berlaku iaitu diawal pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Malah ianya telah pun sampai ke kemuncaknya sekarang ini apabila iklim ekonomi dan politik tempatan nampaknya kacau bilau hasil daripada tangan-tangan dalam Pakatan Barisan Nasional.

Semua ini sebenarnya ada tangan ajaibnya yang menyebabkan aliran keluar FDI dari Malaysia. Agak-agak anda, siapakah (agensi manakah) sebenarnya yang menjadi dalang yang menyebabkan aliran keluar FDI dari Malaysia secara besar-besaran? Anda mungkin tidak percaya jika saya khabarkan siapakah dalang ini.

Buat masa ini kita biarkan dulu cerita siapa dalangnya. Yang penting sekarang ini bagaimana seorang yang kononnya mahir dan berpengetahuan dalam bidang kewangan dan pelaburan seperti Amirsham Abdul Aziz boleh mengeluarkan pandangan bahawa tiada aliran keluar besar-besaran FDI dari Malaysia. Siapakah agaknya yang hendak ditipu oleh Amirsham Abdul Aziz ini? Anda, saya atau para pemimpin Pakatan Barisan Nasional?

4 Comments »

  1. soib said,

    bongkarkan saja bang

  2. Zackry said,

    Tuan KP,

    Sudah tentu sebagai Senator yang diangkat oleh Pihak Kerajaan menerajui Menteri Jabatan Perdana Menteri beliau perlu menceritakan apa yang cantik sahaja, yang tak berapa nak cantik tu terpaksa la simpan sahaja nanti gabra plak pelabur dan rakyat. Itu la hakikat kepimpinan KERAjaan BeeEnd yang tak habis-habis nak memperbodohkan RAKYAT. Dah makan rasuah berbillion-bilion pun masih steady nak jadi PM.

  3. Cucu Panglima Genta said,

    Suntikan berbilion-bilion oleh Menteri Kewangan ?
    Modal ambik dari mana?
    Hahaha……

  4. penulis_cyber said,

    takkan Ketua Perusuh lagi hebat kot ? dah terbukti kehebatan dia tiba2 awak nak menidakkannya pula ? apa kes.

    sudahlah…fikirlah dosa pahala skit.

    http://pedangberbisa.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: